Anda di halaman 1dari 9

Laporan kajian Kes

1.0 Pengenalan

Dewasa ini, bidang Matematik merupakan satu bidang yang tidak asing lagi di dunia
ini. Matlamat pendidikan Matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan
mengembangkan kefahaman pelajar dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Menurut Shafie (2010), sukatan bagi mata
pelajaran Matematik sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran asas mengira
iaitu melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dalam penyelesaian masalah
harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab.

2.0 Isu terhadap tajuk nombor dan operasi

Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan di sekolah SJK Foon Few 3, saya
mendapati terdapat murid di kelas Tahun 1 Q yang mempunyai masalah dalam membuat
penambahan dan penolakan mengalami 2 digit. Mereka selalu mengeliru terhadap nilai
tempat bagi nombor dua digit semasa menjalankan penambahan dan penolakan
dengan cara bentuk lazim. Saya telah membuat temu bual terhadap guru matematik
sekolah dan juga mendapatkan maklumat-maklumat daripada pemerhatian dan juga
melayari internet. Saya mendapati kemungkinan murid-murid tahun satu yang tidak dapat
berfikir dengan abstrak susah untuk menentukan nilai tempat nombor. Matematik adalah
pelajaran yang abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturan-peraturan langkah
kerja, algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos, 1989). Murid-
murid mengalami masalah nilai tempat semasa memindah nombor kepada kaedah bentuk
lazim untuk mendapatkan jawapan. Sebagai contoh 20+3 sepatutnya dikira sebagai 0+3
dan jawapan sebagai 23. Namun, murid daripada tahun satu selalunya mengira seperti
2+3 dan mereka akan mendapat jawapan 50 semasa ditulis dengan kaedah bentuk lazim.
Bukan itu sahaja, terdapat murid membuat operasi penolakan yang salah meletakkan
nilai tempat nombor. Pengiraan bentuk lazim adalah satu kaedah yang jelas dan mudah
tetapi murid masih menimbulkan masalah dalam meletak nilai tempat lagipun operasi
matematik dalam bentuk ayat matematik.

1
Rajah 1: Hasil kerja Murid Tahun 1 Q

Menurut Bloomfield (2003) nilai tempat adalah satu konsep yang penting dalam
pengajaran dan pembelajaran nombor lebih dari satu digit. Oleh hal yang demikian, saya
juga perlu mementingkan ilmu nilai tempat kepada murid supaya murid dapat menguasai
operasi penambahan dan penolakan. Sekiranya murid tidak menguasai konsep nilai
tempat, maka murid akan mengalami masalah dalam pengiraan operasi nombor.

3.0 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meneroka penggunaan Mesin Operasi sebagai resos
bagi tajuk nombor dan operasi dalam membantu murid-murid mengatasi masalah
penguasaan pengiraan operasi mereka agar mereka tidak ketinggalan dalam mempelajari
subjek lain dan tajuk lain berbanding dengan kelas lain. Secara khususnya, objektif kajian
ini adalah untuk membantu murid Tahun 1 menguasai operasi penambahan dan
penolakan dengan membezakan nilai tempat nombor dua digit serta menggunakan
kaedah yang mudah dan senang digunakan semasa menjawab soalan matematik.

4.0 Perancangan Tindakan

Dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran terhadap Tahun 1 Q, saya


telah merancang beberapa langkah untuk memfaatkan 30 minit yang saya ada. Pertama
sekali, saya ingin memperkukuhkan konsep nilai tempat sa dan pu terhadap murid kerana
pembelajaran hanya melibatkan tambahan dan tolakan dalam lingkungan 100. Saya akan
menggunakan kaedah yang berbeza untuk memudahkan murid dapat membezakan nilai
tempat semasa menjalankan operasi. Dengan ini, saya menerangkan tentang konsep
operasi penambahan dan penolakan dengan menggunakan cara bentuk lazim.
Seterusnya, saya akan menggunakan resos saya iaitu Mesin Operasi yang berdasarkan

2
konsep bentuk lazim. Saya akan memberi peluang kepada murid untuk mencuba
menjawab soalan-soalan yang diberi. Akhirnya, saya akan memberi lembaran kerja
kepada murid dan murid-murid hendak menyelesaikannya.

5.0 Pelaksanaan Tindakan

Langkah 1: Melaksanakan peneguhan konsep nilai tempat.

Pertama sekali, langkah ini adalah set induksi bagi rancangan pembelajaran dan
pengajaran saya terhadap murid Tahun 1 Q. Saya menerangkan tentang tangan kiri dan
kanan iaitu kiri adalah sama dengan nilai tempat pu dan kanan adalah nilai tempat sa.
Apabila saya menyebut kiri, murid-murid hendaklah mengambil tangan kiri dan menyebut
pu ataupun tangan kanan iaitu sa. Dengan ini, saya mempercepatkan kelajuan
menyebut arah tangan dan murid hendaklah bertindak mengikut arahan. Hal ini adalah
untuk memastikan murid jelas terhadap kedudukan nilai tempat dengan perbezaan arah.

Langkah 2: Menerangkan konsep operasi dengan bentuk lazim.

Pada langkah ini, saya menyediakan beberapa soalan kepada murid dan
menerangkan konsep operasi dan juga cara bentuk lazim. Contoh soalan adalah, Amin
mempunyai 15 biji gula, dan ibunya bagi 5 biji gula lagi. Berapa biji gula yang Amin ada?
Saya menerangkan nilai tempat nombor dahulu dan memindah maklumat soalan.

1 5 5
Nilai tempat pu Nilai tempat sa Nilai tempat pu Nilai tempat sa
(Tangan Kiri) (Tangan Kanan) (Tangan Kiri) (Tangan Kanan)

Saya juga menerangkan tentang kedudukan menulis semasa menggunakan kaedah


lazim dengan mengikut sa selajur dengan sa dan pu selajur dengan pu untuk
mendapatkan jawapan yang betul.

Langkah 3: Memperkenalkan penyelesaian dengan menggunakan resos.

Saya memperkenalkan resos saya iaitu Mesin Operasi dengan membuat


beberapa soalan operasi. Saya juga menerangkan konsep nilai tempat pada resos ini,
iaitu sekiranya nilai tempat sa, murid-murid hendaklah memusingkan nombor di atas
resos pada sebelah kanan yang mengikut arah yang telah diperkukuhkan. Saya juga

3
menerangkan nombor seterusnya perlu memusingkan nombor selajur dengan nilai tempat
seperti atas. Contohnya, sekiranya 12 + 3 , maka murid hendaklah memusingkan nombor
3 selajur dan di bawah 2 tetapi bukan di bawah 1.

Langkah 4: Melaksanakan latihan operasi penambahan dan penolakan

Akhirnya, saya memberi lembaran kerja yang telah disediakan kepada murid dan
murid hendaklah menjawab hingga habis.

6.0 Resos Mesin Operasi

Resos Mesin Operasi adalah satu resos yang membantu dalam tajuk operasi
matematik. Resos ini lebih sesuai digunakan dalam operasi penambahan dan penolakan,
tetapi ia juga dapat digunakan dalam operasi pendaraban dan pembahagian kerana ia
memerlukan fikiran yang lebih abstrak. Dengan resos ini, murid-murid akan lebih seronok
dengan bahan konkrit di hadapan mereka manakala guru juga dapat mengubah soalan-
soalan bagi murid untuk jawab. Resos ini dapat membantu guru menentukan soalan
dengan mudah dan senang serta menarik perhatian murid-murid. Bukan itu sahaja, murid-
murid juga dapat memindah nombor yang melebihi sepuluh sebelah kiri dengan menulis
di atas kolum kedua dengan menggunakan whiteboard markerdan dapat dipadam
dengan senang.

7.0 Keberkesanan Aktiviti

Set induksi iaitu melaksanakan peneguhan konsep nilai tempat telah memberikan
manfaat yang jelas terhadap murid-murid darjah tahun satu. Hal ini kerana set induksi ini
bukan sahaja dapat membantu dalam membezakan nilai tempat nombor tetapi ia juga
membawa keseronokan kepada murid-murid. Set induksi yang baik akan dapat menarik
perhatian murid kepada pengajaran, bersedia menerima pelajaran baru dan
menggalakkan pembelajaran murid (Shahabuddin H., et. al., 2007). Murid-murid dapat
mempelajari konsep nilai tempat melalui keseronokan aktiviti serta dapat memberi
manfaat dalam operasi penambahan dan penolakan. Murid-murid dapat membezakan
dengan jelas bahawa nilai tempat sa dan pu pada nombor 2 digit supaya menjalankan
operasi dengan tepat. Keseronokan yang ada juga menjadi satu rangsangan supaya
murid menumpukan perhatian kepada apa yang guru diajar.

4
Aktiviti yang dijalankan juga menunjukkan keberkesanan dalam pembelajaran dan
pengajaran terhadap murid. Hal ini kerana saya telah mengajar topik secara ansur maju
iaitu saya telah membuat penerangan terhadap operasi terlebih dahulu dan menunjukkan
contoh dengan menggunakan kaedah bentuk lazim. Hal ini dapat memberi satu asas bagi
membuat pengiraan terhadap operasi. Menurut Ling, C.C. (2009) dalam Steven
Blanda(2009), kaedah ansur maju merupakan salah satu kaedah untuk murid
mempelajari sesuatu kemahiran itu bermula daripada langkah yang paling asas kemudian
beralih ke aras yang lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat
menguasainya. Penerangan yang jelas oleh guru seperti nilai tempat, tempat tulis juga
dapat membantu murid lebih memahami konsep operasi bentuk lazim dan guru juga
menunjukkan cara memindahkan maklumat daripada soalan berbentuk ayat kepada
nombor sahaja. Oleh hal yang demikian, guru telah menjadikan satu teladan yang baik
kepada murid. Resos yang diperkenalkan oleh guru juga memudahkan murid semasa
mengira operasi tambah dan tolak. Murid bukan sahaja mempelajari sesuatu melalui
resos ini tetapi juga menambah minat murid dalam mata pelajaran matematik.

Akhirnya, kebanyakan murid dapat menjawab lembaran kerja dengan betul.


Kebanyakan murid dapat menulis operasi dalam bentuk lazim dengan betul dan murid
juga dapat membezakan nilai tempat dengan jelas dan tidak keliru. Murid sanggup
menggunakan resos sebagai panduan mereka untuk memastikan kedudukan nombor
dengan meletakkan nombor dengan selajur mengikut nilai tempat.

8.0 Keberkesanan Resos

Pertama sekali, Mesin Operasi adalah satu resos yang senang digunakan dan
difahami oleh murid-murid. Murid-murid dapat menggunakan resos ini pada bila-bila masa
semasa guru mengajar. Guru hanya perlu menerangkan konsep resos dan murid dapat
menggunakannya untuk menjawab. Hal ini kerana resos ini sama konsep dengan
pengiraan bentuk lazim, cuma ia adalah secara memusingkan nombor di atas roda.

Selain itu, resos ini juga boleh digunakan dalam setiap operasi iaitu tambah, tolak,
darab dan bahagi. Guru boleh menggunakan resos ini dalam menguji atau memberi
latihan kepada murid-murid. Walaubagaimanapun, ia ada had semasa dimainkan dalam
peranan operasi bahagi kerana bukan setiap nombor dapat dibahagikan dengan nombor
yang ditentukan.

5
Seterusnya, resos ini juga menambahkan keseronokan semasa waktu
pembelajaran. Walaupun, konsep resos lebih kurang dengan bentuk lazim yang
tradisional tetapi resos ini adalah dalam bentuk konkrit dan murid juga dapat menjalankan
pelbagai aktiviti berdasarkan resos ini seperti pertandingan antara murid, uji minda murid
dan sebagainya yang dapat meningkat keseronokan.

9.0 Cadangan Penambahbaikan

Pertama sekali, Mesin Operasi perlu menambahbaikan kelancaran semasa roda


dipusing. Hal ini kerana kadangkala roda nombor akan tersekat disebabkan oleh
ketidaksama saiz bagi 2 belah roda. Dengan ini, saya ingin menambahbaikan roda ini
dengan menggunakan barang yang sedia ada seperti roda tape pelekat yang sudah
diguna kerana saiz semua adalah sama dan senang dicari.

Seterusnya, saya juga haruslah bertindak untuk menutup dua roda nombor di
sebelah kiri baris ketiga. Hal ini kerana murid-murid akan dikelirukan semasa menjalankan
operasi penambahan dan penolakan kerana ia tidak digunakan. Roda nombor tersebut
akan mengganggu penglihatan murid sehingga mereka memusingkan roda yang salah.
Sebenarnya, roda nombor tersebut adalah untuk kegunaan semasa menjalankan operasi
pendaraban. Oleh hal yang demikian, saya haruslah menutup roda nombor tersebut
dengan menggunakan kertas tebal supaya dapat dibuka ketika diperlukan.

10.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, bidang Matematik ini memainkan peranan yang amat penting


dalam kehidupan manusia di dunia ini. Sejak kecil sehinggalah dewasa, kita sentiasa
dikelilingi dengan ilmu Matematik. Dengan kegunaannya, nombor dan operasi adalah
yang terpenting. Sekiranya, seseorang tidak dapat menguasai nombor dan operasi, maka
matematik adalah kehilangan makna yang ada kerana kita memerlukan ilmu nombor dan
operasi untuk melakukan sesuatu berkaitan dengan matematik.

6
Bibliografi

Marzita Puteh; Wan Yusof Wan Ngah; Chan Yook Lean. (2013). Buku Teks Matematik

Jilid 2 Sekolah Kebangsaan Tahun 1. Kuala Lumpur: DBP & KPM.

Siow, H. L., Talib, A., Lee, S. E., Sebestian, S. & Asmawi, A. (2005). Pedagogi Merentas

Kurikulum. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Rohani, A., Menon, N. & Sharani, A. (2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. Pahang:

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Blanda, S. (2009). KESAN PENGGUNAAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM


MEMBANTU MURID. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa
Melayu amb. , 44.

Yussoff, S. (2009). KAEDAH PENGAJARAN OPERASI PENAMBAHAN . Buku Koleksi

Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, 173-176.

Yusri Abdullah, Rosnaini Mahmud, Habibah Ab. Jalil & Shaffee Mohd Daud. (2015).

Analisis Kesalahan dalam Menyelesaikan Operasi Penambahan dan Penolakan


Pecahan dalam Kalangan Murid Tahun Empat . International Journal of Education
and Training (InjET) , 3.

Jeremy Bloomfield.(2003). Teaching And Learning About Place Value At The Year 4 Level.

Laporan kajian untuk memenuhi syarat kursus, Christchurch College of Education.

Abdullah, G. (2007). Humor Dalam Pengajaran. Pahang : PTS Professional Sdn. Bhd..

Shahabuddin, H. & Miza, A. (2014). Kaedah pengajaran dan pembelajaran kerohanian


kanak-kanak. Selangor: PTS Media Groups Sdn. Bhd.

7
Guru Panitia Matematik, Foo Siaw Ping yang saya temu bual pada hari kedua PBS.

Dua orang murid yang bertanding semasa set induksi iaitu mengankat tangan
kanan dengan menyebut nilai tempat sa.

8
Saya yang menerangkan tentang konsep Mesin Operasi.

Murid-murid yang menjawab soalan dengan menggunakan Mesin Operasi

Anda mungkin juga menyukai