Anda di halaman 1dari 2

Apa itu REFLEKSI?

Refleksi secara umumnya merupakan salah satu aspek dalam penilaian komponen sahsiah bagi semua
tugasan kerja kursus, samada Projek atau KKP. Penulisan refleksi boleh juga terkandung secara langsung
dalam aktiviti tugasan kerja kursus sendiri yang merujuk kepada pandangan pelajar terhadap tugasan
yang mereka lakukan. Refleksi adalah satu penulisan ilmiah mengenai pengalaman pelajar dalam
mengharungi sesuatu peristiwa. Bila dikatakan ilmiah, ia mesti boleh membantu perkembangan intelek
sendiri dan orang lain yang membacanya.

Apakah pengalaman yang ada pada pelajar?

Masalah yang dijumpai

Cara mengatasi masalah

Pengalaman diri sendiri yang lalu

Pengalaman orang lain

Pembacaan

PANDUAN PENULISAN REFLEKSI

Tujuan

Penulisan refleksi bertujuan membina kepekaan pelajar menghubung kait ilmu teori dan ilmu praktis
dalam pembinaan kerjaya perguruan. Ia mengintegrasi ilmu yang diperolehi daripada orang lain dengan
ilmu yang diperolehi daripada pengalaman kendiri. Integrasi ini akan membina dan membentuk
kematangan dalam diri pelajar untuk menjadi seorang insan guru.

Aktiviti refleksi memerlukan pelajar menghayati erti pengalaman sejajar dengan perkembangan
intelektual, menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS), dan membina pemikiran sendiri
(independent thought). Melalui aktiviti dan penulisan refleksi dalam pelaksanaan kerja kursus, pelajar
dapat melatih diri menjadi bakal guru yang sentiasa bersifat reflektif terhadap persekitarannya.

Kandungan Refleksi

Penulisan refleksi yang baik seharusnya terdiri daripada tiga elemen iaitu :

a) Huraian pengalaman (Retell) penulisan difokuskan kepada beberapa aspek penting berkaitan
tugasan. Penjelasan merujuk kepada apa yang telah dilakukan dan dialami dalam tugasan berkenaan.
b) Hubung kait pengalaman baru dengan pengalaman lalu (Relate) penulisan harus menjurus
kepada kesan pengalaman, aspek pembelajaran atau kesedaran baru. Perkaitan pengalaman baru
dengan pengalaman lama harus ditunjukkan.

c) Huraian kesan pengalaman ke atas diri pelajar (Result) kesan pengalaman yang dilalui terhadap
perkembangan diri sebagai seorang guru. Pelajar perlu dapat mengulas dengan membuat analisis atau
penilaian ke atas pengalaman yang dilalui dan membina pemikiran atau ilmu baru yang dapat
membantu mereka meningkatkan keupayaan sebagai seorang guru.

Penutup

Amalan berfikir secara reflektif dapat membantu pelajar menjadi guru permulaan yang peka terhadap
dunia dan kerjaya perguruan. Aktiviti refleksi memberi ruang dan peluang kepada pelajar membuat
penambahbaikan ke atas keupayaan mereka dalam mengintegrasi pengalaman sedia ada dengan
pengalaman baru. Justeru, diharapkan amalan refleksi melalui pelaksanaan kerja kursus membolehkan
pelajar terus berusaha dan berfikir bagi meningkatkan keupayaan diri mereka dalam kerjaya perguruan
yang mencabar pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai