Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Berdasarkan video yang telah saya hasilkan terdapat beberapa kelebihan dan
kekurangan yang boleh dikenalpasti. Media pembelajaran multimedia merupakan media
pembelajaran yang memanfaatkan penggabungan antara gambar, suara atau audio, dan
video. Video pembelajaran yang saya hasilkan merupakan contoh media pembelajaran
multimedia yang mampu digunakan untuk penyampaian pembelajaran. Hal ini kerana saya
cuba untuk menyempaikan pembelajaran melalui gambar bergerak yang terdiri dalam
banyak frame yang disusun dan ditampilkan secara bergiliran dengan cepat sehingga
video tersebut dapat menampilkan objek bergerak. Saya menggunakan motion pictures
Video dibuat berdasarkan konsep cerita atau storyboard yang telah dirancang
sebelumnya. Warna latar belakang yang digunakan juga perlulah sesuai. Antara kelebihan
video yang saya hasilkan ialah penggunaan warna yang sesuai, tidak terlampau terang dan
tidak terlampau gelap. Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar berfikiran kritikal untuk
melihat maklumat dari pelbagai format. Media yang baik menawarkan kualiti dan ketajaman
paparan visual dalam penghasilannya.
Semrau, P. Dan Boyer, B. A. (1994), video menarik minat pelajar dari aspek saiz,
jenis teks menarik yang digunakan,warna teks sesuai, kebolehbacaan teks dan margin teks
yang sesuai. Seterusnya penggunaan text. Penggunaan teks dalam video ini dapat
membantu murid yang lemah dalam pembelajaran serta dapat keupayaan membaca untuk
mengorganisasikan informasi dalam teks dan mengingatnya kembali. Media pembelajaran
yang menggunakan text sangat berkesan digunakan untuk mempelajari pelajaran yang
disajikan tanpa menggunakan media. Dalam video yang telah dihasilkan seharusnya
penggunaan text yang penting haruslah menjadi highlight dan menggunakan bold. Bagi
penerangan kata adjektif yang saya lakukan haruslah menggunakan text yang berwarna.
Text style juga sangat penting agar dapat menarik perhatian dan dapat memfokuskan
tulisan serta dapat memberikan kejelasan.
2.0 ELEMEN DI DALAM PENGHASILAN VIDEO
Norazlin (2007), definisi multimedia ialah satu teknik yang digunakan untuk
mengintegrasikan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dalam satu
persekitaran digital. Jamaluddin dan Zaidatun (2003), setiap elemen tersebut mempunyai
peranan yang tersendiri dalam mewujudkan informasi yang menarik dan berkesan.Kesemua
elemen reka bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian juga telah saya masukkan ke
dalam video dan saya dapat mengenalpasti beberapa kelebihan dan juga kekurangan
Video yang bersifat realistik mampu meraih emosi dengan lebih mudah berbanding
penggunaan imej yang bersifat statik. Imej yang statik akan menjadikan video hambar dan
tidak menarik. Kelebihan dalam penghasilan video saya ialah saya menggunakan effect
gambar rajah yang bergerak untuk menerangkan maksud kata adjektif. Video yang saya
hasilkan memiliki kemampuan dalam menampilkan unsur suara (audio) dan gambar
(visual) berupa gambar bergerak atau moving images.
Dari aspek muzik dan suara latar pula, saya telah menggunakan muzik yang bersifat
motivation. Hal ini dapat mempengaruhi minat serta emosi pendengar. Video ini dapat
digunakan untuk memotivasi atau membangkitkan emosi orang yang melihatnya. Selain
membangkitkan emosi, program video dapat juga digunakan dapat menyampaikan sebuah
peristiwa yang diterangkan dalam bentuk pembelajaran. Video yang dihasilkan juga dapat
digunakan untuk memotivasi murid agar melakukan suatu tindakan (action) contohnya
dengan mencatat nota atau melukis berdasarkan gambar yang mereka lihat pada video
yang dihasilkan.
Namun kekurangan yang dapat saya kenalpasti ialah saya tidak menyelitkan rakaman
suara di dalam video saya. Hal ini menampakkan video saya sukar untuk difahami pada
tahap murid sekolah rendah. Saya juga terlalu bergantung kepada animasi dalam Powtoon
sahaja. Seharusnya saya boleh menyelitkan banyak lagi gambar sebenar agar video
Nampak lebih nyata dan realistik.
PENUTUP
Jelaslah berdasarkan penghasilan video yang telah saya buat dan berdasarkan komen
penilaian yang telah diberikan oleh rakan-rakan dapatlah saya simpulkan bahawa untuk
penghasilan video yang menarik banyak menggunakan bantuan daripada media lain seperti
audio dan gambar yang bergerak.Contohnya, satu minit video menggunakan lebih banyak
penggunaan teks dan gambar sahaja . Oleh itu, video sesuai digunakan dalam penghasilan
bahan bantu mengajar tetapi memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkannya
Peralatan-peralatan untuk menghasilkan video seperti kamera, lampu, dan alatan untuk
mengedit diperlukanuntuk menghasilkan satu video. Tambahan pula, mesti mempunyai
perkakasan dan perisian yang sesuai untuk menghasilkan video yang berkualiti. Video
adalah khas untuk menunjukkan pergerakan, ia tidak sesuai untuk ilustrasi konsep abstrak,
menunjukkan objek atau situasi yang statik. Dalam keadaan ini, teksa tau grafik dapat
menyampaikan konsep abstrak dengan lebih afektif berbanding dengan video.
RUJUKAN
Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun and Zaidatun Tasir. (2001).
Semrau, P. & Boyer, B.A. (1994). Using interactive video in education. Boston: Allyn and
Bacon.
Jamaludin, H. & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Publication.
Venton Publishing.
RUJUKAN INTERNET
pada 12/10/17