Anda di halaman 1dari 2

SURAT RASMI : MOHON MENGADAKAN LAWATAN

Persatuan Alam Sekitar,


Sekolah Kebangsaan Taman Perling,
81200 Johor Bahru,
Johor.
________________________________________________________________________
Tuan Pengurus,
Kilang Perabot TM Jaya Sdn. Bhd,
28000 Temerloh,
Pahang.. 14 April 2014

Tuan,

Lawatan Sambil Belajar

Berhubung perkara di atas, saya, Siti Aishah bt Sahari, setiausaha Persatuan Alam Sekitar
ingin memohon mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan.

2. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk:

i. melihat sendiri dengan lebih dekat proses perabot-perabot dihasilkan di kilang.

ii. mengetahui jenis-jenis kayu yang sesuai yang sering digunakan untuk membuat perabot.

iii. menambah ilmu pengetahuan tentang pembuatan perabot kayu.

iv. mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk memelihara hutan dan alam
sekitar.Ini akan membantu kami dalam pelajaran terutama mata pelajaran Kemahiran Hidup
dan Pendidikan Alam Sekitar.

3. Kami memilih mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan kerana syarikat tuan
amat terkenal dalam menghasilkan barangan perabot yang yang bermutu tinggi, tahan lama
dan model yang menarik serta terkini. Selain itu, harganya pula amat berpatutan dengan
kualiti barangan yang dihasilkan.

4. Untuk pengetahuan pihak tuan, ahli rombongan kami seramai 42 orang yang terdiri
daripada 20 orang murid lelaki, 19 orang murid perempuan dan 3 orang guru pengiring.
Butir-butir lawatan ini ialah seperti berikut:

Tarikh : 19 April 2012


Masa : 9.00 pagi
Kenderaan : Bas

5. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dangan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.


Yang benar,
.....................................
(SITI AISHAH BT SAHARI)
Setiausaha Persatuan Alam Sekitar,
Sekolah Kebangsaan Taman Perling,
Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai