Anda di halaman 1dari 7

Organisasi

Persatuan Penduduk Seksyen 5 Kota Puteri, 48100 Batu Arang, Selangor telah didaftarkan
sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966,
nombor pendaftarannya PPM-001-10-13052016, bertarikh ____________2016.

UNDANG-UNDANG KECIL PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 5 KOTA PUTERI,


48100 BATU ARANG, SELANGOR.

1. NAMA DAN PERLEMBAGAAN

Persatuan ini adalah sebuah badan kebajikan dan badan perpaduan penduduk yang dinamakan
Persatuan Penduduk Seksyen 5 Kota Puteri, 48100 Batu Arang, Selangor.

Keahlian terbuka pada penduduk yang bermukim di kawasan itu dan sekitarnya.

2. ALAMAT YANG DIDAFTARKAN DAN TEMPAT MESYUARAT

(a) Alamat surat-menyurat No__, Jalan Kota Puteri 5/____ Seksyen 5 Kota Puteri, 48100 Batu Arang,
Selangor.

(b) Mesyuarat Agung akan diadakan di kawasan Taman Seksyen 5 Kota Puteri / Bebas mengikut
persetujuan ahli dan jawatankuasa.

(c) Mesyuarat Bulanan akan diadakan di kawasan Taman Seksyen 5 Kota Puteri / Bebas mengikut
persetujuan ahli dan jawatankuasa.

3. TUJUAN

(a) Persatuan ini bekerjasama menyatu padukan perhubungan silaturrahim antara penduduk.

(b) Menjalankan aktiviti-aktiviti sosial, sukan, rekreasi dan kebajikan bagi manfaat ahli-ahli
pertubuhan dan masyarakat umumnya.

(c) Menggalakkan ahli-ahli bersikap tolong menolong serta bersama-sama menjalankan perkara-
perkara yang mendatangkan kebajikan.

4. AHLI DAN MENJADI AHLI

(a) Ahli-ahli terbuka kepada penduduk yang mendiami kejiranan Seksyen 5 Kota Puteri. Hanya satu
keahlian sahaja dibenarkan bagi setiap keluarga.

(b) Permintaan menjadi ahli hendaklah melalui borang yang disediakan persatuan dan dikirimkan
kepada Setiausaha. Pencadang dan penyokong mestilah dari ahli yang sah.

(c) Diterima keahliannya setelah mendapat kelulusan dan disahkan oleh Jawatankuasa.

(d) Ahli yang bertukar atau pindah dari Seksyen 5 Kota Puteri masih boleh menjadi ahli dengan
syarat mereka menyempurnakan yuran dan bayaran mengikut undang-undang persatuan ini.

(i) Atau membayar yuran atau bayaran keahlian sebanyak RM5.00 sahaja

(ii) Segala yang faedah dan syarat adalah tertakluk dalam undang-undang persatuan ini.
(iii) Apabila telah dibayar bayaran-bayaran yang dikehendaki, orang yang bermohon akan
didaftarkan namanya sebagai ahli. Senaskah undang-undang kecil akan diberi kepadanya.

5. AHLI BERSEKUTU DAN MENJADI AHLI

(a) Ahli BERSEKUTU terbuka kepada penduduk atau waris yang mendiami kejiranan Seksyen 5
Kota Puteri

(i) Isteri atau waris dipanggil ahli bersekutu.

(b) Permintaan menjadi ahli bersekutu hendaklah melalui borang yang disediakan persatuan dan
dikirimkan kepada Setiausaha. Pencadang dan Penyokong mestilah dari ahli yang sah.

(c) Diterima keahliannya setelah mendapat kelulusan dan disahkan Jawatankuasa.

(d) Ahli yang bertukar atau pindah dari Taman Warisan masih boleh menjadi ahli dengan syarat
mereka menyempurnakan yuran dan bayaran mengikut undang-undang persatuan ini.

(i) Atau membayar yuran atau bayaran keahlian sebanyak RM120.00

(ii) Segala yang faedah dan syarat adalah tertakluk dalam undang-undang persatuan ini.

(e) Apabila telah dibayar bayaran-bayaran yang dikehendaki, orang yang bermohon akan didaftarkan
namanya sebagai ahli. Senaskah undang-undang kecil akan diberi kepadanya

6. YURAN MASUK DAN LAIN-LAIN YURAN

(a) Yuran masuk bagi seseorang ahli dan ahli bersekutu ialah sebanyak RM120.00 disertakan
bersama borang keahlian menjadi ahli

(b) Yuran bulanan sebanyak RM5.00 sebulan atau RM60.00 setahun hendaklah dibayar pada
persatuan ini.

(c) Yuran masuk menjadi ahli hendaklah disimpan dan digunakan sebagai urusan pentadbiran
persatuan ini.

(d) Yuran bulanan ahli-ahli hendaklah digunakan sebagai bayaran khairat kematian dan kira-kira
bulanan hendaklah diasingkan dari bayaran yuran masuk.

(e) Ahli-ahli yang tidak menjelaskan yuran bulanan tiga (3) bulan berturut hendaklah diberitahu oleh
Setiausaha supaya ahli menjelaskan hutangnya dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh surat
pemberitahuan itu., dan jika tidak ditunaikan maka perkara ini akan dikemukakan dalam mesyuarat
Jawatankuasa (keputusan Muktamad)

(f) Apabila seseorang yang telah berhenti atau diberhentikan daripada menjadi ahli, mohon masuk
menjadi ahli semula dan diterima oleh Jawatankuasa, maka hendaklah beliau menjelaskan segala
hutang-hutang yang masih dihutang masa lalu. Yuran masuk menjadi ahli perlu dibayar semula.

(g) Yuran ahli seumur hidup hanya diberi pada ahli yang menjadi ahli biasa dahulu. (lazimnya
penyewa) dan mendapat surat pengesahan pertukaran ke tempat lain atas arahan majikan, surat
mesti dilampirkan dan disahkan.

7. WANG PENDAPATAN

(a) Kesemua wang-wang yang diterima daripada bayaran yuran masuk , yuran bulanan dan derma
atau sumbangan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun simpanan bank, dengan nama Pertubuhan
Penduduk Taman Warisan.
(b) Wang dari kira-kira tersebut boleh dikeluarkan dengan bersama-sama ditandatangani oleh mana-
mana dua orang jawatankuasa sama ada (i) Pengerusi, (ii) Bendahari , (iii) Setiausaha untuk
membayar khairat kematian dan kebajikan-kebajikan lain dalam undang-undang kecil ini.

(c) Perbelanjaan untuk aktiviti mesti mengikut bajet yang ditetapkan oleh ahli dalam Mesyuarat
Agung Tahunan.

(d) Bendahari dibenar menyimpan wang di tangan tidak melebihi RM300.00 bagi tujuan membayar
khairat kematian dan kegunaan runcit.

(e) Sebarang Pentadbir dan Jawatankuasa yang menggunakan wang-wang dengan tidak ketentuan
atau melangkaui bajet yang telah ditetapkan ahli hendaklah mengganti balik wang-wang yang telah
digunakan.

(f) Segala aktiviti yang melibatkan wang persatuan hendaklah dibentangkan dalam laporan
kewangan bulanan (mesyuarat Jawatankuasa) dan laporan kewangan dalam mesyuarat Agung
Persatuan.

8. BAYARAN WANG KHAIRAT KEMATIAN

(a) Wang khairat hanya dibayar sekali sahaja pada setiap satu kematian mengikut bagaimana
undang-undang persatuan. Kutipan akan dipungut balik sama rata jika yuran bulanan tidak
mencukupi bagi menampung khairat tersebut.

(b) Seorang ahli tidak berhak mendapat bayaran khairat kematian melainkan telah menyempurnakan
yuran masuk dan yuran bulanan yang ditetapkan persatuan.

(c) Wang khairat ahli akan diserahkan pada waris terdekat dengan permohonan yang disertakan sijil
atau akuan kematian pendaftar kematian atau pihak berkuasa yang layak dan waris yang dilantik
sahaja mengikut senarai nama dalam surat permohonan semasa menjadi ahli.

9. KHAIRAT KEMATIAN AHLI DAN TANGGUNGANNYA

(a) Ahli ( suami ), jika berlaku kematian berhak mendapat RM 400.00

(i) Ahli bersekutu berhak mendapat faedah seperti dalam terma dan syarat undang-undang kecil
persatuan ini.

(b) Pasangan isteri/suami, jika berlaku kematian berhak mendapat RM 200.00

(c) Anak ahli dalam tanggungan yang didaftarkan semasa


permohonan masuk di mana umur tidak melebihi 18 tahun,
jika berlaku kematian berhak mendapat RM100.00

(i) Anak yang didaftarkan selepas bersalin atau kematian yang disahkan selepas bersalin, jika
berlaku kematian berhak mendapat RM100.00

(ii) Jika berlaku kematian anak kembar yang berbilang-bilang dalam sehari maka persatuan akan
mengeluarkan khairat mengikut peraturan c (i) . dan jika terdapat kematian pada anak kembar
tersebut pada hari berlainan ahli berhak mendapat khairat RM 100.00 khairat mengikut peraturan c
(i)

(d) Anak angkat dan anak tiri ahli yang didaftarkan semasa permohonan masuk di mana umur tidak
melebihi 18 tahun jika berlaku kematian berhak mendapat RM100.00
.
(i) Anak angkat dan anak tiri yang tidak didaftarkan semasa permohonan masuk di mana umur
tidak melebihi 18 tahun, jika berlaku kematian ahli hanya mendapat RM50.00 sebagai tanda ikhsan.
(ii) Ibu, bapa, ibu mertua, bapa mertua walau di mana berada jika berlaku kematian ahli berhak
mendapat RM100.00

(iii) Ibu tiri, bapa tiri, jika berlaku kematian, ahli hanya akan mendapat RM50.00 sebagai tanda
ikhsan.

10. LANTIKAN WARIS-WARIS

(a) Seseorang ahli boleh melantik beberapa waris sebagaimana yang dinyatakan dalam borang
permohonan masuk.

(b) Seseorang ahli boleh membatalkan atau meminda nama-nama waris dengan bersurat yang
dihantar kepada Setiausaha untuk direkodkan dengan syarat mesti dibuat semasa hayatnya sahaja.

(c) Jika ahli tiada penama waris, segala bentuk bayaran akan dibagi kepada waris yang tersekat
yang disahkan Jawatankuasa.

(d) Jika penama yang dilantik bukan dari kalangan waris, surat lantikan penama mesti dilakukan di
hadapan dan disahkan seseorang penolong pendakwa (Majestarte)

11. PERLEMBAGAAN DAN PEMERINTAH

Kuasa tertinggi bagi persatuan ini terletak pada Pengerusi dengan tertakluk pada kuasa
Jawatankuasa dan berlandaskan undang-undang kecil.

12. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

(a) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan dalam bulan Mac atau dalam bulan sehabis-
habis derasnya. Sesudah memberitahu 14 hari lebih dahulu kepada ahli dengan penyata tahunan. (Ini
pemilihan pegawai dan Jawatankuasa baru)

(b) Agenda mesyuarat hendaklah disediakan oleh Setiausaha, sesudah menerima laporan dari
Pengerusi Biro-biro Jawatankuasa.

13. MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA

(a) Mesyuarat Agung Luar Biasa ini boleh diadakan dengan kehendak ahli-ahli Jawatankuasa atau
permintaan dari ahli-ahli yang berhak (ahli-ahli yang berhutang dengan persatuan) selepas tempoh
14 hari dan mesti ditandatangani melebihi 15 orang persatuan ini.

(b) Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan oleh Setiausaha. Pada bila-bila masa berlaku
sesuatu perkara mustahak atau darurat dan disahkan Jawatankuasa.

14. JAWATANKUASA DAN PEGAWAI-PEGAWAINYA

(a) Jawatankuasa ini adalah mengandungi 10 orang ahli terdiri daripada :-

Seorang Pengerusi
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Bendahari
Enam orang Jawatankuasa

Mereka semua adalah daripada ahli-ahli persatuan ini dan hendaklah dilantik dalam Mesyuarat
Agung Tahunan dengan undi sulit atau mahupun undi terang.
Mereka mesti bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua bulan sesudah memberi
notis kepada setiap jawatankuasa.

(b) Jawatankuasa ini hendaklah menjalankan tanggungjawab dan tugas berpandukan undang-
undang persatuan. Segala keputusan hendaklah diputuskan dengan undi yang terbanyak. Jika
undian sama banyak, pengerusi mempunyai satu undi (casting vote) yang mana boleh diberi pada
mana-mana pihak yang difikirkan wajar. Keputusannya adalah muktamad.

(c) Pemecatan Jawatankuasa boleh dilakukan dan digantikan di dalam Mesyuarat Agung Khas.
Mesyuarat Jawatankuasa Khas boleh melantik pemangku bagi jawatan yang kosong mungkin
disebabkan kematian atau berhenti menjadi ahli, ini berlaku sehingga Mesyuarat Agung Tahunan
dilaksanakan.

15. KEWAJIPAN PEGAWAI-PEGAWAI

(a) Pengerusi hendaklah menjadi pengerusi dalam semua mesyuarat, menandatangani butir-butir
mesyuarat perlu disahkan olehnya, mempunyai satu cara (casting vote) dan sentiasa menerima
pandangan atau suara dari ahli-ahlinya serta membincangkan di setiap mesyuarat jawatankuasa.

(i) Tugas ini akan diambil alih oleh Penolong Pengerusi jika sekiranya tiada Pengerusi persatuan
ini.

(b) Jika pengerusi dan penolong pengerusi tiada semasa Mesyaurat Agung Tahunan ahli-ahli
bolehlah melantik seorang ahli biasa untuk mempengerusikan mesyuarat melalui cadangan dan
undian terbanyak jika nama yang dicadang melebihi 1 orang.

(c) Setiausaha hendaklah menghadiri segala mesyuarat persatuan, merekodkan minit-minit


mesyuarat serta menyimpan satu peringatan yang berkenaan butir-butir mesyuarat. Adalah menjadi
kewajipan selain mewakili pengerusi persatuan.

(i) Menjalankan kerja surat menyurat bagi pihak persatuan


sebagaimana diarahkan oleh Jawatankuasa.

(ii) Menerima permintaan menjadi ahli dan menyelenggarakan menurut kehendak undang-undang.

(iii) Menyediakan buku daftar nama ahli-ahli, hard copy, soft copy, seperti My kad, nama
tanggungannya, warisnya, rujukan alamat lain dan no telefon.

(iv) Menghantar kepada pendaftar pertubuhan penyata tahunan dan penyata kira-kira dalam
tempoh 28 hari selepas mesyaurat agung.

(d) Bendahari

(i) Menyediakan buku daftar nama ahli-ahli, hard copy, soft copy, seperti My kad, nama
tanggungannya, warisnya, rujukan alamat lain dan no telefon tentang butiran bayaran ahli-ahli, wang
daftar masuk, yuran sumbangan dan derma.

(ii) Menyimpan Buku Bank dan Cek serta mengeluarkan resit sewaktu menerima wang,
menyerahkan wang bagi setiap aktiviti-aktiviti persatuan.

(iii) Menyediakan buku kira-kira wang keluar masuk.

(iv) Membayar segala tuntutan dan bayaran menurut kehendak undang-undang.

(v) Mengeluarkan wang daripada Bank hendaklah mengikut sebagaimana fasal 7(b) dibenarkan
wang runcit di tangan bagi tujuan keperluan sebagaimana fasal 7 (d).
(e) Pemeriksa Kira-kira

Dua orang ahli bukan anggota Jawatankuasa akan dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai
Pemeriksa Kira-kira. Tugas mereka adalah :-

(i) Hendaklah menjalankan pemeriksaan enam (6) bulan sekali ke atas kedudukan kewangan
persatuan iaitu setelah diberitahu oleh setiausaha.

(ii) Boleh menjalankan pemeriksaan pada bila-bila masa dengan kehendak Pengerusi atau
diperintahkan oleh Jawatankuasa.

(iii) Hendaklah memeriksa semua buku-buku kewangan persatuan, resit-resit yang dibayar
dengan menandatangani buku resit tersebut.

(iv) Setelah berpuashati atas setiap pemeriksaan hendaklah ianya memberi pengakuan yang sah.

16. BERHENTI

(a) Ahli yang ingin berhenti menjadi ahli, mesti memberitahu kepada Setiausaha YKH dengan bertulis
sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh ia cadang berhenti.

(b) Segala tuntutan dari apa yang telah dibayar mengikut perlembagaan persatuan ini, tidak boleh
dituntut atau dibawa ke mahkamah.

17. CUKUP BILANGAN MESYUARAT

(a) Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah tidak kurang daripada
tiga (3) kali jumlah ahli-ahli Jawatankuasa (24)

(b) Mesyuarat Jawatankuasa adalah cukup bilangan mesyuarat Jawatankuasa persatuan ini
sekurang-kurangnya mengandungi setengah ( ) daripada jawatankuasa dan pegawai.

18. MEMINDA UNDANG-UNDANG

(a) Undang-undang Persatuan ini boleh dipinda atau ditambah hanya dalam Mesyuarat Agung
Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa sahaja. Segala pindaan-pindaan dan tambahan-
tambahan yang diusulkan hanya berkuatkuasa setelah mendapat kelulusan oleh Pendaftar
pertubuhan.

(b) Pindaan undang-undang berkaitan khairat kematian hanya boleh dibuat dengan persetujuan tiga
perempat ( ) dari jumlah ahli-ahli dengan cara undi sulit sahaja.

19. BIRO-BIRO PERSATUAN

(a) Biro-biro yang dipersetujui ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa dibenarkan aktif
seperti mana tujuan persatuan ini diwujudkan.
CONTOH :
1. Biro Perpaduan Kariah (aktiviti bulanan tahlil dsb)
2. Biro Kebajikan Kariah (berkaitan khairat dsb)
3. Biro Sambutan Keraian (sambutan mengikut bulan hijrah)
4. Biro Dakwah (kursus/taklimat)
5. Biro Sosial (hari keluarga)
6. Biro Warisan & Budaya (tak menjolok mata)
7. Biro Pendidikan Kariah (kelas dsb)
8. Biro Kesihatan & Keselamatan Kariah
(gotong royong & ronda malam)

Anda mungkin juga menyukai