Anda di halaman 1dari 45

Drama berasal daripada perkataan Dran (bahasa Greek Kuno) yang

bermaksud to act atau melakonkan/ melakukan aksi . Teater pula berasal


daripada perkataan teatheron iaitu tempat di mana sesebuah drama
dipersembahkan. Shakespeare mengistilahkan drama sebagai kehidupan
manusia itu sendiri. Baginya dunia ini adalah pentas, manakala manusia adalah
pelakonnya. Hubungan drama dengan pendidikan bahasa adalah amat
rapat.Pada kebiasaannya kanak-kanak mempelajari bahasa melalui peniruan
dan pengetahuan yang diperolehi daripada persekitaran mereka. Drama juga
suatu peniruan daripada kejadian sebenar yang berlaku dan dialami dalam
hidup manusia sehari-hari lalu dipentaskan untuk ditonton. Drama menuntut
seseorang berkomunikasi dengan berkesan secara bersuara atau tanpa suara
yang juga melibatkan pertuturan, aksi dan ekspresi yang tepat bagi
menyampaikan mesej kepada pendengar atau penonton. Ini pastinya
memerlukan kecekapan berbahasa yang tinggi.Oleh itu dengan melakukan
aktiviti drama di bilik darjah, murid bukan sahaja dilatih menggunakan bahasa
secara autentik, malahan mereka dilatih supaya lebih yakin bertutur dengan
baik di hadapan khalayak.

Tujuan drama dalam pengajaran Bahasa Melayu

menghubungkaitkan pembelajaran dengan situasi sebenar di luar bilik darjah

pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berkesan

melatih pelajar berkomunikasi secara berkesan mengikut situasi

membina sikap bekerjasama dan bertoleransi

membentuk disiplin diri dan amalan hidup bermasyarakat

meningkatkan keyakinan diri berhadapan dengan khalayak

meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

memupuk semangat cinta akan budaya bangsa sendiri


menggalakkan aktiviti aktif dan pembelajaran secara kolaboratif dankoperatif
yang berpusatkan pelajar

mempelbagaikan teknik pengajaran dan menggalakkan pembelajaranyang


lebih ceria serta menyeronokkan pelajar

membimbing murid dengan pembelajaran kendiri dan penilaian kendiri

menanamkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni

Model Pengajaran Bahasa Melayu Melalui Drama

Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan


sistematis, enam komponen penting serta alasan-alasan memasukkannya
perlu diambil kira. Model ini digunakan oleh unit drama Institut Bahasa setelah
dicubakan selama 7 tahun. Model Drama IB ini diubahsuai berdasarkan model
Wessels (l987), iaitu;

Kemahiran Bahasa Melalui Drama

Aktiviti drama boleh melatih murid dalam pelbagai kemahiran. Murid dapat
dilatih bertutur dengan sebutan yang jelas, lancar ,intonasi dan nada yang
sesuai serta berkesan. Komunikasi bukan sahaja melibatkan pertuturan (verbal)
malahan aspek bukan verbal seperti ekspresi,mimik dan gerak tubuh atau
gesture juga amat penting dalam menentukan makna. Ini bertepatan dengan
objektif utama kemahiran lisan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iaitu;

mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat di dalam


kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah, bertutur dan
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan berbagai-bagai keadaan
perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan
sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah;

Kemahiran Lisan (mendengar dan bertutur)

latihan mendengar untuk menyediakan murid belajar bunyi bahasa seperti


bunyi yang biasa dengan persekitaran murid dan bunyi yang mencetuskan
imaginasi

latihan mendengar secara berbisik, laungan ,jeritan dan mendengar mengikut


suasana

kesediaan mendengar melalui latihan mental dan fizikal (hening diri) serta
penggunaan indera

latihan pemilihan bahasa dan alat dengan aktiviti menggunakan rentak, gerak,
nada dan irama

aktiviti menyebut perkataan-perkataan dengan latihan penyebutan, kelancaran,


nada, jeda, pemintal lidah, projeksi suara, latihan pernafasan, latihan menyebut
mengikut kesesuaian situasi dan laras bahasa.

aktiviti-aktiviti memos (aksi tanpa suara) yang melibatkan latihan


ekspresi/mimik, gesture(gerak tubuh) , isyarat dan fungsi indera

Aktiviti-aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan mewujudkan beberapa situasi


yang sesuai dan latihan lisan melalui ;

dialog

telefon
temu bual/wawancara

jual beli

bercerita

mesyuarat

forum

Contoh : lihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Membaca

Aktiviti drama juga dapat melatih kemahiran membaca secara mekanis dan
mentalis.Ini dapat dilakukan dengan latihan membaca teks atau skrip melalui;

Teater Pembaca

Teater Bercerita

Dialog drama radio, televisyen dan teater

Aktiviti drama juga dapat melatih pelajar membaca dan menjana idea daripada
bahan yang dibaca serta meningkatkan kamahiran KBKK . Aktiviti drama yang
sesuai deigunakan ialah;

improvisasi

permainan drama

pantomim

Bahan bacaan yang sesuai untuk digunakan sebaiknya bahan yang

mempunyai unsur dramatik


ada cerita yang boleh diaksikan

ada penyepaduan ilmu dan penyerapan nilai murni

dapat menarik minat murid

mencabar minda/pemikiran

bersesuaian dengan aras atau tahap keupayaan/ kebolehanmurid

contoh: lihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis memerlukan murid menguasai pengetahuan dan


kemahiran tatabahasa . Namun, tanpa pemikiran yang kritis dan kreatif, murid
tidak dapat menghasilkan penulisan yang baik. Penulisan yang baik bukan
sahaja ditentukan dengan tatabahasa yang betul, tetapi isi atau idea yang
disampaikan juga tidak kurang pentingnya. Aktiviti drama dapat membimbing
murid berfikir secara kritis dan kreatif dalam menjana idea dan mencetuskan
daya imaginasi yang tinggi dalam menghasilkan karangan.

Latihan menulis yang boleh dijalankan melalui aktiviti drama ialah;

menulis berdasarkan aktiviti improvisasi,

main peranan dan simulasi bagi menjana minda serta

menyusun isi cerita

permainan drama bagi merangsang imaginasi

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sebaiknya;


dapat merangsang idea dan indera

mempunyai kesinambungan isi

sesuai dengan aras dan tahap kebolehan murid

dapat mengintergrasikan ilmu, kemahiran dan penyerapan nilai

merangsang pemikiran kritis dan kreatif

dipelbagaikan dan menepati kehendak objektif

mencabar

Contoh : lihat aktiviti pengajaaran dan pembelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu melalui drama;

Main Peranan dan Simulasi

Aktiviti yang melibatkan pelajar/murid memainkan peranan atau melakonkan


watak mengikut ciri-ciri dan senario yang digambarkan.Simulasi pula adalah
suatu aktiviti yang berasaskan situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar. Pemain peranan perlu berinteraksi bedasarkan peranan
masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan tertentu.

Main Peranan dapat meningkatkan kemahiran;

menjana minda

membuat keputusan/ menyelesaikan masalah

menganalisis, membuat sentesis dan menilai maklumat

berkomunikasi mengikut kesesuaian perwatakan atau peribadi


watak/peranan yang digambarkan serta serasi dengan situasi yang dihadapi

melatih pelajar/murid supaya lebih berpandangan terbuka, objektif serta


melihat sesuatu dari pelbagai perspektif

mengenal diri sendiri lebih dekat dan bersikap lebih toleransi Peranan Guru
dalam mengendalikan aktiviti Main Peranan dan Simulasi

guru sebagai penggerak, pengarah, perancang, pentadbir,penunjuk cara dan


fasilitator

guru dapat merancang masa dan boleh mengubah suai aktivitimengikut


keperluan

seharusnya dapat memberikan perhatian dan menarik tumpuanmurid terhadap


pelajaran

dapat menguruskan bilik darjah dengan baik dan mewujudkansuasana kelas


yang kondusif

dapat membimbing murid dengan pembelajaran secara individu,berpasangan


dan berkumpulan dan berpusatkan murid

menguasai teknik penyoalan dengan terancang dan dapat menjana idea murid

Improvisasi

Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang.
Ia boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian
atau imaginasi. Pelajar berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu
aksi secara spontan mengikut atahan yang ditetapkan atau berdasarkan daya
imaginasi atau kreativiti mereka sendiri. Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu
latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif pelajar dalam
menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih
pelajar sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan.
Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan pelajar agar lebih
peka terhadap objek, situasi dan peranan yang ditentukan.
Beberapa jenis/ aktiviti improvisasi

Improvisasi berdasarkan situasi

-teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan
walaupun situasi yang sama

contoh 1 : situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua


mainan (patung orang, anjing, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.

Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah
anda?

contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di


kelas anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat permainan.
Bagaimana anda semua melayaninya?

Improvisasi berdasarkan objek

-teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan


melakukan sesuatu.

6.1 Drama

Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah


disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah pergerakan
merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik.
Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak
boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan
atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze,
bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui
pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti
bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka
mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan
di hadapan mereka.

Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara
misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula
menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan
bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan
ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.Melalui apa
yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap
emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak
dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui
mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira,
marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan
telah dapat member banyak perangsang dan peluang kepada kanak-kanak di
dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi
yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut telah memudahkan guru-guru
prasekolah untuk mengenalpastiseterusnya membimbing setiap perlakuan
kanak-kanak tersebut.

Vokal

Kemahiran vokal diperlukan oleh seorang pelakon yang menggabungkan


penggunaan suara untuk pentas dan lantunan vokal yang berirama.
Kematangan dalam menggunakan vokal terselah apabila lontaran suara
nampak sesuai dengan pelakonnya. Latihan kemahiran menginterpretasi
dibentuk dengan pembacaan naskhah sesorang pelakon.
Mengapa vokal penting bagi seseorang pelakon? Ini kerana mereka perlu:

menggunakan suara dan peringkat suara ketika persembahan

menyebut huruf serta mengucapkan ayat dengan jelas, padu, mantap dan kuat

berdialog mengikut kesesuaian watak dan situasi

Mengaplikasi teknik vokal dan dinamik suara (ton, intonasi, diksi dan artikulasi)
dengan teknik berikut:

pengawalan pernafasan

kelancaran pengucapan

postur fizikal

Pengucapan terbahagi kepada 4 jenis iaitu

pengucapan dinamika - penekanan kepada kata membawa maksud/pengertian


tertentu

pengucapan tempo - memanjangkan kata untuk menimbulkan kesan keadaan,


tempat, suasana dan kejadian yang bagaimana

pengucapan nada/tone - mengungkap suasana/keadaan, harapan atau


kejadian yang berlaku yang dilontarkan

pengucapan pic - pengucapan pic bagi meninggikan suara atau merendahkan


suara untuk menggambarkan keadaan yang sedang berlaku/suasana tempat

Artikulasi - kejelasan menyebut kata dengan menitikberatkan kepada


membunyikan huruf vokal dan huruf konsonan untuk menghasilkan suku kata.
Intonasi - mencipta naik turun suara sesuai dengan keadaan, suasana dan
tempat berlaku

Jenis pernafasan

Pernafasan dada

Pernafasan perut

\1. Improvisasi

Improvisasi dalam teater membawa maksud mengubah, membaca, mengucap


atau melakukan sesuatu tanpa persiapan. Perlakuan yang dihasilkan secara
tiba-tiba, secara bebas dan bersahaja sama ada dengan menggunakan alatan
atau tanpa peralatan. Improvisasi terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

Improvisasi alat

Improvisasi pergerakan

Improvisasi kepekaan deria

Improvisasi situasi

2. Gerak

Gerak dalam teater bermaksud meneroka dan melahirkan ekspresi melalui


aktiviti seperti:

Gerak alam

Gerak meniru
Pergerakan merangkumi pelakuan-pelakuan keluar, masuk, menyeberang,
duduk, bangun, naik turun tangga, berlari, melompat di atas pentas dan
sebagainya.

Tujuan pergerakan ialah untuk:

mencantikkan produksi dan pementasan

menarik perhatian penonton kepada watak atau ruang tertentu

mengubahsuaikan adegan kelompok individu atau watak tertentu supaya tidak


kaku dalam lakonan

menarik perhatian penonton kepada ruang lakon tertentu

menonjolkan emosi watak dan pelakon

menonjolkan latar belakang pentas dan juga suasana adegan

mengimbangi ruang pentas atau ruangan lakonan

tujuan teknikal untuk membaiki komposisi

Contoh Gerak dalam teater.

3. Penceritaan

Penceritaan atau kemahiran bercerita perlu untuk difahami oleh seseorang


pelakon agar keyakinan diri seseorang dapat dibentuk semasa berhadapan
dengan khalayak ramai. Selain itu, pelakon mampu meneliti dan
menginterpertasi bahan penceritaan yang disampaikan serta mampu
mengaplikasi teknik dan kemahiran teater dalam penceritaan. Teknik dan gaya
penceritaan yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan kaedah
monolog dan monodrama.
Sinopsis

1. Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.


2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.

Tema dan Persoalan

1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya,


sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
2. Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih
kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.

Watak dan Perwatakan

1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang


menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan
dalaman.
3. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara
langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui
aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan
aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak
pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
5. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir,
cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi,
serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
6. Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak
memeranjatkan pembaca.
7. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai
arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan
fizikalnya.
8. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan,
dan permasalahan dari awal hingga akhir.
9. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan,
perkembangan, dan tidak bergerak.
10. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang
kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
11. Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini
tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan.
Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya.
Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak
protagonis.
12. Walaupun begitu, untuk kajian komsas, hanya watak utama dan watak
sampingan yang diberikan tumpuan.
Plot

Binaan plot:

1. Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-


peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal
hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
2. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu
terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor
sebab dan akibat.
3. Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti
pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya
berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau
kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai
mengikut kemahuan pengarang.
4. Teknik penyusunan plot yang menarik ialah
penyusunan peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang
haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga
mencapai peleraian.
5. Permulaan plot ialah peringkat permulaan
(eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar,
dan suasana.
6. Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
7. Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita,
iaitu perumitan (komplikasi).
8. Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila
tercapainya konsentrasi yang maksimum.
9. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-
kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah
cereka.
Teknik Plot:

1. Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya


supaya menarik.
2. Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:

(a) Imbas kembali

1. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang


mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
2. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian
pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog
dalaman

(b) Imbas muka

1. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan


bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa
yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam
cerita berkenaan.
2. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam
kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.

(c) Saspens

1. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita


yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan
ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang
akan berlaku selanjutnya.

(d) Konflik

1. Konflik merupakan pertentangan antara dua


pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan
plot.
2. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu
konflik dalam diri watak dan secara luaran,
iaitu antara watak dengan watak yang lain
atau antara watak dengan alam sekitar.
3. Konflik dapat juga digambarkan melalui
pertentangan pendapat, idea, sikap, atau
pemikiran?

(e) Kejutan

1. Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang


berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
2. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama
dengan yang diduga oleh pembaca.

(f) Dialog

1. Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih


daripada dua watak.
2. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya
tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan
tema.

Latar

Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan


manusia yang terdapat dalam cerita.

Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan,


plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih
hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.

Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan,


bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan
sebagainya.

Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:

(a) Latar tempat

Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang


berkaitan dengan lokasi geografi.

(b ) Latar waktu atau masa


Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era,
sejarahnya, atau musimnya.

(c) Latar masyarakat atau citra masyarakat

Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita


merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial,
ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.

(e) Latar peralatan cerita dan watak

Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.

Sudut Pandangan (Aspek pilihan sahaja)

Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita


dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka
sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.

Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara


bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau
bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk
menyampaikan ceritanya.

Teknik sudut pandangan:

(a) Sudut pandangan orang pertama

Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai


watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan
ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan
seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif.
Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan
untuk menjadikan cerita lebih realistik.

(b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu)

Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya


melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga,
iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang
bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan
emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.
(c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas

Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak


tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan
penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain
diceritakan serba sedikit sahaja.

(d) Sudut pandangan objektif

Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan


didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama
diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka
pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita
tersebut.

Jenis Gaya
Huraiannya
Bahasa
(a) Diksi Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata
oleh pengarang daiam karyanya
Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang
dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak,
dan mesej
(b) Ayat Merujuk kepada cara pengarang membina dan
menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat
pendek dan ayat panjang
(c) Personifikasi Dikenal juga sebagai perorangan atau
penginsanan
Membawa maksud tindakan pengarang
memberikan sifat manusia, sama ada dari segi
perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada
benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal
yang abstrak.
Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripad
a selimut gunung, benaknya mendandan
sejuta persoalan
(d) Simile Merupakan perbandingan yang menggunakan
kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak
(tidak boleh dihitung)
Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e) Metafora Merupakan perbandingan secara terus atau lan
gsung tanpa menggunakan kata-kata seperti,
bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f) Hiperbola Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk
menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
daripada maksud yang sebenarnya
Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g) Sinkope Bermaksud penyingkatan perkataan
Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
Jenis Gaya
Huraiannya
Bahasa
(h) Rima Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat
yang bersetentang antara dua baris atau lebih
daripada dua baris daiam puisi
Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima
akhir
(i) Asonansi Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama
dalam baris-baris sajak
Contohnya: pengulangan vokal
u dalam baris Kerana aku penyair kupenuhi
hidupku
(j) Aliterasi Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang
sama dalam baris sajak
Contohnya: pengulangan konsonan m dalam
baris Memacu menghimpun kekuatan
(k) Pengulangan Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap
yang diulang dalam sajak
anafora - pengulangan kata pada awal baris
secara berurutan. Contohnya:Tambah
mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah
mengimbau sorotan kitab ESA !
epifora - pengulangan kata pada akhir baris.
Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang
sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga
(l) Perlambangan merupakan kata-
kata yang digunakan untuk menerangkan s
esuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang
membawa maksud yang lain atau maknanya lebih
mendalam
contohnya: senja melambangkan usia
tua, pagi melambangkan usia muda

Nilai

Antara contoh nilai ialah:

1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat-menghormati
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan mental dan fizikal
10. Kejujuran
11. Kerajinan
12. Kerjasama
13. Kesederhanaan
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.

Pengajaran

Pengajaran
ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang
ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada
pembaca/penonton.

Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara


tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia
disampaikan secara tersirat/tidak langsung.

Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif,


mulakan ayat jawapan anda dengan

- Kita hendaklah ..

- Kita seharusnya.

Jika nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan

- Kita jangan.

- Kita tidak boleh.

diikuti dengan contoh dalam teks.


Persembahan pentas

Blocking Yang Baik Dalam Teater

BLOCKING

Yang dimaksud dengan blocking adalah kedudukan tubuh pada saat diatas
pentas. Dalam permainan drama, blocking yang baik sangat diperlukan, oleh
karena itu pada waktu bermain kita harus selalu mengontrol tubuh kita agar
tidak merusak blocking. Yang dimaksud dengan blocking yang baik adalah
blocking tersebut harus seimbang, utuh, bervariasi dan memiliki titik pusat
perhatian serta wajar.

Seimbang

Seimbang berarti kedudukan pemain, termasuk juga benda-benda yang ada


diatas panggung (setting) tidak mengelompok di satu tempat, sehingga
mengakibatkan adanya kesan berat sebelah. Jadi semua bagian panggung
harus terwakili oleh pemain atau benda-benda yang ada di panggung.
Penjelasan lebih lanjut mengenai keseimbangan panggung ini akan
disampaikan pada bagian mengenai Komposisi Pentas .

Utuh

Utuh berarti blocking yang ditampilkan hendaknya merupakan suatu kesatuan.


Semua penempatan dan gerak yang harus dilakukan harus saling menunjang
dan tidak saling menutupi.
Bervariasi

Bervariasi artinya bahwa kedudukan pemain tidak disuatu tempat saja,


melainkan membentuk komposisi-komposisi baru sehingga penonton tidak
jenuh. Keadaan seorang pemain jangan sama dengan kedudukan pemain
lainnya. Misalnya sama-sama berdiri, sama-sama jongkok, menghadap ke
arah yang sama, dsb. Kecuali kalau memang dikehendaki oleh naskah.

Memiliki titik pusat

Memiliki titik pusat artinya setiap penampilan harus memiliki titik pusat
perhatian. Hal ini penting artinya untuk memperkuat peranan lakon dan
mempermudah penonton untuk melihat dimana sebenarnya titik pusat dari
adegan yang sedang berlangsung. Antara pemain juga jangan saling
mengacau sehingga akan mengaburkan dimana sebenarnya letak titik
perhatian.

Wajar

Wajar artinya setiap penempatan pemain ataupun benda-benda haruslah


tampak wajar, tidak dibuat-buat. Disamping itu setiap penempatan juga harus
memiliki motivasi dan harus beralasan.

Dalam drama kontemporer kadang-kadang naskah tidak menuntut blocking


yang sempurna, bahkan kadang-kadang juga sutradara atau naskah itu sendiri
sama sekali meninggalkan prinsip-prinsip blocking. Ada juga naskah yang
menuntut adanya gerak-gerak yang seragam diantara para pemainnya.
Komposis pentas adalah pembagian pentas menurut bagian-bagian
yang tertentu. Komposisi pentas ini dibuat untuk membantu blocking, dimana
setiap bagian pentas mempunyai arti tersendiri. Berikut ini adalah skema
komposisi pentas.

7 8 9

4 5 6

1 2 3

PENONTON

Kadar kekuatan pentas dapat dilihat pada urutan nomornya. Bagian depan
lebih kuat daripada bagian belakang. Bagian kanan lebih kuat daripada bagian
kiri. Oleh karena itu jangan menempatkan diri atau benda yang kadar
kekuatannya tinggi pada bagian yang kuat. Carilah tempat-tempat yang sesuai
agar blocking kelihatan seimbang. Walaupun demikian harus tetap dalam
batas-batas yang wajar, jangan terlalu dibuat-buat.

Teknikal

-Memahami keperluan hiasan latar (setting), kostum (busana), tatacahaya,


tatarias supaya sesuai dengan konsep yang dipilih.

-Bekerjasama dengan petugas-petugas produksi yang lain dengan berjumpa


dan berbincang dengan pereka-pereka tentang konsep produksi.

-Menetapkan apa yang dikehendakinya dan pereka-pereka mesti menyediakan


perkara tersebut.

-Mengadakan perjumpaan dengan pasukan teknikal dari semasa ke semasa


untuk meninjau perkembangan setiap seksyen.
Sinografi

Rekabentuk, rekacipta, rekaan artistik, latarhias, tatahias, tatacahaya, seni


rupa, kostum; banyak lagi penamaan dan terminologi muncul dalam arena seni
persembahan untuk menerangkan rekaan visual yang dapat dilihat dalam
produksi seni persembahan seperti teater, tari, muzikal dan muzik. Sinografi
adalah merupakan terminologi yang tepat untuk digunakan sebagai mewakili
keseluruhan bentuk seni visual yang dapat dilihat dalam sesebuah produksi ini
iaitu rekaan pentas dan kostum, pencahayaan, susunatur ruang lakon,
penggunaan ruang untuk aktor termasuklah persekitaran rekabentuk dalaman
sesebuah panggung: apa saja kesan visual yang dapat dilihat di dalam
panggung tersebut. Kepentingan sinografi boleh dianggap sama setara dengan
teks: bila dialog mencipta seni percakapan dan tingkahlaku di pentas, sinografi
mencipta seni visualnya. Sinografi mengingatkan bahawa perkataan yang lahir
dari sesebuah teks tidak cukup untuk menghuraikan dengan sempurna makna
sesebuah persembahan. Terminologi ini sudah digunakan di Benua Eropah
dan Amerika sejak tahun 1800 lagi. Sejak kewujudan teater di zaman Greek
dan seterusnya, ke zaman Renaisance pakar sinografi telah berlumba-lumba
merekacipta visual untuk memantapkan sesebuah pementasan teater.

Sinografer

Boleh dikatakan sebagai seorang arkitek selain dari pelukis. Beliau bukan
sahaja mengambil berat tentang ruang pentas tetapi perkaitannya dengan
ruang panggung keseluruhannya, bukan setakat membina dan mengecat set
tetapi juga bunyi dan cahaya termasuk projeksi, bukan sahaja set yang statik
tetapi berpotensi untuk digerakkan. Sinografer juga perlu mengambil perhatian
tentang kemudahan dan teknologi terkini. Ini akan menjadikan sinografinya
lebih ekspresif dan bertindak balas semana mungkin dengan kehendak naskah
dan pengarah.

Josef Svoboda
Sinografer yang terkenal dalam perkembangan seni rekaan pentas, terutama
pementasan yang menggunakan elemen multimedia. Lahir di Czechoslovakia
pada 10 Mei 1920 dan terdidik sebagai seorang arkitek, kemudiannya dilantik
sebagai Sinografer di Nasional Theatre di Prague pada tahun 1950an. Sejak
itu, beliau terus mencuba pelbagai ekperimentasi dengan menggunakan
bahan-bahan berteknologi dalam sinografinya. Beliau telah mencipta ruang
persembahan yang begitu dinamik yang boleh ditukar dari masa ke semasa.

Ada beberapa projek persembahan yang dibuat oleh Josef menggunakan


kombinasi di antara filem dan imejan litar tertutup disamping lakonan secara
langsung di atas pentas. Di antara produksi yang cemerlang dilakukan oleh
beliau adalah opera Luigi Nonno iaitu Intolorenza di Boston. Di samping
persembahan aktor secara langsung di pentas, pada masa yang sama telah
berlakunya persembahan secara rakaman di studio, persembahan secara
rakaman di studio telah di pancarkan ke pentas yang jauhnya lebih dari 3
kilometer, pancaran telah dibuat melalui projeksi ke atas pentas.

When I sit alone in a theatre and gaze into the dark space of its empty stage,
Im frequently seized by fear that this time I wont manage to penetrate it, and I
always hope that this fear will never desert me. Without an unending search for
the key to the secret of creativity, there is no creation. Its necessary always to
begin again. And that is beautiful. - Josef Svoboda.

Antara produksi yang dibuat oleh Josef berdasarkan penyatuan filem dan
pentas termasuklah:

a. Insect Comedy (Czech National Theatre, 1946)

b. Rusalka (Teatro Le Fenice, Vanice, 1958)

c. LaSonambula (National Ballet, Amsterdem, 1964)


d. The Storm (National Theatre, London, 1966) dll.

Rekabentuk dan Binaan Set

Pementasan teater merangkumi beberapa cabang seni lain seperti seni rupa,
seni muzik, seni suara dan seni tari. Dari aspek seni rupa, pementasan teater
dibantu oleh rekaan dan binaan set, tatacahaya, kostum dan unsur-unsur
teknikal lain yang member sumbangan kepada kesan visual serta bermakna
untuk mengukuhkan lagi persembahan.

Oleh itu, peranan pereka set amat penting. Dai harus bekerja dengan pengarah
atau pengarah artistik untuk menjayakan sesuatu persembahan supaya
mencapai matlamat yang diinginkan pengarah. Biasanya teater menggunakan
pentas sebagai ruang lakon. Untuk menjadikan gerak lakon berkesan ianya
dibantu set sebagai latar hias yang dihasilkan oleh seorang atau satu pasukan
pereka, untuk menjadi elemen visual yang mempunyai peranan penting dalam
meningkatkan kesan estetika bagi sesuatu pementasan.

Peranan dan persediaan sebagai pereka set.

Seorang pereka set perlu memahami unsur-unsur seni yang terdapat dalam
teater. Dengan adanya kefahaman ini maka pereka set akan memahami
bentuk pementasan yang dicadangkan. Seterusnya dapatlah dia menghasilkan
rekaan dan menyelia binaan set yang betetapan dengan kehendak pengarah
produksi.

Sebagai seorang pereka yang bijak maka beberapa persoalan mesti bermain
dalam fikirannya tentang sesuatu rekaan, antaranya ialah:

a) Adakah aku suka menceraikan bahagian-bahagian dari sesuatu benda dan


melihat apa yang menjadikannya berfungsi?

b) Dapatkah aku temui sebabnya apabila sesuatu tidak berfungsi dengan


betul dan adakah aku berupaya untuk memperbaikinya?
c) Adakah aku mengambil berat tentang keperluan sesuatu rekaan agar
bersesuaian dengan matlamat produksi?

d) Adakah aku suka melukis gambar untuk menjelaskan lagi kata-kataku?

e) Adakah aku suka membuat model yang berkaitan?

f) Adakah aku suka memikirkan tentang meletakkan benda-benda yang sama


dengan cara baru?

g) Adakah aku mahu membiarkan sesuatu yang sudah cukup baik begitu
sahaja?

Tanggungjawab pereka set

Pereka set bertanggungjawab untuk mengolah dan merialisasikan gambaran-


gambaran yang diperolehinya melalui pembacaan skrip atau perbincangan
dengan pengarah teater. Seterusnya dia menterjemahkan gambaran-
gambaran tersebut kepada lakaran-lakaran yang akan dibentuk menjadi reality
di ruang pementasan. Hasil rekaan set bukan sahaja dapat dinikmati dari aspek
artistiknya oleh penonton, tetapi yang lebih penting supaya menjadikan ianya
lebih berkesan dan mantap dari segi kelancaran gerak lakon dan
menyempurnakan penyampaian makna dan falsafah persembahan.

Pereka set bertanggungjawab terhadap kerja-kerja yang berkaitan dengan


rekaan pentas bermula dari peringkat-peringkat pra-produksi, produksi dan
pasca produksi. Tidak kira seringkas mana sesuatu set yang diperlukan. Setiap
set pentas bermula dengan lakaran yang harus dipersetujui oleh pengarah
produksi atau pengarah artistik bagi memastikan objektif pementasan dapat
dipaparkan melalui set yang dicadangkan.

Perkara yang perlu diambil kira oleh seorang pereka set:

a) Ukuran saiz sesuatu ruang pentas (luas dan tinggi)

b) Kedudukan pintu keluar masuk pentas


c) Kedudukan tangga pentas

d) Jarak pentas dengan ruang duduk penonton

e) Jarak antara ruang pencahayaan dari posisi kepala pelakon

Hal ini penting bagi menjamin keselamatan manusia dan praktikal demi
kelancaran pementasan.
Elemen penting

Aspek teknikal melibatkan spectacle atau pemandangan. Hari ini istilah


tersebut merangkumi segala perlakuan yang dikenakan kepada pentas dan
penonton seperti set, kostum, rias, pencahayaan dan lain-lain yang disebut
sebagai scenography. Untuk memudahkan pemahaman, pengertian sinografi
di golongkan ke dalam dua golongan yang saling bertimbal balik iaitu sinografi
yang dikenakan kepada pelakon dan sinografi yang dibina di atas pentas.

Sinografi yang dikenakan kepada pelakon melibatkan ciptaan kostum, rias,


prop tangan dan pencahayaan. Ketiga-tiganya diusahakan oleh ketua
bahagian yang berlainan iaitu pereka kostum akan mereka kostum untuk para
pelakon, ketua rias akan memberikan penekanan kepada rias para pelakonnya
sementara pencahayaan akan dilakukan oleh penata lampu. Sementara dalam
bahagian sinografi yang dibina di atas pentas melibatkan kerja-kerja
pembinaan dan pertukangan yang dilakukan oleh pekerja-pekerja mahir. Ia
termasuklah set dan rekabentuk pentas, peralatan pentas dan pencahayaan.

Walaupun pencahayaan disebut di dalam dua bahagian tetapi kedua-dua hal


tersebut bukanlah bersifat berasingan. Sebaliknya pencahayaan dan sinografi
pada pelakon dan pada pentas adalah sama. Kerjasama antara setiap
bahagian teknikal penting kerana penentuan akan dibuat kepada warna yang
digunakan dan juga bentuk-bentuk yang sesuai antara satu sama lain. Misalnya
kalau kostum yang diciptakan menggambarkan suatu suasana yang
menggerunkan maka set yang direka juga mempunyai rekabentuk ke arah
tersebut. janganlah kalau gambaran di sebuah rumah lama dan using, pelakon-
pelakon semuanya berpakaian baru yang berwarna-warni dan baru dijahit.
Ertinya ketepatan pada segala aspek yang melibatkan rekabentuk sinografi
adalah penting.

Segala rekacipta para pengarah teknik hendaklah sesuai dengan mood


lakonan. selain daripada menyediakan suatu suasana kreatif para pelakonnya,
segala peralatan yang diletakkan di atas pentas, pada pelakon dan yang
digunakan oleh pelakon hendaklah membantu bagi memudahkan pergerakan
para pelakon. Kalau tujuan kita adalah untuk menunjukkan kemampuan dan
kebolehan dalam rekacipta sinografi sedangkan rekacipta kita itu boleh
mengganggu pergerakan pelakon dan ada pula yang tidak berkaitan langsung
dengan lakonan maka ciptaan kita itu adalah sia-sia sahaja.

Oleh kerana keadaan kewangan yang sempit (biasanya dialami oleh


kebanyakn kumpulan bersifat amatur) maka tendensi mereka untuk membina
sesuatu rekacipta untuk persembahan mereka adalah tipis. Mereka lebih
gemar menggunakan peralatan yang telah sedia ada seperti tangga, bongkah
dan sebagainya. Semua benda ini boleh dipinjam atau disewa dengan harga
yang murah sahaja. Walaupun demikian, daya cipta dari segi penyesuaian dan
pemikiran tentang penyusunan (tokok tambah) adalah penting. Tanpa
memikirkan tentang lokasi objek dan sebagainya mungkin peralatan tersebut
akan menjadi faktor penghalang dan kesannya boleh merosakkan keseluruhan
persembahan tersebut.

Satu lagi aspek sinografi yang tidak kurang pentingnya adalah pencahayaan
atau disebut juga teknik lampu. Pada dasarnya kumpulan-kumpulan teater
yang tumbuh di luar Bandar tidak ada kemudahan lampu yang sempurna. Yang
paling mudah ialah menggunakan pencahayaan yang digunakan pada
peringkat yang paling minimu sekali. Bagi yang mampu sedikit dapatlah
menggunakan dua atau tiga lampu spot. Ertinya, fdari beberapa fungsi
pencahayaan, kumpulan-kumpulan tersebut hanya mampu menyempurnakan
fungsi dasarnya sahaja iaitu untuk menerangkan pelakon agar dapat dilihat
oleh penontonnya. Tetapi diharapkan janganlah kerana kekurangan yang
disebutkan itu akan melemahkan para pekerja taeter untuk terus bergiat dalam
pementasan drama pentas. Tanamkan dalam ingatan kita bahawa kalau kita
juga mempunyai kemudahan seperti kumpulan-kumpulan yang bernasib baik
dengan teknik lampu yang canggih, kita juga boleh buat sama seperti mereka
itu. Apa yang penting adalah semangat untuk terus berteater sentiasa
ditanamkan di benak kita.
Sesuatu rekacipta untuk sinografi hendaklah bersesuaian dengan sesebuah
bentuk pentas yang akan digunakan untuk pementasan. Tidak ada satu
rekacipta yang dapat disesuaikan seratus peratus bagi kesemua bentuk pentas.
Rekacipta untuk pentas proscenium misalnya tidak dapat digunakan untuk
pentas arena. Begitulah juga dengan bentuk-bentuk pentas yang lain. Kalau
pada pentas proscenium kita boleh letakkan atau bina set-set yang banyak
(heavy-setting) seperti membina tembok dan sebagainya, tetapi perkara
tersebut tidak boleh dilakukan untuk sebuah pentas arena. Pentas arena yang
terletak di tengah-tengah penonton (penonton berada pada empat bahagian
iaitu depan, belakang, kiri dan kanan pentas) memerlukan sebuah rekacipta
yang berbeza.kita tidak boleh membina tembok tinggi atau meletakkan
peralatan pentas yang boleh melindung pelakon dari pandangan penonton.
Ertinya gubahan rekabentuknya adalah sederhana tetapi memberikan fungsi
yang sewajarnya, kerana peralatan yang berlebihan akan melindungi segala
aksi yang hendak digambarkan kepada penonton. Oleh itu kita haruslah
meletakkan peralatan yang rendah, ringkas dan represent pada apa yang
disampaikan.

Segala rekacipta oleh masing-masing pengarah bahagian teknik hendaklah


terlebih dahulu dipersetujui oleh sutradara drama tersebut. walaupun kita
berupaya melakukan apa sahaja untuk tujuan sinografi namun suara mutlah
adalah dari sutradaranya sendiri. Oleh itu sebelum pembinaan dibuat, lukisan
rekabentuk hendaklah ditunjukkan dan disahkan oleh sutradara.

Lukisan pelan pentas dan perspektifnya dengan kedudukan set dan


sebagainya amat berguna kepada sutradara. Bila sutradara melihat pelan
pentas akan ternampak dua perkara iaitu;

i) Tentang penyebaran para pelakon di sekitar pentas iaitu untuk tujuan


blocking.
ii) Tentang keadaan susunan para pelakon bila pelakon-pelakonnya bergerak
di atas pentas.

Dari segi estetika, set menyumbangkan bahagian yang besar dalam sesuatu
persembahan teater. banyak perkara yang dapat ditimbulkan dengan adanya
set. Walaupun dalam drama yang tidak memerlukan set seperti dalam anti-
setting drama atau theatre minus theatre, set berbentuk blok-blok atau kotak-
kotak masih digunakan untuk tujuan leveling.

Dengan kehadiran set, kita melihat bagaimana para pelakon memanipulasikan


serta menggunakan alatan yang ada di atas pentas dengan sempurna. Untuk
itu, set yang dibina mestilah yang akan memberikan makna kepada
persembahan bukan sekadar diletakkan tanpa apa-apa fungsi tertentu dalam
satu-satu masa drama tersebut. set juga bertugas untuk melahirkan idea dan
konsep penulis atau sutradara secara visual. Ia menyediakan keadaan untuk
pembinaan suasana kreatif pelakon-pelakonnya. Di bawah ini diperincikan lagi
fungsi set untuk pemahaman yang lebih mendalam.

1.Menyediakan tempat untuk sesuatu perkara yang berlaku. Lokasi atau


tempat cerita berlaku digambarkan melalui set seperti keadaan dalam rumah,
ruang tamu, pejabat, kaeasan luar rumah dan sebagainya. Pemandangan
secara visual itu diperkukuhkan lagi dengan dialog dari para pelakon yang
dengan dengan sendirinya mengekalkan kepercayaan penonton terhadap apa
yang terjadi di atas pentas sebagai gambaran suatu kehidupan yang benar.

2. Menolong para wataknya menyatakan tentang statusnya dalam masyarakat


yang digambarkan. Melalui pemandangan (spectacle), penonton akan
mengetahui kedudukan dan sosioekonomi watak itu sama ada kaya, miskin
atau gambaran tentang hidup.
3. Menunjukkan masa yang tepat bagi perlakuan drama itu. Melaluinya
penonton dapat mengagak masa dan zaman peristiwa itu berlaku sama ada
pada kurun ke-18, 19 atau kurun ke-20.

4. Memberi suasana drama sama ada tragedi, komedi, melodrama atau


menggambarkan stail-stail tertentu yang dibawa oleh drama itu.

5. Memperteguhkan jalinan tema, kerana dari pemandangan keseluruhannya


tema drama dapat diperjelaskan.

6. Memberikan perspektif dengan menunjukkan gubahan tiga dimensi atau


menunjukkan keluasan (width) dan kedalaman (depth) kawasan lakonan.

Perhiasan pentas hendaklah bersesuaian dengan keadaan drama yang


dipentaskan. Janganlah terlalu ghairah untuk memperlihatkan kemampuan
menghias pentas sehingga mencalarkan tujuan drama yang sebenarnya di
mana perhiasan itu lebih berupa timbunan-timbunan setting yang tidak
berfungsi.

Pemilihan warna yang betul pada setting adalah perlu. Kita janganlah
melahirkan warna-warna yang antara dua tona pilihan kita itu amat jauh
bezanya melainkan untuk memberikan penekanan kepada sesuatu yang mahu
dilahirkan. Biasanya dalam teater orang bercakap mengenai harmoni iaitu satu
perkara adalah bersesuaian dengan yang lain hingga melahirkan satu
kesatuan yang jitu. Dari itu, warna yang dilahirkan juga tidak dapat dipisahkan
antara satu dengan yang lain. Apa yang dimaksudkan di sini adalah intensiti
warna yang dipilih hendaklah mendatangkan harmoni yang unik.
Pengetahuan tentang warna pada peringkat yang paling dasar sekali adalah
perlu. Misalnya, seseorang itu harus mengetahui perbezaan antara warna
garang dengan warna lembut. Sebagai keperluan dasar, diterangkan di sini
warna-warna yang dimaksudkan itu iaitu warna merah, merah tua dan jingga
adalah warna garang atau disebut juga sebagai warna panas (warm color),
sementara warna-warna biru, biru muda, biru tua, hijau, hijau muda dan hijau
tua adalah warna lembut yang juga disebut sebagai warna sejuk (cool color).
Dengan pemilihan warna yang betul itu akan melahirkan perasaan yang betul
pada keseluruhan drama kita kelak. Melalui pemilihan warna yang betul dan
sesuai yang kelak dipadankan dengan warna-warna kostum akan
menimbulkan harmoni yang dimaksudkan. Kalau pemilihan tidak teliti maka
ditakuti kostum akan tenggelam dalam warna setting dan kemudiannya baru
kita menyesali perkara itu kerana tenaga yang begitu banyak dicurahkan
menjadi abu sahaja. Warna setting dengan warna kostum hendaklah suatu
warna yang kontra tetapi tidaklah terlalu kontra sehingga menyakitkan mata
yang memandang.
ARTISTIK PENCAHAYAAN DALAM PERSEMBAHAN PENTAS

Saturday, May 29, 2010 at 3:48 PM |

Pengenalan

Sebuah pementasan tidak kira sama ada pementasan teater, tari, opera, ballet
atau konsert boleh dipersembahkan di mana-mana sahaja. Apa yang
diperlukan hanyalah sekumpulan pemain dan penonton. Namun, kehadiran
atau kewujudan elemen tambahan seperti set, prop dan pencahayaaan bukan
sahaja akan memperkayakan lagi bentuk persembahan malahan turut
memperkayakan mutu persembahan pemain dan meningkatkan nilai estetika
penonton yang menyaksikan pementasan tersebut. Namun dalam pementasan
tarian, penggunaan set latar, prop yang besar dan menarik bukan menjadi satu
keutamaan yang besar. Elemen visual tersebut bukan tidak perlu tetapi ia tidak
menjadi suatu kemestian sepertimana di dalam pementasan teater. Tarian
tidak terlalu bergantung kepada elemen latar fizikal seperti yang dinyatakan itu
tetapi lebih bergantung kepada keupayaan penari tersebut.

Walaupun begitu, untuk menafikan terus ketidakperluan kepada elemen visual


adalah satu kesalahan dalam pementasan pentas. Setiap bentuk persembahan
pentas memerlukan penataan pencahayaan tersendiri. Pencahayaan
merupakan salah satu elemen visual yang penting. Elemen pencahayaan
dalam seni pementasan khususnya tarian, selain daripada bertujuan untuk
menerangi tubuh dan pergerakan penari, ia turut memainkan peranan sebagai
agen dramatik dalam tarian, mengawal dan menarik perhatian, melakar dan
membentuk imej, menyalur maklumat mengenai masa dan tempat,
menyumbang kepada pengkayaan teknik dan mood serta menyampaikan idea-
idea. Teknikal pencahayaan di dalam tarian tidaklah perlu serumit dalam
pementasan teater. Ia hendaklah seringkas yang mungkin tetapi tidaklah
sampai menjejaskan kualiti dan konsep tarian itu sendiri. Ringkas tetapi mampu
menampilkan mood, warna dan kehidupan kepada tarian tersebut. Peranan
pencahayaan tarian perlu bukan sahaja untuk tujuan hiburan semata malah ia
sebagai satu cara untuk memberikan nyawa kepada persembahan tarian itu.
Fungsi Pencahayaan Pentas

Keindahan dalam pementasan hanyalah satu elemen kecil dan bukan satu
keutamaan dasar. Namun begitu pencahayaan dalam pementasan tarian
mestilah dibuat secara teratur dan sistematik. Pencahayaan tersebut tidak
boleh dibuat sesuka hati dan sekadar untuk mencantikkan pentas dan
persembahan sahaja. Pencahayaan tarian mempunyai fungsi dan tatacara
tertentu yang perlu difahami dan dipatuhi. Terdapat enam fungsi pencahayaan
dalam pementasan; kejelasan, mood, komposisi, focus, kesatuan dan kredibiliti.

Kejelasan (Visibility)

Kejelasan bermaksud kemampuan melihat secara jelas apa yang berlaku di


atas pentas. Namun itu bukan bermakna setiap sudut pentas atau penari itu
mesti disinari oleh cahaya sepanjang masa. Memadai hanya menyinari
sebahagian ruang atau penari sahaja mengikut keperluan skrip dan sutradara.
Kejelasan tertakluk juga dan bergantung kepada tahap ilmunisasi yang
digunakan. Ini bergantung kepada kehendak skrip dan mood yang diperlukan.
Dalam persembahan tarian, cahaya yang digunakan itu mestilah mampu
menerangkan susuk tubuh dan gerak penari mengikut keperluan dan
kesesuaian naskah. Hanya ruang yang digunakan untuk bergerak sahaja yang
harus diterangi, sementara ruang lain boleh sahaja disuramkan atau
digelapkan.

Mood dan Komposisi

Mood merujuk kepada kesan emosi hasil stimulasi olek kualiti, warna dan
komposisi pencahayaan yang digunakan. Sementara komposisi pula adalah
gubahan gambaran persembahan yang diciptakan oleh pencahayaan hasil
gabungan bersama dengan penari, set, prop, kostum dan rias. Pemilihan warna
cahaya itu bergantung kepada keperluan dan mood persembahan tarian itu
sendiri. Yang penting ialah bagaimana komposisi cahaya itu dihasilkan
menentukan corak penghasilan persembahan tersebut.

Fokus

Fokus dapatlah dimaksudkan sebagai kemampuan pencahayaan yang


dipancarkan untuk menarik perhatian penonton terhadap apa yang ingin
ditonjolkan oleh penari. Ia boleh dilakukan dengan memberikan mood dan
gabungan komposisi warna yang sesuai pada ruang atau penari yang mahu
difokuskan.

Kredibiliti

Kredibiliti melibatkan kemampuan pencahayaan mewujudkan kepercayaan


sementara penonton terhadap situasi yang dipaparkan di atas pentas. Ini bukan
bermakna situasi dramatik tersebut mesti dihasilkan secara realistik.
Contohnya, skrip memerlukan latar suasana yang gelap gelita di dalam bilik,
maka di atas pentas tidaklah boleh digelapkan sahaja ruang persembahan
sebagai memenuhi kehendak skrip. Perlu dipancarkan kualiti cahaya yang
sesuai agar penonton dapat melihat aksi yang terhasil atau apa jua yang perlu
dilihat penonton. Ini berbalik semula kepada fungsi visibiliti tadi.

Kesatuan

Kesatuan melibatkan kemampuan pencahayaan menggabungjalinkan stail,


warna dan lain-lain elemen dalam produksi; set, prop, kostum dan rias. Sistem
penggubahan pencahayaan seperti yang telah sedia maklum akan hanya boleh
dilaksanakan apabila semua elemen lain seperti yang dinyatakan sebelum ini
telah berjaya disatukan dan disiapkan. Semua fungsi yang dinyatakan itu
memberikan kesan yang besar kepada pementasan sama ada ia dirancang
ataupun tidak. Walau bagaimanapun, fungsi-fungsi ini digunakan termasuklah
kuantiti pencahayaan, sudut arahan, pergerakan, warna dan kuantiti
pencahayaan. Kuantiti tersebut sebagai intensiti yang menjelaskan tentang
tahap kuantiti cahaya yang digunakan. Kuantiti cahaya yang digunakan bakal
menghasilkan kuantiti terang atau suram sesuatu objek yang dipancarkan
cahaya ke arahnya. Ini boleh terhasil bergantung kepada jenis lampu yang
digunakan, susun letak lampu, media warna yang digunakan atau lain-lain
aksesori yang dipakai bersamanya.

Sudut Arah

Sudut arah atau direction merujuk kepada sudut di mana pencahayaan itu
dipancarkan di atas pentas. Susun letak lampu baik di hadapan, sisi, bawah,
atas atau belakang penari memberikan kesan yang berbeza. Kedudukan ini
bakal menentukan atau mengubah bentuk tiga dimensi penari atau objek
tersebut.

Pergerakan

Pergerakan melibatkan apa jua perubahan cahaya bagi menggambarkan


pergerakan suasana dalam pementasan seperti terang dan gelap, perubahan
waktu dan sebagainya. Sebarang perubahan cahaya akan menimbulkan
keadaan suasana yang memberikan kesan kepada penonton.

Warna

Penggunaan warna memberikan kesan yang besar kepada mood


persembahan. Penggunaan warna memberikan interpretasi berbeza terhadap
mood dan situasi yang digambarkan. Contohnya, warna biru yang
melambangkan kesayuan, mimpi dan sebagainya.

Tekstur
Ia melibatkan variasi kualiti cahaya yang digunakan. Iluminasi boleh sahaja
bersifat lembut atau terfokus kepada keperluan persembahan. Penghasilan
tekstur cahaya melibatkan pengawalan kuantiti pencahayaan yang digunakan.
Ini boleh terhasil dengan penggunaan penapis atau filter dan jenis lampu.

Pencahayaan amat penting untuk memberi gambaran situasi daripada masa


kini ke masa silam, menyinari gerak penari dan mempertajamkan ekspresi
gerak dan tubuh penari, menambahkan mood dan atmosfera kepada sesuatu
persembahan iaitu dengan permainan warna dalam pencahayaan pentas.
Sebagai contoh warna terang menggambarkan keceriaan dan keseronokan,
warna sejuk menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan kemurungan.
Low lighting yang memberikan efek bayang-bayang mungkin menggambarkan
keadaan misteri dan seram. Selain itu, pencahayaan dapat mencipta komposisi
dengan menunjukan pandangan mata penonton kepada elemen-elemen yang
penting iaitu dengan penggunaan teknik pencahayaan fokus. Pencahayaan
juga dapat mencipta dimensi terhadap objek di atas pentas. Objek yang
berbentuk tiga dimensi akan kelihatan rata jika lampu dipancarkan kepada satu
arah sahaja. Namun begitu, bentuknya akan kelihatan jika memancarkan
pencahayaan dipelbagai sudut dengan memanipulasi permainan sudut seperti
backlight, downlight, frontlight dan crossing light. Pencahayaan juga mampu
menonjolkan sesebuah stail dalam pementasan. Pencahayaan juga mampu
memperjelaskan perkembangan aksi dramatik dalam sesebuah persembahan
dengan menonjolkan mood perasaan dan juga perubahan mood yang berlaku
bagi setiap adegan contohnya perubahan daripada perasaan ceria kepada
rasa marah.

Jenis-jenis Intrumentasi Lampu

Terdapat pelbagai jenis lampu yang sering digunakan seperti lampu Par Can,
Fresnel, Ellipsoidal dan Spot. Setiap lampu tersebut mempunyai kelebihan dan
kelemahan masing-masing. Lampu Par Can yang dicipta oleh Clarence
Birdseye, pelopor makanan sejukbeku, adalah lampu yang paling praktikal dan
banyak digunakan kerana ketahanan dan kelasakannya. Lampu ini boleh
digunakan untuk kegunaan dalam dewan dan juga luar dewan. Ia ada banyak
jenis dan saiz namun Par-64 8 inci yang juga dikenali sebagai `Par can
berkapasiti 1000Watt merupakan yang paling kerap digunakan oleh
kebanyakan penggiat teater Kelemahannya ialah cahaya lampunya berserak
(spread) dan kemampuan fokusnya juga agak terhad. Tetingkap (barn door) di
gunakan untuk mengawal serakan cahaya yang terhasil melalui lampu Par ini.
Ia juga sesuai digunakan sebagai lampu belakang pentas seperti Fresnel
namun agak sukar untuk menggabungkan lampu Par dengan lampu-lampu lain
yang bukan sejenis dengannya.

PAR-64

1.Soket lampu

2.kekunci belakang untuk membuka lampu

3.Yoke

4.kabel wayar (Three-wire)

5.lampu par-64 1000 watt

6.pengadang cahaya

7. pemegang bingkai pewarna (color-frame).

Lampu fresnel yang juga disebut `Fra-nel yang dicipta oleh Augustin-Jean
Fresnel, menghasilkan cahaya lembut dan luas kerana lensa plano-convexnya
yang unik. Lampu ini biasanya digunakan untuk menerangkan kawasan yang
agak luas dan diletakkan sama ada di bahagian belakang pentas atau di
kawasan hadapan pentas. Lampu ini juga mempunyai focus yang dikenali
sebagai flood focus; serakan pencahayaan yang luas dan spot focus: serakan
pencahayaan yang paling kecil.

Fresnel Spotlight
1. Penyambung twist-lock

2. Wayar penebat getah

3. Pembias Cembung

4. Lubang pengalir udara

5. Yoke

6. Mentol pra-fokus Quartz

7. Lensa

8. Pemegang bingkai berwarna

9-11.Pemfokus mentol

Sementara itu lampu ellipsoidal reflector spotlight (ERS) yang juga dikenali
sebagai lekos, Kleiglight atau cannon mempunyai laras fokus yang boleh
digunakan untuk memfokuskan cahaya mengikut kesesuaian. Di hujung lampu
ini juga terdapat slot gobo untuk membuat kesan khas. Lampu ini sering
digunakan sebagai lampu hadapan (front) dan mempunyai variasi fokus
sinaran menggunakan shutters, iris dan gobo.

Ellipsoidal Reflector Spotlight

1. Pemegang lampu

2. Mentol berprestasi tinggi

3. pembias ellipsoidal bersalut besi atau kaca

4. aperature

5. shutter atas mengawal bentuk sinaran di bahagian bawah

6. slot gobo

7. lensa plano-convex

8 & 9. pemegang bingkai berwarna


10. Pengawal focus lampu

11. pengunci

12. pemegang rotasi

13. Shutter bawah

14. pengawal fokus cahaya

Rekaan di dalam Pencahayaan Dekon

Setiap fungsi yang telah dinyatakan sebelum ini boleh dicapai dengan pelbagai
cara. Dalam rekaan pencahayaan, perkara yang paling dasar yang perlu
difahami untuk rekaan pencahayaan ialah susun letak peralatan lampu yang
digunakan, warna yang digunakan dan lain-lain kesan khas yang dipakai. Untuk
memahami konsep rekaan dalam sistem pencahayaan tarian, perlulah
difahami terlebih dahulu istilah-istilah yang digunapakai untuk menyesuaikan
kedudukan lampu.

High angle merujuk kepada kedudukan peralatan lampu yang diletakkan


secara sudut menegak 60 darjah atau lebih dari kedudukan kepala/muka penari.

Low-angle merujuk kepada peralatan lampu yang diletakkan secara menegak


antara 25 ke 30 darjah dari kedudukan kepala/muka penari.

Backlight peralatan lampu yang diletakkan menegak di belakang kepala


penari dalam kedudukan high-angle antara 60 ke 75 darjah. Ia menghasilkan
bayang yang pendek di hadapan penari tersebut.

Downlight peralatan lampu yang biasanya diletakkan tepat di ats kedudukan


kepala penari dan cahaya terus ke bawah. Ia menghasilkan kesan bayang yang
agak dalam pada wajah dan tubuh penari terutamapada bawah mata dan
bawah hidung.

Sidelight peralatan lampu yang diletakkan di sisi kiri atau kanan penari.
Kedudukan lampu tersebut boleh sahaja diletak pada kedudukan high-angle 45
ke 60 darjah, sama paras dengan penari atau berdekatan dengan lantai pentas.

Teknik Pencahayaan di Pentas Proscenium

Pementasan menggunakan pentas proscenium bakal menuntut penggunaan


rekaan pencahayaan yang berbeza dengan pementasan yang dibuat di dalam
pentas arena. Sistem pencahayaan yang diperkenalkan oleh Prof. Stanley
McCandless menghasilkan teknik pencahayaan McCandless telah dipilih,
namun ia bukanlah dianggap sebagai sistem yang terbaik untuk digunapakai,
tetapi cukup untuk menjadi topik kajian tentang teknikal pencahayaan dalam
tari. Pencahayaan McCandless menjelaskan teori penggunaan sudut dan
warna dalam pencahayaan. Warna melibatkan penggunaan warna cool (biru,
hijau, dan warna neutral seperti putih, kelabu) untuk satu sudut dan warna
warm (merah, oren, dan kuning) untuk satu sudut yang lain.

Merujuk kepada sistem yang diperkenalkan oleh McCandless, terdapat


beberapa tatacara projeksi pencahayaan seperti:

Single-Point Lighting (SPL)

Bagi kumpulan produksi yang kekurangan kemudahan pencahayaan,


peralatan lampu yang digunakan hanyalah bertujuan menerangi sudut ruang
atau tubuh penari sahaja. SPL secara umumnya bermaksud satu lampu
digunakan untuk menerangi setiap sudut kawasan lakon yang diperlukan.
Namun, dalam konteks yang lebih luas ia bermaksud satu sudut pencahayaan
untuk satu kawasan. Seleksi sudut pencahayaannya mestilah dilakukan
dengan teliti kerana satu lampu perlu memainkan peranan yang besar. Lampu
perlu diletakkan terus di hadapan ruang persembahan pada sudut menegak 45
ke 60 darjah bagi menghasilkan pencahayaan yang natural (bayang yang
normal). Sudut pilihan ini bagi mengelakkan bayang yang terhasil tidak jatuh
pada set atau bertindan dengan bayang penari lain. Semakin rendah sudut
pilihan itu maka bayang yang terhasil juga akan lebih ketara. Sudut pilihan 30
darjah menghasilkan dua persembahan penari dan bayangnya. Jika sudut
pilihan melebihi 60 darjah, bayang pada wajah dan tubuh penari akan
tenggelam dan kelam.

Two-Point Lighting

Projeksi menggunakan dua sudut pencahayaan ialah satu lampu di hadapan


penari dalam sudut menegak 45 darjah, dan lampu kedua diletakkan di
belakang penari dalam sudut menegak 60 ke 70 darjah. Teknik pencahayaan
ini juga boleh melibatkan penggunaan dua lampu dari belakang dan satu lampu
dari hadapan. Ini disebut sebagai double-hanging. Contohnya lampu belakang
menggunakan warna biru dan merah, menggunakan kawalan berasingan
sementara lampu hadapan bersifat natural. Perubahan pergerakan cahaya
warna biru ke merah tanpa perlu mengubah warna cahaya di hadapan sesuai
digunakan untuk menunjukkan perubahan masa yang berlalu.

Kedudukan lampu-lampu dalam teknik ini boleh diletakkan dengan pelbagai


cara yang bakal menghasilkan kesan berbeza; lampu belakang diletakkan di
tempat yang sama; menegak 45 darjah, lampu hadapan diletakkan ke sisi
sedikit daripada wajah penari dalam sudut yang sama. Ini akan menghasilkan
bayang yang lebih ketara pada wajah penari. Selain daripada meletakkan
lampu bertentangan antara satu sama lain, kali ini lampu belakang diletakkan
di sudut sisi penari dan mengekalkan kedudukan lampu hadapan. Lampu
hadapan ini menghasilkan bentuk wajah 3 dimensi secara jelas tetapi lampu
sisi menghasilkan bayang kelam pada wajah dan tubuh penari.

Three-Point Lighting & Four-Point Lighting


Ia mempunyai fungsi yang hamper sama dengan two-point cuma dengan
penambahan satu atau dua sudut lagi akan memberikan kesan tiga dimensi
yang lebih baik berbanding teknik two-point. Berikut adalah contoh
penggunaan three-point dan four-point lighting.

Multi-Point Lighting

Penggunaan sudut pancahayaan melebihi empat dikenali sebagai multi-point


lighting. Bagi pentas yang mempunyai banyak peralatan pencahayaan, teknik
multi-point boleh dilaksanakan. Tarian yang mempunyai banyak pergerakan
besar dan luas, teknik multi-point ini sesuai digunakan.