Anda di halaman 1dari 22

Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

MODUL KERTAS 3 2017


DAERAH KINTA UTARA

TEMA UMUM KERTAS 3 : SPM 2017

Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme SehinggaPerang Dunia Kedua

Sebelum Perang Dunia Kedua, hampir semua wilayah Asia Tenggara dikuasai oleh penjajah Barat
kecuali Thailand. Belanda menguasai kepulauan Indonesia. British menguasai Burma (Myanmar),
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika Syarikat merampas Filipina
daripada Sepanyol. Perancis menguasai IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau Timor-
Timur.

Aspek Perincian Catatan


Pengenalan 1. (a) Takrifan imperialisme

(b) Maksud nasionalisme

Isi dan 2. (a) Faktor-faktor imperialisme di Asia Tenggara


Huraian
(b) Faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara

3. (a) Perubahan sistem politik setelah pengenalan Sistem


Birokrasi Barat di
i. Filipina
ii. Indonesia
iii. Tanah Melayu

(b) Perkembangan gerakan nasionalisme di Asia


Tenggara.

4. (a) Sebab gerakan nasionalisme di Thailand berbeza


dengan negara lain di Asia Tenggara.

(b) Kesan imperialisme Barat terhadap Malaysia hari ini.

(c) Kesan nasionalisme kepada kemajuan bangsa Malaysia

5. (a) Peranan warga Malaysia dalam menjaga kedaulatan


negara.

(b) Kepentingan semangat perpaduan dalam melestarikan

1
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

kedaulatan negara

(c) Kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang


merdeka

6. (a) Penjajahan bentuk baharu boleh mengugat kedaulatan


negara

(b) Cadangan memajukan minda bangsa Malaysia supaya


tidak dijajah

(c) Langkah menerapkan konsep 1 Malaysia dalam


kalangan warganegara

7. (a) Kesatabilan negara mula diganggu-gugat oleh


sesetengah pihak.
i. Mengapakah timbulnya pihak-pihak sebegini?
ii. Bagaimanakah pihak begini boleh diatasi?

(b) Usaha yang perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran


mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat.

(c) i. Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk


mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara

ii. Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.

8. (a) Iktibar dari tajuk yang dibincangkan

(b) Nilai-nilai murni dan ciri-ciri patriotism yang perlu


dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Kesimpulan 9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

(a) Pengetahuan yang diperolehi

(b) Nilai/ unsur patriotisme berdasarkan tajuk

(c) Iktibar yang diperolehi

(d) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia yang


cemerlang.

2
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

1. (a) Takrifan imperialisme

Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah
negara lain untuk kepentingan tertentu.
Imperialisme telah berlaku sejak Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi.
Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di
Amerika Latin, Afrika dan Asia.
Imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16
Portugal mendahului kuasa Barat yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.
imperialisme barat telah mengubah sistem politik tanah jajahannya.
didorong oleh hasrat penjajah untuk menguasai ekonomi
Tujuan awal imperialisme Barat adalah untuk menguasai perdagangan rempah.
Revolusi Perindustrian di Eropah menjadikan imperialis Eropah bertambah sengit.

(b) Maksud nasionalisme

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa


Perasaan cinta akan negara
Gerakan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Contohnya, penjajahan British di Tanah
Melayu.
Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja
Gerakan pembebasan daripada cengkaman ekonomi
Gerakan pembebasan daripada kebudayaan asing
Gerakan Nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan
atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
Penentangan didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah.

2. (a) Faktor-faktor imperialisme di Asia Tenggara

a) Revolusi perindustian
Kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah sejak abad ke-17.
Keadaan ini telah membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran.
Hal ini menyebabkan mereka memerlukan bekalan bahan mentah secara konsisten.
Selain itu, Eropah turut memerlukan kawasan pasaran baru.
Keadaan ini mendorong perluasan imprialisme yang lebih pesat di Timur terutamanya di China, India dan
Asian Tenggara.
China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat.
Negara-negara tersebut berpotensi untuk dijadikan pasaran yang luas bagi barangan negara Eropah.

b) Kekayaan bahan mentah


Negara-negara di Asia Tenggara menjadi sasaran imperialisme Barat kerana kekayaan bahan
mentahnya.
Bahan mentah negara-negara di Asia Tenggara pada awal abad ke-18 ialah Tanah Melayu dan Indonesia
kaya dengan bijih timah, Thailand kaya dengan bijih timah dan kayu jati, Burma kaya dengan kayu jati
dan Filipina kaya dengan tebu dan kelapa.

3
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

c) Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan


Perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara juga didorong oleh perkembangan dalam sistem
pengangkutan dan perhubungan.
Penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang lebih banyak.
Penggunaan kapal berkuasa wap juga mempercepat perjalanan di antara Barat dengan Timur.
Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 pula telah memendekkan jarak perjalanan di antara Barat
dan Timur.
Penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez mejadikan perjalanan lebih selamat dan
menjimatkan kos.
Penciptaan telegraf telah membawa perubahan terhadap perhunungan antara Barat dengan Timur.
Kuasa-kuasa Imperialis dapat memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan
dengan lebih cepat dan berkesan.
Ahli-ahli perniagaan di Barat dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur.
Urusan perniagaan menjadi lebih mudah.
Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.

d) Persaingan antara kuasa-kuasa Barat


Persaingan antara kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara menjadi mangsa
imperialisme mereka.
Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat.
Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat.

e) Beban Orang Putih dan Tugas Menyebarkan Tamadun


Slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa British dan Belanda dalam menjalankan
imperialisme.
British dan Belanda mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun.
Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.
Perancis pula berpegang pada slogan tugas menyebarkan tamadun.
Hal ini bermaksud mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.
Mubaligh Kristian pula berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian
kepada penduduk di tanah jajahan.

(b) Faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara

a) Dasar penjajahan barat


Dasar penjajahan barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat negara-negara di
Asia Tenggara.
Pengenalan sistem birokrasi barat tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam sistem
pentadbiran moden.
Rakyat tempatan kekal dengan ekonomi tradisional yang serba kekurangan.
Dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina.
Sistem ini telah menindas penduduk peribumi.
Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial.
Penjajah berpendapat mereka berada dalam kelas yang tersendiri.
Mereka hanya layak berdampingan dengan sesama mereka dan bergaul dengan golongan elit tempatan

4
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

yang terdiri daripada golongan bangsawan.


Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran pula menimbulkan rasa tidak puas hati
penduduk tempatan
Hal ini kerana penguasaan golongan tersebut dalam bidang ekonomi.

b) Pengaruh agama
Agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh
kebudayaan Barat serta agama Kristian.
Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan Belia Buddha di
Burma pada peringkat awal gerakan nasionalisme di Asia Tenggara
Hal ini menunjukkan peranan agama sebagai alat perpaduan.
Serta golongan agama sebagai pencetus nasionalisme.
Gerakan Islah telah memperjuangkan pan Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam menentang penjajah
Barat.
Agama Kristian yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menyatupadukan penduduk peribumi untuk
menentang kuasa tersebut.
Keadaan ini berlaku kerana penganut Kristian tempatan dianggap kelas dua berbanding penganut
Kristian berbangsa Sepanyol.

c) Karya kesusasteraan
Karya-karya ini merupakan media menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaaan terhadap
penindasan penjajah yang akhirnya membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.
Di Filipina, novel Noli Me Tanggere oleh Jose Rizal bukan sahaja mencetuskan gerakan nasionalisme di
negara itu tetapi menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di rantau Asia.
Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan ke Makam Bonda oleh Chairil Anwar begitu berpengaruh.
Di Tanah Melayu pula, terkenal dengan karya Pak Sako iaitu Putera Gunung Tahan.

d) Sistem pendidikan
Sistem pendidikan mencetuskan nasionalisme kerana sikap penjajah mengamalkan sikap pilih kasih.
Penjajah hanya menyediakan pendidikan mengutamakan sekolah menggunakan bahasa penjajah
sebagai bahasa pengantar.
Penjajah hanya memberi pendidikan pada peringkat rendah.
Pendidikan ini terhad kepada golongan penduduk bandar dan golongan elit.
Sebagai contoh, golongan Priyayi di Indonesia diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan
daripada anak orang kebanyakan.
Sikap pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan Belanda bertujuan memecahbelahkan perpaduan rakyat
tempatan.
Di Burma, pendidikan sekular dan pendidikan Mubaligh diperkenalkan.
Pendidikan ini telah memberikan ancaman kepada sekolah Buddha.
Di Tanah Melayu, lepasan sekolah Vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah
Inggeris.

e) Kemunculan golongan intelektual


Golongan ini berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat.
Mereka ini didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam.
Pengalaman mereka di Barat dan Asia Barat telah menyedarkan bahawa pihak penjajah tidak mentadbir
tanah jajahan seperti di negara mereka sendiri.
Golongan ini kemudiannya memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air.

5
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

Pada peringkat awal, mereka hanya menuntut taraf hidup dibela tetapi akhirnya meminta penjajah
membebaskan negara mereka.

f) Pengaruh media massa


Pengaruh akhbar dan majalah telah menyemarakkan nasionalisme di Asia Tenggara.
Akhbar dan majalah telah berupaya menyebarkan idea nasionalisme dan menanam perasaan anti
penjajah kepada rakyat jelata.
Di Vietnam, Tribune Indigene dan Cloche Felee merupakan akhbar yang berpengaruh.
Di Tanah Melayu, Al Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis adalah antara akhbar yang utama.
Pihak penjajah menganggap perkembangan ini sebagai ancaman terhadap kepentingan politik mereka di
tanah jajahan dan sikap mereka ini bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan oleh mereka
di negara mereka sendiri.

g) Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan


Kewujudan perkhidmatan telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.
Pembinaan jalan keretapi dan jalan raya dapat menghubungkan kawasan yang sebelumnya terpisah.
Hal ini memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea nasionalisme.

h) Pengaruh luar
Kejayaan Jepun menewaskan China pada tahun 1895 dan Jepun mengalahkan Russia pada tahun 1905.
Kejayaan ini telah membuka mata nasionalis di Asia Tenggara.
Hal ini kerana keupayaan negara kecil mengalahkan negara besar.
Perjuangan Mahatma Ghandi di India menentang British telah memberi inspirasi nasionalis di negara Asia
Tenggara lain.

3. (a) Perubahan sistem politik setelah pengenalan Sistem Birokrasi Barat di

Ciri-ciri Umum Sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara

Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan


Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai Ketua Pentadbir di tanah jajahan
Perlaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)
Perlantikan Pegawai Barat sebagai ketua biro
Pengenalan undang-undang Barat

i. Filipina

Sebelum penjajahan
Terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali barangay yang diperintah oleh golongan Datu.
Di Selatan Filipina wujud kerajaan-kerajaan Islam.
Selepas penjajahan (Sepanyol)
Memperkenalkan Sistem pentadbiran berpusat
Gabenor General sebagai pemerintah tertinggi peringkat pusat
Dibantu oleh Ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
Pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil
Pentadbiran peringkat tempatan dilaksana dibawah sistem encomienda
Barangay disatukan menjadi encomienda

6
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

Encomineda terdiri daripada barangay-barangay yang digabungkan


Pemerintahnya dikenali sebagai encomiendaro.
Tugas encomiedaro
Menjaga keamanan
Mengutip cukai
Mengkristiankan penduduk barangay
Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional dan
pengaruh golongan Datu
Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan
tenaga

ii. Indonesia

Sebelum penjajahan
Terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan
Wujud kerajaan berasingan seperti Mataram dan Bantam
Diperintah oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar
Pemerintahan tempatan diketuai Bupati/pembesar daerah
Selepas penjajahan (Belanda)
Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua
Pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
Pentadbiran pusat diketuai oleh gabenor General yang bertanggungjawab kepada kerajaan Belanda
Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
Penubuhan jabatan kerajaan antaranya Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.
Dewan Tempatan dibentuk berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa undang-
undang
Majlis Rakyat Volksraad ditubuhkan atas desakan Parti Sarekat Islam.
Dianggap sebagai satu langkah kemerdekaan

iii. Tanah Melayu

Sebelum kedatangan Portugis,


Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan
Penaklukan Portugis terhadap Melaka meruntuhkan institusi raja di Melaka
Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja terus terhapus

Semasa pemerintahan British,


Melaka,Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat(NNS).
Gabenor menjadi pemerintah tertinggi NNS dan dibantu oleh Residen Kaunselor.
Pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan.
Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB), Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, British telah
memperkenalkan Sistem Residen
Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB), Kedah, Kelantan,Terengganu, Perlis dan Johor,
British memperkenalkan Sistem Penasihat
Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS
Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali
hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

7
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

(b) Perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

P Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara umumnya terbahagi kepada dua tahap.

a. Tahap Pertama
Tahap pertama merupakan penentangan masyarakat secara terbuka tetapi bersifat setempat dan
tidak berorganisasi.
Isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi menjadi faktor yang mencetuskan gerakan
nasionalisme.
Gerakan-gerakan nasionalisme pada tahap ini dipimpin oleh golongan pertengahan yang
berpendidikan Barat dan Asia Barat.
Mereka lebih menekankan kesedaran politik yang menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf
hidup mereka dibaiki.
Secara umumnya mereka tidak meminta kemerdekaan dengan segera.

b. Tahap Kedua
Tahap kedua pula merupakan gerakan nasionalisme yang lebih radikal dan berorganisasi.
Perubahan ini disebabkan gerakan nasionalisme tahap pertama yang bersifat sederhana gagal.
Gerakan nasionalisme tahap dua dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan
luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat yang mana mereka menyedari
perubahan yang diperkenalkan penjajah dan kesannya terhadap bangsa dan negara.
Matlamat perjuangan mereka lebih jelas iaitu menuntut kemerdekaan dan seterusnya membentuk
kerajaan sendiri yang berdaulat.

i. Filipina
Tahap pertama
Merupakan gerakan dakyah
Dipimpin oleh Jose Rizal
Dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan barat
menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
menuntut bangsa Filipina mendapat hak yang sama dengan bangsa Sepanyol
bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara
menubuhkan Liga Filipina
mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
Jose Rozal dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao
beliau dituduh terlibat dalam pemberontakan dan dihukum bunuh

Tahap kedua
bermula apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol
matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa Filipina
dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi
menggunakan media cetak
untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat
Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan
Melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal

8
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

Andres Bonifacio dihukum mati


Emilio Aguinaldo bersama-sama dengan Andres Banifacio melancarkan pemberontakan
Dilantik sebagai Presiden Kerajaan Revolusi Filipina
mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat
berjaya mengusir Sepanyol
pengisytiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo tidak disahkan oleh Amerika Syarikat
revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap
kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana ditubuhkan
pada tahun 1930-an nasionalisme Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan

ii. Indonesia
Tahap pertama
memberi sepenuh tumpuan terhadap isu-isu pendidikan
hanya pendidikan yang akan dapat mengubah nasib penduduk Indonesia
Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
Karyanya : Habis Gelap Terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan
kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
Memberikan inspirasi pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun
Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting
Matlamat pertubuhan ini
Untuk menyebar Islam sebenarnya
Menghindari ancaman sekularisme barat
Menghindari ancaman agama kristian
Membina sekolah, klinik & masjid

Tahap Kedua
Memperlihatkan perjuangan parti politik radikal.
Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
menuntut kemerdekaan Indonesia dengan cara kekerasan.
PNI pimpinan Soekarno paling popular.
Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
Kerajaan Belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
Dan mengharamkan PNI.

iii. IndoChina
Tahap Pertama
Lebih tertumpu di Vietnam .
Dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin
Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja
Golongan menengah yang berpendidikan barat pula memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan
rakyat.
Ketua gerakan ini, iaitu Phan Boi Chau
Memimpin satu gerakan revolusi tetapi gerakan tersebut gagal
Menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH)
Melancarkan beberapa pemberontakkan di Tongkin

9
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

Serta melancarkan gerakan dakyah di Vietnam


Phan Boi Chau kemudianya telah dipenjarakan
VNQPH diharamkan oleh Perancis

Tahap Kedua
Kegagalan parti-parti politik sederhana untuk mendapatkan kerjasama Perancis telah melahirkan gerakan
nasionalisme yang lebih radikal
Gerakan nasionalisme pada tahap ini memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)
dan parti Komunis Vietnam (PKV).
Perancis bertindak balas dengan menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD
Menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc.
Ho Chi Minh pemimpin PKV terpaksa melarikan diri ke Hong Kong
Sikap keras Perancis ini menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana di bawah
pimpinan Maharaja Bao Dai
Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai bukan sahaja disekat
Baginda dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme

iv. Burma
Tahap Pertama
Gerakan nasionalisme tahap pertama memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha.
Golongan elit berpendidikan barat.
Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha tahun 1906.
Bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha
Memajukan pendidikan untuk rakyat Burma
Menggunakan isu kasut membangkitkan semangat nasionalisme
1916 Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis lebih radikal seperti U Ba Pe.
Persatuan Belia Buddha menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma 1920 yang lebih
radikal.

Tahap Kedua
Gerakan tahap kedua muncul selepas Laporan Montagu Chelsford
Menyatakan Burma belum bersedia untuk berkerajaan sendiri.
1920 tercetus revolusi pelajar menuntut sebuah universiti.
Nasionalisme seterusnya merupakan golongan sami Buddha melalui Majlis Am Sangha Sametgi
Mencetuskan pemberontakan Saya San
Diketuai oleh Saya San bekas pongyi dan pemimpin di Tharawaddy.
Muncul liga Anti pemisahan
Pengenalan perlembagaan Burma 1935
Peluang ke arah berkerajaan sendiri.
Golongan Thakin ( siswazah university)menubuhkan parti Daboma Asiayone 1935
menuntut kemerdekaan.
Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelarkan diri mereka Tuan
Aung San aktif dalam gerakan Blok Pembebasan yang menuntut kemerdekaan
Dr. Ba Maw memenangi pilihanraya 1937
Beliau mengetuai Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis kerana kecewa dengan sikap Jepun
Mengetuai rombongan kemerdekaan dan menubuhkan kerajaan baru Burma
Dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.
Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram

10
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

v. Thailand
Tahap Pertama
Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara yang
bersifat anti penjajah
pada tahap pertama berlaku kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak
perkembangan sistem pendidikan Barat
pendedahan terhadap fahaman liberal/sistem demokrasi/sistem raja berperlembagaan kepada golongan
intelek
kelemahan sistem pentadbiran
sikap Raja Vajiravudh yang boros
penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi
Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932 bagi menamatkan sistem raja berkuasa mutlak

Tahap Kedua
Disebakan oleh rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang
Cina
Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat
kebebasan ekonomi oleh orang Cina
Malah sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan
Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama Buddha
Tahun 1939, Phibul Songram telah menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas
Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya
mendapatkan semula wilayah-wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu.

4. (a) Sebab gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara lain di Asia Tenggara.

Tahap Pertama
Gerakan nasionalisme di Thailand agak berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara
yang bersifat antipenjajah
Nasionalisme di Thailand tahap yang pertama merupakan rasa tidak puashati rakyat tempatan terhadap
penguasaan politik oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
Perkembangan pendidikan Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah melahirkan
golongan intelek di Thailand.
Mereka yang mendapat pendidikan Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea
Barat seperti fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan
Kefahaman terhadap idea demokrasi ini menyebabkan mereka berpendapat pemerintahan beraja mutlak
telah menjadi penghalang kepada pembentukan negara Thai moden.
Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh telah membuatkan rakyat tidak
berpuashati.
Ini membawa kepada pertubuhan parti rakyat oleh Nai Pridi Phanomyong dan Phibul Songram pada
1932.
Parti ini telah melancarkan revolusi Thai pada tahun 1939 yang telah menamatkan sistem raja berkuasa
mutlak.

11
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

Tahap Kedua
Nasionalisme tahap kedua pula di Thailand disebabkan rasa tidak puashati rakyat terhadap cengkaman
ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina
Walaupun bilangan orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Thailand. Kemarahan
orang Siam terhadapkerajaan kerana kerajaan tidak mengambil langkah untuk menyekat kegiatan orang-
orang Cina menindas orang Siam.
Semasa Phibul Songram menjadi perdana menteri, beliau telah meluluskan undang-undang untuk
menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang China
Phibul Songram juga telah menutup sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina juga diharamkan.
Penduduk peribumi digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi iaitu perdagangan dan
perusahaan.
Jawatan tertinggi pula hanya diperuntukkan untuk penganut Buddha sahaja
Pada tahun 1939, Phibul Songram nama Siam ditukar menjadi Thailand yang bermaksud negeri atau
tanah yang bebas.
Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat nasionalisme bangsa di kalangan orang-orang Siam
kerana negeri Siam merupakan satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh kuasa-
kuasa Barat.
Hasil kerjasama dengan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya pendapatkan kembali
wilayah-wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan Perancis. Menyatukan wilayah-wilayahnya di
IndoChina dan Tanah Melayu.

(b) Kesan imperialisme Barat terhadap Malaysia hari ini.

i. Kesan Politik
Mengalami perubahan yang drastik
Pemimpin tempatan terpaksa menerima penasihat dari Barat
Sistem politik termasuklah perundangan telah di ubah suai atau ditukar agar menyerupai sistem di Barat
Negara Malaysia pernah ditadbir oleh penjajah Inggeris

ii. Kesan Ekonomi


Kegiatan ekonomi peribumi pula telah distrukturkan agar dapat memberi manfaat kepada ekonomi negara
metropolitan
Misalnya, di Tanah Melayu, kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomeraialkan bagi
memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan untuk memenuhi keperluan industri.

iii. Kesan Sosial (Pendidikan)


Sistem pendidikan Inggeris diperkenalkan di Tanah Melayu
Hanya terhad di kawasan bandar dan dikhususkan untuk memberi pendidikan asas
Kepincangan dan ketidaksempurnaan sistem pedidikan inilah yang kemudiannya dibaiki oleh kerajaan
peribumi yang berkuasa selepas merdeka
Sistem pendidikan alaf ini menggunakan pelbagai teknologi moden seperti komputer, wujudnya sekolah
bestari dan sebagainya
Inilah satu-satunya perkara yang seharusnya mendapat perhatian dan penghargaan generasi kini

iv. Kesan Sosial (masyarakat)


Kuasa Barat juga telah bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja
bagi keperluan ekonomi komersial mereka
Dasar ini telah membawa perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di banyak negara yang telah

12
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

dijajah oleh kuasa Barat


Walau bagaimanapun, kuasa penjajah tidaklah mengendalikan sesuatu dasar yang ketara atau terancang
bagi mengharmonikan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka
Tugas untuk merangsang daan menjalin hubungan baik dalam kalangan pelbagai kaum telah terpaksa
dipikul oleh pemimpin selepas merdeka
Pemimpin terpaksa berusaha dari semasa ke semasa untuk mengekalkan perpaduan kaum terutama
yang melibatkan tiga kaum terbesar seperti kaum Melayu, kaum Cina dan Kaum India

(c) Kesan nasionalisme kepada kemajuan bangsa Malaysia

Mengukuhkan semangat patriotisme


Mengeratkan perpaduan bangsa
Menjaga nama baik Negara
Memelihara jati diri
Menguasai ilmu pengetahuan
Menguasai bidang kemahiran
Mengukuhkan pasukan tentera
Meningkatkan sains & teknologi
Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
Bersatu padu dalam perjuangan
Mempunyai semangat kepimpinan yang baik
Berusaha membentuk kerajaan yang berdaulat
Sikap berdisiplin
Gigih berusaha
Tolong-menolong/ bekerjasama
Mempunyai semangat setia Negara yang tinggi
Sanggup berkorban untuk bangsa dan Negara
(Mana-mana munasabah)

5. (a) Peranan warga Malaysia dalam menjaga kedaulatan negara.

Menguasai ilmu pengetahuan


Menguasai segala bidang kemahiran
Mematuhi ajaran agama
Mengamalkan budaya bangsa
Memperkasakan perpaduan bangsa
Memelihara jati diri
Mengamalkan cara hidup sihat
Menghayati perjuangan tokoh-tokoh silam
Mengambil iktibar daripada sejarah
Menghindari budaya negatif
Mempunyai kerjaya yang baik
Sentiasa mengnela identiti bangsa
Menghargai warisan Negara
Menyokong dasar-dasar kerajaan
Menjunjung perlembagaan Negara

13
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

(Mana-mana munasabah)

(b) Kepentingan semangat perpaduan dalam melestarikan kedaulatan negara

Kedaulatan negara mempunyai kaitan dengan soal keselamatan negara


Peranan rakyat mempertahankan kedaulatan amat penting
Usaha membawa konsep perpaduan yang lebih jitu ke arah pembentukan sebuah negara
bangsa yang utuh perlu dilaksanakan
Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mengamalkan budaya, kepercayaan dan ideologi
yang berbeza tetapi dapat hidup bersama di bawah satu sistem politik yang sama.
Sikap bersatu padu dipupuk melalui Kebudayaan Kebangsaan yang bermatlamat mengekalkan
kedaulatan negara
Proses penjanaan generasi muda sebagai persiapan bakal pemimpin pada masa hadapan
Pelaksanaan PLKN berada di landasan betul bertujuan melahirkan generasi muda yang meminati isu-isu
kenegaraan, mementingkan nilai bersama dan solidariti yang kukuh
Walaupun terdapat perbezaan ideologi politik dan kebudayaan, sebagai rakyat harus mengawalnya agar
tidak mencetuskan ketegangan dan mencalarkan perpaduan
Kesefahaman ini berjaya mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.
Keadaan ini akhirnya dapat mengekalkan kedaulatan negara.
Gandingan mantap seluruh jiwa raga rakyat perlu dalam konteks menjaga kedaulatan negara dari dibolosi
oleh anasir luar yang boleh membawa kepada neo-kolonialisme
Rakyat berganding bahu dan hidup bersatu padu dalam menjamin keselamatan negara supaya dapat
mengelak dari diperalatkan oleh anasir luar bagi menjajah dari segi politik dan ekonomi
Perpaduan negara membolehkan negara memperoleh pengikrafan dari negara luar seterusnya dikenali
dunia.
Contohnya pelantikan Malaysia ke Majlis Keselamatan PBB merupakan kejayaan yang diperolehi dengan
sokongan kuat dari negara-negara yang sebelumnya tidak mengenali Malaysia

(c) Kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka

Pemimpin negara dapat mentadbir negara mengikut acuan sendiri melalui pelbagai program
pembangunan ekonomi dan sosial
Perpaduan dan hubungan antara kaum dapat dipupuk melalui program integrasi nasional
Pelaburan asing di negara ini meningkat kerana kewujudan politik yang stabil
Rakyat dapat menikmati kemajuan ekonomi tanpa bergantung kepada kuasa barat
Kestabilan politik lebih terjamin hasil daripada kecekapan pemimpin berwibawa
Rakyat mampu berdaya saing diperingkat global melalui penghasilan produk halal untuk pasaran
antarabangsa yang telah membuka peluang perniagaan kepada usahawan Malaysia
Semangat setia negara telah dipupuk dalam kalangan rakyat seperti pelaksanaaan PLKN dan gagasan 1
Malaysia
Penciptaan dan penemuan baharu dalam bidang pertanian, perindustrian dan pembuatan telah
menggalakkan lagi pembangunan R&D
Sistem pendidikan negara bertaraf dunia dengan penubuhan sekolah bestari, sekolah wawasan dan
sekolah cluster
Penubuhan koridor raya multimedia (MSC) telah meningkatkan penggunaan ICT dalam pelbagai bidang
Taraf hidup masyarakat meningkat kerana peluang pekerjaan yang disediakan dalam pelbagai bidang
Pemodenan dalam bidang pertanian seperti penggunaan teknologi moden telah meningkatkan hasil

14
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

pengeluaran pertanian.
Kejayaan dalam bidang sukan seperti pencapaian atlet dalam sukan KOMANWEL, sukan SEA dan
sukan paralimpik

6. (a) Penjajahan bentuk baharu boleh mengugat kedaulatan negara

Kesan penjajahan bentuk baru ialah negara tidak stabil disebabkan berlakunya perebutan kuasa dan
jawatan.
Pemimpin yang dipilih ditaja oleh kuasa asing yang ingin menguasai sesebuah negara. Contohnya
kepimpinan kerajaan Iraq yang dibantu oleh Amerika syarikat.
Pemimpin yang berada di bawah pengaruh kuasa asing tidak berwibawa memerintah negara.
Oleh itu, mereka terpaksa mengikuti arahan pihak luar yang berkepentingan dalam sesuatu perkara
seperti pengaruh Amerika Syarikat di Iraq yang ingin menguasai pengeluaran minyak.
Kesan dalam bidang ekonomi pula negara kaya akan meluaskan penguasaan ekonomi di negara yang
lemah.
Mereka menguasai pengeluaran bahan mentah, mengawal pasaran dan pelaburan.
Negara yang lemah terpaksa bergantung kepada mereka seperti di negara-negara sedang membangun.
Selain itu kehilangan jati diri bangsa.
Generasi muda leka dengan budaya asing yang disebar melalui hiburan, fahaman liberalisme, seks
bebas dan dadah.
Penularan budaya dan nilai Barat yang merosakkan melalui filem, drama, iklan, majalah dan media sosial
yang menyebabkan peningkatan jenayah, masalah gejala sosial dan dadah dalam masyarakat kita hari
ini.
Keamanan negara akan tergugat disebabkan kebebasan bersuara tanpa ada sikap menghormati dan
mematuhi undang-undang negara.
Mereka menghasut kebangkitan rakyat melalui siri-siri demostrasi yang menggugat kestabilan negara.
Oleh itu, perpaduan antara kaum akan runtuh.
Fahaman individualisme mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri
Masalah perkauman mengakibatkan masyarakat tidak menghormati agama, bahasa dan budaya kaum
lain
Ini akan meruntuhkan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di negara kita

(b) Cadangan memajukan minda bangsa Malaysia supaya tidak dijajah.

Menekankan kemajuan dari sudut dunia/ akhirat.


Memajukan ekonomi/ pendidikan/ politik/ sosial
Bersama berperanan memajukan bangsa
Semua individu berhak mendapat peluang pendidikan
Mempunyai sikap positif dalam memajukan bangsa
Mendirikan pusat keilmuan/ sekolah/ institusi pengajian tinggi
Berfikiran kreatif/ kritis/ inovatif dalam memajukan bangsa
Meningkatkan ilmu pengetahuan
Mempersiapkan diri dengan kemahiran
Meningkatkan disiplin diri
Sentiasa mengamalkan sahsiah yang baik
Memanfaatkan usaha kerajaan dalam mengembangkan ilmu pengetahuan
Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan minda/ ketrampilan diri

15
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

Menjauhi diri dari gejala negative


Mematuhi ajaran agama
Memelihara jati diri
Mengamalkan gaya hidup sihat
Menyemaikan semangat nasionalisme
Mengekalkan tradisi / budaya bangsa
(Mana-mana munasabah)

(c) Langkah menerapkan konsep 1 Malaysia dalam kalangan warganegara

Memupuk perasaan cinta pada Negara yang tinggi


Menjunjung prinsip demokrasi berperlembagaan
Taat setia kepada raja dan Negara
Menghormati perlembagaan
Membudayakan kehidupan penuh kesopanan dan kesusilaan
Meletakkan undang-undang Negara di peringkat tertinggi
Mematuhi peraturan dan undang-undang Negara
Membudayakan konsep 1 Malaysia di setiap peringkat masyarakat
Memastikan perpaduan sentiasa erat
Mengamalkan dan menghayati prinsip rukun negara
Saling bertoleransi antara satu sama lain
Bertindak sebagai satu komuniti yang erat
Menjunjung konsep bersatu padu mempertahankan negara.
(Mana-mana munasabah)

7. (a) Kestabilan negara mula diganggu-gugat oleh sesetengah pihak.


i. Mengapakah timbulnya pihak-pihak sebegini?

Iri hati dengan kemajuan negara


Tamak kepada kuasa
Ingin membolot sumber ekonomi negara
Ingin merampas kuasa pentadbiran
Bercita-cita menjadi kuasa utama dunia
Hubungan diplomatik yang tegang
Golongan pelampau/ ekstrimis/ golongan pengganas
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
Jenayah antarabangsa
Kesan globalisasi
(Mana-mana munasabah)

ii. Bagaimanakah pihak begini boleh diatasi?

Cara untuk mengatasi ancaman pihak ini ialah dengan melahirkan pemimpin negara yang bijak dan
berwibawa.
Seperti Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan, Tun Hussein Onn, Bapa Keamanan dan Tun Mahathir
Mohamad, Bapa Pemodenan
Selain itu, pihak kerajaan berjaya memajukan ekonomi negara ke peringkat antarabangsa.
Mengukuhkan pertahanan negara juga dapat mengelak daripada ancaman imperialisme bentuk baru.

16
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

Disamping itu,kestabilan politik boleh dicapai melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen.
Pelaksanaan dasar luar negara juga dapat mengukuhkan hubungan diplomatik dengan semua negara .
Dasar berkecuali yang dilaksanakan oleh negara juga dapat membebaskan Malaysia dari campur tangan
mana-mana kuasa.
Rakyat juga perlu mengamalkan semangat bersatu-padu dan saling menghormati perbezaan agama,
bahasa dan budaya kaum lain.
Secara tidak langsung keaman negara dapat diwujudkan dan rakyat hidup harmoni.
Warganegara juga perlu mengamalkan prinsip Rukun Negara untuk dijadikan pegangan dan panduan
sebagai ideologi negara.
Hal ini juga berjaya mengukuhkan semangat patriotisme dan jati diri rakyat.
(Mana-mana munasabah)

(b) Usaha yang perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran mengekalkan Malaysia sebagai
negara berdaulat.

Berfikiran positif.
Cekal dan tabah menghadapi cabaran
Menguasai pelbagai kemahiran/ ilmu pengetahuan
Mempunyai jati diri yang mantap
Berpegang teguh kepada ajaran agama
Sentiasa bersatu padu
Semangat patriotik yang tinggi
Berinovasi dan kreatif
Mematuhi undang-undang
Menghayati Rukun Negara
Taat setia kepada sultan dan Negara
Berakhlak mulia
Berwawasan
(Mana-mana munasabah)

(c) i. Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan
negara

Campur tangan negara luar dalam hal ehwal politik negara


Mematuhi peraturan antarabangsa yang ditetapkan kuasa besar
Budaya hiburan yang keterlaluan
Penerapan budaya asing tanpa disedari
Pengaruh sekularisme
Mengutamakan pembangunan lahiriah daripada rohaniah
Ancaman pengganas
Amalan individualisme yang merosakkan nilai kekeluargaan
Muncul pelbagai fahaman politik
Mengapi-apikan isu perkauman
Perasaan kebencian antara kaum diluahkan secara terbuka
Contohnya media sosial Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp serta di media cetak.
Ancaman pencerobohan dari negara luar
Mengancam keselamatan negara dan mengorbankan banyak nyawa
Tanggal 1 dan 2 March 2013 akan kekal dalam sejarah negara sebagai detik hitam yang menyaksikan

17
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

kedaulatan negara dicabar dan 8 wira tanah air gugur ketika mempertahankan tanah air daripada
diceroboh
Serangan yang dilakukan di Lahad Datu dilakukan oleh kumpulan pengganas dari Filipina
Pertikaian sesetengah pihak terhadap perlembagaan negara
Mempersoalkan institusi raja berperlembagaan, hak istimewa kaum Melayu dan pendidikan kebangsaan
Perkara tersebut boleh mengganggu gugat kestabilan negara
Kemunculan golongan radikal
Yang mengadakan demonstrasi jalanan
Seperti menganjurkan perhimpunan bersih, perhimpunan menghapuskan GST yang boleh mendatangkan
kecederaan
Melahirkan kelompok masyarakat yang ekstrem dan biadap sehingga menggugat keamanan
(Mana-mana munasabah)

ii. Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.

Sistem pentadbiran yang sistematik


Yang berupaya mengatasi setiap cabaran sama ada dari dalam mahupun dari luar
Seperti badan pelaksana, badan perundangan dan badan kehakiman melaksanakan pentadbiran dengan
cekap, cepat, adil, berintegriti dengan mematuhi perlembagaan negara
Rakyat hidup bersatu padu
Perpaduan rakyat di negara ini diperkukuhkan
Setiap kaum mementingkan kerjasama, toleransi, musyawarah dan hidup bersama secara aman dan
harmoni
Sedia berkorban untuk negara
Sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi ancaman dari dalam mahupun luar negara
Berpegang pada prinsip rukun negara demi mempertahankan tanah air daripada diceroboh
Memastikan ekonomi terus kukuh dan maju
Berjaya membangunkan ekonomi negara secara optimum, mengeksport hasil yang banyak ke negara
luar, pengangguran berkurang dan kewangan terus kukuh
Taraf hidup rakyat tinggi negara makmur
Pemimpin berwibawa untuk memastikan negara kuat
Pemerintahan kerajaan yang sistematik bagi melancarkan sistem pentadbiran
Rakyat bersatu padu dalam menghadapi cabaran
Pembangunan ekonomi yang seimbang dan ekonomi negara kukuh
Pegangan agama yang kukuh yang menjadi benteng diri daripada pengaruh negatif
Jati diri rakyat kukuh
Rakyat berpendidikan tinggi bagi melahirkan tenaga mahir negara
Semangat nasionalisme rakyat tinggi
Pertahanan negara kuat
Dasar luar yang strategik dengan menjalin hubungan baik dengan semua Negara
(Mana-mana munasabah)

8. (a) Iktibar dari tajuk yang dibincangkan

Kita perlu memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi luar agar tidak terjebak untuk

18
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

memajukan diri
Sentiasa berwaspada dan berhati-hati menerima pengaruh ,maklumat dari luar agar tidak tertipu oleh
mereka.
Kita perlu bertindak tegas demi mempertahankan maruah dan hak negara
Rakyat Malaysia seharusnya mempunyai semangat setia negara
serta cinta akan bangsa dan negara
Sentiasa sedia berkorban untuk bangsa dan negara
Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
Berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
Bersyukur sebagai warganegara Malaysia
(mana-mana munasabah)

(b) Nilai-nilai murni dan ciri-ciri patriotisme yang perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia.
Rakyat perlu menghargai dan menghayati jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan negara
supaya perjuangan mereka menjadi inspirasi kepada rakyat untuk memajukan negara.
Rakyat juga perlu mempertahankan kedaulatan negara dari semasa ke semasa agar kita dapat terus
merasai nikmat kemerdekaan.
Rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu mewujudkan perpaduan agar negara terus aman dan
harmoni.
Sebagai warganegara, kita perlu meningkatkan jati diri supaya negara kita tidak mudah dijajah
semula.
Kita juga bertanggungjawab memastikan kestabilan politik terus kekal untuk memastikan negara i
terus aman dan makmur,
Selain itu, rakyat juga perlu menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan budaya keganasan
supaya keselamatan negara terus terjamin.
Seterusnya, rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan yang menjadi identiti negara
agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
Memastikan keselamatan negara terus terjamin dan mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam
politik negara agar kita dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.
Kita hendaklah berusaha memastikan maruah agama, bangsa dan negara terpelihara agar tidak
dicemari oleh unsur-unsur negatif.
Generasi muda perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menjana
pembangunan ekonomi negara.
Generasi muda juga perlu berfikir secara kreatif dan inovatif untuk memastikan negara terus maju
setanding dengan negara maju yang lain.
(mana-mana munasabah)

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

(a) Pengetahuan yang diperolehi

Faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara yang utama ialah keperluan bahan mentah bagi keperluan
industri di Eropah.
Pengenalan sistem birokrasi barat telah mengubah sistem politik,ekonomi dan sosial negara negara

19
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

di Asia Tenggara
Imperialis Barat telah menyebabkan berlaku kemerosotan sistem pemerintahan beraja dan kehilangan
pengaruh pembesar
Pentingnya memelihara perpaduan lebih-lebih lagi dalam masyarakat majmuk untuk meningkatkan
kerjasama dengan semua kaum sama ada Melayu, Cina, India dan etnik-etnik lain tanpa prejudis.
Sentiasa berwaspada terhadap ancaman pihak luar untuk menjamin kedaulatan negara.
Meningkatkan ilmu pengetahuan untuk menjadi pelapis kepimpinan negara seperti belajar
bersungguh-sungguh dan menguasai bidang teknologi maklumat.
Bijak mengatur strategi agar tidak diancam oleh kuasa luar. Meningkatkan kerjasama dengan negara
jiran agar dapat menjamin keselamatan serantau.
Imperialisme membawa keburukan kepada negara yang dijajah dalam aspek politik, ekonomi dan
sosial.
Walau apapun alasannya, kehadiran imperialis Barat adalah untuk kepentingan ekonomi negara
mereka.
Pengenalan birokrasi Barat telah mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial negara-negara Asia
Tenggara.
Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan penindasan.
Imperialisme Barat di Asia Tenggara telah mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat
tempatan yang menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut kemerdekaan
daripada kuasa penjajah.
Penjajah menggunakan apa saja cara demi mengekalkan kekuasaannya, contoh menindas penduduk
peribumi dengan mempekenalkan tanaman paksa di Indonesia.
(mana-mana munasabah)

(b) Nilai/ unsur patriotisme berdasarkan tajuk

Rakyat perlu menghargai dan menghayati jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan negara
supaya perjuangan mereka menjadi inspirasi kepada rakyat untuk memajukan negara.
Rakyat juga perlu mempertahankan kedaulatan negara dari semasa ke semasa agar kita dapat terus
merasai nikmat kemerdekaan.
Rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu mewujudkan perpaduan agar negara terus aman dan
harmoni.
Sebagai warganegara, kita perlu meningkatkan jati diri supaya negara kita tidak mudah dijajah
semula.
Kita juga bertanggungjawab memastikan kestabilan politik terus kekal untuk memastikan negara i terus
aman dan makmur,
Selain itu, rakyat juga perlu menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan budaya keganasan
supaya keselamatan negara terus terjamin.
Seterusnya, rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan yang menjadi identiti negara
agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
Memastikan keselamatan negara terus terjamin dan mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam
politik negara agar kita dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.
Kita hendaklah berusaha memastikan maruah agama, bangsa dan negara terpelihara agar tidak
dicemari oleh unsur-unsur negatif.
Generasi muda perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menjana
pembangunan ekonomi negara.
Generasi muda juga perlu berfikir secara kreatif dan inovatif untuk memastikan negara terus maju

20
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

setanding dengan negara maju yang lain.


(mana-mana munasabah)

(c) Iktibar dari tajuk yang dikaji

Kita perlu memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi luar agar tidak terjebak untuk
memajukan diri
Sentiasa berwaspada dan berhati-hati menerima pengaruh ,maklumat dari luar agar tidak tertipu oleh
mereka.
Kita perlu bertindak tegas demi mempertahankan maruah dan hak negara
Rakyat Malaysia seharusnya mempunyai semangat setia negara
serta cinta akan bangsa dan negara
Sentiasa sedia berkorban untuk bangsa dan negara
Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
Berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
Bersyukur sebagai warganegara Malaysia
(mana-mana munasabah)

(d) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang.

Harapan saya agar semua rakyat Malaysia perlulah memiliki semangat cinta akan negara dengan
berusaha mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara.
Sebagai anggota masyarakat, kita perlu mencontohi semangat bersatu padu, kepimpinan yang kental
dan keberanian para nasionalis demi mengekalkan kemerdekaan negara.
Saya juga berharap agar semua kaum hidup dalam keadaan aman damai dengan saling berkerjasama
antara satu sama lain ke arah kemajuan negara.
Pemimpin dan rakyat perlu berkerjasama untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Harapan supaya seluruh rakyat Malaysia mempunyai semangat kekitaan yang padu dan berharmoni.
Semoga sikap bertolak-ansur dan bertoleransi dan tolong-menolong sentiasa dipupuk bagi mengelak
berlaku perpecahan demi memastikan negara dapat memacu pembangunan yang mampan
(mana-mana munasabah)

21
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

22