Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN : HARI GURU MOHD BAHRI

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Cahaya Pintas, Encik Nor Razif bin Mohd. Adib. Guru-guru dan rakan-rakan
sekalian.

Hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada
saya untuk berucap dalam majlis yang berbahagia ini. Hari guru disambut seluruh negara
pada 16 Mei setiap tahun untuk menghargai jasa guru kita yang membimbing, mengajar dan
mendidik kita menjadi seorang insan dan sanggup menjadi pelita untuk menerangi hidup kita
gelap-gelita.

Jasa guru tidak dapat kita gambarkan. Seperti saya katakan tadi, membimbing, mengajar dan
mendidik adalah antara jasa-jasa seorang insan yang bergelar guru. Guru juga perlu memikul
tanggungjawab yang tinggi contohnya menjadi ibubapa kita di sekolah.
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin berpesan kepada rakan-rakan sekalian, hormati,
sayang dan anggaplah guru itu umpama ibu bapa kita. Kita juga mempunyai tanggungjawab
untuk menjadi seorang anak dan murid yang sempurna.

Guru-guru sekalian,

Saya mewakili rakan-rakan saya, berjanji agar menghormati dan menyayangi guru-guru
sekalian dan kami juga ingin menyusun sepuluh jari supaya guru-guru dapat memaafi
kesemua kesalahan kami dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Saya berharap dan berdoa agar guru-guru sekalian sihat dan terus membimbing dan mendidik
lebih lagi anak muda bagi membentuk insan yang berguna untuk negara dan bangsa serta
agama.

Akhir kata, saya mewakili rakan-rakan memohon maaf sekali lagi andai kata kami terkasar
kata atau tidak beradap kepada guru sekalian. Sesungguhnya, yang baik itu datang daripada
Allah dan yang buruk itu datang daripada kami. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya,
terimalah serangkap pantun yang berbunyi

Hati masih terburu-buru,


Setiap adrenalin seperti matu,
Terima kasih guru-guru,
Menjadi lilin penerang hati.

Sekian, terima kasih.