Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1

.

Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada
dan menghadiri Hari PendaftaranTingkatan 1 sesi tahun 2017 pada hari ini .

Ya Allah , Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk
mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini , murid-murid
tingkatan 1 ini akan menjadi murid yang cemerlang, terbilang , murid yang disegani dan
dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu
melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,

Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami ke arah


kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami murid-murid yang sentiasa
dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk
meningkatkan prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan
fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau
jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam
peperiksaan yang lalu .

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri
kami dengan kesihatan.