Anda di halaman 1dari 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT RAJA, MUAR

MINIT MESYUARAT PBS BIL 4 / 2016

Tarikh : 9 NOVEMBER 2016

Masa : 1.30 PM

Tempat : BILIK MESYUARAT SKPR

Pengerusi : PN HJH SITI MOWLINA BINTI HJ MASHADI

Kehadiran(Bilangan) : SEMUA HADIR

Turut Hadir (Jika ada) :

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dalam mesyuarat PBS kali keempat.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua JK kerana dapat mengadakan
mesyuarat yang telah ditetapkan.

1.3 Seterusnya ialah saranan pihak pemantau untuk memastikan minit mesyuarat diedarkan
kepada guru-guru dalam tempoh 7 hari mesyuarat dijalankan

Makluman : Semua Guru

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KETIGA


2.1 Setiausaha PBS telah membentangkan minit mesyuarat yang lepas
Dicadang oleh : Pn Radiah binti Ismail
Disokong oleh : Pn. Zainah binti Abdul Aziz

Makluman : Semua guru


Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN

4.1 Pn Nor Azmin selaku Setiausaha PBS memohon guru-guru matepelajaran


Tahun 6 untuk mengisi pelaporan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Tahun 6 (PST6)
Tahap Penguasaan subjek masing-masing. Borang pengisian telah dimuat turun
di Komputer di Bilik Guru. Pelaporan tersebut akan diedarkan kepada murid-
murid pada hari pengumuman UPSR nanti.

Tindakan : Guru - guru Tahun 6

4.2 Pn Norida meminta guru-guru menyiapkan dan menghantar pelaporan PBS bagi
semua matapelajaran Tahun 1-6. Setiausaha PBS diminta untuk mengumpul
semua pelaporan tersebut dan menyimpannya di dalam fail putih.

Tindakan : Setiausaha PBS

5.0 PELAPORAN PAJSK

6.1 Pn Siti Zaleha mengucapkan terima kasih kepada guru tahun 6 kerana telah
menyiapkan data PAJSK bagi murid Tahun 6. Beliau seterusnya pula memohon
guru kelas Tahun 4 dan 5 untuk mengisi data PAJSK. Mohon juga untuk membuat
cetakan bagi pelaporan yang telah siap diisi.

Tindakan : Guru kelas Tahun 4 dan 5

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

6.0 PERANCANGAN PERLAKSANAAN PBS 2017

6.1 Tarikh mesyuarat PBS akan ditetapkan kemudian

6.2 Taklimat Pentaksiran PBS akan dibuat semasa orientasi dan pendaftaran Tahun 1
2017.
Tindakan : Guru PK Pentadbiran

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru semua. Beliau
mengharapkan perjalanan PBS 2016 akan dapat ditutup dengan sempurna dan
tiada perkara berbangkit yang berlaku.

7.2 Semua pengorbanan yang guru-guru lakukan dalam meaksanakan PBS pada tahun
2016 ini beliau ucapkan ribuan terima kasih.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang

Disediakan oleh Disahkan oleh

. ..
(Pn. Nor Azmin binti Abdullah) (Pn Hjh Siti Mowlina binti Hj Mashadi)
Setiausaha PBS Guru Besar
SK Parit Raja, Muar SK Parit Raja, Muar

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai