Anda di halaman 1dari 1

4 GOLONGAN LELAKI AKAN KE NERAKA

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.
Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka itu ialah:

1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak


perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka
dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum
lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti
solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita


jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan
adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di
akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan
yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya
maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan
ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat
pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak
harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah SWT: "Hai Anak Adam Periharalah Diri Kamu Serta Ahlimu Dari Api
Neraka Di Mana Bahan Pembakarnya Ialah Manusia,Jin Dan Batu-Batu..."
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim
dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap
kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan
peluang yg Allah swt berikan pada kita.

Anda mungkin juga menyukai