Anda di halaman 1dari 3

1.

Sebagai suri teladan kepada anak-anak


- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu
bapa perlu menjadi role-model kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan
teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.

-Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut
dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu
sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka
juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa
borek, anak rintik.
-Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran,
maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan
perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan
anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain.
Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan
di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya
daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah.
Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan
mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada
kedua-dua orang tua mereka.

2.Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan

-Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi
memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan
kebahagiaan keluarga mereka.
-Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus
praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama
daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu
untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel
yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat
ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk
melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.

3.Memberikan perhatian dan kasih sayang/meluangkan masa


-Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk
dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini
disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.

- Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya
bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan
perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang
memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa
mereka. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih
sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga
yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga
perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
- Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala
pihak swasta pula turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu
pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra
dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu
cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada
ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan
di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan
anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan
.
4. Memberikan didikan agama dan moral

- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat
menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan,
pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi
di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang
bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan
efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman
dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga
akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala
tidak munasabah.
- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan
nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan
menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata
peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama
dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa
setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan
harmoni akan dapat dilahirkan.

5.Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak


- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya
mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam
kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan
sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli
keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat
pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng
arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang
dikecapi

6.setiap ahli keluarga saling menghormati antara satu sama lain.


-Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertelingkahan
terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana keluarga bahagia tidak
seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga
secara tidak langsung.Ramai orang mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah
keluarga yang harmoni,aman dan damai.Sebagai ahli keluarga yang prihatin dan
mengambil berat terhadap keluarga,mereka haruslah mewujudkan situasi ini dalam
keluarga agar keluarga kita dihormati oleh masyarakat luar dan tidak dipandang serong
serta dipandang hina.Ahli keluarga haruslah bahu-membahu antara satu sama lain.
Seandainya dalam keluarga itu ada seorang yang lemah dalam subjek
Matematik,haruslah dibantu oleh adik beradik yang lain kerana sikap bantu membantu
ialah sikap yang baik dan mulia. Orang yang kedekut ilmu selalunya merupakan orang
yang rugi kerana mereka tidak ingin membantu memajukan generasi akan datang,malah
mereka lebih rela melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah.Kita haruslah
mengamalkan sikap "berat sama dipikul ringan sama dijinjing"dan "ke gunung sama
didaki,ke lurah sama dituruni".Tegasnya,setiap ahli keluarga bahagia di samping
membangunkan generasi akan datang agar sesebuah institusi keluarga itu menjadi
keluarga

Penutup
- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu
yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang
berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak
asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan
bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat
yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah
masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang
akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama

Anda mungkin juga menyukai