Anda di halaman 1dari 7

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

_________________________________________________________________________
HBEF1403
SENI DALAM PENDIDIKAN
SEPTEMBER 2017
_________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU soalan sahaja yang disediakan dalam Bahasa Melayu.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan


sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada
format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan.

4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada myINSPIRE
untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip
dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

5. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk
rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan
menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui myINSPIRE. Sila rujuk
kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara
online. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan
sendiri.

7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 30hb Oktober 2017 hingga 12hb November
2017. Serahan selepas 12hb November 2017 TIDAK akan diterima.

9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain.
Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat
tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars
Announcement di myINSPIRE).
11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan
sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang
timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK
dihantar.

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan
kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

No. % Kumpulan Pertindihan % Potongan Markah


1 0 30 0
2 30.01 50 5
3 50.01 70 10
4 70.01 100 100

Tugasan yang dikenal pasti mempunyai pertindihan tugasan bagi mana-mana kumpulan
pertindihan di atas tidak dibenarkan untuk rayuan. Bagi pelajar dalam kategori pertindihan
tugasan kumpulan 70.01-100, akses online rayuan semakan semula tugasan bagi subjek
berkaitan dilupuskan dari pilihan rayuan.
SOALAN TUGASAN

Penelitian terhadap lukisan kanak-kanak dibuat berdasarkan peringkat perkembangan


mereka. Aktiviti kreatif kanak-kanak perlu sesuai dengan peringkat perkembangan bagi
merangsang mental dan perkembangan kreatif kanak-kanak secara menyeluruh.

Berdasarkan topik pilihan anda, cadang dan rangkakan perancangan bagi aktiviti seni lukis
dan seni reka untuk menjelaskan aktiviti kreatif seseorang kanak-kanak sekolah rendah
dalam lingkungan Tahun 1 - 3. Program bagi aktiviti yang di rancang perlu dilaksanakan
berdasarkan kepada aspek-aspek dibawah:

(i) Menggunakan pelbagai kemahiran, media campuran dan teknik (contohnya,


asemblaj, kolaj dan lain-lain) sebagai elemen ekspresi dalam sesebuah hasil seni.
(ii) Menerapkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.
(iii) Menentukan jangka masa program dirancang, sekurang-kurangnya 4 minggu
pembelajaran disertai dengan objektif pembelajaran yang jelas.

Kertas cadangan anda hendaklah di tulis berdasarkan kepada format di bawah:

a. Pengenalan
Menjelaskan latar belakang kertas cadangan seperti kumpulan sasaran dan ciri-
cirinya, pilihan topik, senario pembelajaran terkini.

b. Pengalaman
Jelaskan pengalaman yang bakal dilalui oleh pelajar termasuk kemahiran berfikir dan
teknik-teknik penghasilan seni bagi perkembangan idea dan kemahiran berdasarkan
topik yang dipilih (contohnya, kemahiran melukis, kemahiran meneroka media
campuran, kemahiran menghasilkan komposisi yang baik).

c. Ekspresi
Jelaskan elemen-elemen ekspresi dalam aktviti kreatif (contohnya: ekspresi lahir dari
kesan berus, ekspresi lahir dari warna, ekspresi lahir dari motif-motif dan lain-lain
lagi).

d. Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian)


Bahan-bahan visual sebagai contoh yang mampu menyokong setiap aktiviti kreatif.
Bahan visual boleh di perolehi dari internet atau dihasilkan sendiri oleh guru atau
kanak-kanak. Bahan yang diperolehi dari internet atau bahan visual dihasilkan oleh
kanak-kanak perlu dinyatakan dengan jelas sumber rujukannya.

e. Kesimpulan

[Jumlah: 40 markah]

MUKA SURAT TAMAT


LAMPIRAN
RUBRIK TUGASAN
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN/ SEP17
Cemerlang Melebihi Purata Sederhana Rendah
Markah
Kriteria Pemberat 4 3 2 1 0 Maksimum
Pengenalan 1.0 Pengenalan Pengenalan yang Pengenalan yang Pengenalan yang Tiada 4
yangterperinci dan amat menarik, sederhana dan sedikit ringkas dan pengenalan.
memuaskan. membincangkan perbincangan tentang cetek.Tiada
Perbincangan secara tentang makna pengalaman secara perbincangan tajuk
kritis dan jelas mengenai pengalaman secara kritis dan jelas sama secara teliti dan
definisi pengalaman dan kritis dan jelas ada dalam memberi terperinci.
hasilan kerja secara jelas samada dalam huraian definisi atau
dan memberi definisi memberi definisi menjelaskan hasilan
atau penjelasan rapi. atau menjelaskan kerja.
hasilan kerja.
Isi Kandungan 3.0 Perbincangan yang Perbincangan yang Perbincangan yang Perbincangan yang Tiada 12
memuaskan dan baik tentang sederhana tentang cetek tentang membincangkan
a. pengalaman terperinci tentang kemahiran berfikir kemahiran berfikir bagi kemahiran berfikir isi kandungan.
kemahiran berfikir bagi perkembangan perkembangan idea bagi perkembangan
bagi perkembangan idea dan kemahiran dan kemahiran idea dan kemahiran
idea dan kemahiran berdasarkan topik berdasarkan topik yang berdasarkan topik
berdasarkan topik yang dipilih kreatif dipilih. yang dipilih.
yang dipilih kreatif dan dan kritis di sokong
kritis di sokong dengan dengan contoh-
contoh-contoh aktiviti contoh aktiviti yang
yang jelas. jelas.
Menunjukkan
keupayaan
menggunakan
pengalaman kendiri
dan disertakan dengan
huraian yang lengkap
serta menunjukkan
kematangan dalam
penulisan.
b. ekspresi 3.0 Perbincangan yang Perbincangan Perbincangan yang Perbincangan yang Tiada 12
memuaskan dan yang baik tentang sederhana tentang cetek tentang membincangkan
terperinci tentang elemen-elemen elemen-elemen elemen-elemen tentang elemen-
elemen-elemen ekspresi dalam ekspresi dalam ekspresi dalam elemen ekspresi
ekspresi dalam aktviti aktviti kreatif aktviti kreatif. aktIviti kreatif dalam aktviti
kreatif. Lebih Lebih bersistematik Kurang sistematik kreatif
Lebih bersistematik bersistematik dan namun kurang dan dicampur (Contohnya:
dan tersusun. tersusun. tersusun. adukkan. ekspresi lahir
Menganalisis dengan Menganalisis dari kesan
menggunakan ayat dengan berus, ekspresi
sendiri secara kreatif menggunakan lahir dari warna,
dan kritis. ayat sendiri secara ekspresi lahir
Disertai dengan kreatif dan kritis. dari motif-motif
memberi senario dan dan lain-lain
kajian kes dalam lagi).
pengajaran dan
pembelajaran.
c. Maklumat Sokongan 2.0 Penerangan tentang Penerangan Penerangan tentang Penerangan Tiada 8
(Sorotan Kajian) maklumat visual tentang maklumat maklumat visual penulisan terlalu penerangan
sorotan kajian adalah visual dan sorotan dan sorotan kajian cetek dan tentang
memuaskan dan kajian adalah baik. adalah sederhana. bergantung maklumat
terperinci. kepada sorotan kajian.
Perbincangan Terdapat keseluruhan
Disertakan bukti yang dalam (3-5) perbincangan modul.
kukuh dari bahan sorotan kajian dan menggunakan
bacaan dan rujukan mengaitkan sorotan kajian lain Tiada maklumat
online. dengan teori-teori tetapi tidak sokongan.
contohnya: menyeluruh.
(1-3 sorotan kajian)
Visual -Spatial,
Verbal- Linguistic,
Logical-
Mathematical &
Bodily-Kinesthetic.
d. Kesimpulan 0.5 Kesimpulan yang kritis Kesimpulan yang Kesimpulan yang Kesimpulan yang Tiada 2
dan terperinci. baik. sederhana. cetek dan tidak kesimpulan.
menjawab persoalan
tugasan.
e. Organisasi 0.5 Keterangan disusun Keterangan disusun Beberapa keterangan Kebanyakan Tidak relevan. 2
mengikut logik dan ditulis mengikut logik tetapi tidak disusunatur keterangan tidak
secara berkesan, kritis cara pengolahan mengikut logik dan cara teratur mengikut
dan kreatif serta ditulis kurang fokus & penulisan yang tidak logik dan penulisan
berfokus. sistematik. sistematik. yang kurang
bermakna
Kebanyakan fakta
hanya ditulis kembali
dari bahan modul.
Jumlah 10 40