Anda di halaman 1dari 2

FAKTOR PENENTANGAN TOK

JANGGUT

LATAR BELAKANG

Tok Janggut mendapat pendidikan di sebuah pondok di Kelantan dan di Mekah dan mahir bersilat.
Beliau juga dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda
diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Beliau dilahirkan pada tahun 1853 di
Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau menetap di Kampung Nering, Kelantan. Beliau bekerja
sebagai petani dan peniaga. Beliau merupakan salah seorang pejuang tanah air di Kelantan yang
terkorban semasa pendudukan British.

- 28 April 1915 > Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok
Janggut kerana gagal membayar cukai

- perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut

- 29 April 1915 > Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai
angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh

- mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada
ancaman British

- Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh

- Tok Janggut sebagai Perdana Menteri

- 9 Mei 1915 > British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya
menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya

- 23 Mei 1915 > British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri

- Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh

- 24 Mei 1915 > British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring

- Tok Janggut terkorban

- mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang
Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam

- kemudian dikebumikan di Pasir Pekan


ii) Kesan Penentangan

- Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat

- semangat juang mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan British

https://sites.google.com/site/sejarahtingkatan2/nota-bab-7

http://inperri.blogspot.my/2014/04/menghargai-perjuangan-para-tokoh.html

cara menghargai tokoh