Anda di halaman 1dari 2

Terdapat banyak contoh akhlak terpuji Nabi Muhammad yang mulia yang ditunjukkan

kepada umat Islam. Bagi pelajar yang bukan beragama Islam termasuklah saya perlu

menerapkan teladan Nabi Muhammad yang baik dalam kehidupan seharian kita. Pertama, Nabi

Muhammad merupakan seorang yang bakti dan berdikari. Ini dapat dilihat semasa Abu Talib

menghadapi masalah kewangan, Nabi Muhammad mulai menyara hidupnya sejak dia masih

muda dan baginda selalu berusaha membantu semua keluarga. Di sini kita boleh mempelajari

bahawa patutlah kita membantu ibu bapa membuat kerja rumah seperti menyapu lantai, mencuci

pinggan dan sebagainya. Hal ini disebabkan bagi generasi yang sekarang hanya mementingkan

kemewahan diri sendiri sahaja. Kita boleh melakukan seperti menderma duit kepada orang yang

memerlukan pertolongan seperti keluarga yang miskin, anak yatim serta membantu orang tua

yang tidak mempunyai keluarga.

Kedua, contoh baik sikap dan pendirian Nabi Muhammad adalah kesabaran dan

ketabahan baginda untuk menghadapi segala rintangan dan penentangan ketika berdakwah.

Dalam peristiwa Nabi Muhammad mendakwahkan Islam kepada orang ramai yang mengerjakan

haji di Mekah tetapi seruannya tidak diterima malah beliau disakiti. Begitu pula saat baginda

mendakwahkan Islam kepada masyarakat di Mekah, Abu Lahab berteriak mengatakan

Muhammad murtad dari agamanya dan seorang pendusta. Tetapi baginda menghadapi semuanya

dengan sabar dan tabah. Maka, di sini yang kita boleh belajar adalah bersabarlah ketika

berhadapan dengan pelbagai masalah. Kita perlu sentiasa gigih berusaha untuk mencapai sesuatu

yang dicita-citakan dan janganlah mudah putus asa ketika menghadapi sesuatu cabaran.

Ketiga, Nabi Muhammad tidak membalas kejahatan dengan kejahatan malah

memaafkannya. Dalam satu peristiwa yang dapat dibuktikan adalah semasa seorang Arab dusun

kencing di dalam masjid. Para sahabat bertindak untuk memukul orang itu tetapi dihalang oleh
baginda dengan kata-kata yang baik. Begitu juga saat baginda dan orang-orang Islam berjaya

menguasai Kota Mekah pada tahun 8 Hijrah. Baginda tidak membalas dendam kepada orang-

orang yang mengganggu dan menyakiti orang-orang Islam. Daripada peristiwa ini, kita dapat

mengambil pengajaran seperti sentiasa bersikap positif terhadap apa yang berlaku dan

membezakan di antara yang perkara baik dan buruk. Kita perlu mengelakkan diri daripada

perkara yang akan mencederakan sendiri dan juga orang lain. Secara kesimpulannya, banyak lagi

contoh akhlak terpuji nabi muhammad yang patut diteladani dan disebarkan di kalangan

masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai