Anda di halaman 1dari 105

MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

1
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S


1. Konflik tuntutan bertindih melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel di Laut China
Selatan boleh mengancam rantau ASEAN.
2. Sebab Negara-negara kuasa besar semakin berusaha menempatkan pengaruh dalam
rantau ASEAN dan kesannya kepada Malaysia.
3. Manfaat ZEE kepada negara Asia Tenggara dan cabaran ZEE kepada negara yang
bersempadankan dengan perairan.
4. Faktor yang boleh mempengaruhi dasar luar negara Malaysia
5. Amalan dan dasar luar Malaysia diurus dengan baik serta cabaran yang dihadapi dalam
dasar luar Malaysia.
6. Faktor wujudnya kumpulan militan dan langkah Malaysia memerangi ancaman
kumpulan militan.
7. Ancaman keganasan antarabangsa dan langkah mengatasi keganasan antarabangsa.
8. Punca jenayah siber dan cara mengatasi jenayah siber
9. Manfaat globalisasi kepada pembangunan sesebuah negara dan kesan negatif
globalisasi.
10. Kesan sosial globalisasi yang membimbangkan ke atas golongan remaja di seluruh
dunia.
11. Persediaan pengawalan penularan wabak penyakit berjangkit dan kesan negatif
penularan wabak penyakit berjangkit.
12. Keburukan dan kelebihan Liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa kepada
Malaysia.
13. Kelebihan Malaysia untuk berkembang maju sebagai hab industri halal global.
14. Manfaat Malaysia muncul menjadi hab industri halal global dan cabaran Malaysia untuk
mencapai matlamat menjadi hab indsutri halal global.
15. Punca fenomena jerebu merentas sempadan di beberapa buah negara ASEAN dan
langkah bersama negara serantau untuk menangani fenomena jerebu.
16. Punca penipisan lapisan ozon di kawasan Antartika dan impak negatif penipisan lapisan
ozon kepada manusia dan segala hidupan di muka bumi.
17. Rasional Malaysia menjadikan Antartika sebagai Warisan Bersama Dunia.
18. Peranan aktif Malaysia di peringkat antarabangsa dalam melindungi alam sekitar.
19. Langkah Malaysia dalam usaha menangani permasalahan pemanasan global
20. Kesan peningkatan suhu dunia secara berterusan dan la.ngkah mengatasi peningkatan
suhu dunia.
21. Kesan bencana alam kepada manusia dan alam sekitar.
22. Kesan fenomena El Nino kepada alam sekitar dan manusia.
23. Punca pencemaran laut di negara-negara rantau ASEAN dan usaha mengatasi
pencemaran laut di negara-negara rantau ASEAN.
24. Punca pencemaran laut di kawasan perairan Malaysia dan negara sekitarnya meningkat
dan kesan pencemaran laut kepada Malaysia dan negara serantau.
23. Ancaman kepada wilayah maritim Malaysia dan langkah yang diambil Malaysia bagi
menangani ancaman di wilayah maritim.
24. Manfaat Kemajuan perubatan moden .
25. Peranan Bioteknologi dalam kemajuan pertanian negara.
26. Kemajuan sains dan teknologi dalam pembangunan sektor pertanian.
27. Penggunaan senjata biologi dan kimia dalam peperangan dan juga serangan-
serangan keganasan berkembang menjadi ancaman global kepada manusia.
28. Manfaat Teknologi nano.
29. Teknologi hijau boleh menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam.

2
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

30. Sebab Teknologi hijau menjadi pilihan utama di kebanyakkan dunia.


31. Keperluan tenaga alternatif dan risiko penggunaan tenaga alternatif kepada
negara.
32. Faktor yang menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternative
33. Ancaman di peringkat antarabangsa yang dialami Malaysia.
34. Masalah yang berlaku kesan daripada AFTA dan langkah negara ASEAN dalam
menangani masalah persaingan memasarkan produk kesan daripada AFTA.
35. Punca kenaikan harga barangan keperluan hidup dan langkah Malaysia
mengatasinya.
36. Sebab utama berlaku pemindahan produk Malaysia secara haram dan kesannya kepada
Malaysia.
37. Peranan PBB dan Kelemahan PBB.
38. Kelemahan PBB dan langkah yang dicadangkan Malaysia bagi meningkatkan
keberkesanan PBB.
39. Faktor pengeluaran makanan semakin berkurang dan sebab harga bekalan
makanan meningkat.
40. Kehadiran warga asing di Malaysia disebabkan terlibat dalam beberapa bidang
dan kesan negatif kehadiran warga asing kepada Malaysia.
41. Kesan positif dan negatif penganjuran sukan antarabangsa kepada Malaysia
42. Rasional hubungan strategik Malaysia dengan China.
43. Kemajuan sains dan teknologi sukan boleh meningkatkan kemajuan sukan
negara.
44. Rasional hubungan strategik Malaysia dengan China.
45. Kemajuan sains dan teknologi sukan boleh meningkatkan kemajuan sukan
negara.
46. Cabaran dalaman dan luaran yang dihadapi ASEAN.
47. Cabaran ASEAN dalam memajukan ekonomi.
48. Cabaran ASEAN dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau.
49. Bentuk-bentuk Kerjasama yang dijalankan Malaysia dan negara-negara ASEAN
lain.
50. Langkah perdana ASEAN ke arah meningkatkan tahap keselamatan serantau.
51. Amalan semangat ASEAN yang dipraktikkan oleh Malaysia dalam usaha
menyelesaikan konflik serantau

3
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 1:Konflik tuntutan bertindih melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel di


Laut China Selatan boleh mengancam rantau ASEAN.

Tuntutan bertindih Kepulauan Spratly dan Paracel oleh China dan beberapa negara
lagi telah memberi kesan ke atas politik dan ekonomi serantau termasuk Malaysia.

Konflik tuntutan bertindih melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel di Laut China
Selatan boleh mengancam rantau ASEAN kerana menjadi tuntutan bertindih antara
negara. Tuntutan bertindih ini melibatkan negara Malaysia,China,Filipina,Brunei,Vietnam,
Taiwan dan China.Tuntutan bertindih ini sekiranya tidak diurus dengan baik boleh
mewujudkan konflik politik antara negara-negara terlibat.Tindakan China dengan tidak
mematuhi Deklarasi Tatacara pihak berkenaan di Laut China Selatan mengeruhkan lagi
hubungan diplomatik negara-negara terlibat.

Konflik tuntutan bertindih melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel di Laut China
Selatan boleh mengancam rantau ASEAN kerana membuka peluang campur tangan
kuasa-kuasa besar di rantau ASEAN.Tindakan China membina pengkalan tentera di Pulau
Spratly menimbulkan rasa tidak puas hati negara-negara anggota ASEAN.Pencerobohan
tentera China di Pulau Scarborough antara pulau dalam gugusan Spratly menimbulkan rasa
tidak puas hati pihak Amerika Syarikat.Situasi ini menyebabkan Amerika Syarikat akan
menyaingi kuasa China di rantau ASEAN.

Konflik tuntutan bertindih melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel di Laut China
Selatan boleh mengancam rantau ASEAN kerana menjejaskan ekonomi negara-negara
ASEAN. China berkemungkinan akan menggunakan kuasa ekonomi untuk menuntut haknya
terhadap kepulauan tersebut.China yang kebanyakannya menjadi pelabur asing langsung
yang terbesar di negara-negara ASEAN berkemungkinan akan mengambil langkah
mengurangkan dagangan dan pelaburan di negara-negara berkenaan.Implikasinya akan
menyebabkan berlaku kemelesetan ekonomi dan turut menjejaskan keupayaan ekonomi
sebahagian negara anggota ASEAN.

Konflik tuntutan bertindih melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel di Laut China
Selatan boleh mengancam rantau ASEAN kerana menjejaskan eksport negara-negara
yang terlibat.Negara-negara yang terlibat dalam tuntutan bertindih kepulauan akan
mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mempertahankan hak masing-masing. Negara
China sebaliknya mungkin bertindak balas dari segi ekonomi bagi menjejaskan nilai eksport

4
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

negara-negara yang menuntut.Contohnya, nilai eksport sarang burung Walit dari Malaysia
terjejas kerana China mengetatkan syarat kemasukan sarang burung Walit.

Konflik tuntutan bertindih melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel di Laut China
Selatan boleh mengancam rantau ASEAN kerana memberi kesan kepada industri
pelancongan beberapa negara ASEAN.Krisis tuntutan bertindih kepulauan boleh
menyebabkan pergerakan pelancong dari negara China ke negara-negara berkenaan terjejas.
China bertindak agresif menghalang rakyatnya daripada melawati Filipina dan Vietnam
kerana negara berkenaan turut menuntut hak ke atas dua pulau itu. Konflik China dengan
Filipina dan Vietnam menjejaskan sektor pelancongan di rantau ASEAN.

Kesimpulannya,tindakan berhemah semua negara yang terlibat dalam tuntutan


bertindih dua pulau adalah diperlukan demi kestabilan politik dan ekonomi di rantau
ASEAN.

5
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 2 : Kesan daripada konflik di Laut China Selatan negara-negara kuasa besar
semakin berusaha menempatkan pengaruh dalam rantau ASEAN dan keadaan ini
boleh menimbulkan pelbagai kesan terhadap Malaysia. Jelaskan.

Konflik yang berlaku di Laut China Selatan menyebabkan Amerika Syarikat dan
China antara negara kuasa besar bersaing bagi meningkatkan pengaruh masing-masing di
samping cuba menyekat pengaruh kuasa besar lain daripada bertapak kukuh di rantau
ASEAN. Malaysia turut menanggung kesan dengan perkembangan ini.

Negara-negara kuasa besar semakin berusaha menempatkan pengaruh dalam rantau


ASEAN disebabkan kedudukan geostrategik rantau ini.Kedudukan Laut China Selatan
yang menempatkan pelbagai pulau menjadikan kawasan ini strategik untuk menempatkan
pengkalan tentera.Laut China Selatan juga menghubungkan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi
sebagai laluan dagangan antarabangsa.Menguasai Laut China Selatan memberi keupayaan
dan ruang menempatkan pengaruh di rantau ini dan berupaya mengekang pengaruh kuasa
besar lain.

Negara-negara kuasa besar semakin berusaha menempatkan pengaruh dalam rantau


ASEAN disebabkan persaingan menempatkan pengaruh.Wujud persaingan antara kuasa
besar China dan Amerika Syarikat (AS) untuk menempatkan pengaruh di rantau ini.China
membina pengkalan tentera di kawasan pulau yang dipertikaikan di kepulauan Spratly. AS
telah meningkatkan kekuatan tenteranya di rantau ini untuk menyaingi pengaruh China
melalui dasar Pangsi Pasifiknya. Persaingan ini telah meningkatkan aktiviti ketenteraan di
rantau ini.

Negara-negara kuasa besar semakin berusaha menempatkan pengaruh dalam rantau


ASEAN disebabkan wujud kesediaan tawaran dalam kalangan negara ASEAN. Filipina
ada memohon bantuan dan menyediakan pengkalan tentera. Filipina meminta Amerika
Syarikat membantu negara berkenaan dalam menghadapi konflik perebutan Pulau
Scarborough Shoal di kawasan Kepulauan Spratly.Singapura menyediakan pelabuhannya
untuk kemudahan logistik tentera Amerika Syarikat.Permintaan Filipina dan kesediaan
Singapura meningkatkan ruang kehadiran kuasa besar seperti Amerika Syarikat memburukan
keadaan di rantau ASEAN.

Kesan pengaruh kuasa-kuasa kepada Malaysia ialah mengancam keselamatan


negara.Kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China berlumba-lumba untuk

6
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

menempat dan menguji senjata-senjata canggih mereka di rantau ASEAN.Perlumbaan senjata


dan membenarkan kehadiran tentera kuasa besar seperti Amerika Syarikat boleh menggugat
keselamatan negara dan menimbulkan konflik antara negara-negara ASEAN.Perkara ini
ternyata melanggar pendirian yang telah disepakati ASEAN iaitu mendokong ASEAN
sebagai kawasan Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).

Kesan pengaruh kuasa-kuasa kepada Malaysia ialah menjejaskan hubungan


diplomatik Malaysia dengan negara-negara lain.Kehadiran kuasa-kuasa besar dengan
penempatan pengkalan tentera di negara-negara jiran Malaysia telah menimbulkan rasa
prejudis.Kehadiran kapal-kapal tentera yang keterlaluan di Singapura akan mewujudkan rasa
kurang senang negara ASEAN lain termasuk Malaysia.Langkah yang diambil
memperlihatkan kedudukan berpihak' akan menjejaskan hubungan dengan pihak kuasa besar
lain.Keadaan ini boleh rnencetuskan ketegangan Malaysia dengan negara-negara jiran di
rantau ASEAN.

Kesimpulannya,konflik yang berlaku di Laut China Selatan perlu ditangani segera


kerana impaknya juga akan memberi kesan kepada Malaysia

7
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 3 : Pelaksanaan undang-undang Zon Ekonomi Eksklusif ( ZEE) telah memberi manfaat
dalam kalangan negara Asia khasnya Asia Tenggara namun perlaksanaannya juga menghadapi
cabaran kepada negara yang bersempadankan dengan perairan.

Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) ialah persempadanan sesebuah negara dengan laut sejauh 320
km dari pantai yang diperkenalkan melalui Perjanjian Undang-undang Laut Dunia di Caracas
Venezuala (1974). Zee telah memberi beberapa manfaat dan juga boleh mewujudkan cabaran kepada
negara-negara ASEAN.

ZEE memberi manfaat kepada negara Asia Tenggara untuk mengeksploitasi sumber
marin.Sumber minyak dan gas asli di luar pantai Malaysia boleh dieksploitasi untuk menjana
pendapatan. Misalnya, di Terengganu, Kelantan, Sabah, dan Sarawak. Sumber aktiviti perikanan di
Laut China Selatan juga merupakan sumber marin yang boleh dieksploitasi.Misalnya, eksploitasi
sumber protein yang mencukupi hasil daripada tangkapan ikan.

ZEE memberi manfaat kepada negara Asia Tenggara dalam menentukan sempadan
negara dengan jelas.Kawasan negara juga akan lebih selamat.Pencerobohan dan kekeliruan dapat
dielakkan jika setiap negara mengetahui sempadan masing-masing yang memudahkan lagi proses
pemantauan dan kawalan.ZEE juga membolehkan negara di Asia Tenggara menyelesaikan tuntutan
dan memiliki pulau-pulau . Misalnya, tuntutan Pulau Batu Putih antara Singapura dan Malaysia yang
menyebelahi Singapura melalui keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Cabaran ZEE kepada negara yang bersempadankan dengan perairan ialah mewujudkan
pertindihan tuntutan wilayah antara negara-negara ASEAN. Misalnya, tuntutan kepulauan
Spratly di antara Brunei, China, Filipina, Malaysia dan Vietnam. Hubungan diplomatik boleh terjejas
semasa proses persiapan tuntutan berasaskan penetapan ZEE.Misalnya, tuntutan Pulau Sipadan dan
Ligitan di antara Malaysia dan Indonesia yang turut mengeruhkan hubungan Malaysia dan Indonesia
yang akhirnya dimenangi Malaysia melalui keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Cabaran ZEE kepada negara yang bersempadankan dengan perairan ialah mewujudkan
pertelingkahan antara negara ASEAN melalui pencerobohan nelayan di wilayah asing.
Pencerobohan nelayan boleh menjejaskan pendapatan nelayan negara lain.Misalnya, nelayan negara
Thailand yang bertindak menceroboh kawasan perairan laut Malaysia telah menggunakan pukat yang
tidak dibenarkan sehingga memusnahkan habitat laut di Malaysia.Penangkapan nelayan yang
mencerobohi sempadan negara boleh mewujudkan konflik antara negara.Misalnya, tindakan kerajaan
Indonesia menangkap dan menenggelamkan kapal nelayan Malaysia.

Cabaran ZEE kepada negara yang bersempadankan dengan perairan ialah mewujudkan
pertelingkahan antara negara ASEAN melalui masalah perlanunan .Tangkapan lanun dari

8
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

negara-negara berkaitan melibatkan pelaksanaan undang-undang berbeza .Pelaksanaan undang-


undang terhadap pesalah dari negara lain boleh menyebabkan salah faham antara negara.Masalah
serangan lanun di kawasan perairan boleh menimbulkan masalah kawalan di kawasan perairan
masing-masing.Pencerobohan lanun dari negara lain ke Malaysia sukar untuk diambil tindakan kerana
mereka akan bertindak menyembunyikan diri ke negara sendiri.

ZEE boleh mendatangkan manfaat, namun pelaksanaannya boleh menjejaskan hubungan


antara negara.Kebijaksanaan perlu untuk menangani konflik yang timbul agar pertelingkahan yang
timbul boleh diselesaikan melalui semangat ASEAN.

9
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 4 : Peranan pemimpin Malaysia bukan merupakan satu-satunya faktor yang boleh
mempengaruhi dasar luar negara ini. Bincangkan.

Dasar luar penting kepada negara Malaysia. Peranan pemimpin dan faktor-faktor lain
penting dalam menentukan dasar luar negara Malaysia.

Faktor yang boleh mempengaruhi dasar luar negara Malaysia ialah peranan
pemimpin Malaysia.Perkembangan dasar luar di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang
silih berganti menunjukkan tindak balas pradmatik terhadap perubahan geopolitik dan
ekonomi.Perubahan dan kesinambungan kepimpinan memperlihatkan tahap keyakinan dan
kematangan negara yang lebih tinggi dalam mengendalikan hubungan antarabangsanya.
Kepimpinan negara turut diiktiraf dalam pelbagai isu yang menarik minat negara
membangun.Untuk terus relevan dengan keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh
statik.

Faktor yang boleh mempengaruhi dasar luar negara Malaysia ialah keselamatan
negara. Dasar luar Malaysia haruslah menjaga kepentingan nasional dan keselamatan rakyat.
Malaysia harus mengelak sebarang ancaman atau serangan dari luar.Tindakan ini penting
kerana Malaysia merupakan negara kecil yang tiada kekuatan ketenteraan justeru Malaysia
tidak harus menggunakan kekerasan dalam dasar luarnya .Mengadakan kerjasama
ketenteraan dengan negara serantau dan kuasa besar juga harus dipertimbangkan sebagai
dasar luar Malaysia di masa hadapan.

Faktor yang boleh mempengaruhi dasar luar negara Malaysia ialah kedudukan
geografi dan geostrategik. Kedudukan Malaysia agak strategik kerana terletak antara Lautan
Hindi, Laut China Selatan dan Lautan Pasifik.Kedudukan ini dilihat banyak membantu
menghubungkan perdagangan antara rantau Asia- Pasifik dan menghubungkan dunia barat
dengan dunia timur.Laluan ini juga dilihat kaya dengan sumber marin seperti minyak dan
perikanan.Potensi yang ada ternyata menarik kuasa-kuasa besar untuk mengukuhkan
pengaruh di rantau Asia Tenggara.

Faktor yang boleh mempengaruhi dasar luar negara Malaysia ialah mengamalkan
Prinsip Piagam Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).Dasar luar Malaysia dilihat menyokong dan
mengamalkan prinsip PBB seperti menyelesaikan masalah secara aman, menentang
penggunaan kekerasan,membantu negara miskin,melindungi hak asasi manusia, tidak
campurtangan dalam hal ehwal negara lain,menyelesaikan konflik dan pertikaian

10
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

antarabangsa.Malaysia turut menghantar pasukan pengaman ke Bosnia dan Iraq. Seterusnya,


Malaysia juga bertindak membantu negara yang ditimpa bencana tsunami seperti Indonesia.

Faktor yang boleh mempengaruhi dasar luar negara Malaysia ialah mengamalkan
prinsip berkecuali. Dasar luar Malaysia adalah tidak mahu terlibat dalam hal ehwal dalaman
negara lain.Malaysia sentiasa memperjuangkan hak untuk setiap negara supaya
menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan pihak luar.Malaysia juga menjalin
hubungan diplomatik dengan semua negara.Selain itu, Malaysia juga mempersetujui rakyat
sesebuah negara perlu menentukan sendiri masa depan negara mereka.

Kesimpulannya,peranan pemimpin merupakan faktor yang diambil kira oleh Malaysia


dan faktor-faktor lain juga menjadi faktor dalam menentukan dasar luarnya.

11
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 5 : Amalan dan dasar luar Malaysia diurus dengan baik. Walaubagaimanapun
terdapat pelbagai cabaran.

Dasar luar yang diamalkan Malaysia dihormati negara-negara lain kerana diuruskan
dengan baik dan secara diplomatik.Pengurusan dasar luar yang baik tidak bermaksud
Malaysia terlepas daripada cabaran di peringkat antarabangsa dan serantau.

Amalan dan dasar luar Malaysia diurus dengan baik melalui pengurusan diplomatik
yang berorganisasi.Malaysia banyak menyertai badan-badan organisasi serantau,pertubuhan
negara Islam,Komanwel,Pertubuhan Negara-Negara Membangun dan Piagam Bangsa-
Bangsa Bersatu. Malaysia cukup aktif membantu organisasi antarabangsa tersebut dalam
pelbagai kemahiran.Malaysia turut mempunyai pengurusan diplomatik dengan negara-negara
luar melalui perlantikan duta-duta dan pegawai-pegawai dalam hal urusan diplomatik
negara.Malaysia juga mewakili organisasi antarabangsa memberi bantuan kepada rakyat dan
negara asing yang ditimpa musibah.

Amalan dan dasar luar Malaysia diurus dengan baik melalui perlaksanaan prinsip
dasar berkecuali.Malaysia menyokong kuat Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)
dan menjalin hubungan diplomatik tanpa mengira ideologi politik.Malaysia sering
mengambil pendekatan berkecuali dalam banyak perkara dan sering menggunakan rundingan
serta diplomasi .Prinsip ini ternyata berjaya mengekalkan keamanan di rantau ASEAN. Sifat
tidak berpihak kepada mana-mana blok kuasa besar juga berjaya membantu Malaysia
merangka hubungan dasar luar negara yang baik.

Terdapat cabaran yang dihadapi dalam dasar luar Malaysia seperti konflik
serantau.Antaranya konflik ketidakstabilan politik dalaman negara jiran.Sebagai contoh,
konflik yang berlaku di Selatan Thailand dan Myanmar boleh menjejaskan hubungan
diplomatik Malaysia dengan negara-negara berkenaan. Hubungan diplomatik Malaysia boleh
terjejas kerana Malaysia dikaitkan cenderung menyokong pihak yang dianggap penentang
kerajaan negara berkonflik.

Cabaran yang dihadapi dalam dasar luar Malaysia ialah tekanan dan pengaruh
kuasa besar.Pelaksanaan dasar luar Malaysia terutama dalam aspek hubungan diplomatic
ekonomi antarabangsa sentiasa mendapat tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) dan
negara-negara Eropah.Sebagai contoh, Malaysia terus mengalami tekanan dari aspek jualan
kelapa sawit oleh Negara-negara Eropah yang mendakwa minyak kelapa sawit boleh

12
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

menjejaskan kesihatan. Impaknya hubungan diplomatik dan ekonomi Malaysia dengan


Negara-negara Eropah terjejas.

Cabaran yang dihadapi dalam dasar luar Malaysia ialah ancaman perbalahan antara
negara berhampiran dan fahaman ekstrem. India dan Pakistan bersaing untuk muncul
sebagai kuasa di rantau Asia Selatan dan kedua-dua negara ini memiliki senjata
nuclear.Selain itu,persengketaan Korea Utara dengan Korea Selatan juga turut mengancam
keselamatan Malaysia daripada pelbagai aspek.Ancaman ekstrem daripada negara-negara
tertentu yang bertentangan dengan ideologi Malaysia turut menjadi cabaran.Ideologi ekstrem
boleh menggugat kestabilan negara.

Kesimpulannya,kerajaan Malaysia harus merencanakan perancangan yang sesuai


dalam mengatasi cabaran dasar luar Malaysia agar masalah yang dialami dapat diselesaikan.

13
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 6 : Malaysia dan beberapa negara ASEAN telah mengalami ancaman keselamatan oleh
golongan militan . Beberapa faktor dikenalpasti sebagai punca kewujudan kumpulan ini dan
negara turut mengambil tindakan sewajarnya menangani ancaman ini. Huraikan.

Kumpulan militan menjadi ancaman keselamatan kepada Malaysia, rantau ASEAN, dan
keamanan dunia. Kumpulan militan wujud kerana beberapa sebab dan Malaysia memainkan peranan
dalam menangani ancaman ini.

Faktor wujudnya kumpulan militan ini berpunca daripada tekanan hidup.Tekanan ekonomi
dan kehidupan daif mendorong kebarangkalian kumpulan rakyat menentang pemerintah untuk
menuntut kehidupan yang lebih baik . Golongan ini mungkin melakukan jenayah seperti penculikan
dan rompakan di kawasan perairan kerana kemiskinan .Wang rompakan digunakan untuk membiayai
aktiviti golongan ini.Sebagai contoh, kebangkitan rakyat selatan Filipina yang bangkit menentang
kerajaan Filipina dengan mewujudkan kumpulan militan Abu Sayaf.

Faktor wujudnya kumpulan militan ini berpunca daripada penindasan atau mengatasi
ketidakadilan.Penindasan oleh pemerintah atau kumpulan yang menjadi majoriti antara sebab
wujudnya kumpulan militan.Kebanyakan negara tidak mengiktiraf kumpulan pelampau tertentu dan
digelar kumpulan pengganas.Contohnya,kumpulan Jemaah Islamiah di Asia Tenggara dan pergerakan
Al-Qaeda di negara Arab. Kumpulan ini melakukan penentangan melalui perisitiwa Arab Spring
akibat layanan pemerintah atau kumpulan majoriti yang tidak adil dengan mencabuli hak asasi
mereka.

Faktor wujudnya kumpulan militan ini berpunca daripada ketaasuban agama. Ada golongan
agama yang menegakkan pegangan dan amalan agama dengan pendekatan melampau. Mereka
melabelkan pihak lain salah atau menganggap kumpulan mereka lebih beragama dan lebih betul
berbanding orang lain . Pertembungan antara dua kumpulan atas pegangan agama yang sama tetapi
berlainan mahzab seperti penganut Syiah dan Sunni di sesetengah negara Arab juga mewujudkan
gerakan militan.

Malaysia mengambil langkah memerangi ancaman kumpulan militan dengan cara


menandatangani memorandum dan kerjasama antara negara di peringkat antarabangsa.
Kerjasama dilakukan dengan negara serantau bagi memerangi golongan militan di Asia Tenggara.
Contohnya, mengadakan kerjasama dengan Indonesia, Thailand, dan Australia berkaitan perkongsian
maklumat risikan kegiatan militan.Malaysia juga turut mengadakan kerjasama di peringkat
antarabangsa.Misalnya, perjanjian persefahaman dengan Perancis dalam menanganu militant Islam
State (IS) .

14
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Malaysia mengambil langkah meningkatkan keupayaan penguatkuasaan dan undang-


undang . Pihak penguatkuasa mengambil langkah mengawal dan memantau pergerakan keluar dan
masuk kumpulan militan antarabangsa serta meningkatkan kawalan atau pemantauan di kawasan
yang sensitif . Penggubalan dan pelaksanaan undang-undang pencegahan dalam menangani aktiviti
pengganas juga dibuat dalam mengatasi masalah ini . Misalnya, Akta Pencegahan Keganasan 2015
(POTA).

Kesimpulannya, kewujudan kumpulan militan boleh mendatangkan pelbagai impak negative


kepada sesebuah negara dan menjejaskan keamanan dunia. Oleh itu, semua pihak harus menyokong
tindakan kerajaan mencegah gerakan kumpulan militan.

15
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 7 : Keganasan antarabangsa menjadi ancaman kepada keamanan sejagat


dan langkah perlu dilakukan untuk mengelakan jenayah ini berleluasa.Bincangkan.

Keganasan antarabangsa kerap berlaku di seluruh dunia seperti pengeboman,


pembunuhan dan penculikan oleh kumpulan pengganas.Keganasan antarabangsa banyak
mendatangkan kesan negatif dan langkah-langkah perlu dilakukan untuk mengatasinya.
Keganasan antarabangsa menjadi ancaman kerana mengancam keselamatan
penduduk negara yang terlibat.Keganasan yang berlaku sama ada angkara dalaman
mahupun luaran sesebuah negara akan menimbulkan huru-hara.Misalnya, pemberian ucapan
sesetengah pemimpin yang berunsur provokasi akan membakar perasaan sehingga
mendorong penyokong bertindak ganas di luar batasan seperti di Turki.Pengeboman di
tempat-tempat awam oleh pengganas menyebabkan kehilangan nyawa rakyat
tempatan.Misalnya, peristiwa pengeboman di Bali, Indonesia.
Keganasan antarabangsa menjadi ancaman kerana menjejaskan ekonomi sesebuah
negara.Aktiviti keganasan yang tercetus akan menggangu kelancaran aktiviti
ekonomi.Politik yang tidak stabil, pengeboman, dan pembunuhan yang sentiasa berlaku
menyebabkan pelabur asing tidak berani melabur.Pelabur asing mungkin bertindak
memindahkan pelaburan ke negara lain.Misalnya, keganasan dan pembunuhan kejam yang
berlaku di Syiria menyebabkan ramai pelabur menarik pelaburan keluar dari Syiria dan
kesannya ekonomi Syiria terjejas.
Keganasan antarabangsa menjadi ancaman kerana menjejaskan industri
pelancongan negara terlibat.Keganasan antarabangsa seperti penculikan dan pengeboman
berani mati oleh pengganas mengurangkan kehadiran pelancong.Contohnya, peristiwa
pengeboman di tempat awam yang berlaku di Phuket, Thailand .Seterusnya. banyak syarikat
pelancongan dan penerbangan tempatan mengalami kerugian.Misalnya,demonstrasi di
Bangkok menyebabkan pelancong asing yang berhasrat melawat Bangkok akan ke destinasi
lain dan kesannya menjejaskan syarikat perlancongan dan penerbangan Thailand.

Langkah mengatasi keganasan antarabangsa adalah melalui kerjasama


antarabangsa.Perjuangan menentang keganasan memerlukan kerjasama antarabangsa yang
berkesan menurut Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Misalnya, Malaysia percaya
perkongsian maklumat risikan melalui Suruhanjaya Pencegahan Jenayah dan Keadilan
Jenayah (CCPCJ) mampu meredakan aktiviti keganasan.Malaysia dan negara ASEAN
bergerak aktif untuk membanteras keganasan dan jenayah terancang

16
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

transnasional.Contohnya, Program Kerja ASEAN Malaysia mengadakan kerjasama dengan


negara Asia Tenggara bagi membanteras jenayah.

Langkah mengatasi keganasan antarabangsa adalah dengan memperkasakan


penguatkuasaan undang-undang oleh sesebuah negara. Badan penguatkuasaan undang-
undang seperti pihak polis dan tentera memainkan peranan penting membanteras
keganasan.Pihak yang menjadi dalang mencetuskan rusuhan dan keganasan mesti dikenakan
hukuman berat dan ditangkap badan penguatkuasa.Undang-undang khas untuk menangani
keganasan perlu digubal.Misalnya,Malaysia mempunyai rang undang-undang Kesalahan
Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 SOSMA.
Kesimpulannya, keganasan antarabangsa memberi impak yang pelbagai jika ditangani
dengan baik.Justeru, keganasan antarabangsa perlu dicegah secara menyeluruh dan kolektif
dengan melibatkan usaha di peringkat antarabangsa.

17
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 8 Jenayah siber berkembang daripada aktiviti jenayah oleh individu atau
kumpulan kecil kepada rangkaian jenayah yang sungguh kompleks di seluruh dunia
berpunca daripada pelbagai faktor dan langkah mengatasinya perlu diambil.

Kes jenayah siber merupakan isu jenayah sosial di Malaysia dan di peringkat global
yang semakin membimbangkan.Jenayah siber berpunca daripada pelbagai faktor dan jenayah
ini harus ditangani segera.

Jenayah siber berpunca daripada faktor kemajuan teknologi maklumat.Penggunaan


komputer secara meluas dalam kalangan masyarakat hari ini memudahkan mereka terdedah
kepada jenayah siber.Penjenayah berpeluang mencuri maklumat pengguna atau organisasi
dalam komputer peribadi.Jenayah siber berpunca daripada penggunaan internet secara meluas
dalam kalangan masyarakat.Penjenayah boleh menipu, menghantar virus atau mesej sampah
dalam laman web atau laman sosial dalam internet.

Jenayah siber juga berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan undang-undang.


Kelemahan pelaksanaan undang-undang siber merumitkan keadaan .Ketiadaan akta atau
undang-undang yang lebih berkesan untuk mendakwa individu yang terlibat dalam jenayah
siber membuktikannya.Kelemahan badan penguatkuasaan undang-undang turut menyukarkan
usaha menguatkuasakan undang-undang.Jenayah siber semakin bertambah berpunca daripada
kekurangan tenaga pakar forensik komputer yang menyebabkan penjenayah siber tidak dapat
dikesan serta didakwa.

Jenayah siber juga berpunca daripada rangkaian sindiket antarabangsa. Penjenayah


di peringkat antarabangsa melakukan jenayah siber secara professional dan bergerak secara
meluas sehingga sukar untuk dikesan oleh pihak berkuasa.Sindiket antarabangsa berjaya
memerangkap dan menipu mangsa di seluruh dunia .Misalnya, penggondam Ransomware
yang menggugut mangsa dengan mengunci maklumat penting dan maklumat penting tersebut
dapat diperolehi semula jika mangsa membayar kepada mereka.

Jenayah siber boleh diatasi melalui memperkasakan penguatkuasaan undang-


undang .Jenayah siber boleh diatasi melalui penggubalan undang-undang yang tegas
terhadap penjenayah siber.Misalnya, dengan memperkasakan lagi Dasar Keselamatan Siber
Negara 2016. Badan penguatkuasa undang-undang juga harus meningkatkan kefahaman
mengenai jenayah siber.Misalnya, melalui kerjasama Cybersecurity Malaysia dengan negara

18
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Korea Selatan dalam membantu polis dan mahkamah melaksanakan siasatan, tangkapan dan
pendakwaan terhadap penjenayah siber.

Jenayah siber boleh diatasi melalui langkah peningkatan kawalan keselamatan.


Pengguna komputer boleh mengatasi jenayah siber dengan cara meningkatkan kawalan
keselamatan sistem menggunakan anti-virus.Kerjasama Cybersecurity Malaysia dengan
Pasukan Respons Kecemasan Asia Pasifik (APECERT) bagi meningkatkan keselamatan
sistem perlu diteruskan.Pihak bank perlu menyediakan kawalan ketat ketika membuat
pindahan akaun melalui internet.Kerajaan perlu mewujudkan badan penapisan khas bagi
menapis laman web palsu di internet.

Kesimpulannya, jenayah siber mempunyai kesan negatif terhadap masyarakat serta


negara.Oleh itu, pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan perlu lebih serius menangani punca
meningkatnya jenayah siber ini.

19
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 9 : Globalisasi akan membawa lebih banyak manfaat kepada pembangunan


sesebuah negara berbanding kesan sebaliknya Bincangkan.

Globalisasi meluaskan satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi
segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh
manusia di dunia ini. Globalisasi yang melanda dunia hari ini mempunyai manfaat dan kesan
negatif.

Manfaat globalisasi kepada pembangunan sesebuah negara ialah dapat memajukan


ekonomi.Globalisasi boleh menggalakkan perdagangan antarabangsa dan meluaskan pasaran
barangan negara-negara yang terlibat. Proses globalisasi membolehkan aktiviti ekonomi dan
barangan eksport sesebuah negara dipasarkan serta dipromosikan di seluruh dunia.
Globalisasi juga membolehkan negara-negara maju melabur di negara-negara membangun
dan miskin.Pelaburan asing daripada negara-negara maju membawa bersarna modal,
teknologi, dan kemahiran mereka ke negara-negara berkenaan.

Manfaat globalisasi kepada pembangunan sesebuah negara ialah dapat melahirkan


masyarakat berpengetahuan.Globalisasi boleh meningkatkan kemajuan dan penggunaan
teknologi maklumat kepada penduduk-penduduk negara yang terlibat.Kemajuan teknologi
maklumat memperkenalkan komputer dan internet membolehkan pelbagai maklumat
diperoleh dengan cepat.Globalisasi juga membolehkan berlakunya proses pemindahan
kepakaran dan teknologi.Negara maju akan memindah teknologi dan kepakaran mereka
melalui teknologi maklumat melalui syarikat-syarikat komputer seperti Microsoft dan ACER
yang turut melabur di Malaysia.

Manfaat globalisasi kepada pembangunan sesebuah negara ialah dapat mewujudkan


persefahaman global. Kemajuan teknologi maklumat yang mengabungkan sistem maklumat
seluruh dunia memudahkan interaksi antara negara melintasi benua. Pertukaran pengetahuan,
pengalaman dan budaya antara negara bergerak bebas boleh menjalin hubungan dan
mengeratkan persefahaman.Maklumat semasa kejadian di sesebuah negara mudah diperolehi
dengan cepat dan secara terbuka.Bantuan boleh disalurkan dengan segera jika sesebuah
negara mengalami bencana.

20
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Kesan negatif globalisasi ialah memberi kesan negatif dalam aspek sosial kepada
negara-negara yang terlibat.Globalisasi boleh mencemarkan budaya atau nilai-nilai
kebudayaan masyarakat di negara-negara membangun atau miskin.Globalisasi boleh
menyebabkan berlakunya penularan budaya Barat tanpa kawalan dari seluruh dunia akan
menyebabkan berlakunya penghakisan budaya tempatan.Anak-anak tempatan akan
mengagung-agungkan budaya Barat yang berunsur kebebasan melampau dan budaya kuning
yang akan menyebabkan golongan ini hilang identiti.

Kesan negatif globalisasi ialah memberi kesan negatif dalam penjajahan ekonomi.
Seterusnya,globalisasi juga boleh menyebabkan berlakunya penjajahan ekonomi oleh negara
maju terhadap negara-negara membangun atau miskin.Globalisasi membolehkan negara maju
memanipulasi dan mengeksploit ekonomi negara-negara miskin atau membangun.Proses
globalisasi memudahkan negara maju menembusi pasaran dan berdagang di negara miskin.
Negara-negara miskin akan mengalami ketidakstabilan ekonomi dan akan terus ketinggalan
serta miskin.

Kesimpulannya,pelbagai pihak harus mempunyai jati diri yang kuat dan ilmu
pengetahuan agar dapat menangkis kesan-kesan daripada ledakan globalisasi yang melanda
dunia hari ini.

21
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 10 : Globalisasi telah meninggalkan banyak kesan sosial yang membimbangkan


ke atas golongan remaja di seluruh dunia.

Globalisasi yang bermaksud dunia tanpa sempadan banyak memberi kesan kepada
remaja pada masa kini sama ada baik atau buruk namun budaya barat yang agak bebas
banyak memberi kesan sosial kepada remaja di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Kesan sosial globalisasi yang membimbangkan ke atas golongan remaja di seluruh


dunia ialah keruntuhan akhlak golongan remaja. Kemasukan teknologi maklumat melalui
pengguna internet secara meluas melalui penggunaan komputer, telefon dan gajet yang lain
telah mengubah corak kehidupan remaja di kebanyakan negara. Remaja dari negara-negara
timur dan barat seolah-olah tidak ada perbezaan kerana mereka leka dengan pengaruh media
sosial.Hubungan remaja lelaki dan perempuan sudah tiada batasan lagi.

Kesan sosial globalisasi yang membimbangkan ke atas golongan remaja di seluruh


dunia ialah peningkatan penyalahgunaan dadah.Kemajuan Teknologi Maklumat melalui
globalisasi membolehkan remaja memperolehi pelbagai maklumat berkaitan penyalahgunaan
dadah secara terbuka.Penggunaan internet melalui media sosial seperti "facebook" atau
rangkaian sosial 'Whatssap" membolehkan golongan remaja memesan dadah daripada
pengedar dadah dengan mudah.Penayangan konsert antarabangsa secara langsung melalui
rangkaian televisyen satelit boleh mempengaruhi remaja terpengaruh budaya pengambilan
dadah oleh ahli-ahli kumpulan muzik antarabangsa.

Kesan sosial globalisasi yang membimbangkan ke atas golongan remaja di seluruh


dunia ialah membentuk amalan gaya hidup tidak sihat.Globalisasi mudah menyerap
masuk budaya Barat yang negatif secara terbuka kepada remaja-remaja negara timur.Budaya
yang lebih mementingkan keseronokan melalui iklan secara terbuka di media elektronik telah
mengubah budaya hidup remaja di seluruh dunia.Amalan merokok, meminum minuman
keras dan perlakuan seks bebas semakin mempengaruhi gaya hidup remaja.

Kesan sosial globalisasi yang membimbangkan ke atas golongan remaja di seluruh


dunia ialah peningkatan kes jenayah dalam kalangan remaja.Personaliti remaja boleh
dipengaruhi melalui kemasukan filem-filem atau unsur-unsur hiburan berbentuk seks secara
terbuka melalui internet.Jenayah gengsterisme juga dilihat meningkat melalui adegan-adegan
ganas yang dicontohi daripada filem Hollywood dan Hong Kong. Pengaruh internet juga

22
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

boleh menyebabkan remaja melakukan jenayah siber seksual melalui pengedaran gambar-
gambar lucah di media sosial. Pengaruh ini dilihat telah berleluasa di seluruh dunia.

Kesan sosial globalisasi yang membimbangkan ke atas golongan remaja di seluruh


dunia ialah melanggar hubungan sosial remaja dengan masyarakat sekeliling.Globalisasi
menyebabkan kemajuan telekomunikasi terutama penggunaan gajet semakin meluas.
Penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja yang mempunyai pelbagai aplikasi boleh
mempengaruhi personaliti remaja menjadi lebih individualistik dan menjauhkan diri daripada
masyarakat sekeliling terutama keluarga. Ikatan sosial remaja di seluruh dunia menjadi
longgar dan hubungan dengan masyarakat sekeliling tidak dipeduli

Kesimpulannya, remaja masa kini haruslah sedar mengenai perkara buruk dan baik
pada era globalisasi ini agar dapat terus menjadi golongan remaja yang berkualiti.

23
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 11 : Penularan wabak penyakit berjangkit akan menguji kesungguhan sesebuah


negara untuk membuat persediaan pengawalan, namun kegagalannya akan
mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat dunia.Bincangkan.

Wabak penyakit berjangkit perlu pengawalan di peringkat awal bagi mencegah wabak
ini dari terus merebak.Kegagalan pengawalan secara global akan menyebabkan wabak terus
mengancam seluruh masyarakat dunia.

Persediaan pengawalan penularan wabak penyakit berjangkit boleh dibuat dengan


mengawal pintu masuk sempadan negara.Penggunaan alat pengimbas suhu badan perlu
bagi pemeriksaan saringan kesihatan.Pihak kastam dan imigresen perlu mengawal kemasukan
haiwan-haiwan import yang dikenalpasti punca wabak penyakit berjangkit.Pusat-pusat
kuarantin perlu kepada mereka yang ada tanda-tanda penyakit.

Persediaan pengawalan penularan wabak penyakit berjangkit boleh dibuat dengan


mengadakan kerjasama antarabangsa.Kerjasama antara negara untuk menyelaraskan
maklumat berkaitan penularan wabak penyakit berjangkit adalah penting untuk dibuat.Semua
negara di peringkat antarabangsa harus berusaha secara bersama menyediakan vaksin dan
ubat pelali untuk pencegahan penularan wabak penyakit berjangkit.Negara yang kurang
pengetahuan berkenaan sesuatu wabak penyakit berjangkit harus mendapatkan bantuan pakar
luar negara yang lebih maju bagi mengawal dan mengetahui punca wabak penyakit menular.

Persediaan pengawalan penularan wabak penyakit berjangkit boleh dibuat dengan


meningkatkan kawalan kepada rakyat.Kerajaan boleh mencegah rakyat Malaysia untuk
melawat negara yang ada penularan wabak penyakit berjangkit seperti di negara Amerika
Selatan.Kerajaan juga boleh mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyat negara ini agar
tidak melawat negara-negara yang mempunyai risiko penularan wabak penyakit
berjangkit.Menggalakkan rakyat mendapat rawatan sebelum keluar negara jika tidak dapat
dielakkan boleh dibuat seperti yang dilakukan negara Singapura.

Kesan negatif penularan wabak penyakit berjangkit adalah dapat menjejaskan


kesihatan rakyat.Virus yang merebak boleh menyebabkan kadar kematian meningkat seperti
yang berlaku di Afrika Selatan dan negara sekitarnya.Benua Afrika pernah menggemparkan
dunia dengan penularan wabak penyakit berjangkit Ebola yang banyak meragut nyawa
manusia yang tidak berdosa.Penularan wabak penyakit berjangkit juga boleh menyebabkan
penderitaan kepada penduduk sesebuah negara.Misalnya,virus Zika yang berlaku di Brazil

24
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

telah menyebabkan ramai kaum ibu di Brazil yang melahirkan anak-anak yang cacat anggota
badan kesan daripada virus Zika.

Kesan negatif penularan wabak penyakit berjangkit adalah menjejaskan ekonomi


negara.Penularan wabak penyakit berjangkit dapat menjejaskan sektor ekonomi sesebuah
negara yang bergantung kepada sektor perlancongan.Kemasukan pelancong asing akan
berkurangan.Pelancong akan membatalkan program bercuti daripada terlibat dalam aktiviti
melancong kerana takut serangan virus.Sumber pendapatan negara juga akan terjejas kerana
sektor pelancongan terjejas.

Kesimpulannya,kawalan serangan wabak penyakit berjangkit adalah tanggungjawab


semua negara.Kerjasama yang erat antara negara akan dapat menjalin hubungan diplomatik
yang sedia terjalin dan keselamatan rakyat juga lebih terjamin.

25
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 12: Liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa membolehkan Malaysia


memperoleh kelebihan.Namun,pada masa yang sama sistem ini juga mendatangkan
keburukan kepada Malaysia.

Era globalisasi menuntut liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa.Malaysia


memperoleh kelebihan daripadanya namun pada masa yang sama terdedah kepada
keburukannya.

Liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa membolehkan Malaysia memperoleh


kelebihan dalam meluaskan pasaran.Lebih banyak barangan Malaysia dapat dipasarkan di
luar negara melalui proses liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa.Tiada had
halangan terhadap kemasukan produk Malaysia disebabkan penghapusan cukai dan
tarif.Misalnya, melalui perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani Malaysia dengan
semua negara Asia Tenggara iaitu Asean Free Trade Area (AFTA).Barangan negara Asia
Tenggara lain yang murah membolehkan pengeluar tempatan dapat memperoleh keuntungan
yang banyak.

Liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa membolehkan Malaysia memperoleh


kelebihan dalam meningkatkan pelaburan asing.Dasar Liberalisasi menggalakkan
kemasukan pelabur asing ke Malaysia.Kerajaan mengumumkan liberalisasi terhadap 27
subsektor perkhidmatan serta melonggarkan beberapa syarat pelaburan asing.Tindakan ini
ternyata akan menarik minat mereka untuk membuat pelaburan.Proses liberalisasi ini juga
dapat mengurangkan kos operasi pelabur asing.

Liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa membolehkan Malaysia memperoleh


kelebihan dalam perkongsian pengetahuan dan kepakaran.Liberalisasi dalam sistem
ekonomi antarabangsa boleh memberikan cabaran kepada daya saing produk keluaran
Malaysia.Bagi meneruskan daya saing di pasaran antarabangsa kerajaan Malaysia harus
mampu menghasilkan sumber manusia yang berkualiti serta pakar dalam bidang
pengeluaran.Pekerja tempatan dapat mempelajari teknologi dan kepakaran asing melalui
latihan dan pengalaman bekerja di luar negara kesan daripada proses liberalisasi ekonomi ini.

Keburukan liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa kepada Malaysia ialah


dapat mengancam sektor pembuatan tempatan.Kemasukan barangan dan perkhidmatan
asing secara bebas ke Malaysia memberikan pilihan besar kepada pengguna.Barangan asing
lazimnya berkualiti dan berdaya saing dari segi harga akan menjadi pilihan

26
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

pengguna.Barangan asing ini juga akan memberikan saingan kepada produk baharu yang
dikeluarkan oleh firma tempatan yang tentunya lebih mahal.Permintaan yang banyak
terhadap barangan asing oleh masyarakat Malaysia akan menyebabkan permintaan terhadap
barangan dan perkhidmatan tempatan terbatas.

Keburukan liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa kepada Malaysia ialah


melalui penguasaan ekonomi negara oleh pihak asing.Syarikat asing di Malaysia boleh
masuk dan keluar dari pasaran Malaysia pada bila-bila masa sahaja berikutan kebebasan yang
diberikan Malaysia kepada syarikat-syarikat asing ini.Pergantungan sepenuhnya terhadap
syarikat-syarikat asing dalam menjana ekonomi negara boleh menyebabkan ekonomi negara
berada dalam keadaan terancam.Perkara ini boleh mempengaruhi keputusan pembuatan dasar
kerajaan atas nama keperluan liberalisasi ekonomi bagi menjaga hati pelabur-pelabur asing
agar tidak melabur di negara lain.

Kesimpulannya,Malaysia perlu meliberalisasikan ekonomi jika hendak


mengembangkan ekonominya.Semakan dan kawalan terhadap dasar liberalisasi perlu
dilakukan secara berterusan agar tidak menjejaskan ekonomi negara.

27
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 13 : Malaysia memiliki kelebihan tersendiri untuk berkembang maju sebagai


hab industri halal global.

Malaysia mempunyai pelbagai potensi untuk menjadi negara yang berkembang maju
sebagai hab ilmu halal global.

Malaysia memiliki kelebihan tersendiri untuk berkembang maju sebagai hab industri
halal global kerana mempunyai pasaran dan permintaan yang tinggi daripada negara
Islam.Peningkatan pengaruh Islam di seluruh dunia dan kesedaran tinggi telah mewujudkan
permintaan yang semakin meningkat terhadap produk halal Malaysia.Produk halal negara
amat diyakini tinggi di pasaran global kerana terbukti berkualiti tinggi dan harga yang murah
menarik minat dari negara-negara Islam.Produk halal Malaysia juga mendapat permintaan
tinggi dari penduduk Islam di China.

Malaysia memiliki kelebihan tersendiri untuk berkembang maju sebagai hab industri
halal global kerana mempunyai kemudahan prasarana.Malaysia dilengkapi pelbagai
infrastruktur yang canggih bagi memenuhi keperluan pemasaran produk halal
global.Kemudahan jalan darat,laut,udara,sistem telekomunikasi yang maju memudahkan
pelbagai produk halal keluar masuk ke negara ini secara lebih berkesan.Misalnya,kemudahan
pelabuhan Tanjung Langsat di Tanjung Pelepas,Johor yang mempunyai gudang yang lengkap
dengan pelbagai peralatan canggih.Kemudahan ini memudahkan industri berasas halal
berkembang pesat di negara ini.

Malaysia memiliki kelebihan tersendiri untuk berkembang maju sebagai hab industri
halal global kerana menjadi satu-satunya negara yang mengeluarkan sijil atau logo halal
yang diiktiraf.Malaysia mempunyai kelebihan sebagai kerajaan negara Islam yang
mengeluarkan sijil halal kepada pelbagai produk.Logo dan sijil HALAL Malaysia menjadi
aset yang diiktiraf dengan MS15900 dan MS2004.Logo dan sijil HALAL Malaysia diiktiraf
di seluruh dunia.

Malaysia memiliki kelebihan tersendiri untuk berkembang maju sebagai hab industri
halal global kerana mempunyai pelbagai bahan mentah untuk produk makanan
halal.Malaysia kaya dengan bahan mentah berasaskan sector makanan dan asas tani yang
mudah diperolehi dan murah.Keupayaan ini membolehkan Malaysia mampu menghasilkan
produk makanan halal yang lebih kompetitif.Aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang

28
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

dijalankan terhadap pengeluaran makanan berupaya meningkatkan nilai tambah terhadap


produk makanan halal yang dikeluarkan oleh Malaysia.

Malaysia memiliki kelebihan tersendiri untuk berkembang maju sebagai hab industri
halal global kerana mempunyai kepakaran menghasilkan produk halal.Malaysia memiliki
tenaga kepakaran bagi membangunkan industri halal dan menentukan status halal.Industri
halal Malaysia menjalankan kegiatan kajian dan pemantauan secara berterusan yang diyakini
dengan mengamalkan pemprosesan berasaskan Good Manufacturing Produk (GMP).Kajian
dan pemantauan secara berterusan boleh menyakini pengguna domestik dan
antarabangsa.Kepakaran yang ada pada Malaysia memudahkan proses untuk mencegah
penipuan status halal.

Kesimpulannya,kelebihan Malaysia sebagai hab industri halal harus dimanfaatkan


sebaik mungkin agar dapat memajukan ekonomi negara.

29
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 14 : Usaha Malaysia untuk muncul menjadi hab indsutri halal global boleh
memberi manfaat kepada negara.Namun begitu, masih wujud pelbagai cabaran kepada
negara untuk mencapai matlamat tersebut.

Banyak manfaat yang boleh diperolehi jika Malaysia menjadi hab industri halal global
namun untuk merealisasikan matlamat tersebut Malaysia terpaksa menghadapi banyak
cabaran dalam usaha untuk menjayakannya.

Usaha Malaysia untuk muncul menjadi hab indsutri halal global boleh memberi
manfaat kepada Malaysia dengan menjana pendapatan atau ekonomi negara.Pendapatan
negara meningkat melalui peluang perdagangan perkhidmatan dan produk dengan negara-
negara Islam,Amerika Syarikat dan Britain.Tukaran wang asing yang berlaku melalui
hubungan dagangan ini akan mengukuhkan lagi ekonomi negara.Dianggarkan nilai pasaran
halal global bernilai RM7.6 trilion setahun dan RM 45 billion untuk pasaran di Malaysia.

Usaha Malaysia untuk muncul menjadi hab indsutri halal global boleh memberi
manfaat kepada Malaysia dengan mewujudkan peluang pekerjaan.Industri halal global
akan mewujudkan industri kecil dan sederhana seperti pemprosesan dan pembungkusan yang
boleh mewujudkan peluang pekerjaan.Jaringan usahasama antara pengusaha industri halal
dalam kalangan negara Islam dan bukan Islam menyediakan peluang pekerjaan berkualiti
tinggi.Pertambahan permintaan sijil atau logo HALAL terhadap produk makanan halal boleh
meningkatkan input buruh bagi memenuhi permintaan tersebut.

Usaha Malaysia untuk muncul menjadi hab industri halal global boleh memberi
manfaat kepada Malaysia dengan menjamin kesihatan dan mengurangi krisis bekalan
makanan.Industri halal boleh menghasilkan makanan yang berkualiti dan kebersihan yang
terjamin dari segi virus atau bahan kimia.Makanan yang berkualiti dan kebersihan yang
terjamin akan mampu memelihara kesihatan penduduk Islam dan bukan islam di peringkat
global.Indusri halal juga boleh menjamin bekalan makanan halal yang mencukupi untuk
penduduk Islam di seluruh dunia.

Cabaran Malaysia untuk mencapai matlamat menjadi hab indsutri halal global adalah
kekurangan tenaga pakar dan tenaga mahir.Malaysia agak kekurangan tenaga
professional dalam aspek sains halal.Misalnya,kepakaran penyembelihan mengikut syariah
kurang mendapat sambutan daripada golongan muda yang menganggap profesion ini tidak
ekonomik dan tenaga kepakaran sedia ada sudah tua.Kepakaran pembungkusan makanan

30
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

halal untuk mengekalkan ketahanan dan kualiti makanan yang mahal menyukarkan usaha
untuk membangunkan industri halal global.

Cabaran Malaysia untuk mencapai matlamat menjadi hab indsutri halal global adalah
usaha untuk mengekalkan standard dan kualiti.Malaysia menghadapi masalah untuk
mengekalkan piawaian dan kualiti produk indsutri halal kerana ditentukan oleh piawaian dan
kualiti antarabangsa.Konsep halal yang berbeza mengikut fahaman umat islam di seluruh
dunia seperti Hanafi,Maliki dan Shafii merumitkan industri halal di Malaysia.Perbezaan
fahaman ini menyebakan permintaan terhad mengikut fahaman yang dianuti oleh kerajaan
Islam di Malaysia.

Kesimpulannya,Malaysia harus mencari satu jalan penyelesaian dalam menyelesaikan


perbezaan fahaman konsep halal dengan umat islam yang lain agar usaha Malaysia untuk
memanfaatkan potensi industri halal antarabangsa dengan baik.

31
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 15: Fenomena jerebu merentas sempadan di beberapa buah negara ASEAN
berpunca daripada pelbagai faktor.Oleh itu,negara-negara serantau perlu mengambil
langkah bersama untuk menangani fenomena ini.Huraikan.

Fenomena jerebu merentas sempadan menjadi sebahagian permasalahan alam sekitar


kepada negara-negara serantau.Walaupun permasalahan tersebut disebabkan oleh pelbagai
faktor namun negara-negara serantau perlu mengambil langkah mengatasinya.

Fenomena jerebu merentas sempadan di beberapa buah negara ASEAN berpunca


daripada faktor perubahan cuaca.Fenomena El Nino menyebabkan cuaca menjadi lebih
panas dan kering di kawasan tropika.Pembentukan awan tidak aktif , hujan yang kurang dan
angin mudah bertiup membawa jerebu merentasi sempadan.Misalnya,jerebu merentasi
sempadan yang teruk berlaku di Malaysia,Singapura dan Indonesia pada tahun 1997,1998
dan 2015.

Fenomena jerebu merentas sempadan di beberapa buah negara ASEAN berpunca


daripada faktor pembakaran sisa pertanian.Kebanyakan petani di Indonesia mengambil
jalan mudah dengan membakar sisa tanaman secara terbuka.Pembakaran ini dibuat kerana
kosnya yang murah berbanding cara lain.Pembakaran sisa-sisa hasil pertanian yang tidak
terkawal menghasilkan asap dan molekul terampai membentuk menjadi jerebu.Kebakaran
yang berlaku mengakibatkan jerebu yang teruk kepada negara-negara serantau.

Fenomena jerebu merentas sempadan di beberapa buah negara ASEAN berpunca


daripada faktor pembakaran hutan.Sisa tebangan hutan yang dibakar semasa musim kering
di tanah gambut akan menghasilkan asap tebal.Musim kemarau dengan tiupan angin yang
kencang menyebabkan asap bertiup merentas sempadan ke negara-negara jiran.Terdapat
undang-undang yang membenarkan pembakaran hutan bagi tujuan pertanian di Indonesia
merumitkan lagi keadaan.Tindakan ini menyebabkan sebahagian daripada Indonesia dan
negara Asia Tenggara di sekitarnya diselimuti asap beracun pada tahun 2015.

Negara-negara serantau perlu mengambil langkah bersama untuk menangani


fenomena jerebu dengan mengadakan perjanjian antara negara-negara serantau
(ASEAN). Semua negara ASEAN ada menandatangani perjanjian alam sekitar pada tahun
2002 bagi mengurangkan pencemaran jerebu.Melalui perjanjian ini negara-negara serantau
bersepadu bekerjasama untuk menangani jerebu.Hal ini dilakukan melalui aktiviti
pemantauan kualiti udara dan pencegahan pembakaran terbuka.

32
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Negara-negara serantau perlu mengambil langkah bersama untuk menangani


fenomena jerebu dengan menubuhkan Pusat Koordinasi ASEAN (ACC).ACC ditubuhkan
untuk memudahkan kerjasama dan koordinasi antara pihak-pihak terlibat bagi menangani
jerebu.Sebagai contoh,koordinasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Agensi
Pengurusan Bencana Nasional Indonesia.Semua negara ASEAN juga harus menyelaraskan
bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) agar dapat menangani fenomena jerebu dengan lebih
sistematik dan efisien.

Kesimpulannya,masalah jerebu merentasi sempadan harus dipandang serius oleh


negara serantau.Kesepakatan antara negara berjiran amat penting dalam menangani isu ini
agar fenomena jerebu merentas sempadan dapat ditangani.

33
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 16:Penipisan lapisan ozon di kawasan Antartika berpunca daripada pelbagai


faktor.Penipisan lapisan ozon juga memberi impak negatif kepada manusia dan segala
hidupan di muka bumi.Jelaskan.

Fenomena lapisan ozon merupakan satu masalah besar kepada alam sekitar dan amat
membimbangkan penduduk dunia.Fenomena ini berpunca daripada pelbagai faktor dan boleh
membawa kesan negatif kepada kehidupan manusia dan hidupan lain.

Penipisan lapisan ozon di kawasan Antartika berpunca daripada faktor pencemaran


bahan industri.Penggunaan Klorofluorokarbon (CFC) dalam kegiatan industri elektronik
dan logam boleh menipiskan lapisan ozon.CFC merupakan agen pelarut pendingin udara dan
peti sejuk yang mengandungi klorin dan jika bertindak balas dengan sinaran ultra ungu boleh
memusnahkan molekul-molekul ozon.Penggunaan bahan kimia dalam industri baja kimia dan
racun serangga boleh menipiskan lapisan ozon kesan daripada nitrat oksida.

Penipisan lapisan ozon di kawasan Antartika berpunca daripada faktor pembakaran


bahan buangan dan tenaga.Ozon akan terhakis melalui pembakaran bahan buangan sisa
pertanian dan perhutanan.Sisa pertanian dan perhutanan yang dibakar akan menghasilkan gas
nitrogen yang boleh meresap ke atmosfera dan menipiskan lapisan ozon.Pembakaran bahan
tenaga juga boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon.Kapal terbang supersonik
menggunakan bahan bakar petroleum yang mengeluarkan gas nitrogen oksida boleh
menipiskan lapisan ozon.

Penipisan lapisan ozon juga memberi impak negatif kepada manusia dan segala
hidupan di muka bumi dengan menjejaskan kesihatan manusia dan hidupan
laut.Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan sinaran ultra ungu memancar terus ke
permukaan bumi.Sinaran ini boleh menyebabkan manusia mengalami penyakit kanser
kulit.Sinaran ultra unggu juga boleh menjejaskan hidupan laut melalui kemusnahan sumber
makanan hidupan laut seperti zooplankton.Kekurangan sumber makanan untuk hidupan laut
akan merosakkan keseimbangan ekosistem akuatik.

Penipisan lapisan ozon juga memberi impak negatif kepada manusia dan segala
hidupan di muka bumi melalui perubahan iklim dan menjejaskan bekalan air bersih
manusia.Sinaran ultra ungu boleh meningkatkan suhu bumi.Suhu yang terlalu panas boleh
menyebabkan haiwan ternakan mati yang menjejaskan sumber makanan manusia.Sumber

34
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

bekalan air bersih manusia juga terjejas berikutan kejadian banjir dan kemarau kesan
daripada penipisan lapisan ozon akibat perubahan iklim yang tidak menentu.

Penipisan lapisan ozon juga memberi impak negatif kepada manusia dan segala
hidupan di muka bumi dengan menjejaskan hasil pertanian.Sinaran ultra ungu yang
berlebihan akan merosakkan sel dan mikro organisma dalam tumbuhan dan binatang
ternakan.Radiasi ultraviolet boleh menjejaskan tumbesaran tumbuhan dan haiwan.
Tumbesaran tumbuhan terganggu disebabkan radiasi ini menjejaskan proses fotosintesis
tumbuhan dan turut menganggu rantai makanan haiwan akibat perubahan iklim.

Kesimpulannya,semua pihak harus mengambil inisiatif untuk membendung penipisan


lapisan ozon daripada terus berlaku agar tidak menjejaskan kehidupan manusia dan hidupan
lain di muka bumi.

35
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 17:Malaysia mempunyai rasional tertentu berusaha menjadikan Antartika


sebagai Warisan Bersama Dunia.Bincangkan.

Benua Antartika mempunyai banyak manfaat jika dibangunkan namun manfaat


pembangunan ini dilihat lebih dimonopoli negara-negara maju.Malaysia ada menyuarakan
Antartika harus diisyithar sebagai warisan bersama dunia agar tidak memberi kelebihan
kepada negara maju sahaja.

Malaysia mempunyai rasional untuk menjadikan Antartika sebagai Warisan Bersama


Dunia disebabkan Antartika sesuai untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan
(R&D).Malaysia mendapati kawasan Antartika merupakan kawasan sesuai untuk dibuat
kajian tentang unggas dan alam sekitar.Setiap negara harus mempunyai kebebasan untuk
membuat kajian tanpa dihalang negara maju untuk membuat penyelidikan tentang flora dan
fauna.Kebebasan ini akan membolehkan pengkaji tempatan mengkaji kesan perubahan iklim
global terhadap mikroorganisme.

Malaysia mempunyai rasional untuk menjadikan Antartika sebagai Warisan Bersama


Dunia disebabkan keperluan untuk pemeliharaan alam sekitar dunia.Pembabitan
Malaysia dalam isu Antartika membolehkan negara membantu negara-negara maju untuk
mengurangkan masalah pemanasan global.Penglibatan Malaysia dalam isu Antartika juga
boleh membantu Malaysia membuat persediaan awal jika berlaku bencana alam.Pencairan
glasier di kawasan ini menjadi petanda kepada impak perubahan iklim yang boleh
menyebabkan berlaku kenaikan aras laut dan kejadian banjir di negara-negara tertentu.

Malaysia mempunyai rasional untuk menjadikan Antartika sebagai Warisan Bersama


Dunia disebabkan keperluan mengekalkan hasil bumi Antartika sebagai hak
bersama.Antartika kaya dengan pelbagai hasil bumi dan semua hasil ini harus dikongsi
semua negara.Malaysia berpendapat hasil bumi Antartika tidak wajar dinikmati oleh
beberapa buah negara kaya sahaja.Malaysia bersama-sama dengan negara anggota PBB yang
lain membantah pernjanjian Konvensyen Undang-Undang Laut Bangsa-Bangsa Bersatu
kerana bimbang sumber galian di Antartika seperti platinum,nikel dan minyak dikuasai oleh
kuasa-kuasa tertentu sahaja.

Malaysia mempunyai rasional untuk menjadikan Antartika sebagai Warisan Bersama


Dunia disebabkan ketidakadilan penguasaan negara-negara tertentu di Antartika.
Perjanjian Antartika Treaty Systemdibuat oleh enam belas buah negara sahaja.Perjanjian

36
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

ini merupakan satu tindakan yang tidak adil kerana membuat perjanjian tanpa pengetahuan
anggota PBB yang lain.Perjanjian ini juga ternyata bertentangan dengan matlamat asal
perjanjian dengan anggota PBB yang lain iaitu Antartika sepatutnya diurus oleh satu rejim
antarabangsa Antartika.

Malaysia mempunyai rasional untuk menjadikan Antartika sebagai Warisan Bersama


Dunia disebabkan keperluan hubungan persahabatan dan diplomatik antarabangsa
dengan negara membangun dan maju.Malaysia dapat memajukan ekonominya jika
berjuang bersama negara lain dalam mengekalkan warisan bersama.Negara antarabangsa juga
akan memberi pengalaman dan kemahiran kepada Malaysia untuk menjadi lebih
maju.Malaysia juga dapat bekerjasama dan mengeratkan persahabatan dengan negara kuasa
besar.

Kesimpulannya,Malaysia harus berjuang bersama dengan negara lain untuk


menjadikan Antartika sebagai warisan bersama dunia agar dapat dimanfaatkan untuk
memajukan ekonomi dan sumber pengetahuan kepada negara.

37
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 18: Masalah alam sekitar merupakan isu universal atau global yang perlu
ditangani oleh masyarakat antarabangsa.Malaysia telah memainkan peranan yang
aktif di peringkat antarabangsa dalam melindungi alam sekitar.

Alam sekitar yang bersih menjamin tahap kesihatan penduduk dunia.Malaysia turut
memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa dalam melindungi alam sekitar.

Malaysia memainkan peranan yang aktif di peringkat antarabangsa dalam melindungi


alam sekitar dengan menyokong ketetapan Protokol yang berkaitan alam sekitar.
Malaysia bersetuju mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan kaca di udara melalui
Protocol Kyoto.Malaysia juga memberi kerjasama dalam Protokol Montreal untuk
menghapuskan penggunaan CFC dalam sektor perkhidmatan pada tahun 2010.Malaysia juga
komited dalam Protokol Cartagena bagi memastikan kesan bioteknologi tidak menjejaskan
alam sekitar dan manusia.

Malaysia memainkan peranan yang aktif di peringkat antarabangsa dalam melindungi


alam sekitar dengan menuntut hak terhadap penerokaan Antartika.Malaysia menyedari
mengenai kepentingan kawasan Antartika boleh mempengaruhi alam sekitar global.Malaysia
menuntut agar Antartika menjadi warisan dunia dan hak bersama dengan semua negara agar
dapat mengelakkan penerokaan tanpa standard negara-negara maju yang boleh menjejaskan
alam sekitar benua tersebut.Tujuan tuntutan Malaysia juga adalah bagi mengekalkan
Antartika dalam mengimbangi perubahan suhu dunia.

Malaysia memainkan peranan yang aktif di peringkat antarabangsa dalam melindungi


alam sekitar melalui persidangan antarabangsa.Malaysia ada mengeluarkan Deklarasi
Langkawi berkaitan alam sekitar pada tahun 1989 semasa menganjurkan Persidangan Ketua-
Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).Penglibatan Malaysia dalam pelbagai persidangan
peringkat antarabangsa membolehkan Malaysia menyuarakan idea sebagai langkah
melindungi alam sekitar secara bersama. Misalnya,melalui Protokol Montreal yang dihadiri
Malaysia dalam satu persidangan antarabangsa alam sekitar berjaya digunakan Malaysia dan
negara lain untuk menghentikan pengeluaran dan penggunaan CFC dalam sektor pembuatan.

Malaysia memainkan peranan yang aktif di peringkat antarabangsa dalam melindungi


alam sekitar dengan menyahut kempen Program Earth Hour.Malaysia menyahut
kempen Program Earth Hour dengan menjalankan kempen untuk bergelap dengan
memadam semua lampu elektrik selama satu jam.Mesej kempen ini disokong sepenuhnya

38
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

oleh Malaysia.Sokongan ini dibuat bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat
Malaysia berkaitan kepentingan menangani pemanasan global.

Malaysia memainkan peranan yang aktif di peringkat antarabangsa dalam melindungi


alam sekitar dengan mengadakan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan
kerjasama antarabangsa.Penyelidikan dan pembangunan sentiasa dijalankan di Malaysia
untuk melestarikan alam sekitar dan menyelesaikan masalah-masalah alam sekitar di
peringkat global.Universiti tempatan dengan kerjasama kepakaran dari negara luar
menjalankan kajian berkaitan perubahan cuaca dunia.Misalnya,Universiti Teknologi
Mara(UiTM) dan Universiti Sains Malaysia telah menjalin kerjasama dengan pakar-pakar
universiti luar negara dalam menghasilkan kajian bagi membantu mengatasi masalah banjir di
Malaysia.

Kesimpulannya,Malaysia dan negara antarabangsa yang lain sedar tentang pentingnya


memelihara alam sekitar yang bersih agar semua masyarakat dunia dapat mencapai
kesejahteraan hidup.

39
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 19: Pemanasan global merupakan isu sejagat yang memerlukan tindak balas
masyarakat antarabangsa menangani masalah ini.Malaysia juga mempunyai langkah
tertentu dalam usaha menangani permasalahan ini.Huraikan.

Pemanasan global merupakan isu antarabangsa yang amat serius kerana boleh
menjejaskan alam sekitar dan manusia.Negara antarabangsa termasuk Malaysia harus
merencanakan langkah tertentu dalam menangani permasalahan ini.

Langkah Malaysia dalam usaha menangani permasalahan pemanasan global adalah


dengan menghadiri persidangan antarabangsa PBB.Malaysia ada menghadiri persidangan
antarabangsa anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti Persidangan Kyoto
di Jepun dan Persidangan Copenhagen di Denmark.Persidangan Copenhagen dimeterai untuk
merangka pelan tindakan untuk menangani kesan perubahan iklim dunia.Protokol Kyoto pula
dimeterai untuk mengawal pelepasan gas rumah kaca.

Langkah Malaysia dalam usaha menangani permasalahan pemanasan global adalah


dengan menguruskan bencana melalui Pusat Serantau Sains Asia.Pusat Serantau Sains
Asia telah diwujudkan untuk memesatkan penggunaan ICT dalam kalangan negara anggota
termasuk Malaysia untuk tujuan pembangunan dan keselamatan serantau.Misalnya,
penggunaan ICT dalam pengurusan bencana ASEAN seperti memberi maklumat yang pantas
tentang Tsunami dan kegiatan bencana lain.Kesedaran penggunaan ICT untuk bencana alam
ini dapat membantu mengurangkan ancaman ke atas mangsa bencana.

Langkah Malaysia dalam usaha menangani permasalahan pemanasan global adalah


dengan menyahut kempen Program Earth Hourdi seluruh dunia.Program ini mula
digerakan oleh Tabung Hidupan Liar(WWF) Australia pada tahun 2007 dan dilancarkan
secara rasmi semasa persidangan Perubahan Iklim Bangsa-bangsa Bersatu di Bali pada tahun
2009.Kempen ini mengajak penduduk di seluruh dunia untuk bergelap dengan memadamkan
lampu yang menggunakan tenaga elektrik tepat jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam.
Kempen ini bertujuan menyampaikan keprihatinan penduduk dunia mengenai perlunya
tidakan proaktif bagi menangani isu pemanasan global.

Langkah Malaysia dalam usaha menangani permasalahan pemanasan global adalah


dengan menghadiri persidangan antarabangsa tentang kawalan ke atas Antartika.
Pencairan ais yang drastik di Antartika akan memberi impak banjir besar yang
membahayakan.Sekatan dan kawalan ke atas penerokaan yang tidak terkawal untuk

40
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

mengambil bahan mentah di Antartika perlu dibuat segera.Malaysia pernah menyuarakan


pendapat bahawa Antartika adalah Warisan Bersama untuk Faedah Bersama dan menyatakan
bantahan penerokaan melalui persidangan antarabangsa PBB.

Langkah Malaysia dalam usaha menangani permasalahan pemanasan global adalah


dengan menjalankan penyelidikan dengan kerjasama negara luar.Beberapa buah
universiti tempatan mula menjalankan kajian ke atas perubahan cuaca.Malaysia turut
bekerjasama dengan pakar dari luar negara untuk menangani isu yang sama.Misalnya,
Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan USM telah menjalinkan kerjasama dengan pakar-
pakar universiti luar negara dalam menghasilkan kajian bagi membantu mengatasi masalah
banjir di Malaysia.

Kesimpulannya,Malaysia dan negara antarabangsa lain harus merencanakan langkah


segeran dalam menangani pemanasan global agar tidak menjejaskan alam sekitar.manusia
dan hidupan lain.

41
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 20: Dunia kini di ambang bahaya berikutan peningkatan suhu dunia secara
berterusan yang sudah pun menganggu pola iklim sejagat dan langkah perlu dilakukan
untuk mengatasinya.

Peningkatan suhu dunia telah memberi pelbagai kesan kepada manusia dan alam
sekitar.Justeru , langkah- langkah perlu dilakukan bagi mengatasi fenomena ini.

Peningkatan suhu dunia secara berterusan menganggu pola iklim sejagat.Taburan


hujan tidak lagi sekata dan mengikut musim.Cuaca panas keterlaluan dan panas kering telah
merebak dan meluas ke banyak kawasan sehingga menyebabkan berlaku kebakaran
hutan.Dilaporkan 2.5 juta ekar kawasan hutan dunia telah terbakar kesan daripada fenomena
ini.Kesan pemanasan global telah menyebabkan negara Afrika Selatan yang sinonim dengan
cuaca panas telah menyaksikan kehadiran salji pada tahun 1981.

Peningkatan suhu dunia secara berterusan menyebabkan kehilangan sumber


protein.Pemanasan global meningkatkan kemusnahan terumbu karang yang merupakan
nurseri paling penting kepada kehidupan laut.Hayat terumbu karang bergantung kepada algae
yang memerlukan suhu sejuk untuk tumbuh.Fenomena La Nina pada tahun 1998 telah
menyebabkan kematian terumbu karang berikutan alagae yang tidak dapat tumbuh.
Kehilangan terumbu karang akan menyebabkan manusia kehilangan sumber ikan yang
menjadi sumber protein.

Peningkatan suhu dunia secara berterusan menjejaskan tahap kesihatan


manusia.Kebocoran lapisan ozon menyebabkan pancaran ultra ungu terus sampai ke
bumi.Pancaran ultra ungu menyebabkan gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi dan
berlaku pembahagian sel-sel manusia yang tidak teratur yang mengakibatkan penyakit barah
kulit.Radiasi ultra ungu juga merosakkan sistem imunisasi manusia yang menyebabkannya
tidak mampu menentang ancaman penyakit.Misalnya,penyakit radang paru-paru,penyakit
katarak dan buta.

Langkah mengatasi peningkatan suhu dunia adalah dengan mewartakan hutan


simpan.Hutan sebagai agen mengimbang gas dengan membekalkan oksigen dan menyerap
unsur karbon.Penyerapan karbon akan mengurangkan lebihan unsur ini sekali gus
mengurangkan kuantiti gas pembentuk rumah hijau.Dengan mengekalkan kawasan
hutan,agen penyerap karbon akan terpelihara dan suhu dunia yang panas dapat dielakkan
daripada berlaku.

42
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Langkah mengatasi peningkatan suhu dunia adalah dengan menghasilkan


biodiesel.Penggunaan biodiesel dapat mengurangkan pelepasan karbon.Biodiesel daripada
kelapa sawit contohnya lebih efisien berbanding penggunaan sumber tenaga
petrol.Penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini juga mesra alam kerana
kandungan karbon yang dilepaskan terlalu kecil berbanding pembakaran tenaga petrol.

Kesimpulannya,usaha perlu dilakukan semua pihak bagi menangani fenomena


peningkatan suhu di peringkat antarabangsa agar pemanasan global tidak membawa akibat
yang besar dan menggerunkan untuk masa depan bumi ini.

43
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 21: Dunia kini telah mengalami pelbagai bencana alam yang telah menyebabkan
pelbagai kemusnahan kepada manusia dan alam sekitar.

Kemusnahan dunia akibat daripada bencana alam amat membimbangkan terutama


kepada manusia dan alam sekitar.

Bencana alam menyebabkan kemusnahan kepada manusia melalui penularan


penyakit berjangkit.Selepas kejadian banjir,banyak sapah sarap yang terkumpul dan
menakung air.Air yang bertakung menjadi tempat pembiakan haiwan pembawa penyakit
seperti nyamuk aedes dan tikus.Pembiakan nyamuk Aedes boleh menyebabkan penularan
penyakit demam denggi.Kuman yang terdapat dalam air akibat banjir yang boleh
menyebabkan penyakit taun kepada manusia.

Bencana alam menyebabkan kemusnahan kepada manusia melalui kerosakan harta


benda dan kehilangan nyawa.Bencana alam menyebabkan rumah,bangunan dan premis
perniagaan musnah dan kehilangan nyawa.Ramai manusia dihanyutkan air banjir dan tsunami
akibat bencana alam yang berlaku.Tertimbus dalam tanah runtuh ataupun terperangkap dalam
bangunan dan rumah yang runtuh juga merupakan bencana alam yang selalu berlaku
berikutan sikap manusia yang menebang hutan secara berleluasa sehingga mengakibatkan
struktur tanah tidak kukuh.

Bencana alam menyebabkan kemusnahan kepada manusia dari segi kesihatan yang
terjejas.Penipisan lapisan ozon menyebabkan pemanasan global yang membawa kepada
peningkatan suhu dan kemarau panjang.Peningkatan suhu boleh mengurangkan imunisasi
badan manusia.Manusia berisiko untuk menghidapi pelbagai jenis penyakit seperti kanser
kulit dan katarak mata.Kemarau panjang juga menyebabkan debu berterbangan di udara yang
menyebabkan penyakit asma,sukar bernafas dan batuk.

Bencana alam menyebabkan kemusnahan kepada alam sekitar melalui kepupusan


flora dan fauna.Flora dan fauna memerlukan persekitaran yang bersih untuk
membiak.Pemanasan global juga menyebabkan tumbuhan tidak subur dan
mati.Penggondolan hutan juga menganggu habitat binatang dan mengurangkan sumber
makanan.Haiwan akuatik juga akan pupus akibat kesukaran mendapatkan makanan iaitu
plankton kerana plankton tidak dapat membiak dalam keadaan suhu yang panas.

Bencana alam menyebabkan kemusnahan kepada alam sekitar melalui gangguan


keseimbangan ekologi.Habitat flora dan fauna akan terganggu kerana proses penyahutanan

44
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

untuk proses pembangunan dan aktiviti pertanian.Sumber makanan dan ubat-ubatan juga
akan terjejas akibat proses penyahutanan ini.Hutan yang gondol tidak dapat menahan dan
menyimpan air melalui aktiviti penyerapan untuk proses fotosintesis.Perkara ini boleh
mengakibatkan bencana alam seperti banjir dan tanah longsor.

Kesimpulannya,bencana alam boleh memusnahkan manusia dan alam sekitar.Justeru


pelbagai langkah yang serius perlu dilakukan di peringkat negara dan antarabangsa agar dapat
menyedarkan masyarakat tentang tanggungjawab memelihara bumi.

45
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 22: Fenomena El Nino yang berlaku di kawasan timur Lautan Pasifik turut
dirasai oleh beberapa negara di Asia Tenggara seperti Malaysia telah memberi kesan
kepada alam sekitar dan manusia.

Fenomena El Nino telah memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan manusia di
seluruh dunia mahupun di Malaysia.

Kesan fenomena El Nino kepada alam sekitar ialah dari segi perubahan iklim atau
cuaca.El Nino boleh menyebabkan keadaan cuaca menjadi kering dan suhu menjadi semakin
panas.Misalnya,pada 17 tahun yang lalu Malaysia pernah mengalami peningkatan suhu
melebihi 40 darjah celcius.El Nino juga boleh menyebabkan angin kencang,hujan lebat dan
kejadian banjir.Misalnya, perubahan cuaca menjadi ekstrem seperti kejadian banjir di Filipina
dan China.

Kesan fenomena El Nino kepada alam sekitar ialah dari segi kemarau dan jerebu.Di
Malaysia fenomena El Nino akan menyebabkan jumlah hujan yang diterima akan
berkurangan dan menyebabkan berlakunya kemarau.Misalnya, pada tahun 2014 berlaku
kemarau yang teruk di Malaysia kesan daripada fenomena El Nino sehingga mengakibatkan
Malaysia mengalami krisis bekalan air.El Nino turut menyebabkan berlakunya kejadian
jerebu di Malaysia ekoran cuaca yang panas dan kering memudahkan berlaku kebakaran
hutan.

Kesan fenomena El Nino kepada alam sekitar ialah dari segi pencairan glasier dan
peningkatan aras laut.El Nino menyebabkan berlakunya pemanasan suhu air laut dan
menyebabkan berlakunya peningkatan suhu dunia.Pemanasan lautan menyebabkan
berlakunya kejadian glasier mencair dan menyusut secara drastik di Kutub Utara dan Selatan
seperti yang berlaku di Laut Ross di Antartika.Kejadian El Nino boleh menyebabkan paras
air laut meningkat.Pemanasan air laut menyebabkan pengembangan isipadu air laut akan
berlaku dan mengakibatkan paras air laut meningkat.

Kesan fenomena El Nino kepada manusia ialah dari segi menjejaskan kesihatan.El
Nino boleh menyebabkan berlakunya penyakit berkaitan dengan suhu panas yang
ekstrim.Misalnya,cuaca yang kering dan panas meningkatkan kes penyakit sensitif iklim
seperti taun,selsema,demam denggi dan malaria.El Nino yang menyebabkan keadaan cuaca
menjadi panas boleh mempengaruhi psikologi manusia.Misalnya,cuaca yang panas boleh

46
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

menyebakan manusia meradang dan tidak dapat mengawal kemarahan apabila suhu badan
dan darah meningkat.

Kesan fenomena El Nino kepada manusia ialah dari segi mengurangkan sumber
bekalan makanan.El Nino boleh menyebabkan manusia mengalami krisis sumber makanan
akuatik berikutan suhu air suhu laut berubah .Perubahan suhu laut ini boleh menyebabkan
hidupan laut terjejas terutama populasi plankton akan berkurangan dan menyebabkan hidupan
laut seperti ikan akan kekurangan makanan.El Nino turut menjejaskan aktiviti pertanian.El
Nino akan mencetuskan cuaca panas yang kering dan kemarau yang boleh menyebabkan
bekalan air untuk aktiviti pertanian dan tanaman turut terjejas.

Kesimpulannya,Malaysia dan negara-negara dunia lain perlu sentiasa bersedia


menghadapi kesan-kesan fenomena El Nino ini agar tidak mencetuskan kesan serius kepada
alam sekitar dan manusia.

47
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 23:Negara-negara di rantau ASEAN dikelelilingi oleh laut dan selat perairannya
sentiasa mengalami pencemaran.Usaha-usaha perlu dilakukan untuk mengatasi
masalah ini secara bersama.

Banyak punca yang menyebabkan pencemaran laut berlaku di perairan negara di


rantau ASEAN yang memberi banyak kesan negatif kepada negara terlibat.Justeru. semua
negara ASEAN yang terlibat harus bersatu untuk mengatasi masalah pencemaran laut ini.

Pencemaran laut di negara-negara rantau ASEAN berpunca daripada aktiviti


perlombongan minyak.Proses cari gali minyak dan gas tertumpu di kawasan laut atau
perairan.Ekoran daripada penubuhan beberapa projek penapisan minyak,sering berlaku
pencemaran laut akibat kebocoran dan minyak melimpah keluar dari tangki
pembekal.Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan laut kotor tetapi turut membunuh hidupan
laut yang lain.

Pencemaran laut di negara-negara rantau ASEAN berpunca daripada tumpahan


minyak.Kejadian tumpahan minyak berlaku disebabkan peningkatan jumlah pengangkutan
minyak oleh kapal tangki.Sering berlaku di perairan selat Melaka berikutan peningkatan
jumlah kapal tangki.Pelanggaran antara kapal memungkinkan kejadian tumpahan
minyak.Misalnya,pelanggaran antara kapal memungkinkan kejadian tumpahan minyak
seperti perlanggaran kapal MV Double Brave (2000).

Pencemaran laut di negara-negara rantau ASEAN berpunca daripada pembuangan


sisa industri.Pengusaha industri melakukan pembuangan sisa industri di kawasan perairan
kebiasaannya untuk menjimatkan kos.Kurang pengetahuan mendorong mereka melakukan
perbuatan tersebut tanpa berfikir terlebih dahulu kesannya kepada hidupan akuatik di dalam
laut.Pembuangan sisa minyak dan bauksit juga merupakan punca pencemaran melalui kilang-
kilang yang beroperasi di tepi laut.Buktinya,sampel air laut di Malaysia sebagai negara
ASEAN di negeri Terengganu turut tercemar angkara pembuangan sisa bauksit ini.

Usaha mengatasi pencemaran laut di negara-negara rantau ASEAN adalah dengan


negara ASEAN meminta bantuan daripada syarikat minyak terlibat.Syarikat minyak
juga prihatin dengan isu ini. Semua syarikat minyak telah bertindak bergabung membentuk
pertubuhan bagi menangani masalah pertumpahan minyak ini melalui TARC.TARC
ditubuhkan pada tahun 1996 dan dianggotai syarikat minyak ESSO,Caltex dan

48
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Mobil.Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang canggih dan terkini dapat
digunakan dalam kerja-kerja pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak.

Usaha mengatasi pencemaran laut di negara-negara rantau ASEAN adalah dengan


menubuhkan badan khas.Singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan khas untuk
mengatasi masalah tumpahan minyak.East Asia Response Limited (EARL) dianggotai oleh
lima syarikat minyak terkemuka,iaitu ESSO, Petronas,Caltex,Mobil, dan Shell.Pertubuhan ini
berbeza daripada pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di
kawasan perairan Malaysia dan Singapura sahaja meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun
dan Australia.

Kesimpulannya, semua negara ASEAN termasuk Malaysia harus memandang serius


isu pencemaran laut ini agar pencemaran laut ini tidak merosakkan ekosistem laut di Asia
Tenggara.

49
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 24: Pencemaran di kawasan perairan Malaysia dan negara sekitarnya semakin
meningkat dan kesannya menjadi ancaman yang serius terhadap Malaysia dan negara-
negara serantau.

Banyak punca yang menyebabkan pencemaran laut berlaku di perairan negara di


rantau ASEAN yang memberi banyak kesan negatif kepada negara Malaysia dan negara-
negara serantau.

Pencemaran laut di kawasan perairan Malaysia dan negara sekitarnya meningkat


berpunca daripada aktiviti perlombongan minyak.Proses cari gali minyak dan gas tertumpu
di kawasan laut atau perairan.Ekoran daripada penubuhan beberapa projek penapisan
minyak,sering berlaku pencemaran laut akibat kebocoran dan minyak melimpah keluar dari
tangki pembekal.Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan laut kotor tetapi turut membunuh
hidupan laut yang lain.

Pencemaran laut di kawasan perairan Malaysia dan negara sekitarnya meningkat


berpunca daripada tumpahan minyak.Kejadian tumpahan minyak berlaku disebabkan
peningkatan jumlah pengangkutan minyak oleh kapal tangki.Sering berlaku di perairan selat
Melaka berikutan peningkatan jumlah kapal tangki.Pelanggaran antara kapal memungkinkan
kejadian tumpahan minyak.Misalnya,pelanggaran antara kapal memungkinkan kejadian
tumpahan minyak seperti perlanggaran kapal MV Double Brave (2000).

Kesan pencemaran laut menjadi ancaman serius kepada Malaysia dan negara serantau
disebabkan kepupusan hidupan laut.Kemusnahan terumbu karang membawa kepada
kemusnahan plankton yang merupakan oraganisma yang menjadi makanan hidupan
marin.Kekurangan sumber makanan menjadikan spesies yang dilindungi akan musnah seperti
dugong dan anjing laut.Kemusnahan terumbu karang juga akan meninggalkan kesan kepada
ekosistem laut melalui peningkatan suhu air laut.

Kesan pencemaran laut menjadi ancaman serius kepada Malaysia dan negara serantau
kerana boleh menjejaskan sumber protein dan kesihatan manusia.Sumber marin yang
tercemar daripada tumpahan minyak atau hasil buangan bauksit boleh mengancam kesihatan
manusia berikutan pengambilan sumber marin ini sebagai sumber makanan boleh
menyebabkan keracunan makanan.Makanan daripada hidupan marin ini membekalkan
sumber protein yang tinggi.Kepupusan atau pencemaran menjejaskan sumber makanan
manusia.

50
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Kesan pencemaran laut menjadi ancaman serius kepada Malaysia dan negara serantau
disebabkan menjejaskan kualiti air laut.Sisa buangan toksik atau nuclear mengancam
kebersihan laut.Misalnya,kebocoran dan tumpahan radiasi nuklear akibat bencana alam di
Jepun menjejaskan kualiti air laut di perairan Jepun dan negara sekitarnya.Tambakan laut
juga memusnahkan habitat hidupan marin dan mengubah suhu air laut berikutan pembinaan
tambak laut memusnahkan terumbu karang yang memainkan peranan penting dalam
mengawal suhu air laut.

Kesimpulannya, punca pencemaran laut di Malaysia dan negara serantau harus


ditangani segera secara bersama negara anggota ASEAN agar tidak memberi kesan kepada
manusia dan hidupan biologi laut pada masa hadapan.

51
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 25:Wilayah maritim Malaysia yang berkongsi dengan negara-negara jiran telah
mengalami pelbagai ancaman dan langkah-langkah perlu dilakukan bagi mengatasi
masalah ini.

Wilayah maritim Malaysia merujuk lautan,selat dan kepulauan perairan di sekeliling


negara-negara jiran.Maritim negara mengalami pelbagai bentuk ancaman dan kerajaan harus
menanganinya.

Wilayah maritim Malaysia mengalami ancaman kegiatan lanun.Ancaman lanun


dilakukan oleh rakyat negara jiran seperti Filipina.Lanun menyerang dan merompak kapal
nelayan dan kapal dagang yang lalu di Malaysia sehinggakan mereka mengalami kerugian
harta benda.Lanun juga menyerang dan menculik pelancong dan rakyat tempatan di kawasan
tumpuan pelancong seperti di Pulau Sipadan yang terletak di Sabah.Kejadian penculikan ini
akan menyebabkan pelancong berasa terancam dan kesannya sektor pelancongan negara
terjejas.

Wilayah maritim Malaysia mengalami ancaman pencemaran laut.Kemalangan


kapal minyak boleh berlaku di selat Melaka berikutan laluan tersebut merupakan laluan
maritim antarabangsa.Pelanggaran ini boleh menyebabkan tumpahan minyak berlaku yang
boleh memberi kesan kepada pendapatan nelayan dan aktiviti pelancongan
negara.Pembuangan sisa domestik laut daripada kapal dagang dan pembangunan pinggir
pantai juga boleh mencemarkan laut negara.Tindakan mereka ini akan menyebabkan
ekosistem pantai,pokok bakau dan habitat pantai musnah.

Wilayah maritim Malaysia mengalami ancaman tuntutan bertindih kepulauan.


Semua negara menggunakan pelbagai strategi untuk menuntut Kepulauan Spratly dan
tindakan ini boleh menjejaskan hubungan diplomatik.Tuntutan ini melibatkan negara
Brunei,China,Filipina,Malaysia dan Vietnam.Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa
yang memberi kemenangan tuntutan Pulau Batu Putih kepada Singapura mengeruhkan sedikit
hubungan Singapura dan Malaysia yang hanya memperolehi Pulau Batuan Tengah.Kekalahan
Malaysia dalam tuntutan Pulau Batu Putih ternyata menjejaskan imej Malaysia.

Langkah yang diambil Malaysia bagi menangani ancaman di wilayah maritim adalah
dengan mengadakan kerjasama perkongsian bersama.Semua negara yang mempunyai
kepentingan perlu berkongsi dan mewujudkan mekanisme penyelarasan.Perkongsian boleh
dilaksanakan dalam bentuk kos operasi,pelaksanaan operasi dan manfaat yang

52
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

diperoleh.Perkongsian ini dapat meredakan rasa tidak puas hati pihak lain selain dapat
memelihara hubungan politik.

Langkah yang diambil Malaysia bagi menangani ancaman di wilayah maritim adalah
dengan mewujudkan pendidikan laut.Semua negara perlu mendapat pendidikan tentang
wilayah maritim sesebuah negara termasuk Malaysia.Penentuan sempadan perairan negara
perlu didedahkan kepada nelayan.Pendedahan penentuan sempadan dapat mengelakkan
nelayan daripada ditangkap dan dikenakan hukuman oleh negara serantau lain.Pengetahuan
tentang kepentingan memelihara kebersihan dan keindahan laut dapat mengelakkan
berlakuanya perlakuan atau tindakan yang boleh mencemarkan laut.

Kesimpulannya,aktiviti kawalan dan pemantauan terhadap kawasan maritim negara


perlu dilakukan secara lebih proaktif dan sistematik agar wilayah maritim Malaysia sentiasa
terpelihara daripada sebarang anasir jahat.

53
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 26: Kemajuan perubatan moden kini telah meningkatkan tahap kesihatan
manusia sejagat.Huraikan.

Kemajuan dunia perubatan pada hari ini telah banyak memberi manfaat kepada
kehidupan manusia sejagat.

Kemajuan perubatan moden bermanfaat mengesan penyakit dengan mudah dan


cepat.Perubatan moden dapat membantu proses pencegahan,rawatan dan penyembuhan.
Diagnosis terhadap penyakit dapat dilakukan dalam masa yang singkat.Kaedah terkini yang
digunakan dalam perubatan moden dapat mengesan dan merawat penyakit dengan mudah dan
cepat.Contohnya penggunaan sinar X dan pemeriksaan Ultrasound.

Kemajuan perubatan moden bermanfaat mengurangkan risiko rawatan kepada


pesakit.Ahli perubatan moden iaitu doktor merupakan individu yang terlatih.Doktor
berpengetahuan dan berpengalaman mengendalikan prosuder rawatan.Risiko seperti
pendarahan semasa pembedahan dapat dikurangkan dengan adanya pakar bius dan pakar
bdah yang berpengalaman.Risiko terhadap jangkitan kuman selepas pembedahan juga dapat
dikurangkan melalui kaedah perubatan moden.

Kemajuan perubatan moden bermanfaat memberi kaedah rawatan berteknologi


tinggi kepada penyakit berjangkit tertentu.Perubatan moden menekankan kepada
diagnosis awal untuk membantu pesakit.Pesakit yang mengalami kulit terbakar boleh
menjalani rawatan yang tidak menyakitkan apabila kulit gantian boleh dibuat menggunakan
sel kulit pesakit yang dibiakkan daripada cebisan kecil kulit pesakit itu sendiri.Bagi pesakit
kencing manis kaedah rawatan terkini boleh memulihkan kelenjar pancreas supaya dapat
menghasilkan hormone insulin.

Kemajuan perubatan moden bermanfaat kerana telah menjalani pengesahan dan


mendapat keyakinan dari pesakit.Pembangunan kemudahan perubatan moden yang
dinamik memberi keyakinan kepada pesakit.Pelbagai ujian telah dijalankan untuk
memastikan prosuder selamat kepada pesakit.Contohnya, vaksin mencegah denggi sebelum
digunakan di Malaysia telah menjalani ujian klinikal sebanyak 25 kali di Amerika Syarikat,
Australia dan Amerika Latin.

Kemajuan perubatan moden bermanfaat kerana boleh menambah pendapatan


negara.Pendapatan bertambah melalui perkembangan industri pelancongan kesihatan.Cukai
tidak langsung semakin meningkat diperolehi daripada pesakit yang mendapat

54
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

rawatan.Kesedaran rakyat dalam meningkatkan kesejahteraan kesihatan dan mendapatkan


rawatan baru telah menyebabkan konsep pelancongan kesihatan berkembang seperti di
negara Australia dan Malaysia.Malaysia sendiri melalui pelancongan kesihatan mendapat
pulangan berjumlah RM 2 billion melalui pelancongan kesihatan.

Kesimpulannya,kemajuan perubatan moden terbukti telah membantu meningkatkan


kesejahteraan kesihatan manusia sejagat.Kemajuan yang dicapai pakar perubatan moden ini
penting dicapai agar mampu menyakinkan pesakit untuk mendapatkan rawatan menggunakan
perubatan moden.

55
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 27: Pembangunan negara Malaysia yang semakin maju setanding dengan
negara luar turut dibantu oleh kemajuan bioteknologi terutama dalam sektor pertanian
negara.

Bioteknologi merujuk kepada penggunaan teknologi proses biologi untuk mengatasi


pelbagai masalah kehidupan manusia.Bioteknologi mempunyai pelbagai peranan dalam
kemajuan pertanian negara.

Bioteknologi mempunyai pelbagai peranan dalam kemajuan pertanian negara iaitu


dengan meningkatkan produktiviti.Baka-baka ternakan terbaik dihasilkan melalui kaedah
kimera dan in-vitro.Haiwan kacukan dihasilkan seperti selembu dan kambiri.Kaedah kultur
tisu boleh mempercepatkan pembiakan tanaman.Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman
yang lebih baik seperti padi mas wangi 74 yang mempunyai daya tahan penyakit dan
mengeluarkan hasil yang tinggi.

Bioteknologi mempunyai pelbagai peranan dalam kemajuan pertanian negara iaitu


dengan meningkatkan kualiti pertanian.Teknologi pengklonan dapat menghasilkan
binatang ternakan dan hasil tanaman yang berkualiti.Misalnya,pengklonan genetik
menghasilkan gen baru kelapa sawit yang dapat menghasilkan minyak kelapa sawit jenis
monotepu yang baik untuk kesihatan.Pengklonan dan kajian bagi meningkatkan kualiti
tanaman dapat menghasilkan tanaman yang kurang risiko penyakit.Misalnya,anak benih
bebas daripada jangkitan mikroorganisma.

Bioteknologi mempunyai pelbagai peranan dalam kemajuan pertanian negara iaitu


dengan menghasilkan produk baharu dalam pertanian.Kaedah Kimera menghasilkan
kacukan haiwan seperti seladang dengan lembu dan ayam dengan puyuh.Kaedah kacukan ini
mempelbagaikan spesies haiwan dan tanaman.Kaedah pengacukan soma menghasilkan cirri-
ciri kelebihan dua jenis spesies.Misalnya,biri-biri dikacukkan dengan kambing menghasilkan
kembiri.

Bioteknologi mempunyai pelbagai peranan dalam kemajuan pertanian negara iaitu


dengan memajukan industri pemprosesan hasil pertanian.Penggunaan mikroorganisma
seperti bakteria,virus dan kulat dapat membantu industri penapaian seperti pengeluaran
tapai.Penciptaan enzim baru untuk membuat keju dah hasil susu dapat meningkatkan kualiti
dan rasa makanan.Kaedah biokonvensi kanji berjaya menghasilkan bahan perasa dan
pengawet.

56
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Bioteknologi mempunyai pelbagai peranan dalam kemajuan pertanian negara iaitu


dengan menghasilkan makanan yang selamat dan mesra alam.Bioteknologi dapat
mengurangkan penggunaan racun serangga dalam penanaman tanaman pertanian.Misalnya,
melalui kawalan biologi yang menggunakan sistem rantaian makanan dapat mengurangkan
penggunaan racun serangga pada tanaman pertanian.Manipulasi gen telah menghasilkan
tanaman yang imun terhadap jangkitan patogen dan tahan terhadap serangan serangga
perosak.Pengguna tidak perlu bimbang

Kesimpulannya,Bioteknologi penting memajukan sektor pertanian.Negara perlu


menggiatkan usaha untuk memajukan bioteknologi tempatan agar dapat digunakan
semaksimum mungkin untuk membangunkan ekonomi negara dan masyarakat.

57
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 28 : Pembangunan sektor pertanian dalam negara kita disebabkan pencapaian


kemajuan sains dan teknologi semasa dunia.Huraikan

Kemajuan sains dan teknologi telah banyak berkembang dan memajukan sektor
pertanian negara.Tanpa penggunaan teknologi moden yang canggih,sektor pertanian negara
pasti gagal bersaing di peringkat global.

Kemajuan sains dan teknologi dalam pembangunan sektor pertanian adalah dari segi
bioteknologi.Bioteknologi dapat membantu penemuan baka baru.Penggunaan teknologi
berasaskan nuklear mampu menghasilkan baka yang baik dan bermutu.Bioteknologi dapat
menghasilkan baka yang mempunyai daya ketahanan tinggi, berkualiti dan berupaya
mengeluarkan hasil dalam jangka masa yang singkat dan banyak.Proses pembesaran yang
cepat dan matang serta mempunyai ketahanan terhadap penyakit boleh dihasilkan jika
bioteknologi diplikasikan ke dalam sektor pertanian.

Kemajuan sains dan teknologi dalam pembangunan sektor pertanian adalah dari segi
penggunaan teknologi moden.Penggunaan jentera moden dalam proses
membajak,menanam,menuai dan sebagainya mempercepatkan kerja dan tugas.Tanah yang
diusahakan dalam skala besar lebih mudah dan cepat kerana menggunakan jentera
moden.Daya dan produktiviti tanaman dan ternakan akan meningkat berikutan penggunaan
sains dan teknologi yang dapat mempercepatkan penghasilan produktiviti dalam kuantiti yang
banyak.Produktiviti yang banyak akan memberi pulangan lumayan kepada petani dan
penternak.

Kemajuan sains dan teknologi dalam pembangunan sektor pertanian adalah dari segi
pemuliharaan tanah.Penggunaan kaedah moden dapat memulihkan tanah yang tidak subur
atau tanah terbiar.Misalnya,PH tanah dapat disesuaikan dengan jenis tanaman.Kapur dan
garam dicampurkan mengikut keperluan tanaman bagi memulihkan kandungan dan struktur
tanah yang tidak subur.Baja kimia dan baja organik dapat menyuburkan tanah dengan lebih
berkesan.

Kemajuan sains dan teknologi dalam pembangunan sektor pertanian adalah dari segi
penggunaan teknologi sinaran makanan.Penggunaan teknologi pengionan dapat
memastikan hasil tanaman tahan lebih lama.Misalnya,sinaran gama yang dipancarkan pada
hasil buah-buahan boleh membunuh mikrooragnisme yang berada di luar atau di dalam buah-

58
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

buahan.Penggunaan kaedah ini secara tidak langsung akan meningkatkan daya pengeluaran
dan pulangan yang diperolehi akan lebih lumayan.

Kemajuan sains dan teknologi dalam pembangunan sektor pertanian adalah dari segi
kaedah penyimpanan dan pembungkusan.Penggunaan peti sejuk dapat memastikan hasil-
hasil pertanian dapat disimpan dan tahan lebih lama.Teknik pembungkusan menggunakan
kaedah vakum dapat memastikan mikroorganisme dan bakteria tidak dapat membiak untuk
merosakkan hasil tanaman.Hasil dapat dipasarkan ke luar negara kerana produk pertanian
dapat tahan lama yang secara tidak langung akan meningkatkan eksport negara.

Kesimpulannya, penggunaan sains dan teknologi dalam sektor pertanian perlu


digunakkan semua petani agar dapat meningkatkan hasil pengeluaran produk tetapi juga dari
kualiti produk pertanian.

59
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 29 : Penggunaan senjata biologi dan kimia dalam peperangan dan juga
serangan-serangan keganasan berkembang menjadi ancaman global yang baharu
kepada manusia.Bincangkan.

Senjata biologi dan kimia dalam ketenteraan merupakan ancaman terbaru terhadap
manusia dan penggunaan kedua-dua jenis senjata ini banyak membawa kesan buruk kepada
masyarakat dan dunia.

Penggunaan senjata biologi dan kimia dalam peperangan dan juga serangan-serangan
keganasan berkembang menjadi ancaman global yang baharu kepada manusia kerana dapat
memusnahkan nyawa manusia.Kedua-dua senjata tersebut berupaya memusnahkan musuh
dalam sekelip mata.Senjata biologi yang menggunakan bakteria anthrax misalnya, mampu
membunuh manusia secara tidak sedar.Bakteria Anthrax tidak mempunyai bau dan warna
yang boleh tersebar melalui udara yang meliputi kawasan yang luas.Kesannya mangsa akan
mati dalam masa yang singkat dan banyak.

Penggunaan senjata biologi dan kimia dalam peperangan dan juga serangan-serangan
keganasan berkembang menjadi ancaman global yang baharu kepada manusia kerana boleh
menyebabkan kecacatan fizikal kepada mangsa.Misalnya,dalam perang Vietnam tentera
Amerika telah menggunakan sejenis bahan kimia yang berana Agent Orange.Bahan kimia ini
ditaburkan ke dalam hutan bagi menggugurkan daun serta menggondolkan hutan supaya
dapat mengesan tentara musuh.Mangsa yang terdedah kepada bahan ini mengalami penyakit
kulit yang serius dan buta.

Penggunaan senjata biologi dan kimia dalam peperangan dan juga serangan-serangan
keganasan berkembang menjadi ancaman global yang baharu kepada manusia kerana boleh
melumpuhkan sistem saraf.Kewarasan fikiran mangsa akan terjejas dengan teruk melalui
gas saraf.Mereka akan ketawa dan menangis serta tidak boleh mengawal pancaindera
mereka.Ada mangsa yang bertindak ganas dengan membunuh.Pada Perang Dunia Kedua
Tentera Jerman ada menggunakan gas saraf untuk membunuh musuh dan akibatnya ramai
mangsa yang menjadi gila lalu mati.

Penggunaan senjata biologi dan kimia dalam peperangan dan juga serangan-serangan
keganasan berkembang menjadi ancaman global yang baharu kepada manusia kerana boleh
menyebabkan mutasi genetik.Bom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun
telah mengeluarkan radiasi yang dahsyat sehingga menyebabkan mangsa mengalami

60
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

mutasi.Mangsa akan mudah menghidapi pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti kanser dan
anak-anak yang dilahirkan oleh mangsa mengalami kecacatan anggota badan serta terencat
akal.Daya tahan mangsa terhadap penyakit juga merosot dan ada juga yang mandul.

Penggunaan senjata biologi dan kimia dalam peperangan dan juga serangan-serangan
keganasan berkembang menjadi ancaman global yang baharu kepada manusia kerana boleh
memusnahkan kegiatan ekonomi.Aktiviti ekonomi terjejas kerana ramai tenaga kerja
maut.Contohnya,letupan di Jakarta pada tahun 2003 menyebabkan ramai pelancong asing dan
rakyat Indonesia cedera dan maut.Industri pelancongan turut terjejas.Kemusnahan prasarana
seperti jaringan jalan raya,bangunan sekolah dan hospital memerlukan kos yang tinggi untuk
dibaik pulih yang boleh membantutkan ekonomi.

Kesimpulannya,semua pihak harus tegas untuk menangani penggunaan senjata


biologi dan kimia ini agar tidak menjejaskan kemamanan dunia.

61
20

MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 30 : Teknologi Nano merupakan teknologi terkini yang menjadi pilihan negara-negara
maju dan teknologi terkini di Malaysia. Bincangkan.

Teknologi nano mempunyai pelbagai manfaat kepada kehidupan manusia .

Teknologi nano mempunyai manfaat dalam bidang perubatan.Teknologi nano


digunakan dalam bidang farmaseutikal.Penggunaan bahan nano memberikan gambaran lebih
jelas bahagian dalam badan manusia melalui imbasan sinar X. Teknologi nano boleh merawat
penyakit kanser dan membunuh bakteria.Teknologi nano digunakan dalam sistem
penyampaian ubat dan membawa ubat terus kepada sel kanser serta membunuhnya tanpa
memudaratkan badan pesakit.Partikel nano perak pula berkesan dalam membunuh bakteria di
samping mengurangkan kesan toksik di dalam badan.

Teknologi nano mempunyai manfaat memodenkan sektor pertanian.Teknologi nano


boleh meningkatkan kualiti hasil pengeluaran pertanian.Teknologi nano boleh dimanfaatkan
untuk mendiagnosis penyakit tanaman dan haiwan.Penggunaan baja zarah nano bersifat
penyerapan dapat meningkatkan kualiti pengeluaran pertanian.Teknologi nano boleh
meningkatkan sistem pemprosesan makanan hasil daripada pengeluaran pertanian.Teknologi
pembungkusan makanan yang menggunakan bahan teknologi nano boleh memanjangkan
jangka hayat makanan dan mengekalkan kesegaran hasil pertanian sebelum proses seterusnya.

Teknologi nano boleh mempunyai manfaat menghasilkan sumber tenaga


alternatif.Penciptaan bateri berasaskan teknologi nano berjaya memanjangkan jangka hayat
bateri.Misalnya, penghasilan bateri berasaskan 'Lithium' dan bahan nano oksida mampu
memanjangkan jangka hayat dengan keupayaan lebih tinggi.Teknologi nano juga mampu
menjimatkan elektrik.Penghasilan lampu berasaskan diod nanoteknologi berkecekapan tinggi akan
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Teknologi nano mempunyai manfaat dalam memodenkan teknologi komunikasi elektronik.


Nano teknologi menghasilkan Giant Magneto Resistance (GMR) yang menemukan peranti
yang dinamakan pemacu cakera keras (hard disk).Cakera keras merujuk kepada ruang
penyimpanan data peralatan elektronik canggih seperti komputer,telefon bimbit dan USB
'thumb drive'. Teknologi nano boleh meningkatkan lagi industri pengkomputeran iaitu melalui
penciptaan komponen komputer yang lebih kecil,berkuasa,dan pantas berjaya
dihasilkan.Peralatan elektronik semakin mengecil,padat dengan fungsi yang canggih dan
mempercepatkan pemindahan.

62
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Teknologi nano mempunyai manfaat dalam meningkatkan kemajuan bidang


ketenteraan dan keselamatan negara.Teknologi Nano boleh memodenkan lagi bidang
ketenteraan negara.Pakaian pintar tempur nano teknologi yang ringan dan nipis dapat melindungi
pemakai daripada senjata kimia dan kesan radiasi.Teknologi nano boleh memantapkan lagi
sistem keselamatan negara.Penggunaan satelit berkuasa tinggi melalui nano-nano yang beratnya
bersaiz hanya 10kg seperti satelit NOAA-AVHRR dapat mengesan aktiviti pencerobohan
negara seperti penyeludupan.

Kesimpulannya,teknologi nano memberi harapan baharu dalam kemajuan teknologi


dan kehidupan manusia.Oleh itu, manusia perlu bijak memanfaatkan teknologi nano agar dapat
menikmati kebaikan daripada teknologi nano.

63
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 31: Teknologi hijau merupakan cara untuk menyelesaikan masalah ketidaklestarian
alam sekitar di kebanyakan dunia hari ini. Bincangkan.

Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk untuk memulihara
alam sekitar dan sumber semula jadi.Pengaplikasian teknologi hijau dalam kehidupan amat
penting dalam membantu menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam sekitar pada masa
kini.

Teknologi hijau boleh menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam seperti


penggunaan tenaga mesra alam.Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan digunakan
secara berterusan dapat mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida ke
atmosfera.Misalnya,melalui penggunaan tenaga solar,air,angin,dan ombak untuk menjana
kuasa elektrik.Penggunaan tenaga mesra alam boleh mengurangkan pencemaran alam
sekitar.Misalnya,penggunaan tenaga biomas dan biogas.

Teknologi hijau boleh menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam melalui kaedah


kitar semula dan pelupusan sisa pepejal.Melalui kitar semula bahan-bahan sisa toksik
berbentuk pepejal akan dikitar semula yang secara tidak langsung dapat mengurangkan
timbunan bahan toksik yang sukar diuraikan di tempat pelupusan sampah.Misalnya,seperti kaca,
plastik,tin dan bateri.Kaedah pelupusan juga boleh mengelakkan pencemaran. Misalnya,
penggunaan insinerator untuk melupus dan mengumpul bahan buangan perbandaran dan
sampah.

Teknologi hijau boleh menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam melalui kaedah


proses rawatan air.Kaedah penanaman pokok merupakan proses rawatan air yang boleh
dipraktikkan.Kaedah penanaman pokok ini dapat menapis bahan pencemar air sebelum
disalurkan ke sungai-sungai.Teknologi rawatan air kumbahan domestik melalui tangki septik
dengan menggunakan kaedah tertentu mampu merawat air.Misalnya, penggunaan kaedah eco-
bio-block tanpa bahan kimia yang menggunakan mikroorganisma untuk mengimbangkan
kandungan mikroorganisma berbahaya dengan mikroorganisma tidak berbahaya di dalam tangki.

Teknologi hijau boleh menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam melalui kaedah


pemeliharaan hutan.Kaedah pemeliharaan hutan dapat membantu mengelakkan kepupusan
dan ancaman spesies pokok yang bertindak sebagai sumber oksigen dan penstabilan
tanah.Misalnya, mengekalkan kawasan dengan konsep hijau melalui penanaman semula pokok
Kaedah pemeliharaan hutan juga dapat mewujudkan kestabilan cuaca dan mengurangkan masalah

64
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

pemanasan global.Misalnya, penanaman pokok dan hutan semula jadi mampu mengawal cuaca
dengan cara menyerap dan menyimpan karbon dioksida.

Teknologi hijau boleh menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam melalui kaedah


Penyelidikan dan pembangunan (R&D).Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Parit
dan Saliran di Malaysia ada mengkaji cara merawat sungai dengan kaedah biologi bagi mengatasi
masalah ini.Semua saintis di peringkat antarabangsa juga sedang giat mencari bahan bakar
alternatif melalui pelbagai kajian kerana bimbang penggunaan petroleum secara berlebihan boleh
menjejaskan alam sekitar.Misalnya,kebanyakkan saintis sekarang sedang mengkaji alga yang
berpotensi untuk dijadikan biofuel dan bahan bakar fosil.

Kesimpulannya, penggunaan teknologi hijau dapat memberi banyak manfaat kepada


kehidupan manusia.Justeru, semua pihak khususnya pihak kerajaan harus menitikberatkan
kepentingan teknologi hijau terhadap masyarakat agar kelestarian alam semula jadi dapat dijaga.

65
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 32 : Teknologi Hijau merupakan teknologi alternatif yang menjadi pilihan


utama di kebanyakkan negara di dunia termasuk Malaysia. Bincangkan.

Teknologi hijau merupakan teknologi yang telah digunakan di kebanyakkan negara


maju dan teknologi baharu yang berpotensi di Malaysia kini .Teknologi hijau mempunyai
pelbagai kepentingan kepada negara.

Teknologi Hijau menjadi pilihan utama di kebanyakkan dunia kerana dapat


mengekalkan keseimbangan alam sekitar.Teknologi hijau boleh mengurangkan kesan
perubahan cuaca dunia.Teknologi hijau menghasilkan penciptaan peralatan daripada sumber
solar yang boleh mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan secara tidak langsung
peningkatan suhu dunia dapat dikurangkan.Teknologi hijau boleh mengurangkan bencana
alam.Aplikasi teknologi hijau menghasilkan teknologi dan pembangunan tanpa menjejaskan
alam sekitar seperti penerokaan hutan yang membolehkan hutan semula jadi boleh
dikekalkan.

Teknologi hijau menjadi pilihan utama di kebanyakkan dunia kerana dapat


menghasilkan produk yang bersih dan mesra alam.Teknologi hijau boleh menghasilkan
produk teknologi yang selamat digunakan.Aplikasi teknologi hijau menghasilkan kenderaan
yang menggunakan teknologi hybrid seperti kereta hybrid yang tidak membebaskan bahan
pencemaran karbon dioksida.Teknologi hijau boleh mengekalkan sumber bahan tenaga
semulajadi.Aplikasi teknologi hijau menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui
dan dijana daripada sumber semula jadi seperti cahaya suria, angin dan ombak.

Teknologi hijau menjadi pilihan utama di kebanyakkan dunia kerana dapat menjadi
sumber penyelidikan dan pembangunan(P&P).Aplikasi teknologi hijau menjadi sumber
kajian kepada para penyelidik untuk melakukan penyelidikan mengenai sains
tenaga.Teknologi hijau menghasilkan sumber kajian tenaga alternatif yang boleh diperbaharui
menggantikan penggunaan bahan api fosil seperti tenaga solar dan tenaga biojisim.Aplikasi
teknologi hijau menghasilkan penyelidikan pembangunan berteraskan teknologi hijau seperti
penciptaan peralatan dan produk yang mesra alam.

Teknologi hijau menjadi pilihan utama di kebanyakkan dunia kerana dapat menjamin
kelestarian hidup manusia dan alam semula jadi.Aplikasi teknologi hijau boleh
meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.Teknologi hijau membolehkan pembinaan
bangunan berasaskan ciri-ciri lestari melalui konsep seni bina dan penggunaan teknologi

66
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

hijau bagi meningkatkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui.Teknologi hijau boleh
menjamin pengekalan alam semula jadi.Sumber tenaga yang digunakan tidak mencemarkan
alam sekitar seperti tenaga biojisim dan biobahan yang mengurangkan pelepasan gas karbon
ke udara.

Teknologi hijau menjadi pilihan utama di kebanyakkan dunia kerana dapat menjadi
sumber tenaga alternatif.Pengaplikasian teknologi hijau meningkatkan penggunaan sumber
tenaga alternatif.Misalnya,seperti tenaga daripada ombak, angin, dan tenaga daripada bahan
buangan pertanian.Peningkatan penggunaan sumber tenaga berasaskan tumbuhan atau
biodiesel akan membawa kepada kajian dan penyelidikan terhadap pelbagai sumber lain
berasaskan tumbuhan.Misalnya,kajian terhadap biji getah yang menunjukkan hasil yang
positif untuk dieksploitasi sebagai sumber tenaga.

Kesimpulannya,teknologi hijau merupakan kemajuan teknologi yang boleh


meningkatkan pembangunan negara.Teknologi hijau di Malaysia sepatutnya mendapat
sokongan penuh daripada semua pihak agar manfaat daripada teknologi hijau dapat dinikmati
bersama.

67
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 33: Kenaikan harga minyak dunia menyebabkan kerajaan berusaha untuk
mengeksploitasi sumber tenaga alternatif baharu.Bincangkan keperluan tenaga
alternatif dan risiko yang mungkin dihadapi oleh negara.

Sumber tenaga alternatif dieksploitasi daripada sumber alam menjadi keutamaan


mana-mana negara pada hari ini.Keperluan langkah kerajaan meningkatkan pengaplikasian
tenaga ini boleh dilihat daripada pelbagai aspek,namun penggunaannya juga menimbulkan
risiko.

Keperluan tenaga alternatif berikutan sumber tenaga yang semakin pupus.Sumber


tenaga sedia ada yang semakin berkurangan dan kehabisan merumitkan keadaan.Bekalan
sumber petroleum negara dijangkakan boleh bertahan sehingga 15 tahun akan datang.Situasi
ini menjadikan tenaga alternatif boleh menjadi sumber tenaga gentian kepada sumber tenaga
sedia ada.Tenaga suria boleh menggantikan sebahagian tenaga yang dijana oleh petroleum.

Keperluan tenaga alternatif berikutan dapat mengurangkan pemanasan


global.Pertemuan di peringkat antarabangsa dibuat antara semua negara bagi berusaha
mengurangkan pelepasan karbon.Banyak negara mencadangkan penggunaan tenaga alternatif
dalam bidang tertentu kerana pembebasan karbon yang terlalu tinggi merupakan antara faktor
berlakunya kesan rumah hijau.Peningkatan penggunaan tenaga alternatif mampu melindungi
negara daripada pencemaran udara yang teruk.Selaras dengan kehendak antarabangsa,
penggunaan tenaga alternatif seperti hidroelektrik dan tenaga daripada biogas yang tidak
membebaskan karbon amat dituntut.

Keperluan tenaga alternatif berikutan harga sumber petroleum yang tidak stabil.
Harga sumber tenaga berasaskan petroleum sering kali tidak stabil.Peningkatan harga
petroleum memberi kesan yang amat besar kepada kos kehidupan seharian.Penggunaan
sumber alternatif dapat mengelakkan daripada kesan yang berganda dengan kenaikan kos
petroleum,maka pergantungan terhadap sumber ini perlu dikurangkan dengan meningkatkan
penggunaan tenaga alternatif.Sekiranya berlaku peningkatan harga melibatkan sumber
petroleum,kesannya dapat diserap atau diminimunkan dengan penggunaan tenaga alternatif.

Risiko penggunaan tenaga alternatif kepada negara ialah menjejaskan ekologi.


Pembinaan stesen jana kuasa hidroelektrik memerlukan kawasan yang cukup luas seperti
Empangan Kenyir.Pembinaan ini akan memusnahkan flora dan fauna, sekaligus
mendatangkan risiko kemusnahan khazanah alam.Risiko kebocoran stesen jana kuasa loji

68
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

nuklear juga boleh menjejaskan alam sekitar yang amat teruk.Misalnya,kebocoran loji
nuklear Fukushima di Jepun mengakibatkan banyak kemusnahan pada alam sekeling
merupakan sebab Malaysia tidak menggunakan sumber tenaga nuklear.

Risiko penggunaan tenaga alternatif kepada negara ialah menjejaskan kesihatan.


Penjanaan kuasa berasaskan nuklear juga berisiko menjejaskan kesihatan merupaan sebab
utama Malaysia ragu-ragu menggunakan sumber tenaga ini.Misalnya,kesan sinaran radioaktif
akibat kebocoran boleh menyebabkan kerosakan sel dan pertumbuhan sel yang
terbantut.Mutasi genetik,kecacatan, kanser, leukemia merupakan antara risiko sekiranya
kebocoran loji nuklear berlaku.Misalnya,kebocoran loji nuklear Chernobyl di Russia
mengakibatkan banyak kehilangan nyawa dan kecacatan genetik kepada rakyat Russia yang
terselamat.

Kesimpulannya,Malaysia dianugerahi dengan kekayaan sumber alam yang boleh


dieksploitasi untuk membekalkan sumber tenaga baharu.Namun kerajaan juga perlu
menjalankan pelbagai langkah persediaan bagi menangani risiko pengguna sumber tenaga ini
agar tidak membawa malapetaka kepada rakyat Malaysia.

69
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 34: Peningkatan penduduk dunia bukanlah faktor utama penggunaan sumber
tenaga alternatif.Huraikan.

Penggunaan sumber tenaga alternatif penting pada hari ini.Terdapat beberapa factor
yang mendorong kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.

Faktor peningkatan jumlah penduduk dunia yang mencecah 7 billion telah


menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif.Hal ini demikian kerana sumber bahan
api biasa seperti minyak dan arang kayu semakin terhad.Negara yang padat penduduk seperti
India telah lama menggunakan sumber tenaga alternatif daripada biomass dan biogas.Sumber
tenaga ini diperoleh daripada sisa pertanian dan penternakan yang telah diproses untuk
menjana sumber tenaga bagi kegunaan setempat.

Faktor yang menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif ialah faktor


kelebihan yang ada pada sumber tenaga alternatif.Antara kelebihannya ialah tidak akan
kekurangan kerana sumbernya adalah asli dan tidak kehabisan.Sumber tenaga alternatif juga
boleh dikitar semula seperti sumber air yang boleh disimpan dan diguna berulang kali untuk
membentuk kuasa hidroelektrik.Selain itu,sumber tenaga alternatif juga tidak mencemarkan
alam sekitar.

Faktor yang menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif ialah faktor kesan
buruk yang terdapat pada sumber tenaga asli.Antara kesan buruk tersebut ialah
mengalami krisis kepupusan kerana sumbernya seperti minyak dan arang kayu mudah
kehabisan.Sumber tenaga asli tidak boleh dikitar semula.Bahan api boleh digunakan sekali
sahaja mengikut kuantiti yang diperlukan.Sumber tenaga alternatif juga didapati
mencemarkan alam sekitar.

Faktor yang menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif ialah faktor


peningkatan kegiatan ekonomi dunia.Kegiatan ekonomi seperti perindustrian,pertanian
atau perlombongan memerlukan banyak tenaga.Hal ini akan menyebabkan sumber asli
kehabisan.Malaysia antara negara yang menggunakan tenaga hidroelektrik dengan aktif
dalam sektor pertanian.Jepun pula menggunakan tenaga nuklear untuk meningkatkan
industri.Bekalannya pula sentiasa dapat memenuhi permintaan dunia.

Faktor yang menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif ialah faktor kos
yang murah.Sebagai contoh,Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Tasik Kenyir di
Terengganu merupakan pengeluar tenaga hidroelektrik yang terbesar di Malaysia.Empangan

70
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

ini akan dapat menjana tenaga elektrik yang murah.bersih dan efisien kepada seluruh
negara.Di Jepun,hasil daripada penggunaan tenaga nuklear menyebabkan kos elektrik adalah
sangat murah.

Kesimpulannya,penggunaan sumber tenaga alternatif hari ini amat menguntungkan


sesebuah negara jika digunakan dengan sebaik-baiknya.Oleh itu,pendedahan tentang sumber
tenaga ini perlu dilakukan segera.

71
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 35: Malaysia seperti negara membangun yang lain dalam proses menuju negara
maju terpaksa menghadapi pelbagai ancaman di peringkat antarabangsa.Huraikan.

Dasar luar Malaysia yang agak terbuka menyebabkan ancaman yang dihadapi adalah
dalam pelbagai bentuk.

Ancaman di peringkat antarabangsa yang dialami Malaysia ialah ancaman


kemasukan pendatang asing (PATI).Pendatang asing datang daripada beberapa buah
negara seperti Bangladesh dan Pakistan.Mereka datang dengan pelbagai tujuan.Kedatangan
mereka akan memberi kesan ke atas sosial dan ekonomi negara.Mereka akan merebut
pekerjaan dengan penduduk tempatan selain menimbulkan masalah dalam masyarakat.

Ancaman di peringkat antarabangsa yang dialami Malaysia ialah ancaman


pengedaran dadah antarabangsa.Dadah menjadi ancaman dan musuh nombor satu
negara.Dadah dibawa masuk ke dalam negara melalui pelbagai cara antaranya melalui
penyeludupan di sempadan negara dan keldai dadah.Dadah boleh mengancam negara dari
pelbagai aspek iaitu menjejaskan imej negara dan menjejaskan kesihatan penduduk seperti
meningkatkan penyakit AIDS dan HIV.

Ancaman di peringkat antarabangsa yang dialami Malaysia ialah ancaman


keganasan di selatan Thailand.Malaysia membantah tindakan tentera Thailand yang
membunuh 87 orang yang beragama Islam di selatan Thailand.Pergolakan dan pengeboman
di Tak Bai dan Pekan di Selatan Thailand menjadikan kawasan Selatan Thailand tidak
selamat dikunjungi oleh rakyat Malaysia.Perkara ini boleh menjejaskan sektor pelancongan
kedua-dua buah negara dan hubungan antara penduduk Islam Malaysia di utara dan penduduk
Islam di Selatan Thailand.

Ancaman di peringkat antarabangsa yang dialami Malaysia ialah ancaman aktiviti


pemerdagangan manusia.Negara terancam berikutan jenayah pemerdagangan manusia
menjadikan Malaysia sebagai negara transit untuk kegiatan ini dan buktinya Malaysia
dikategorikan sebagai negara berkedudukan ke-16 di dunia sebagai berprestasi buruk dalam
menangani isu ini.Perkara ini ternyata menjejaskan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Implikasi daripada ancaman jenayah pemerdagangan manusia ini juga boleh menjejaskan
ekonomi negara dan menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.

72
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Ancaman di peringkat antarabangsa yang dialami Malaysia ialah ancaman


pencerobohan negara.Tindakan 100 orang tentera Kesultanan Sulu dari Selatan Filipina
yang menyeledup masuk ke Lahad Datu Sabah atas alasan menuntut hak ke atas tanah
mereka mengancam keselamatan Malaysia.Pihak Malaysia mempertahankan tanah itu kerana
dikatakan hak milik Sabah yang sah.Rundingan ini telah berkembang menjadi pertembungan
senjata sehingga lebih 6 tentera Malaysia terkorban.Serangan di Lahad Datu yang menjadi
konflik antara pengganas Sulu dengan Malaysia ternyata mengancam keselamatan rakyat
Sabah.

Kesimpulannya, Malaysia sentiasa terdedah dengan pelbagai cabaran di peringkat


antarabangsa.Oleh itu,Malaysia harus sentiasa bersiap sedia dalam keadaan apa jua sekalipun
agar dapat menangani ancaman yang menimpa Malaysia di peringkat antarabangsa.

73
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 36:Negara-negara rantau ASEAN dijangkakan menghadapi persaingan dalam


memasarkan produk masing-masing apabila Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
dilaksanakan. Beberapa langkah perlu dilaksanakan untuk menangani masalah ini.
Bincangkan.

AFTA merupakan suatu sistem perdagangan untuk memaksimumkan penggunaan pasaran


ASEAN secara meluas oleh pengeluar dan pedagang .Pelaksanaan AFTA terdapat beberapa masalah
dan langkah-langkah perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Masalah yang berlaku kesan daripada AFTA ialah lambakan barang di pasaran.Pengaliran
barang berlaku secara bebas kerana kadar tarif rendah.Malaysia tidak dapat menghalang kemasukan
barangan negara ASEAN lain masuk ke Malaysia berikutan perjanjian AFTA yang
ditandatangani.Kadar takrif yang rendah merangsang barang dari dalam dan luar rantau ASEAN
memasuki pasaran sehingga menyebabkan berlakunya lambakan.Misalnya, berlaku lambakan buah-
buahan dari Thailand di Malaysia sehingga mengancam industri buah-buahan tempatan.

Masalah yang berlaku kesan daripada AFTA ialah persaingan sesama negara Asia
Tenggara. Negara yang mempunyai penduduk ramai dapat menghasilkan barang dalam kos yang
rendah.Misalnya, barangan dari Vietnam yang sama kualitinya namun harga lebih murah berikutan
kos upah pekerja yang murah.Industri kecil dan sederhana tempatan turut terjejas kesan daripada
AFTA.Misalnya,barangan berkualiti dari negara asia tenggara lain seperti jenama NIKE dapat
diperolehi dengan harga lebih murah yang boleh menjejaskan PKS tempatan.

Langkah negara ASEAN dalam menangani masalah persaingan memasarkan produk kesan
daripada AFTA ialah meningkatkan pengeluaran.Meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi
permintaan yang banyak juga merupakan langkah yang baik.Misalnya,barangan seperti beras di
Malaysia mendapat permintaan dari negara Singapura dalam kuantiti yang banyak.Jika pengeluaran
beras tempatan dipertingkatkan maka masalah persaingan Malaysia dengan negara Thailand dan
Indonesia dapat diatasi.Faktor jarak merupakan sebab mengapa Singapura lebih suka berdagang beras
dengan Malaysia.

Langkah negara ASEAN dalam menangani masalah persaingan memasarkan produk kesan
daripada AFTA ialah melalui penggunaan teknologi moden.Pengusaha perlu menguasai kemahiran
dalam teknologi pengeluaran dan pemasaran.Misalnya,industri makanan seperti keropok Leko yang
terkenal di Terengganu boleh memperbanyakkan pengeluaran melalui penggunaan teknologi mesin
yang ternyata lebih cepat berbanding cara tradisional.Kos upah pekerja juga dapat dijimatkan jika
teknologi moden digunakan.Misalnya,melalui penggunaan teknologi mesin keperluan untuk
mengupah tenaga manusia tidak diperlukan.

74
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Langkah negara ASEAN dalam menangani masalah persaingan memasarkan produk kesan
daripada AFTA ialah melalui penyelidikan dan pembangunan produk.Kajian pembangunan
produk melalui kaedah sains dan teknologi dapat membantu dalam mempertingkatkan kualiti
pengeluaran. Penyelidikan dapat membantu pengusaha firma mengawal pengeluaran dan penggunaan
sumber secara optimum bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti.Malaysia ada menggunakan
kaedah penyelidikan ini bagi menghasilkan minyak sawit yang lebih baik berbanding Indonesia dan
buktinya minyak sawit Malaysia lebih banyak mendapat permintaan.

Kesimpulannya,persediaan mental dan spiritual dapat membantu penduduk ASEAN


menghadapi AFTA agar dapat menangani kemungkinan wujud perubahan dalam perbelanjaan hidup
walaupun sistem dagangan serantau ini mampu menarik pelabur asing

75
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 37: Kenaikan harga barangan keperluan hidup mencabar keupayaan


masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia berkait rapat dengan pelbagai faktor di
peringkat global. Oleh itu, Malaysia perlu mengambil langkah proaktif mengatasi
cabaran ini.

Kenaikan harga barangan keperluan hidup memberi kesan yang buruk kepada
masyarakat Malaysia dan antarabangsa.Banyak faktor-faktor global yang berada luar
kemampuan kita dalam isu kenaikan harga barangan namun pelbagai usaha di peringkat
nasional tetap dilakukan untuk mengurangkan implikasinya.

Kenaikan harga barangan keperluan hidup berpunca daripada faktor perubahan


cuaca dunia.Perubahan cuaca dunia akibat daripada pemanasan global di negara-negara
pengeluar makanan menyebabkan peningkatan harga barangan termasuk gandum.Musim
kemarau yang berpanjangan menyebabkan beberapa wilayah tanaman gandum di Kanada
kering kontang sehingga merosakkan hasil pertanian dan ini menyebabkan harga hasil
pertanian menjadi mahal kerana permintaan yang banyak.Perubahan cuaca dunia juga boleh
menyebabkan berlakunya bencana banjir yang boleh menyebabkan pengurangan pengeluaran
barangan.

Kenaikan harga barangan keperluan hidup berpunca daripada faktor pertambahan


penduduk dunia.Peningkatan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan
pengeluaran barangan menyebabkan berlaku permintaan yang tinggi terhadap barangan
keperluan. Pertambahan ini akan mendesak kepada permintaan keperluan barangan yang
tinggi dan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan.Kenaikan harga barangan
global juga berpunca daripada jangka hayat hidup penduduk dunia semakin
meningkat.Jangka hayat penduduk dunia yang semakin panjang boleh meningkatkan
permintaan keperluan harian.

Kenaikan harga barangan keperluan hidup berpunca daripada faktor kenaikan harga
bahan mentah.Peningkatan harga minyak dunia membawa kepada kenaikan kos
pengangkutan bagi mengangkut barang makanan dan keperluan.Pergolakan di Asia Barat dan
perberhentian penghantaran minyak oleh Iran ke Britain dan Peranchis membuatkan harga
bahan petroleum menjadi tidak stabil dan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan
keperluan.Bagi mengelakkan kesan kenaikan harga petroleum ini,kerajaan Malaysia
memberikan subsidi sebanyak RM 7.61 bilion setahun.

76
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Kenaikan harga barangan keperluan hidup boleh diatasi Malaysia melalui langkah
pengawalan harga dan bekalan.Kawalan harga barangan keperluan dilaksanakan bagi
mengelakkan manipulasi harga oleh peniaga.Kawalan harga boleh dilakukan melalui Akta
Kawalan Harga 1946 bagi memastikan barangan tertentu mencukupi dan dijual dengan harga
yang munasabah. Aktiviti pemantauan melalui pihak penguatkuasa perlu diakukan bagi
mengelakkan kegiatan menyorok barangan yang akan menyebabkan kenaikan harga.

Kenaikan harga barangan keperluan hidup boleh diatasi Malaysia melalui langkah
kawalan barangan import.Langkah kawalan mengimport barangan keperluan makanan dari
nusantara boleh mengatasi kenaikan harga barangan.Import barangan makanan hanya
dibenarkan apabila berlaku kekurangan bekalan dalam negara untuk mengelakkan berlaku
bekalan berlebihan.Langkah mengawal barangan import secara berlebihan boleh melindungi
industri pengeluaran barangan tempatan.Langkah ini juga memudahkan kerajaan mengawal
harga barangan keperluan.

Kenaikan harga keperluan barangan memberi impak negatif kepada masyarakat dunia
termasuklah Malaysia.Oleh itu,kerajaan Malaysia perlu merangka langkah-langkah yang
lebih mampan dalam mengatasi masalah kenaikan harga barangan keperluan agar dapat
mengurangkan beban rakyat.

77
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 38 : Usaha memindahkan produk negara secara haram ke negara jiran merupakan
masalah yang dihadapi oleh negara sejak sekian lama. Situasi ini tidak seharusnya dibiar
berlanjutan.

Antara masalah besar negara yang turut menjejaskan pendapatan negara ialah usaha
membawa keluar produk secara haram bagi dibawa masuk ke negara jiran untuk kegunaan di negara
berkenaan.Aktiviti ini turut mengancam keselamatan negara dan punca kepada pemindahan secara
haram ini harus ditangani dengan segera agar tidak berlanjutan.

Sebab utama berlaku pemindahan produk Malaysia secara haram ialah perbezaan harga
barangan antara dua buah negara.Harga barang yang rendah di sesebuah negara membuatkan ada
usaha untuk membawa keluar barangan berkenaan untuk dijual di negara jiran yang lebih tinggi
harganya.Sebagai contoh,harga beras di Thailand yang rendah membawa kepada penyeludupan beras
dari Thailand memasuki Malaysia.Begitu juga sebaliknya,harga minyak petrol yang lebih rendah di
Malaysia membuatkan berlaku penyeludupan petrol ke Thailand.

Sebab utama berlaku pemindahan produk Malaysia secara haram ialah kekurangan sumber
di salah sebuah negara.Apabila berlaku kekurangan sumber,maka harga barangan akan meningkat.
Peningkatan harga di negara yang berkongsi sempadan darat,memudahkan barangan dibawa
menyeberangi sempadan secara tidak sah bagi memenuhi kekurangan barangan.Kekurangan sumber
ini perlu ditampung apatah lagi kalau melibatkan barang kepeluan makanan.Situasi ini seolah-olah
memaksaaktiviti penyeludupan berlaku.

Sebab utama berlaku pemindahan produk Malaysia secara haram adalah disebabkan undang-
undang setiap negara berbeza.Malaysia melarang eksport kayu balak mentah atau yang belum
diproses. Ada negara jiran yang membenarkan berbuat demikian.Perbezaan undang-undang ini
menyebabkan berlaku penyeludupan kayu balak mentah yang belum diproses dari hutan
Malaysia.Penyeludupan ini bagi memenuhi permintaan kayu balak mentah di pasaran antarabangsa.

Pemindahan produk negara secara haram tidak harus dibiarkan kerana menjejaskan imej
negara.Hal ini kerana situasi ini dilihat seolah-olah negara membenarkan jualan barangan dari negara
jiran walaupun tanpa kebenaran.Penyeludupan menggambarkan ketidakupayaan negara menangani
masalah.Penyeludupan juga melibatkan baranga tiruan,maka akan berlaku lambakan barangan kerana
barangan tersebut boleh dibawa masuk tanpa dikenakan cukai.Situasi ini merugikan negara kerana
barangan dalam negara menghadapi saingan secara tidak wajar.

Pemindahan produk negara secara haram tidak harus dibiarkan kerana boleh merugikan
peruntukan subsidi negara.Sebahagian produk yang diseludup melibatkan barangan yang telah
disubsidi.Contohnya,petroleum dan minyak masak yang diseludup masuk ke negara jiran dan dijual

78
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

dengan harga yang mahal.Hasrat kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat terjejas berikutan wujud
kebocoran keluar kos yang ditampung oleh kerajaan untuk kebajikan rakyat.Sasaran untuk
meringankan beban rakyat atau meningkatkan daya beli rakyat tidak akan mencapai kesan yang
menyeluruh.

Kesimpulannya,jenayah memindahkan produk secara haram semakin membimbangkan dan


mengancam kedaulatan negara.Justeru langkah berkesan perlu dirangka yang mungkin juga akan
melibatkan kesepakatan antara dua negara agar masalah pemindahan produk secara haram dapat
diatasi.

79
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 39:Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memainkan peranan yang penting dalam


membawa keamanan dan kesejahteraan masyarakat antarabangsa, namun masih terdapat
beberapa kelemahan terhadap pertubuhan dunia ini.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada tahun 1945 selepas Perang Dunia
Kedua.PBB berperanan menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia namun ada
pandangan negatif terhadapnya

Peranan PBB ialah mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan


masyarakat dunia .PBB ada menyediakan pelan pendamaian antara negara yang bersengketa atau
perang .Misalnya, Kofi Annan ada menyediakan pelan pendamaian di antara Israel dan Palestin iaitu
gencatan senjata dalam tempoh tertentu.PBB turut menyediakan pasukan tentera pengaman untuk
menguatkuasakan gencatan senjata. Misalnya, PBB pernah menghantar tentera pengaman ke Bosnia
Herzegovina ketika krisis perang Serbia dan Bosnia Herzegovina.

Peranan PBB ialah membantu mengatasi masalah sosial sesebuah negara


anggota.Terdapat negara anggota yang menghadapi masalah seperti bencana alam,kebuluran dan
kesihatan.Misalnya, PBB pernah menghantar tentera dan anggotanya ke Acheh Indonesia bagi
membantu Indonesia menangani masalah bencana alam Tsunami.PBB turut menghulurkan bantuan
melalui Majlis PBB dan agensinya. Contohnya, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
menghulurkan bantuan makanan manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjaga aspek
kesihatan.

Peranan PBB ialah memelihara kemajuan sosial dan budaya dunia.PBB memainkan
peranan penting dalam melindungi kebudayaan yang terdapat dalam sesebuah negara.Contohnya,PBB
memberi pengiktirafan kepada Georgetown di Pulau Pinang sebagai tapak warisan dunia.Malaysia
juga turut mendapat manfaat daripada usaha ini melalui sumbangan PBB untuk memelihara kawasan
tapak warisan dunia.Misalnya,PBB memberi sumbangan tenaga kepakaran dalam bidang arkeologi
bagi membantu ahli arkeologi tempatan bagi memelihara tapak arkeologi di Lenggong,Perak.

Kelemahan PBB ialah tidak berjaya membawa kestabilan dan keamanan berkekalan
.PBB dipengaruhi oleh Majlis Keselamatan yang masih menggunakan kuasa veto anggota tetap
majlis. Misalnya,proses siasatan terhadap kejadian tembak pesawat MH-17 milik Malaysia berakhir
begitu sahaja apabila Russia menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang proses siasatan.Terdapat
negara anggota yang melindungi negara tertentu.Contohnya,Amerika Syarikat menggunakan kuasa
veto untuk menolak resolusi Majlis Keselamatan agar dikenakan tindakan terhadap Israel yang
menindas penduduk Palestin.

80
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Kelemahan PBB ialah negara anggota membelakangkan keputusan PBB.Sesetengah negara


anggota membelakangkan ketetapan PBB.Contohnya,pencerobohan tentera Amerika Syarikat, Britain
dan sekutunya terhadap Iraq dan Afghanistan dilakukan tanpa restu PBB.PBB tidak mampu
menghalang peperangan antara dua buah negara atas nama memelihara kedaulatan wilayah masing-
masing.Misalnya, seperti yang terjadi di tebing barat yang melibatkan Palestin dan Israel.

Kesimpulannya,PBB memiliki kejayaan dan kelemahan tertentu.Justeru,badan PBB harus


bekerjasama dan meningkatkan hubungan antara negara anggota agar setiap dasar yang direncanakan
PBB dapat dilaksanakan dengan sebaiknya bagi memberi manfaat kepada negara anggota.

81
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 40 : Banyak kelemahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) dan


agensinya dalam menjaga keamanan dunia. Malaysia telah mencadangkan beberapa
langkah bagi meningkatkan keberkesanan PBB. Jelaskan pernyataan di atas.

Keupayaan PBB kini diragui keberkesanannya dalam menjaga keamanan dunia dan
cadangan daripada negara anggota seperti negara Malaysia untuk memperbaiki kelemahan
tersebut harus dipertimbangkan.

Kelemahan PBB dan agensinya dalam menjaga keamanan dunia ialah dalam
menyelesaikan konflik dunia dengan kewujudan kuasa veto.Kuasa mutlak kepada negara
yang memilikinya sama ada menerima atau menolak keputusan yang dibuat Majlis
Keselamatan PBB.Kuasa pembatal ini membolehkan sebarang kritikan dan keputusan
terhadap sesuatu isu diketepikan.Majlis Keselamatan sebagai majlis paling berkuasa PBB
dipergunakan oleh kuasa besar dunia melalui kuasa veto yang dimiliki.Kuasa veto juga
menjadi penghalang kepada undian yang dilakukan di PBB.

Kelemahan PBB dan agensinya dalam menjaga keamanan dunia ialah masalah
kewangan. Hutang PBB yang besar sedangkan operasinya memerlukan belanja besar
menggoncang keupayaan pertubuhan ini.Kegagalan negara anggota,membayar sumbangan
kepada badan berkenaan seperti Amerika yang melibatkan tunggakan hutang yang besar
menjejaskan operasi PBB.Kos pengurusan yang tinggi bagi mengendalikan pejabat yang
terletak di seluruh dunia melemahkan keupayaan bertindak PBB.Kelemahan ini menjadikan
PBB dilihat mengikut telunjuk kuasa besar seperti Russia.

Kelemahan PBB juga dilihat kepada ketidaksepakatan negara anggota.Kedegilan


negara yang menceroboh seperti Israel di Palestin dan penindasan ke atas negara membangun
banyak dibantah negara anggota.Misalnya,Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif
(GATT) menggambarkan sikap berat sebelah PBB terhadap negara anggota sedang
membagun dan miskin.Penyalahgunaan kuasa berlaku oleh negara kuasa besar seperti
Amerika.Negara ini menggunakan Program Pembangunan PBB (UNDP) untuk menyebarkan
nilai mereka kepada masyarakat dunia walaupun terdapat bantahan

Langkah yang dicadangkan Malaysia bagi meningkatkan keberkesanan PBB adalah


dengan menambahkan bilangan anggota tetap dalam Majlis Keselamatan
PBB.Menambahkan bilangan anggota tetap juga merupakan antara cadangan
Malaysia.Penambahan negara anggota tidak tetap dari benua asia akan mengimbangi

82
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

kedudukan negara anggota tetap yang tidak seimbang antara benua.Penambahan juga
diharapkan dapat mengimbangi kecenderungan dan keupayaan mempengaruhi anggota lain
dalam membuat ketetapan.Misalnya,cadangan Malaysia untuk memasukkan Jepun sebagai
anggota tetap bagi mewakili semua benua.

Langkah yang dicadangkan Malaysia bagi meningkatkan keberkesanan PBB adalah


melalui penstrukturan semula.Penstrukturan boleh dibuat dengan memperkecil organisasi
PBB dan pasukan pengaman bagi menjimatkan kos operasi.Antara langkah yang dicadangkan
adalah dengan menggabungkan unit dan organisasi PBB yang memperlihatkan pertindihan
atau kurang perlu mengikut tuntutan keadaan.Penstrukturan semula juga melibatkan
perjawatan yang bertindih dan kurang fungsinya.Misalnya,seperti jawatan di bahagian
Suruhanjaya Orang-orang Pelarian yang kurang berfungsi dalam menyelesaikan masalah
perlarian.

Kesimpulannya, jasa PBB tidak boleh dinafikan namun kos unit operasi yang besar
dilihat tidak berbaloi sekiranya konflik gagal ditangani.Usaha meningkatkan semula maruah
dan keupayaan PBB mestilah dilakukan agar dapat membela nasib negara yang lemah.

83
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 41: Pengeluaran bekalan makanan dunia semakin kurang.Keperluan asas


utama dunia ini juga sedang menghadapi peningkatan harga yang serius.Bincangkan.

Dunia kini sedang berhadapan dengan masalah pengeluaran makanan semakin


berkurang disebabkan beberapa faktor.Kekurangan ini turut menyebabkan peningkatan harga
barangan keperluan asas ini di samping sebab-sebab lain.

Faktor pengeluaran makanan semakin berkurang disebabkan oleh perubahan iklim


dunia.Perubahan iklim akibat pemanasan global menyebabkan beberapa wilayah tanaman
gandum di Kanada kering kontang dan menjejaskan pengeluaran gandum.Salji tebal
berpanjangan di China menyebabkan industri tanaman sayur-sayuran di China turut
terjejas.Cuaca panas berpanjangan di utara Eropah telah menyebabkan tanaman rosak seperti
di negara Demnark.

Faktor pengeluaran makanan semakin berkurang disebabkan oleh bencana


alam.Letupan gunung berapi di Indonesia ternyata menjejaskan tanaman padi bukit di negara
tersebut.Bencana alam seperti Tsunami di Jepun turut menjejaskan sumber bahan makanan
marin kepada Jepun berikutan nelayan Jepun tidak dapat turun laut untuk menangkap
ikan.Gempa bumi di Mexico yang berlaku baru-baru ini menyebabkan masyarakat petani
yang mahir banyak yang meninggal sehingga menjejaskan tanaman pertanian untuk bekalan
makanan

Faktor pengeluaran makanan semakin berkurang disebabkan oleh serangan penyakit


dan serangan serangga perosak.Belalang juta menyerang secara besar-besaran dengan
kadar yang cepat ke atas tanaman makanan bijirin seperti oat di Amerika Syarikat
menyebabkan hasil tanaman ini banyak yang musnah.Serangan penyakit lembu gila di New
Zealand turut menjejaskan bekalan makanan daging dunia yang turut menjejaskan Malaysia
sebagai antara negara pengimport.Serangan perosak seperti bena putih terhadap tanaman padi
turut menjejaskan bekalan makanan di Thailand.

Harga bekalan makanan meningkat disebabkan oleh kos pengeluaran semakin


bertambah.Kenaikan harga barangan import pertanian seperti baja dan racun menyebabkan
petani terpaksa menaikkan harga hasil pertanian bagi menampung kos yang tinggi.Kos
pengedaran pengeluaran makanan juga semakin bertambah berikutan pelbagai cukai yang
dikenakan negara masing-masing.Kenaikan harga minyak juga menyebabkan pengeluar dan
pengedar barangan makanan terpaksa menaikkan kos bagi menanggung kos penghantaran.

84
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Harga bekalan makanan meningkat disebabkan oleh tanaman untuk bahan


api.Permintaan yang tinggi biodiesel daripada minyak sawit telah menyebabkan petani
beralih untuk menanam tanaman komersial berbanding tanaman untuk tujuan bekalan
makanan.Begitu juga dengan tanaman bijirin ditanam secara meluas bagi permintaan sumber
tenaga biofuel yang mengurangkan lagi bekalan makanan seperti oat dan gandum.Hasil
pengeluaran tanaman berkurangan dan permintaan yang tinggi menyebabkan berlaku
kenaikan harga sehingga membawa kepada masalah inflasi.

Kesimpulannya,pengeluaran makanan dunia yang berkurang dan harganya yang


semakin meninkat di pasaran dunia harus segera diatasi setiap kerajaan di dunia agar dapat
mengurangi masalah ini.

85
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 42 : Kehadiran warga asing di Malaysia disebabkan tuntutan dalam bidang-


bidang tertentu dalam pembangunan ekonomi negara namun kehadiran golongan ini
boleh menggugat masyarakat dan negara.

Warga asing yang berada di Malaysia terlibat secara langsung dalam pelbagai bidang
dan kehadiran mereka menimbulkan masalah kepada masyarakat dan negara.

Kehadiran warga asing di Malaysia disebabkan terlibat dalam beberapa bidang


sebagai tenaga kerja dalam pelbagai sektor di Malaysia.Kehadiran warga asing di
Malaysia menjadi keperluan sumber tenaga mahir dan separa mahir dalam sektor
ekonomi.Kemasukan warga asing sebagai tenaga kerja mahir dan professional dalam
pelbagai bidang seperti sektor perubatan amat diperlukan bagi mengisi kekosongan yang
gagal dipenuhi pekerja tempatan.Kehadiran warga asing di Malaysia juga menjadi keperluan
sebagai tenaga kerja tidak mahir seperti pembantu rumah dan buruh ladang.

Kehadiran warga asing di Malaysia disebabkan terlibat dalam beberapa bidang


sebagai keperluan dalam bidang pendidikan.Kehadiran warga asing di Malaysia terlibat
sebagai pelajar.Mereka melanjutkan pelajaran sepenuh masa di universiti-universiti tempatan
yang kebanyakkannya daripada Afrika,India dan Myanmar.Seterusnya,kehadiran warga asing
sebagai tenaga kerja dalam pendidikan.Golongan ini berada di Malaysia sebagai tenaga
pengajar yang diimport untuk membantu perkembangan pendidikan negara sebagai guru
Bahasa Inggeris dan pensyarah-pensyarah di universiti.

Kebanjiran warga asing telah meningkatkan kadar kes jenayah di Malaysia.Warga


asing terlibat dalam kes-kes rompakan,pergaduhan, dan pembunuhan disebabkan keinginan
untuk hidup mewah membahayakan rakyat Malaysia.Seterusnya,kemasukan warga asing
yang terdiri daripada golongan wanita boleh menyebabkan berlakunya aktiviti perdagangan
seks berleluasa dalam kalangan masyarakat hari ini.Warga asing golongan wanita terlibat
dalam aktiviti pelacuran kerana masalah tekanan gaji rendah dan keinginan untuk hidup
mewah.

Kebanjiran warga asing boleh menjejaskan ekonomi Malaysia.Warga asing yang


memasuki Malaysia sebagai pekerja asing sah dan haram boleh menyebabkan berlakunya
pengaliran wang keluar negara.Pekerja asing yang memperoleh pendapatan di Malaysia akan
menghantar wang ke negara asal mereka dan ini memberikan kesan kepada aliran keluar
pendapatan negara.Warga asing yang memasuki Malaysia sebagai pekerja haram akan

86
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

membebankan perbelanjaan negara.Kerajaan Malaysia terpaksa mengeluarkan kos


perbelanjaan bagi menghantar mereka pulang sehingga menjejaskan kewangan negara.

Kebanjiran warga asing boleh menjejaskan imej Malaysia di peringkat


antarabangsa.Peningkatan kadar jenayah yang dilakukan warga asing di Malaysia
menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan memelihara keselamatan awam ternyata
menjejaskan imej negara.Kebanjiran warga asing turut menjejaskan imej negara kepada
pelancong asing.Warga asing yang memasuki Malaysia secara haram akan menghadapi
masalah tempat tinggal sehingga mewujudkan penempatan setinggan yang kotor.Keadaan ini
boleh menyebabkan pelancong asing menganggap Malaysia negara yang miskin dan
mengamalkan hidup tidak sihat.

Kesimpulannya,kebanjiran warga asing dalam bidang-bidang tertentu perlulah


ditangani oleh pihak kerajaan secara tegas agar dapat memastikan kemakmuran dan
kesejahteraan rakyat Malaysia seluruhnya terpelihara.

87
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 43 : Negara-negara di dunia sering berminat menjadi tuan rumah dalam


pertandingan sukan bertaraf dunia termasuk Malaysia kerana banyak kesan yang
diperoleh negara apabila menjadi penganjur kejohanan sukan antarabangsa.

Malaysia seringkali mengajurkan pelbagai kejohanan sukan bertaraf


antarabangsa.Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa mempunyai pelbagai manfaat dan
kesan negatif kepada negara.

Kesan positif penganjuran sukan antarabangsa kepada Malaysia ialah boleh menjadi
sumber ekonomi kepada negara.Kemasukan penonton, penyokong, peserta, dan pelancong
sukan dalam negara memberi pulangan lumayan melalui tukaran wang
asing.Contohnya,melalui perbelanjaan mereka di dalam negara apabila menggunakan
perkhidmatan pengangkutan dan perhotelan.Penganjuran sukan antarabangsa boleh
memajukan industri hiliran berasaskan sukan.Industri hiliran seperti industri
pengiklanan,penyiaran dan pembuatan cenderamata sukan mendatangkan pendapatan kepada
negara.

Kesan positif penganjuran sukan antarabangsa kepada Malaysia ialah boleh memberi
peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.Aktiviti sukan telah memberi peluang
tenaga kerja secara professional kepada penduduk tempatan.Sebagai contoh,penglibatan
tenaga penduduk tempatan secara professional menjadi ahli sukan dan pegawai sukan telah
mewujudkan peluang pekerjaan tetap.Kemajuan industri sukan seperti pengeluar dan
pengedar peralatan sukan juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan.Pembukaan kilang dan kedai peralatan sukan luar negara di Malaysia seperti
Reebook dan Adidas memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Kesan positif penganjuran sukan antarabangsa kepada Malaysia ialah boleh


meningkatkan kemajuan mutu sukan negara.Penganjuran sukan antarabangsa boleh
meningkatkan teknologi sukan. Contohnya, penggunaan teknologi dalam penyiaran,
pembinaan, stadium atau prasarana sukan, dan peralatan sukan boleh meningkatkan mutu
sukan.Penganjuran sukan antarabangsa boleh meningkatkan pengurusan sukan.Contohnya,
melalui perkongsian idea, teknik, dan kepakaran professional pengurusan sukan.

Kesan negatif penganjuran sukan antarabangsa kepada Malaysia ialah pengajuran


sukan antarabangsa memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.Penganjuran sukan
antarabangsa menyebabkan berlakunya pembaziran wang kerajaan.Misalnya,kerajaan

88
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk menyediakan pelbagai perkara ketika
menguruskan penganjuran sukan seperti kebajikan atlet.Penganjuran sukan antarabangsa juga
melibatkan peningkatan kos penyediaan dan pembiayaan prasarana sukan.Contohnya,
prasarana sukan seperti stadium dan penyediaan pelbagai peralatan sukan.

Kesan negatif penganjuran sukan antarabangsa kepada Malaysia ialah penularan


budaya hidup tidak sihat dalam kalangan penduduk tempatan.Sikap penyokong yang
ekstrim dalam kalangan pasukan sukan akan mempengaruhi penduduk tempatan untuk
mencontohi tindakan mereka. Contohnya, tindakan ganas apabila tidak boleh menerima
pasukan yang disokong kalah sudah menular kepada penyokong dan peminat sukan
negara.Pengaruh hidup barat boleh menular dalam kalangan penduduk tempatan.Pergaulan
bebas di antara pelancong sukan dan cara berpakaian ketika temasya sukan antarabangsa
menjadi teladan kepada golongan remaja tempatan.

Kesimpulannya,penganjuran sukan antarabangsa mempunyai pelbagai kesan positif


dan negatif.Justeru,pihak kerajaan perlu mengawal kesan-kesan negatif penganjuran sukan ini
agar kemudaratan tidak serius kepada penduduk dan negara.

89
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 44 : Hubungan diplomatik Malaysia dan China telah menjangkau 41 tahun (2015)
daripada hubungan dagangan dan diplomatik antarabangsa kepada hubungan strategik
antarabangsa kini. Jelaskan rasional peningkatan hubungan ini kepada negara Malaysia.

Sejarah awal hubungan diplomatik antarabangsa dengan negara China bermula di zaman
kepimpinan Tun Abdul Razak Hussain pada tahun 1974.Malaysia mempunyai rasional daripada
hubungan dagangan dan diplomatik kepada hubungan strategik dengan negara China.

Rasional hubungan strategik Malaysia dengan China ialah kemelesetan ekonomi global
terutamanya Amerika Syarikat dan Jepun.Ekonomi Amerika Syarikat masih belum pulih
sepenuhnya dan pertumbuhan ekonomi Jepun berada dalam keadaan kurang
memberangsangkan.Krisis kewangan Kesatuan Eropah telah menggugat pakatan ekonomi tunggal
tersebut dan negara China adalah merupakan rakan dagang baru yang baik.Ekonomi China terus
bertahan dan bakal mengambil alih peranan Amerika Syarikat.Hubungan dagang dengan China akan
meningkatkan daya eksport negara.

Rasional hubungan strategik Malaysia dengan China ialah China mempunyai pasaran
ekonomi yang luas.China mempunyai pasaran ekonomi yang meluas.Buktinya,dengan jumlah
penduduk terbesar dunia,pasaran China amat besar untuk dikongsi oleh Malaysia.Banyak negara
beralih kepada China sebagai rakan dagangan.Misalnya,negara asia tenggara lain seperti Thailand dan
Indonesia turut menjadikan China sebagai rakan dagang melalui kerjasama negara ASEAN dengan
negara China.

Rasional hubungan strategik Malaysia dengan China ialah mengurangkan konflik


pertikaian Kepulauan Spartly dengan China.Ketegangan dengan China dalam isu Kepulauan
Spratly dan Paracel dapat diredakan melalui hubungan yang lebih erat.Misalnya,melalui hubungan
ekonomi banyak peluang pelaburan dapat diterokai bersama antara dua negara.Malaysia tidak
seharusnya menjadi mangsa kepada tindakan ekonomi China sebagaimana Filipina ekoran ketegangan
berhubung perebutan pulau yang dipertikai.

Rasional hubungan strategik Malaysia dengan China ialah sejarah hubungan sosial antara
Malaysia dan China.Sejarah jalinan hubungan sosial penduduk di Malaysia dengan China
memudahkan Malaysia menjalankan kerjasama strategik dalam bidang yang baharu seperti
pendidikan dan perubatan.Misalnya,China bersedia membuka universiti pertama di Malaysia dengan
menggunakan Bahasa lnggeris sebagai bahasa pengantar merupakan satu kemajuan kepada negara
dalam penyediaan peluang pendidikan bertaraf antarabangsa.Sikap keterbukaan China menerima
pelajar Malaysia dan dua buah universitinya menawarkan kursus bahasa Melayu membuka lembaran
baharu dalam hubungan dua negara.

90
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Rasional hubungan strategik Malaysia dengan China ialah peningkatan pengaruh Amerika
Syarikat di rantau Asia.China dalam menghadapi provokasi kuasa Amerika Syarikat cuba
menempatkan kembali pengaruhnya di rantau ini memerlukan sahabat baru seperti negara Malaysia.
Situasi ini sepatutnya disambut oleh Malaysia untuk menjalinkan hubungan lebih erat dengan China.
Pendekatan Malaysia dalam meningkatkan hubungan dengan China lebih kepada urusan
perdagangan.Banyak barangan China yang dipasarkan ke Malaysia berikutan harganya yang murah
melalui ASEAN+3.

Kesimpulannya,Malaysia juga perlu mengambil langkah yang lebih strategik dalam


menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan negara-negara besar yang lain agar dapat
mengukuhkan lagi kemajuan dan kekuatan negara.

91
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 45 : Kemajuan sains dan teknologi sukan dunia hari ini telah meningkatkan
kemajuan sukan di negara-negara membangun termasuk Malaysia. Jelaskan.

Kemajuan sains dan teknologi memainkan peranan penting ke arah meningkatkan


mutu sukan di kebanyakan negara membangun termasuk Malaysia.

Kemajuan sains dan teknologi sukan boleh meningkatkan kemajuan sukan negara
melalui program latihan yang saintifik dan sistematik.Penciptaan peralatan mesin latihan
moden boleh membantu ahli-ahli sukan membuat latihan dengan berkesan.Alat-alat mekanik
dan elektronik termasuk alat komputer digunakan untuk meningkatkan prestasi ahli sukan
semasa menjalani latihan.Pengetahuan dalam bio mekanik iaitu kajian tentang daya dan
gerakan tubuh badan akan membantu ahli sukan melakukan sesuatu gerakan dengan cekap
dan pantas seperti imbangan dalam gimnastik.

Kemajuan sains dan teknologi sukan boleh meningkatkan kemajuan sukan negara
melalui pembuatan peralatan sukan.Penggunaan peralatan sukan berteknologi tinggi yang
memenuhi spesifikasi dapat menjadi penentu kepada kemenangan sesuatu pertandingan.
Contohnya,penciptaan baju renang perenang Australia dihasilkan daripada gabungan
pembuatan moden dan aplikasi sains termaju yang banyak membantu perenang mereka
menjadi kuasa besar renang dunia.Penggunaan teknologi komputer boleh membantu
penciptaan alat sukan yang canggih seperti pakaian berintangan yang berupaya meningkatkan
prestasi ahli sukan.

Kemajuan sains dan teknologi sukan boleh meningkatkan kemajuan sukan negara
melalui sains perubatan.Ujian perubatan dapat memastikan para atlit yang mempunyai
kecergasan yang dibenarkan mengambil bahagian dalam jenis sukan seperti
tinju.Contohnya,ujian kecergasan kardiovaskular dapat menghindarkan atlit daripada
kecederaan serius.Kemajuan dalam bidang pencerakinan dadah adalah penting untuk
menjamin kecemerlangan tulen dalam arena sukan.Pencerakinan perubatan yang berkesan
dapat mencegah para atlit daripada mengambil ubat mengandungi dadah seperti steroid
anabolic.

Kemajuan sains dan teknologi sukan boleh meningkatkan kemajuan sukan negara
melalui sains permakanan.Prestasi fizikal atlet adalah berkait rapat dengan corak
pemakanannya.Pengambilan diet yang betul atau seimbang akan melancarkan sistem tubuh
badan dan menghasilkan tenaga yang berterusan serta membantu pemulihan segera.Kajian

92
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

sains pemakanan boleh menentukan kuantiti zat makanan seperti protein dan vitamin yang
optimum untuk ahli sukan bagi menyediakan nutrient untuk atlit supaya prestasi atlet
konsisten serta meningkat.

Kemajuan sains dan teknologi sukan boleh meningkatkan kemajuan sukan negara
melalui kemajuan ICT.Teknologi ICT melalui teknologi jalur lebar seperti
internet,rangkaian dan satelit komunikasi membolehkan maklumat sesuatu pertandingan di
peringkat antarabangsa diperolehi dengan cepat.Penyiaran acara sukan secara langsung dari
serata dunia seperti pertandingan bola sepak antarabangsa membolehkan pemain-pemain bola
sepak negara mengetahui teknik bola sepak moden hari ini dan mempelajari skil kemahiran
pemain antarabangsa.ICT boleh mempopularkan sesuatu sukan dan boleh mendatangkan
sumber pendapatan kepada ahli-ahli sukan melalui hak penyiaran.

Kesimpulannya,semua pihak terutama pihak kerajaan harus memainkan peranan


dalam menggalakkan perkembangan sains dan teknologi dalam sukan di Malaysia agar taraf
sukan di negara kita dapat dipertingkatkan.

93
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 46 : ASEAN dikenali sebagai pertubuhan bagi mewujudkan keamanan dan


kestabilan serantau. Namun begitu, pelbagai cabaran dalaman dan luaran dihadapi
oleh negara anggota pertubuhan ini. Huraikan.

ASEAN banyak memberi manfaat kepada Malaysia namun begitu terdapat cabaran
dalaman dan luaran yang dihadapi oleh negara anggota pertubuhan ini.

Cabaran dalaman yang dihadapi ASEAN ialah sikap bertentangan negara


anggota.Keputusan Singapura membenarkan penggunaan kemudahan ketenteraan kepada
Amerika Syarikat merumitkan hubungan Singapura dengan negara ASEAN lain.Tindakan
Singapura ini ternyata bertentangan dengan dasar promosi ASEAN yang telah dipersetujui
bersama iaitu sebagai Kawasan Aman,Bebas dan Berkecuali.Singapura juga mendapat
khidmat pakar ketenteraan Israel dalam mempersiapkan angkatan tenteranya yang
merumitkan hubungan dengan negara ASEAN seperti Malaysia dan Brunei yang tidak
berhubungan baik dengan negara Israel.

Cabaran dalaman yang dihadapi ASEAN ialah kerana ketidakstabilan politik


dalaman sebilangan negara anggota.Selatan Thailand telah lama menjadi onar kepada
hubungan antara anggota ASEAN.Tindakan kerajaan Thailand membunuh rakyat Thailand
yang beragama Islam dalam peristiwa Tak Bai mengeruhkan hubungan dengan
Malaysia.Selatan Filipina juga menghadapi masalah yang sama.Tindakan penduduk selatan
Filipina menceroboh perairan Sabah dan menculik pelancong di Sipadan memburukan lagi
hubungan Malaysia dengan Filipina.

Cabaran luaran yang dihadapi ASEAN ialah kemunculan kumpulan ekonomi


Kesatuan Eropah (EU).Kesatuan Eropah mengamalkan skim tarif mata wang yang sama
serta tidak menggalakkan pelaburan asing.Perkara ini menyukarkan ASEAN untuk berdagang
dengan negara eropah kerana sistem mata wang EURO sahaja diterima jika ingin berdagang
dengan negara eropah.Kemunculan kumpulan ekonomi ini menjadikan ekonomi antara dua
kumpulan negara akan lebih tertutup menjadi cabaran kepada memantapkan lagi kerjasama
ekonomi dalam kalangan negara anggota.

Cabaran luaran yang dihadapi ASEAN ialah perebutan Maritim.Perebutan beberapa


kepulauan yang masih belum disahkan merumitkan lagi keadaan.Kepulauan Spartly menjadi
rebutan antara China,Vietnam,Malaysia,Filipina,dan Indonesia mengeruhkan lagi hubungan

94
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

negara yang terlibat.Boleh wujud ketegangan sehingga membawa ancaman fizikal terhadap
ketenteraan kerana pulau Spratly terletak pada kedudukan yang strategik dan kaya dengan
sumber alam.Perebutan disebabkan kedudukan pulau yang didakwa termasuk dalam kawasan
perairan dan terdapat pelbagai kepentingan di kepulauan tersebut seperti sumber asli.

Cabaran luaran yang dihadapi ASEAN ialah pengkalan tentera asing.Pembinaan


pengkalan asing di beberapa kawasan di Asia Tenggara ternyata melanggar perjanjian yang
dibuat di dalam ASEAN.Misalnya,pembinaan pengkalan asing tersebut ternyata melanggar
persetujuan asal matlamat penubuhan ASEAN dan persetujuan konsep ZOPFAN.Negara
ASEAN yang memberi kebenaran kepada negara asing untuk membina pengkalan tentera
dilihat mempunyai kekuatan tentera asing berbanding negara anggota lain.Misalnya,
pengkalan tentera asing Amerika Syarikat di Singapura dan Filipina.

Kesimpulannya,pertubuhan ASEAN banyak memberi manfaat kepada Malaysia


namun ada negara ASEAN lain yang sengaja melanggar perjanjian bersama memberi cabaran
kepada negara ASEAN lain.Justeru,pihak kerajaan Malaysia harus lebih lantang bersuara
agar setiap persetujuan dipatuhi semua negara anggota ASEAN.

95
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 47 : Sejak mencapai kemerdekaan,Malaysia telah menyertai tiga pertubuhan


serantau iaitu ASA,MAPHILINDO dan ASEAN dan pada asasnya adalah demi
kepentingan politik,ekonomi atau sosial.Hubungan dalam ASEAN bagaimanapun
sering tercabar dalam usaha memajukan ekonomi serantau.Jelaskan.

ASEAN sehingga kini berjaya memupuk kerjasama yang aktif demi kepentingan
bersama dalam bidang politik,ekonomi,sosial dan kebudayaan antara negara anggota.Namun
begitu,pertubuhan serantau ini masih menghadapi cabaran terutamanya untuk memajukan
ekonomi serantau.

Cabaran ASEAN dalam memajukan ekonomi ialah persaingan dalam pasaran


komoditi.Negara anggota ASEAN mengeluarkan produk pertanian yang sama seperti getah,
kelapa,koko dan minyak sawit kerana memiliki persaaan iklim dan cuaca.Negara-negara
anggota berusaha merebut pasaran yang sama pada peringkat antarabangsa.Apabila AFTA
diwujudkan,masing-masing akan mementingkan kepentingan komoditi negara sendiri demi
menjana pendapatan negara yang pastinya akan menyebabkan berlakunya
ketidakadilan.Tanpa penyelesaian yang bijak oleh pemimpin negara anggota,persaingan ini
boleh mengeruhkan hubungan negara anggota.

Cabaran ASEAN dalam memajukan ekonomi ialah kemunculan kumpulan ekonomi


serantau.Kesatuan Eropah (EU) mengamalkan skim tariff mata wang yang sama (Euro) serta
tidak menggalakkan pelaburan asing ke negara itu.Kmeunculan NAFTA (Amerika Syarikat,
Kanada dan Mexico) merancang skim tariff yang sama untuk turut menggugat
ASEAN.Kemunculan kumpulan ekonomi ini menjadikan ekonomi antara dua kumpulan
negara akan lebih tertutup dan sukar ditembusi.Negara ASEAN menghadapi cabaran untuk
memasarkan produk mereka di pasaran antarabangsa.

Cabaran ASEAN dalam memajukan ekonomi ialah pengurangan permintaan


pasaran dunia ke atas produk ASEAN.Pengurangan permintaan terhadap sumber bahan
mentah seperti bijih timah dan getah asli menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara-negara
ASEAN.Negara-negara ASEAN terpaksa memberi perhatian kepada pengeluaran sektor
perkilangan dan perkhidmatan untuk bersaing.Namun begitu,negara maju mempunyai
kelebihan dari segi kos pengeluaran dan kecanggihan teknologi.Pengeluaran dan pemasaran
produk yang sama menyebabkan persaingan yang sengit bukan sahaja dalam kalangan negara
ASEAN tetapi dengan negara maju lain.

96
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Cabaran ASEAN dalam memajukan ekonomi ialah pergantungan kepada negara


maju.Negara ASEAN bergantung kepada pasaran luar negara seperti Eropah.Negara ASEAN
bergantung teknologi moden dari negara Jepun dan Korea Selatan.Negara ASEAN juga
masih memerlukan pelaburan modal asing untuk memajukan sektor perindustrian dan dan
perkhidmatan.Contohnya,Syarikat Samsumg dan Sony yang banyak membuka pelaburan
syarikat mereka di negara-negara ASEAN.

Cabaran ASEAN dalam memajukan ekonomi ialah negara-negara ASEAN masih


dibebani hutang luar negara yang tinggi.Kegawatan ekonomi dunia telah menjejaskan
kedudukan ekonomi negara anggota ASEAN.Negara Indonesia dan Thailand dibebani oleh
hutang luar negara.Negara-negara ini terpaksa meminjam wang dari IMF ketika era
kegawatan ekonomi dunia.Kesannya,negara-negara ini masih belum dapat membayar hutang
tersebut dan terpaksa mengikut pelan pembangunan ekonomi yang disarankan oleh IMF yang
dikuasai negara Amerika Syarikat dan Britain.

Kesimpulannya,pemimpin-pemimpin ASEAN telah lama berusaha memperbaiki


bentuk dan corak hubungan antara mereka dalam aspek ekonomi agar dapat mengukuhkan
kerjasama dan penyelarasan dalam sektor ekonomi.

97
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 48 : ASEAN sehingga kini berjaya memupuk kerjasama yang aktif demi
kepentingan negara anggota.Namun begitu,pertubuhan serantau ini masih menghadapi
cabaran untuk mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau.

ASEAN sehingga kini berjaya memupuk kerjasama yang aktif demi kepentingan
bersama dalam bidang politik,ekonomi,sosial dan kebudayaan antara negara anggota.Namun
begitu,pertubuhan serantau ini masih menghadapi cabaran terutamanya untuk mengekalkan
keamanan dan kestabilan serantau.

Cabaran ASEAN dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau ialah


persaingan pengaruh kuasa besar di Asia Tenggara.Penglibatan Amerika Syarikat di
rantau Asia Pasifik semakin ditingkatkan melalui strategi Pangsi Pasifik.Amerika Syarikat
telah lama bertapak di rantau Asia Tenggara seperti Singapura dan Filipina.Misalnya,
Amerika Syarikat juga telah menggandakan bantuan kepada Filipina bagi meningkatkan
keupayaan tentera Filipina bagi menghadapi kuasa China.Peristiwa-peristiwa ini
menunjukkan berlakunya perluasan kuasa besar di Asia Tenggara yang boleh mewujudkan
konflik.

Cabaran ASEAN dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau ialah


konflik tuntutan bertindih ke atas wilayah tertentu.Terdapat banyak pulau di sekitar Asia
Tenggara yang menjadi rebutan negara-negara Asia Tenggara.Misalnya,Kepulauan Spratly.
Pulau Batu Putih dan Pulau Pisang.Sebagai contoh,tuntutan bertindih ke atas Pulau Pisang
antara Malaysia dan Singapura.Manakala,Pulau Spratly pula melibatkan Malaysia, Filipina,
Vietnam, Brunei dan China.Situasi ini akan mewujudkan konflik sesama ASEAN dan juga
China.

Cabaran ASEAN dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau ialah


masalah politik dalaman negara-negara anggota.Negara Myanmar masih belum
mengamalkan demokrasi dan diperintah oleh junta tentera.Kerakusan tentera Myanmar amat
jelas kelihatan apabila mereka menyerang sekumpulan sami Buddha yang mengadakan
demonstrasi jalanan untuk membantah pengurangan subsidi petrol sehingga membebankan
rakyat.Pergolakan di Selatan Thai berlaku disebabkan oleh krisis majoriti etnik Melayu
beragama Islam yang menuntut hak mereka yang meletakkan wilayah selatan Thailand dalam
keadaan tegang.

98
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Cabaran ASEAN dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau ialah


ancaman anasir puak pelampau dan lanun.Ancaman anasir luar juga boleh menggugat
keamanan dan kestabilan serantau.Sebagai,contoh pencerobohan Lahad Datu di Sabah oleh
pengganas Sulu.Masalah lanun di perairan negara-negara ASEAN juga semakin
kritikal.Aktiviti kumpulan Abu Sayyaf dan pemisah Moro di Mindanao juga merupakan
cabaran kepada ASEAN.

Cabaran ASEAN dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau ialah


masalah pendatang tanpa izin (PATI).Pendatang tanpa izin ini dating melalui agensi-
agensi haram dan terpaksa menyusup masuk melalui lorong tikus.Pelbagai masalah yang
timbul terhadap negara yang dituju iaitu masalah sosial dan pelacuran.Kerajaan terpaksa
berbelanja lebih untuk menghantar mereka kembali ke negara asal mereka.Isu penghantaran
semula PATI dan pemutihan menyebabkan perselisihan antara negara boleh berlaku.

Kesimpulannya.pemimpin-pemimpin ASEAN telah lama berusaha memperbaiki


bentuk dan corak hubungan antara mereka dalam aspek mengekalkan keamanan serta
kestabilan serantau agar dapat mengukuhkan kerjasama dan penyelarasan dalam sektor
berkaitan.

99
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 49: Malaysia dan negara-negara lain dalam pertubuhan ASEAN saling
bekerjasama dalam pelbagai aspek.Huraikan.

ASEAN merupakan satu kumpulan kerjasama serantau yang telah menjadi satu
pertubuhan yang dihormati oleh masyarakat dunia.Banyak bentuk kerjasama yang
dilaksanakan oleh anggota ASEAN pada era globalisasi ini.

Kerjasama yang dijalankan Malaysia dan negara-negara ASEAN lain ialah


kerjasama ekonomi.Malaysia dan negara-negara ASEAN lain ada menandatangani
perjanjian AFTA (Asean Free Trade Area) bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi.Semua
sekatan ekonomi atau kewangan yang wujud sebelum ini boleh dihapuskan atau dikurangkan
supaya kegiatan ekonomi sesama negara anggota menjadi lebih mudah.Usaha memudahkan
urusan ekonomi berupaya untuk menjadikan suasana menjalankan aktiviti ekonomi di rantau
ini lebih menarik buat pelabur asing yang lainnya.

Kerjasama yang dijalankan Malaysia dan negara-negara ASEAN lain ialah


kerjasama dalam aspek keselamatan.Malaysia dan negara ASEAN lain ada
menandatangani perjanjian di dalam Forum Serantau ASEAN(ARF).Perjanjian ini
membolehkan tentera setiap anggota bukan sahaja boleh melaksanakan latihan bersama-sama
tetapi juga boleh bertukar-tukar informasi mengenai sesuatu perkara yang boleh mengancam
kestabilan dan keamanan serantau.Tahap kerjasama yang tinggi akan menjadikan kawasan
rantau ini lebih selamat berbanding dengan kawasan-kawasan dunia lain yang sering
bergolak.

Kerjasama yang dijalankan Malaysia dan negara-negara ASEAN lain ialah


kerjasama dalam bidang pendidikan.Malaysia dan negara ASEAN lain ada
menandatangani perjanjian SEAMEO dalam kerjasama bidang pendidikan.Perjanjian ini
menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu lama lain dalam pelbagai bidang termasuk
latihan dan penyelidikan bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan sains dan
teknologi.ASEAN juga ada menubuhkan pusat pendidikan di negara Singapura.
Misalnya,pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC).

Kerjasama yang dijalankan Malaysia dan negara-negara ASEAN lain ialah


kerjasama dalam bidang pelancongan.Semua pelancong dari negara anggota tidak perlu
menulis maklumat diri mereka apabila melepasi pemeriksaan imigresen setiap negara di
rantau ini.Kerjasama sebegini pasti menjadikan urusan melancong ke negara rantau Asia

100
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Tenggara menjadi lebih mudah lalu menggalakkan pertumbuhan sektor ini.Akibatnya,industri


pelancongan rantau ini akan menyumbangkan sumber kewangan kepada setiap kerajaan di
rantau ini yang berguna untuk membiayai projek pembangunan.

Kerjasama yang dijalankan Malaysia dan negara-negara ASEAN lain ialah


kerjasama dalam bidang sukan.Malaysia dan negara ASEAN lain menggunakan kerjasama
dalam bidang sukan dalam mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat
yang lebih tinggi seperti Olimpik.ASEAN juga menggunakan sukan untuk merapatkan
hubungan antara negara melalui semangat kesukanan di samping menggalakkan pelancongan
sukan dalam kalangan negara anggota.Misalnya,melalui pengajuran temasya Sukan SEA.

Kesimpulannya,semua negara di rantau ini perlu melihat kesan jangka panjang


berbanding jangka pendek lalu berusaha menghapuskan sebarang prasangka kerjasama antara
negara ASEAN agar semua kerjasama dapat membawa impak positif.

101
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 50 : ASEAN telah membentuk Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
sebagai langkah perdana ke arah meningkatkan tahap keselamatan serantau, namun
terdapat usaha-usaha lain yang berterusan untuk mencapai hasrat tersebut.
Bincangkan.

Antara usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan Negara-negara Asia


Tenggara(ASEAN) untuk memelihara keamanan dan keselamatan di rantau Asia Tenggara
ialah pembentukan ZOPFAN.Namun demikian, pelbagai inisiatif lain telah diambil oleh
pemimpin-pemimpin ASEAN untuk merealisasikan impian tersebut.

Langkah perdana ASEAN ke arah meningkatkan tahap keselamatan serantau adalah


dengan mencetuskan konsep ZOPFAN.ZOPFAN bermatlamat menjaga keamanan serantau
dan setiap pertikaian diselesaikan secara aman tanpa campur tangan asing.ZOPFAN menjadi
kawalan kepada negara anggota supaya tidak memohon bantuan negara luar ketika berdepan
krisis kerana tindakan tersebut akan menyebabkan negara tersebut terpaksa berpihak kepada
kuasa besar yang memberi bantuanSituasi ini membuatkan negara ASEAN berhati-hati dalam
mengurus konflik agar tidak membelakangkan konsep ZOPFAN.

Langkah perdana ASEAN ke arah meningkatkan tahap keselamatan serantau adalah


dengan mengisytiharkan Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ).Negara kuasa besar
tidak dapat menggunakan keupayaan dalam memiliki senjata nuklear sebagai helah untuk
menempatkan pengaruh mereka di Asia Tenggara kesan daripada SEANWFZ.Ketegasan
ASEAN dalam hal ini merendahkan risiko berlaku konflik berkaitan nuklear seperti
penghasilan senjata nuklear.Perkara ini secara tidak langsung dapat mengelakkan berlaku
risiko kemusnahan yang besar di rantau Asia Tenggara.

Langkah perdana ASEAN ke arah meningkatkan tahap keselamatan serantau adalah


dengan bertukar-tukar maklumat dan risikan.Kerjasama dalam pertukaran maklumat dan
risikan telah membawa kepada penangkapan anggota pertubuhan yang berkaitan keganasan
sama ada di Malaysia dan Indonesia.Walaupun pendekatan berbeza antara negara dalam
usaha menangani keganasan,tetapi maklumat dan risikan yang dikongsi membolehkan setiap
negara melakukan tindakan sewajarnya.Kesepakatan ini menjadikan gerakan keganasan di
Asia Tenggara terbantut dan terkawal.

Langkah perdana ASEAN ke arah meningkatkan tahap keselamatan serantau adalah


dengan menerima Gagasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM).Konsep GMM

102
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

yang berlandaskan keamanan amat mengecam keganasan dan puak pelampau sedikit
sebanyak mempengaruhi pemikiran pemimpin dan masyarakat ASEAN.Konsep gagasan
yang menolak perang dalam menghadapi sebarang krisis berjaya meresap ke dalam minda
masyarakat ASEAN.Pemimpin yang cenderung menggunakan pendekatan militeri akan
tergugat dan ditolak oleh rakyat.Justeru keamanan di ASEAN lebih terjamin.

Langkah perdana ASEAN ke arah meningkatkan tahap keselamatan serantau adalah


dengan mewujudkan Piagam ASEAN.Prinsip utama dalam piagam ASEAN ialah
melindungi keselamatan bersama demi mengekalkan keamanan.Semua negara Asia Tenggara
bersepakat mengukuhkan demokrasi dan mempromosikan hak asasi manusia di Asia
Tenggara.Piagam ASEAN menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan ancaman dalam
bentuk yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.Negara Malaysia dan negara
Asia Tenggara lain menggunakan penyelesaian secara diplomasi untuk menghadapi sebarang
konflik.

Kesimpulannya,Malaysia dan negara-negara anggota ASEAN yang lain akan


mendokong prinsip ASEAN dan bekerjasama dalam pelbagai aspek agar kestabilan serantau
dapat diwujudkan.

103
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

Soalan 51: Usia ASEAN kini hampir mencecah 47 tahun dan sepanjang tempoh
tersebut,ASEAN menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam usaha
menyelesaikan konflik yang wujud dalam kalangan negara anggotanya.Jelaskan
amalan semangat ASEAN yang dipraktikkan oleh Malaysia dalam usaha
menyelesaikan konflik serantau.

Banyak isu dan konflik yang berlaku antara negara anggota merangkumi isu
politik,ekonomi dan sosial.Namun demikian,segala konflik yang wujud berjaya ditangani dan
diselesaikan melalui semangat ASEAN

Amalan semangat ASEAN yang dipraktikkan oleh Malaysia dalam usaha


menyelesaikan konflik serantau adalah dengan menyelesaikan isu sempadan mengikut
undang-undang antarabangsa.Konflik pertindihan sempadan antara Malaysia dan
Singapura iaitu Pulau Batu Putih telah dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa
(ICJ).Atas amalan semangat ASEAN,kedua-dua negara bersetuju menerima sebarang
keputusan oleh ICJ berhubung pertikaian.Hasilnya Pulau Batu Putih menjadi milik
Singapura.

Amalan semangat ASEAN yang dipraktikkan oleh Malaysia dalam usaha


menyelesaikan konflik serantau adalah dengan mengadakan projek usaha sama mencari
gali minyak.Isu pertindihan sempadan Malaysia dan Thailand berlaku di kawasan yang
mempunyai sumber minyak.Atas amalan semangat ASEAN, kedua-dua isu ini berjaya
diselesaikan melalui permuafakatan.Hasilnya projek usaha sama mencari gali minyak dan
hasil dikongsi bersama.

Amalan semangat ASEAN yang dipraktikkan oleh Malaysia dalam usaha


menyelesaikan konflik serantau adalah dengan mengadakan rundingan damai di Selatan
Filipina.Konflik di selatan Filipina memberi tempias kepada Malaysia seperti terpaksa
menanggung kos akibat pelarian dan pencerobohan.Peranan Malaysia amat besar dalam
rundingan ini bagi menamatkan konflik berdarah selama 42 tahun iaitu dengan menjadi orang
tengah.Hasilnya,Perjanjian Komprehensif Bangsamoro (CAB) antara kerajaan Filipina dan
Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) ditandatangani.

Amalan semangat ASEAN yang dipraktikkan oleh Malaysia dalam usaha


menyelesaikan konflik serantau adalah dengan membantu proses pendemokrasian
Myanmar.Malaysia berperanan aktif dalam peralihan kuasa daripada junta tentara kepada

104
MODUL P 3 ARIFF BIN ABDUL HAMID SMK KANOWIT

pemimpin demokrasi.Wakil PBB dari Malaysia telah dihantar ke Myanmar untuk berunding
dengan junta tentara.Pendekatan sederhana digunakan terhadap junta tentara agar dapat
melembutkan tindakan junta.Pendekatan melalui rundingan dan tidak memencilkan junta
dalam semangat ASEAN berjaya menyelesaikan kemelut ini.

Amalan semangat ASEAN yang dipraktikkan oleh Malaysia dalam usaha


menyelesaikan konflik serantau adalah dengan menangani isu pelanunan secara bersama
anggota ASEAN.Isu pelanunan di kawasan Selat Melaka bersempadan dengan Indonesia
telah wujud sejak berkurun-kurun lamanya.Kawasan aktif kegiatan lanun terutama dalam
kawasan Indonesia mengancam kapal dagang yang menggunakan selat Melaka.Malaysia
telah meningkatkan kerjasama dengan Indonesia untuk memantau dan mengawal kegiatan
lanun seperti rondaan bersama dan penempatan polis marin dan anggota bersenjata.

Kesimpulannya,setiap anggota ASEAN harus mempraktikkan amalan semangat


ASEAN dalam menyelesaikan konflik dan pertikaian yang wujud agar dapat diselesaikan
dengan cepat dan berkesan.

105