Anda di halaman 1dari 2

SEBAB SEBAB GEJALA MEROKOK

Kelemahan penguatkuasaan undang-undang

Mengikut kajian yang dijalankan, kelemahan


penguatkuasaan undang-undang merupakan faktor
utama yang menjadi pemangkin gejala merokok
dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku kerana
pihak berwajib dikatakan tidak serius melaksanakan
undang-undang yang digubal. Oleh sebab pihak
berkuasa bersikap melepaskan batuk di tangga,
remaja menjadi tidak takut waima tidak gentar
untuk melakukan kesalahan seperti merokok di tempat-tempat awam. Lama-
kelamaan, fenomena merokok dalam kalangan remaja bagai bisul menjadi nanah
yang sukar diubati lagi.

Media massa yang bebas

Pengaruh media massa yang bebas menyiarkan


iklan juga merupakan penyumbang kepada masalah
merokok dalam kalangan remaja. Remaja yang
umur baru setahun jagung, darah baru setampuk
pinang sudah pasti mudah terpengaruh dengan
ledakan iklan daripada media massa. Kajian juga
mendapati remaja dan golongan muda-mudi
merupakan penonton tertinggi siaran media. Oleh
sebab itu, iklan rokok dan poster konsert yang ditaja oleh pihak pekilang rokok
mudah meresap dalam jiwa remaja yang mendahagakan keseronokan. Remaja
memang mudah mempelajari apa-apa sahaja tontonan mereka. Oleh hal yang
demikian, kebanyakan remaja memberanikan diri membeli dan memegang rokok
kerana pengaruh media massa.
Mudah terpengaruh dengan rakan

Kawan merupakan insan yang paling istimewa dan


memainkan peranan yang penting dalam pergaulan
remaja. Walau bagaimanapun, ada antara remaja
yang cuba merokok selepas dicabar atau diajak oleh
kawan-kawan. Hal ini tidak mustahil kerana
hubungan antara kawan yang rapat bagai isi dengan
kuku sedikit sebanyak merangsang kepercayaan
remaja terhadap kata-kata kawan mereka. Oleh sebab
menjadi pak turut kawan, majoriti mereka sama-
sama ponteng sekolah, sama-sama membeli rokok lalu merasai asap rokok tanpa
menyedari kebahayaan rokok. Selepas terjebak dan ketagihan rokok, remaja tidak
dapat mengelakkan diri daripada tabiat buruk ini lagi.

Kurang kasih sayang ibu bapa

Ibu bapa yang kurang memberi kasih sayang


dan tidak prihatin akan perubahan sikap anak-
anak juga merupakan faktor remaja merokok.
Hal ini demikian kerana ibu bapa pada zaman
berteknologi ini terlalu sibuk mengejar
kebendaan dan kemewahan sehingga
mengabaikan tanggungjawab keibubapaan
mereka. Sikap ibu bapa ini bagai enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka sanggup mengabaikan kasih
sayang dengan memberi wang kepada anak-anak mereka sebagai gantian kasih
sayang. Anak-anak yang belum berfikiran matang pula menyalahgunakan wang
tersebut tanpa kawalan ibu bapa. Hal ini menyebabkan remaja dapat membeli
rokok dengan mudah kerana harganya masih murah.

http://bahasamelayuupsrpmr.blogspot.com/2009/03/karangan-faktor-faktor-remaja-
merokok.html

Anda mungkin juga menyukai