Anda di halaman 1dari 28

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMAI

HARI KOKURIKULUM 2015

TEMPAT : RINDU ALAM CHALET,KAMPUNG BHARU


TARIKH : 7 & 8 NOVEMBER 2015

DISEDIAKAN OLEH: MASLINAWATIE BT MAT HASAN


LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. OBJEKTIF

3. JAWATANKUASA PROGRAM

4. TENTATIF PROGRAM

5. LAPORAN & GAMBAR


LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015

PENGENALAN

Sambutan Hari Kokurikulum merupakan program tahunan yang dijalankan


bagi mengetengahkan semua aktiviti-aktiviti yang melibatkan seluruh unit kelab dan
persatuan serta badan beruniform sekolah.Sambutan ini bertujuan untuk memupuk
perpaduan dan mengeratkan lagi perhubungan antara pelajar.
Selain itu,kokurikulum juga penting dalam melahirkan murid-murid yang
bertanggungjawab dan berpotensi tinggi. Melalui aktiviti Hari Kokurikulum ini, murid-
murid akan diajar cara berkhemah, memasak serta bekerja dalam pasukan atau
kumpulan seperti yang diamalkan dalam perkhemahan sebenar mengikut peraturan
dan bimbingan yang betul.
Program ini telah dijalankan selama dua hari satu malam di Rindu Alam
Chalet,Kampung Baru yang melibatkan semua pelajar tahap 2 dan warga pendidik
Sk Sungai Ramai. Pengisian aktiviti tersebut merangkumi pertandingan memasak.
Explorace,senam robik dan malam kebudayaan bagi mencungkil bakat para peserta.
Progam ini berteraskan penglibatan semua pelajar tahap 2 yang merangkumi
pelbagai aktiviti fizikal untuk menerapkan budaya aktif dan peningkatan tahap
kecergasan para pelajar keseluruhannya.
Selain membina tahap kecergasan fizikal, program ini juga bertujuan untuk
memupuk perpaduan dan mengeratkan lagi perhubungan antara pelajar.
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015

OBJEKTIF

Objektif sambutan hari Kokurikulum ini ialah untuk membuka


peluang kepada seluruh pelajar pada penglibatan seluruh program
dibawah unit kokurikulum yang merangkumi kelab,persatuan dan
badan beruniform .
Selain itu ianya bertujuan untuk mempertingkatkan tahap
kesihatan dan kecergasaan pel ajar melalui penglibatan mereka
dalam setiap aktiviti yang dipertandingkan.
Aktiviti ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada para
pelajar untuk memupuk semangat serta kerjasama dan disiplin
melalui penyertaan berkumpulan yang melibatkan semua pelajat
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015

Ajk Induk

Penasihat: Senamrobik :
Lt. Kdr. Hashim Adnan KAT, PPA, Pn Norhidayati Binti Mohamed
MBA
(GB SK Sg. Ramai) Siaraya :
En. Khairul Azmi Kamaruddin
Pengerusi 1:
En. Mohd Hanifah B. Awang Alijang Keselamatan :
En. Khairul Azmi Bin Kamaruddin
Pengerusi 2: En. Fakrulrazi Bin Mansor
En. Khairul Azmi bin Kamaruddin En. Zulhilmi Bin Masri
En. Mohd Hanifah bin Awang Alijang
Pengerusi 3: En. Yusri Bin Mohamad Yusof
En. Fakrulrazi bin Mansur
Kebersihan :
Setiausaha: Pn. Azimah Bt Adli
Pn. Maslinawatie Binti Mat Hasan
Makanan dan Minuman :
Bendahari: Pn. Norhayati Binti Md Daud
Pn. Hanisah Bt. Yusof
Hadiah :
Kem Komander : Pn. Hanisah Bt Yusof
En. Fakrul Radzi Bin Mansur
Laporan & Jurufoto :
Aktiviti Explorace : Pn. Maslinawatie Binti Mat Hasan
Pn. Nooraznalaini binti Mat Junos
Pendaftaran & Ice Breaking:
Aktiviti Memasak En. Mohamad Yusri bin Mohamad
Pn. Noraini Bin Kamaruddin Yusof

Tazkirah & Motivasi :


En. Zulhilmi Bin Masri Buku Program & Malam Kebudayaan:
Pn. Kasimawati Binti Kassim
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015

Aturcara Program Hari Pertama

24 Oktober 2015 (Sabtu)

3.00 ptg : Pendaftaran peserta

3.30 ptg : Ice - Breaking

4.00 ptg : Bersiap untuk Solat Asar & Solat Asar

4.25 ptg : Minum petang

4.30 ptg : Pertandingan Memasak

6.30 ptg : Murid makan malam

7.00 ptg : Mandi dan bersiap

7.20 mlm : Solat Maghrib, tazkirah & motivasi, Solat Isyak (Encik Zulhilmi
Bin Masri)

8.45 mlm : Malam Kebudayaan

9.30 mlm : Bersurai


LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015

Aturcara Program Hari Kedua

25 Oktober 2015

5.30 pagi : Murid bangun dan mandi

6.00 pagi : Solat Subuh & tazkirah

7.30 pagi : Senamrobik

08.00 pagi : Sarapan Pagi

08.30 pagi : Aktiviti 3 - Pertandingan - Explorace

10.30 pagi : Gotong Royong

11.30 pagi : Penyampaian Hadiah Dan Majlis Penutup

12.00 thari : Makan tengah hari

1.00 ptg : Bersurai


LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2015 DI RINDU ALAM CHALET,KAMPUNG BHARU


PADA 7 & 8 NOVEMBER 2015

Pada 7 November 2015 telah diadakan satu Perkhemahan Unit Beruniform di


Rindu Alam Chalet,Kampung Bharu. Perkhemahan Unit Beruniform ini diadakan
selama 2 hari 1 malam iaitu pada 7 Nov 2015 hingga 8 Nov 2015 yang lalu. Jumlah
peserta yang terlibat dalam perkhemahan ini adalah seramai 15 orang pelajar yang
terdiri daripada 7 orang pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan yang
merupakan pelajar tahun 4,tahun 5 dan tahun 6. Jumlah guru yang terlibat pula
adalah seramai 13 orang.

Hari Pertama : Sabtu (7 November 2015)

Masa : 2.15 p.m 2.30 p.m

Semua pelajar yang terlibat dengan aktiviti perkhemahan berkumpul di tapak


perhimpunan sekolah bagi mendengar taklimat ringkas sebelum bertolak ke
tapak perkhemahan Rindu Alam Chalet,Kampung Bharu.
Taklimat itu telah diberi oleh Kem Komanden iaitu Encik Fakrulrazi Bin
Mansor.

Masa : 2.30 p.m 3.00 pm

Bertolak ke tapak Perkhemahan Rindu Alam Chalet dengan menaiki 4 buah


kereta guru yang telah disediakan.
Semua peserta dan guru tiba ke destinasi yang ditujui agak lewat sedikit
kerana para guru yang terlibat memastikan semua murid dan kelengkapan
yang ingin di bawa lengkap dan tiada yang tercicir.

Masa : 3.00 p.m 4.30 p.m

Keempat-empat buah kereta guru sampai ke destinasi pada pukul 3.30


petang.
Pada pukul 3.45 p.m, semua pelajar berkumpul di tapak perkhemahan untuk
mendengar taklimat lebih lanjut oleh Kem Komanden.
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015

Perkara pertama yang dilakukan oleh Kem Komanden adalah memastikan


jumlah pelajar dan guru bagi mengelakkan masalah kehilangan pelajar atau
tidak cukup pelajar.
Para peserta mula menyediakan kelengkapan untuk pertandingan memasak
dengan bantuan guru perempuan. Memandangkan hampir waktu solat Asar,
aktiviti pertandingan memasak ditangguhkan selepas selesai solat Asar
berjemaah.
Persediaan untuk pertandingan memasak berjalan dengan baik dengan
bantuan guru. Cuaca juga cukup baik, redup dan berangin pada hari tersebut.

Masa : 4.30 pm 7.00 pm

Pelajar menunaikan solat asar secara berjemaah di dewan.


Selesai solat asar, para peserta berkumpul untuk program ice breaking
bersama En Yusri Bin Mohd Yusof selama setengah jam.
Setelah selesai aktiviti ice breaking,semua murid bersiap-siap untuk aktiviti
pertandingan memasak nasi goreng. Murid-murid dibahagikan kepada 3
kumpulan.Aktiviti ini dipantau dan dibantu oleh para guru demi keselamatan
pelajar.
Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan dan menghias masakan tersebut
mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.Markah di ambil bagi setiap
kumpulan untuk menentukan pemenang.
Para pelajar dan guru makan malam bersama-sama. Semua peserta makan
malam dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

Masa : 7.00 p.m 9.00 p.m

Selepas itu, semua pelajar beredar untuk membersihkan diri dan bersiap-siap
untuk menunaikan Solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Kuliah Maghrib
disampaikan oleh Ustaz Zulhilmi Bin Masri.

Masa : 9.00 p.m 11.00

Tepat jam 9.00 malam, para peserta berkumpul di dewan untuk menjalankan
aktiviti Malam Kebudayaan. Para peserta berkumpul mengikut kumpulan
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015

masing-masing dan setiap kumpulan dikehendaki membuat 2 persembahan


mengikut kreativiti mereka sendiri.
Tiga orang guru diminta untuk menghakimi persembahan mereka mengikut
kategori-kategori yang telah pun ditetapkan. Aktiviti ini dikelolakan oleh Puan
Kasimawati Binti Kasim.
Keputusan bagi persembahan Malam Kebudayaandiumumkan pada malam itu
juga oleh Puan Kasimawati. Puan Kasimawati memberikan kesimpulan dan
memuji penglibatan semua peserta serta keberanian mereka menonjolkan
bakat terpendam mereka.Sesi ini berakhir jam 11.00 malam.

Hari Kedua : Ahad (8 November 2015)

Masa : 6.00 a.m 9.00 a.m

Peserta dikejutkan untuk membersih diri dan solat Subuh berjemaah. Selepas
solat Subuh berjemaah telah diadakan tazkirah bagi senaman minda di pagi
hari.
Kemudian, peserta bersiap sedia untuk senamrobik. Aktiviti senamrobik ini
berjalan baik dengan bantuan video dan beberapa orang guru.Para peserta
nampak gembira sambil bersenam robik.
Seterusnya, para pelajar menikmati sarapan pagi terlebih dahulu sebelum
memulakan aktiviti yang seterusnya. Menu pada pagi itu adalah nasi goreng.

Masa : 9.00 a.m 11.00 p.m

Peserta perkhemahan berkumpul mengikut kumpulan masing-masing di


dalam dewan.
Aktiviti yang seterusnya ialah Explorace.Explorace ini agak mencabar dari
segi mental dan fizikal pelajar.
Setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan setiap check point yang telah
disediakan. Kumpulan yang terpantas dapat menyelesaikan semua masalah
di setiap check point yang mereka singgah akan dikira sebagai
pemenang.Aktiviti ini dikelolakan oleh Puan Noraznalaini.
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015

Setelah selesai sesi Explorace,semua peserta dikehendaki melakukan


gotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan mengikut zon yang
telah ditetapkan.

Masa : 11.00 a.m 12.30 p.m

Upacara perasmian penutup dan acara penyampaian hadiah bagi kumpulan


yang terbaik dan lain-lain dijalankan.
Kumpulan yang memenangi sebagai kumpulan terbaik adalah kumpulan 1 .
Hadiah disampaikan oleh Encik Khairul Azmi Bin Kamaruddin.
Para peserta dan guru-guru bertolak pulang setelah selesai sesi fotografi
sebagai kenangan.
Para peserta sampai di sekolah pada jam 1.30 petang dan semua ibubapa
peserta menjemput anak masing-masing pulang ke rumah.

Kekuatan :

Dapat menerapkan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar.


Memupuk nilai murni saling bekerjasama dan saling bantu-membantu
sesama pelajar.
Mengajar pelajar supaya menepati masa.
Membolehkan pelajar mencuba atau menimba pengalaman yang baharu.
Meningkatkan tahap pemikiran pelajar.
Menerapkan sifat saling hormat menghormati.
Mengajar pelajar untuk sentiasa beribadat tidak kira dimana mereka berada.

Kelemahan :

Ketetapan waktu agak kurang memuaskan.


Permulaan aktiviti pada hari pertama yang dijalankan agak lambat di atas
faktor yang tidak dapat dielakkan dari guru yang bertugas.

Peluang :

Pelajar dapat pengalaman yang baru.


Pelajar dapat belajar sesuatu yang baru.
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015

Pelajar dapat menikmati keseronokan yang dialami sepanjang aktiviti


dijalankan.
Pelajar berpeluang untuk mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat.
Pelajar berpeluang untuk mengenali guru-guru dengan lebih dekat.
Pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang disampaikan.

Ancaman :

Halangan seperti perkara yang tidak dapat dielakkan dari guru bertugas tidak
menghalang daripada aktiviti untuk dijalankan seperti biasa.
Halangan semasa aktiviti memasak akibat kekurangan bahan mentah tidak
menjejaskan semangat peserta-peserta perkhemahan untuk meneruskan
aktiviti.
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015

AHLI KUMPULAN

KUMPULAN 1

1. Nik Roslan

2. Rabiatul Adawiyah

3. Nurul Irsalina

4. Rifqi Irfan

5. Mas Arif Haikal

KUMPULAN 2

1. Nur Arina Dayani

2. Nur Hidayah

3. Mas Arizzat

4. Puteri Ain Najua

5. Muhamad Irfan

KUMPULAN 3

1. Muhamad Luqman

2. Nur Aqilah Fakirah

3. Zaharatul Nadia

4. Sofian

5. Muhammad Danish Haikal


LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015

GAMBAR
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015
LAPORAN HARI KOKURIKULUM 2015

PEMENANG

JOHAN
KUMPULAN 3

NAIB JOHAN
KUMPULAN 1

TEMPAT KETIGA
KUMPULAN 2

Anda mungkin juga menyukai