Anda di halaman 1dari 24

Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL


_______________________________________________________________________________

BBR36803
Pengenalan Sains Alam Sekitar
_____________________________________

TUGASAN 1 (INDIVIDU)
Tajuk:
ISU DAN CABARAN
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
______________________________________
PENSYARAH

PROF. MADYA DR ZAWAWI BIN DAUD

DISEDIAKAN OLEH:

SUHANA BINTI IDRIS CB120004

_________________________________________________________________
Program Pensiswazahan Guru Kohort 3 (Ambilan September 2012)
Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) Dengan Kepujian
Pengajian Matematik

Tarikh : 9 APRIL 2016

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 1


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

PRAKATA

Tugasan individu ini bertajuk


ISU DAN CABARAN
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
Adalah satu tugasan yang mencabar dan bertepatan dengan
isu semasa kita hari ini.
Berbagai isu berkenaan pencemaran alam sekitar
semakin hari semakin membimbangkan.
Dalam tugasan ini saya perlu meneliti beberapa
tulisan dan jurnal berkenaan pencemaran alam sekitar dan
memberi perhatian terhadap isu semasa alam sekitar di Malaysia hari ini.
Pencemaran Alam sekitar mempunyai
punca, kesan jangka pendek dan jangka panjang
serta memerlukan perhatian serius bagi mempastikan
kebersihan alam sekitar terjamin untuk diwarisi
oleh generasi akan datang.
Setiap usaha dan peruntukkan undang-undang
perlu diberi sokongan
agar segala matlamat untuk mewariskan
Bumi yang bersih dan selamat untuk generasi masa hadapan
akan tercapai. Disamping menjanjikan pembangunan
yang sihat dan selamat untuk
bumi bertuah Malaysia khasnya dan dunia amnya.

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 2


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. PRAKATA. 2
2. ISI KANDUNGAN 3
3. PENGENALAN 4
4. DEFINISI.. 5
5. PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR.. 7
6. KESAN DAN AKIBAT PENCEMARAN ALAM SEKITAR 10
7. LANGKAH DAN CABARAN MENANGANI PENCEMARAN
ALAM SEKITAR DI MALAYSIA 13
8. KESIMPULAN 20
9. BIBLIOGRAFI 21
10. LAMPIRAN 22
11. CD

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 3


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

PENGENALAN

1.1. Pengenalan

Isu pencemaran alam sekitar bukanlah perkara baru. Sejak dahulu lagi isu ini menjadi
perhatian di peringkat Malaysia dan antarabangsa. Perkembangan tamadun manusia dan
transformasi kehidupan, pembangunan, peningkatan taraf hidup , sosio ekonomi dan
budaya telah menyumbang kepada peningkatan pencemaran secara langsung dan tidak
langsung.
Perkara pokok yang perlu diambil perhatian adalah seperti penggunaan sumber yang tiada
pengganti secara berlebihan, penebangan hutan secara berleluasa dan secara haram serta
pengusaha perindustrian yang tidak mengambil berat tentang akibat perbuatan mereka
terhadap alam sekitar. Isu semasa yang sedang dihadapi sekarang ialah isu pemanasan
global. Selain kesan daripada perubahan tiupan angin serta perubahan iklim, pencemaran
alam sekitar juga adalah dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada peningkatan
suhu bumi.
Tidak lama dahulu, kempen kitar semula dilaksanakan bertujuan untuk menggunasemula
bahan yang terpakai serta dapat menjimatkan penggunaan bahan baru . Pelbagai kempen
kesedaran untuk pengguna dilaksanakan melalui televisyen, radio serta media cetak untuk
mempertingatkan pengetahuan agar pengguna khususnya, serta rakyat amnya mendapat
manfaat untuk masa kini dan masa hadapan.

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 4


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

2. DEFINISI

ISU boleh didefinisikan sebagai satu persoalan mengenai perkara pokok dalam konteks
tajuk ini ialah persoalan berkenaan pencemaran alam sekitar.Ia meliputi punca, kesan,
langkah pencegahan, pemuliharaan serta isu perundangan yang berkaitan dengan
pencemaran alam sekitar di Malaysia. CABARAN pula bermaksud perkara atau
peristiwa yang akan dihadapi dalam menangani perkara pokok yang sedang dihadapi oleh
Negara kita iaitu Pencemaran Alam Sekitar.

ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi.
SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling . Perkataan alam sekitar atau dalam
bahasa Inggeris disebut environment membawa maksud keadaan sekeliling atau
lingkungan. Oleh itu, sekiranya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan
alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.
Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal
sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini
termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku,
2002) . Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman
environmentalisme. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang
doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti
keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass,
1997)
Pencemaran alam sekitar yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara
lansung dan tidak lansung terhadap sifat-sifat fizikal , haba dan kimia termasuk kesan
biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air , udara , bunyi , tanah
serta laut.

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 5


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan bahawa pencemaran
adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

Jenis-jenis pencemaran

Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua
jenis iaitu :

i) Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi


Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku
dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi,
dilanda ribut taufan, gempa bumi , tsunami dan sebagainya .

ii) Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .


Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan
oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah:

a) Pencemaran Udara
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap
kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

b) Pencemaran Air
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan
sampah dan sebagainya .

c) Pencemaran Tanah
Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia
dan sisa-sisa pepejal yang berasal dari sistem pembuangan industri yang tidak
terkawal dan tidak mengikut garis panduan serta peraturan yang telah
diperuntukkan kepada setiap pengusaha kilang-kilang di Malaysia.

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 6


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

3. PUNCA- PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah ,
menghapus , mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dari aspek
yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa kepada
maksud apa-apa perubahan secara lansung dan tidak lansung terhadap sifat-sifat fizikal ,
haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi
pencemaran air , udara , bunyi , tanah serta laut dan untuk masalah ini , pelbagai punca
telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah penc
emaran alam sekitar ini ialah

i) Sikap Individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab.

Tiadanya kesedaran sivik dalam diri individu untuk menjaga alam sekitar kerana bagi
sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuah sampah sarap merata-
rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan menganggap ianya sebagai perkara
yang remeh kerana menganggap sampah yang dibuang itu sangat kecil . Jika ramai yang
bersikap sedemikian, maka sudah tentu keadaan kebersihan akan menjadi lebih buruk.
Bayangkan jalan raya yang penuh dengan sampah sarap. Perindustrian juga menjadi
penyumbang kepada pencemaran alam yang lebih teruk. Pembuangan sisa toksid, sisa
pepejal dan asap menyebabkan pencemaran air, udara dan tanah. Kebiasaannya kilang-
kilang akan mengambil langkah mudah dengan membuang sisa pengilangan taanpa
mengambilkira kesannya terhadap alam sekitar.

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 7


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

ii) PEMBANGUNAN YANG TIDAK SISTEMATIK

Apabila pihak yang berkenaan terutamanya pihak kerajaan dan swasta berhasrat untuk
membangunkan sesuatu kawasan , seharusnya mereka memikirkan kesan negatif yang
akan timbul terhadap alam sekitar bukan sahaja memikirkan keuntungan semata-mata.
Seperti kebiasaannya pencemaran udara, air, tanah dan bunyi akan terhasil apabila
sesuatu pembangunan sedang dijalankan. Penggunaan jentera berat contohnya jentera
penanam cerucuk , lori tanah, lori simen akan menghasilkan pencemaran bunyi untuk
kawasan sekitar tapak pembinaan tersebut. Selain itu, sistem perparitan yang tidak
sistematik juga akan menyebabkan pencemaran air, air tanah merah yang mengalir tanpa
arah terus memasuki kawasan penempatan berhampiran dan seterusnya mengalir ke
sungai berhampiran dan menyebabkan pencemaran air. Pencemaran ini menjejaskan
tahap kualiti air dan memerlukan kos yang berlipat ganda untuk pembersihan supaya air
yang bersih dapat disalurkan kepada pengguna. Keadaan ini juga akan mengganggu
ekosistem hidupan air di sungai-sungai. Selain itu, penolakan tanah yang tidak terancang
akan menyebabkan tanah runtuh dan lebih teruk mengakibatkan kawasan tebing tapak
perumahan akan mengalami ketidakseimbangan dan akan menyebabkan bangunan atau
binaan retak.

iii) PEMBAKARAN TERBUKA

Pada masa sekarang , cuaca panas yang diakibatkan oleh fenomena El Nino yang mana
kebanyakkan Negara di khatulistiwa mendapat cuaca panas sehingga 40 C. Ini
menyebabkan kekeringan tumbuhan, rumput rumput dan hutan yang boleh
mengakibatkan terjadinya kebakaran, maka berlakulah pencemaran udara seperti mana

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 8


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

yang sedaang dialami oleh negeri Sabah. Akibat suhu panas yang keterlaluan , kawasan
hutan terbakar dan merebak menyebabkan asap mencemarkan udara sekitar. Namun
begitu, pecemaran udara ini lebih diburukkan lagi dengan pembakaran terbuka.
Pembakaran terbuka akan menyumbang kepada pemanasan suhu dan pelepasan partikel
yang berbahaya ke udara menjadikan udara tidak sihat.

Sedikit masa dahulu , Malaysia menghadapi Fenomena Jerubu yang disebabkan


pembakaran terbuka yang berleluasa terutamanya kawasan pertanian. Pihak terbabit
mengambil langkah mudah dan murah untuk membersihkan kawasan pertanian mereka,
dan ini menyebabkan tahap jerubu IPU mencapai hingga 300.

iv) KETIRISAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG

Pelaksanaan undang-undang secaramenyeluruh dan betul sepatutny dapat mengejkang


masalah pencemaran alam sekitar ini. Ketirisan yang berlaku menyebabkan undang-
undang diperlekeh oleh pihak tertentu. Usaha kerajaan dalam bidang undang-undang
sepatutnya boleh mencegah berlakunya pencemaran alam sekitar. Mungkin terdapat
segelintir daripada pihak berwajib tidak menjalankan atau melaksanakan tanggungjawab
sepenuhnya dalam menangani aktivit-aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran alam
sekitar seperti penebangan hutan simpan secara berleluasa di negeri Pahang, yang telah
menyebabkan pencemaran air sungai dan hakisan tanah. Pihak kerajaan perlu mengambil
berat terhadap pihak-pihk yang mengambil kesempatan di atasketirisan undang undang
serta kecuaian pihak berwajib.

v) PENGGUNAAN KENDERAAN BERMOTOR

Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai sistem jalan raya yang terbaik.
Maka yang demikian , kenderaan bermotor adalah pilihan utama penduduk di Malaysia
untuk bergerak ke lokasi yang ingin dituju. Penghasilan karbon monoksida daripada

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 9


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara . Di samping itu, pencemaran bunyi


juga boleh disebabkan oleh kenderaan bermotor ini.

4. KESAN DAN AKIBAT PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran alam sekitar memberikan kesan yang buruk kepada kehidupan dan alam
sekitar.

Pencemaran Udara memberikan kesan yang sangat serius kepada alam sekitar dan
hidupan di Malaysia Khasnya di dunia amnya. Peningkatan Indeks Pencemar Udara boleh
menyebabkan udara menjadi tidak sihat dan peningkatan suhu bumi. Udara yang
tercemar ini mengandungi partikel-partikel yang berbahaya dan tidak sihat kepada
tumbuhan dan hidupan lain. Di samping itu, tumbuh-tumbuhan menerima akibat dan
kesan buruk daripada pencemaran udara tersebut. Tumbuhan mengalami keguguran daun,
pertukaran warna dan perubahan pertumbuhan seperti menjadi kerdil daan tidak
mengeluarkan hasil sepertimana yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan berlakunya
kekurangan sumber makann daripada hasil sayuran atau tumbuhan. Perkara ini dapat
menganggu pertumbuhan ekonomi Negara dan penyumbang kepadaa pertambahan rakyat
yang tidak sihat. Manusia dan haiwan juga turut merasai kesan daripada pencemaran
udara seperti penularan batuk,alahan, selesema,asma,sesak nafas, gatal-gatal dan pedih
mata . Lebih teruk lagi boleh mengakibatkan kematian setelah menghidap jangkitan pada
saluran pernafasan dan paru-paru. Haiwan-haiwan juga menghadapi kemungkinan
kepupusan kerana kehilangan habitat dan pencemaran sulfur oksida yang mencemarkan
makanan haiwan seperti rumput dan tumbuh-tumbuhan.

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 10


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

Pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya hujan asid yang berlaku akibat
penggabungan sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hasilnya asid
sulfurik dan asid nitrik akan meresap ke dalam tanah dan air. Air hujan asid ini akan
menima hidupan, tumbuhan ,haiwan, bangunan yang akan mengakibatkan hakisan.
Kualiti tanah juga akan terjejas terutamanya tanah untuk pertanian.

Rajah 1: Kejadian hujan asid.

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 11


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

Rajah 2: Kejadian hujan asid

Satu lagi kesan yang paling ketara ialah pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau. Peningkatan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon adalah akibat pelepasan
gas karbon dioksida yang semakin meningkat dan menyebabkan peningkatan suhu bumi.
Haba yang terperangkap dalam lapisan ozon menyebabkan suhu bumi meningkat.
Peningkatan suhu bumi mengakibatkan berlakunya tsunami kerana pergerakan lapisan
bumi dan kejadian alam yang tidak normal. Lapisan ozon yang bertindak sebagai penapis
sinaran matahari daripad terus sampai ke bumi. Akibat pelepasan gas Kloroflorokarbon
atau CFC ke udara daripada alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk
boleh menipiskan lapisan ozon . Oleh itu, cahaya atahari dapat sampai ke bumi dengan
banyak . pendedahan secara terus kepada cahaya matahari dapat menyebabkan kanser
kulit . selain itu, ais juga mencair dan meningkatkan aras lautan. Ini akan memberikan
perubahan kepada alam sekitar dan bumi kita.

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 12


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

Pencemaran bunyi iaitu keadaan bunyi bising pada tahap yang melampau dan
menyebabkan persekitaran saangat bising serta menganggu ketenagna dan ketenteraman
persekitaran. Haiwan juga berhijrah ke tempat yang lain untuk mengelakkan keadaan
bising dan ini akan menganggu keseimbangan ekosistem di tempat berkenaan.
Pencemaran bunyi yang keterlaluan boleh menyebabkan kerosakan pada telinga manusia
secara serta-merta . Sekiranya telinga mendengar bunyi yang terlalu kuat dalam
jangkamasa yang panjang , ia akan menyebabkan kerosakan koklia dan menyebabkan
pendengaran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan menjadi pekak.

Rajah 3: Kesan Rumah Hijau atau penipisan lapisan ozon

5. LANGKAH-LANGKAH DAN CABARAN MENANGANI PENCEMARAN


ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah
mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian
serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat
dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia . Namun begitu, disebalik keselesaan dan
pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh
memudaratkan kehidupan masyarakat .
Pencemaran yang melibatkan beberapa negara seperti pencemaran perairan pantai dan
pencemaran udara yang disebabkan oleh jerebu memerlukan penglibatan yang aktif dari
negara-negara yang terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama .

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 13


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

Dasar Alam Sekitar Negara 2002

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan
ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi
kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DSN adalah untuk : Alam
sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa
hadapan. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai
dengna penyertaan berkesan semua lapisan masyarakat. Cara hidup, pola penggunaan dan
pengeluaran yang lestari.
Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat
pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:
i. Pengawasan Alam Sekitar
ii. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
iii. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
iv. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
v. Membuat Keputusan Bersepadu
vi. Peranan Sektor Swasta
vii. Komitmen dan Kebertanggungjawaban
viii. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa

.Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke


dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk
pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi
dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang
terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian,
dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan
sejagat.

Langkahlangkah yang diambil untuk pencegahan dan kawalan pencemaran alam


sekitar

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 14


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

1. Pengawasan kualiti alam sekitar, program-program pemantauan dan sistem audit


alam sekitar akan dikembang dan dikukuhkan untuk menyokong program
penguatkuasaan, perancangan dan pengezonan, serta bagi membolehkan penilaian
keadaan alam sekitar dibuat secara menyeluruh dan berterusan.

2. Industri-industri akan digalakkan untuk menggubal dasar-dasar yang menghasilkan


kegiatan dan produk-produk yang mempunyai kesan yang sedikit ke atas alam sekitar.
Satu pendekatan yang bersepadu terhadap pencegahan dan kawalan pencemaran akan
diamalkan melalui:

i. Penerapan dan penggabungan langkah-langkah memulih, mencegah dan


berwaspada.
ii. Kawalan di peringkat punca bagi semua pelepasan pencemaran utama ke udara,
tanah dan air.
iii. Penggunaan kaedah terbaik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan
pencemaran, dan mengalakkan teknologi pengeluaran lebih bersih.
iv. Penerapan Prinsip Pencemaran Membayar dan lain-lain galakan tekno-ekonomi
dan penghalang yang sesuai.

3. Industri-industri akan digalakkan untuk mencegah dan mengawal pencemaran


melalui peraturan kawal dan bantu diri terutama di kalangan syarikat yang besar yang
berupaya menggunakan teknologi bersih serta mempunyai sumber kewangan untuk
berbuat demikian. Inisiatif pihak swasta untuk mewujud dan melaksanakan sistem
pengurusan alam sekitar (EMS) akan digalakkan untuk mewujudkan skim perkongsian
dengan perusahaan kecil dan sederhana (SMEs).

4. Penekanan khas akan diberi bagi menangani masalah pencemaran dari SMEs.
Pendekatan bersepadu teknologi, kewangan dan inovasi untuk menyelesaikan masalah
pencemaran industry berkenaan akan ditinjau termasuk opsyen menggunapakai teknologi

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 15


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

pengeluaran bersih, mengadakan kemudahan pengolahan bersama, atau menempatkan


semula ndustry tersebut ke kawasan perindustrian yang ada kemudahan sedemikian.

5. Sektor perniagaan dan industri akan digalak untuk meningkatkan penyelidikan dan
pembangunan teknologi mesra alam serta EMS, melalui kerjasama dengan para akademik
dan institut-institut penyelidikan yang lain.

6. Perbelanjaan untuk pemuliharaan alam sekitar akan digalakkan untuk penjimatan


kos membaikpulih.

7. Galakan dan pentadbiran yang lebih kemas akan digunakan untuk menggalakkan
industri, pengeluaran produk dan perkhidmatan yang mesra alam.

8. Satu pelan induk bersepadu akan diadakan untuk mencegah dan menghapuskan
pencemaran udara, air dan persekitaran laut.

9. Amalan dan teknologii pertanian yang kurang menggunakan racun perosak dan
baja bukan organik akan digalakkan. Amalan pengurusan makhluk perosak yang
bersepadu, perladangan organik, kaedah pertanian dan akuakultur yang mesra alam akan
digalakkan.

10. Pelaburan dalam sistem pengangkutan massa yang berkesan dari segi kos,
kecekapan, kurang mencemar dan lebih selamat, seperti sistem pengangkutan massa
Bandar dan pengangkutan laut bersepadu akan digalakkan. Pengangkutan tidak bermotor
juga akan digalakkan manakala satu skim pengurusan dan kawalan trafik yang
bersistematik akan dibangunkan dan dilaksanakan.

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 16


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

11. Pelaburan dalam infrasturktur alam sekitar bersepadu termasuk pembentungan,


sistem saliran dan pengurusan buangan pepejal akan digalakkan. Kawasan yang telah
tercemar dan merosot akan di baikpulih.

12. Sistem pengurusan yang mesra alam bagi bahan kimia berbahaya dan buangan
tiksik akan dibangun dan dikukuhkan khusus bagi penyimpanan, pengangkutan di darat
dan di laut, pengolahan dan pelupusan bahan-bahan tersebut.

13. Tahap kesedaran awam yang lebih tinggi akan dipupuk bagi mencegah
kemalangan ndustry dan masalah alam sekitar yang berkaitan. Teknik dan prosedur
penilaian risiko yang betul, amalan operasi yang selamat, serta peningkatan keupayaan
tindak balas kecemasan dan kesediaan yang cukup di kalangan industri, orang ramai dan
pihak berkuasa awam, akan digalakkan.

14. Keutamaan akan diberi kepada pemindahan tekonologi dan penyelidikan serta
projek pembangunan dalam bidang teknologi alam sekitar untuk mengalakkan inovasi
teknikal dan saingan peringkat kebangsaan dalam bidang-bidang penting seperti
pengurangan sisa, kitar semula, pemerolehan kembali, pengolahan dan pelupusan yang
selamat, kaedah baru dalam menangani pencemaran dalam bidang-bidang yang diberi
keutamaan dan pembangunan langkah-langkah kawalan untuk mencegah dan
mengurangkan pencemaran

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 17


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

Langkah-langkah lain yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.
Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat
khabar. Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat
tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen.
Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap
keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia
atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan
perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar
dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam
sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini
dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak
menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam
pelajaran Alam dan Manusia seterusnya Dunia Sains dan Teknologi. Pada peringkat
menengah khususnya dalam pelajaran Sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian
tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah
haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal
ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta terhadap alam sekitar
kepada pelajar-pelajar melalui (EMK) Elemen merentas kurikulum di sekolah.
Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan
tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat
tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar
berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap
sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 18


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam
pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains
seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan
Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar
dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan
perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah.
Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan
tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat
tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar
berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap
sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar

Kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat
dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah pun menemui sejenis minyak
daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan
kecekapan enjin. Penemuan ini praktikal dan ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi
meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembanguna berterusan yang perihatin
terhadap persekitaran.

Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara
dan membuka tingkap sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di
cermin hadapan dan belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor ditengah panas juga
boleh mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat
mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan seterusnya
dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja
menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak
dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa
banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak.

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 19


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

Kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak


dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk
alam sekitar disamping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.

Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan negeri
dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan
pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan
supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan
pembalakan di masa hadapan . Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah
memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang .
Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika
pula menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan
hutan tropika di kalangan negara anggota . Ini termasuklah :

i) Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke setahun
ii) Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan
hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan .
iii) Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan
penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya .
iv) Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 20


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

6. KESIMPULAN
Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan
berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan
bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita
sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?
Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup
bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh
timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk
hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia
mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap
hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar
supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara
dan bekalan air yang bersih.
Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang
harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul
dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh
agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini.
Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang
awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran
laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang
padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi
pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut
tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri
tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang
yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan
berulang lagi.

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 21


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan
sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.

BIBLIOGRAFI

Ismail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat. Akademik
Khas, 1991.
Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor
Terhadap Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994.
Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Mei 1994.
Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan dan
Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997.
Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991.
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, 1994. Pencemaran Air. Dewan Kosmik, Mei
1994.
Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar. Dewan Ekonomi, Jun 1997.
Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalah-
masalahnya. Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996.
Jamaluddin Md. Jahi. 2000a. Zon pinggir pantai Malaysia: Antara kegunaan,
tekanan penggunaan dan pengurusannya. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi (ed.),
Pengurusan persekitaran di Malaysia: Isu dan cabaran. Bangi: Pusat
Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 257-280.

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 22


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

LAMPIRAN

http://geografifizikalstpm.blogspot.my/search/label/Hujan%20Asid
https://www.youtube.com/watch?v=wMix0KpLWIE&nohtml5=False
https://youtu.be/OOma1tcLFF0
https://books.google.com.my/books?
https://youtu.be/71iswpZHdWQ

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 23


BINTI IDRIS
Isu dan Cabaran Pencemaran Alam Sekitar di Malaysia

NAMA SUHANA BINTI IDRIS

NO. KAD PENGENALAN 740915-06-5114

NO. MATRIK CB 120004

SARJANA MUDA PENDIDIKAN


KURSUS (SEKOLAH RENDAH) DENGAN
KEPUJIAN MATEMATIK

NO. TELEFON BIMBIT 017-7231162

560 JALAN SCIENTEX 16,


TAMAN SCIENTEX,
ALAMAT TETAP 81000 KULAIJAYA,
JOHOR
NO TELEFON
TEL: 07-6605089
SK LKTP BUKIT BATU, 81000
ALAMAT SEKOLAH
KULAIJAYA, JOHOR

TARIKH LAHIR 15 SEPTEMBER 1974

UMUR SEKARANG 42 TAHUN

e-mail suhanaidris480@yahoo.com

PENGALAMAN
19 TAHUN
BERKERJA

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR CB120004 | SUHANA 24


BINTI IDRIS