Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

DASAR PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN


LIGA FUTSAL
SEKOLAH TINGGI KLUANG
TAHUN 2014

ANJURAN :
KELAB BOLA SEPAK
SEKOLAH TINGGI KLUANG

DISEDIAKAN OLEH :
KELAB BOLA SEPAK
SEKOLAH TINGGI KLUANG
2014
TAJUK: LIGA FUTSAL 1 MURID 1 SUKAN

1. ANJURAN
Kelab Bola Sepak Sekolah Tinggi Kluang

2. RASIONAL
Ke arah melahirkan pemain-pemain bola sepak yang mempunyai daya ketahanan
diri yang tinggi untuk terus bersaing dengan cara yang sihat di kalangan pemain-
pemain dari sekolah-sekolah lain. Sekaligus ia juga akan dapat memartabatkan
nama sekolah sebagai sebuah sekolah yang gemilang dari segi akademik mahupun
kokurikulum. Diharap dengan adanya program ini jua dapat memastikan input-
input yang mencakupi intelektual, emosi, rohani dan sahsiah digarap secara
harmonis bagi memastikan individu yang dilahirkan adalah seimbang dari aspek
JERIS.
Untuk itu, sebagai salah satu ilmu yang dapat meningkatkan kekuatan kecergasan
mental dan fizikal, maka program ini dilihat dapat menjadi pemangkin ke arah
melahirkan modal insan kelas pertama.

3. MATLAMAT
3.1. Meneruskan rutin tahunan untuk menggerakkan kegiatan 1 Murid 1 Sukan di
peringkat sekolah.

4. OBJEKTIF
4.1. Meningkatkan kualiti pemain-pemain bola sepak Sekolah Tinggi Kluang.
4.2. Pengelolaan yang berkonsepkan kesederhanaan, berkualiti dengan
perbelanjaan berhemah tanpa mengabaikan kemeriahannya.
4.3. Pengurusan tenaga pengelola yang minima dengan menggabungkan bidang
tugas yang berkaitan.

5. TARIKH
5.1. Mac hingga April (2 kali seminggu)

6. MASA
4.00 petang 6.00 petang

7. TEMPAT
8.1 Padang Sekolah Tinggi Kluang

8. SASARAN
8.1. Murid tingkatan 1 hingga 5 (kategori bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun)

10 KOS
Melibatkan kos sebanyak RM 300.00 secara keseluruhan (hadiah).
PENUTUP
Harapan daripada program ini akan berjaya mencapai objektif dan matlamatnya.
Semoga ianya akan mampu memberi kejayaan dalam semua pertandingan.
Sekaligus membentuk satu perubahan gaya sukan yang lebih proaktif dan dinamis,
seterusnya mampu membentuk warga pemain yang mempunyai daya juang tinggi
pada masa hadapan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

Ibrahim bin Mohd Yusof


(Guru Penasihat Kelab Bola Sepak
Sekolah Tinggi Kluang)

Diluluskan oleh :

Anda mungkin juga menyukai