Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan definisi imperialisme, colonialisme dan mercantalisme berdasarkan kepada

takrifan yang diberi oleh para sarjana sejarah serta perkembangannya di Asia Tenggara pada
abad ke-19.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Menurut Nadel dan Perry Curtis, imperialisme merupakan perkembangan kuasa atau kawalan,
sama ada secara langsung atau tidak, politik atau ekonomi, oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau
masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat lain. Manakala menurut Profesor D.K Fieldhouse,
imperialisme merupakan satu kecenderungan sesuatu masyarakat atau pemerintahan untuk
mengawal masyarakat lain, biar apa pun cara dan tujuan tindakan itu.

Imperialisme terbahagi kepada dua, iaitu imperialisme lama dan imperialisme baru.
Imperialisme lama cuba menonjolkan sifat-sifat keunggulan (hegemony) oleh satu-satu bangsa
ke atas bangsa-bangsa lain. Empayar-empayar ini berupaya mengembangkan satu budaya dan
membentuk satu rupa bangsa di kalangan penduduk di bawah kawalannya. Menurut Hobson,
imperialisme Rom seperti imperialisme Eropah dibawah pemerintahan Charlemagne (Jerman),
Perancis semasa Napoleon mendukung cita-cita internasionalisme (antaranbangsa). Mereka
cuba mewujudkan satu persekutuan dan keperibadian yang sama bagi bangsa-bangsa atau
negerinegeri di bawah keunggulan satu bangsa.

Sebaliknya, imperialisme baru tidak berteraskan cita-cita antarabangsa. Serangan dan


penindasan terhadap bangsa yang lemah menjadi kebiasaan dalam imperialisme ini. Hal ini
yang mencetuskan perasaan benci-membenci dalam kalangan rakyat jelata yang menyumbang
kepada kebangkitan pejuang nasionalisma yang mewujudkan peperangan. Dalam imperialisme
ini, berlaku juga persaingan dalam kalangan empayar. Selepas tahun 1870, imperialism baru
berlaku sepenuhnya. Contoh, Britain menyerang Burma dan berjaya menguasai Burma pada
1886.

Menurut Nadel dan Curtis, kolonialisme merujuk kepada aktiviti penindasan, penghinaan atau
eksploitasi orang-orang peribumi di tanah jajahan. Kolonialisme merupakan sesuatu bangsa
atau negeri mengembangkan kuasa atau pengaruhnya melalui penghijrahan rakyatnya kepada
sesuatu kawasan atau penjajahan baru di seberang laut. Kolonialisme sering dikaitkan dengan
aktiviti untuk menerangkan imperialisme Barat di sesebuah empayar. Misalnya, Sepanyol
menindas golongan petani untuk bekerja lebih masa di Filipina.
Merkantilisme merupakan istilah yang berasal dari kata merchant yang membawa erti
perdagangan. Mengikut fahaman merkantilisme, sesebuah negara yang menginginkan
kemajuan haruslah melakukan kegiatan ekonomi yang berasaskan kepada aktiviti perdagangan
yang mana perdagangan tersebut hendaklah dilakukan dengan negara-negara yang lain.
Merkantilisme merupakan suatu sistem politik ekonomi yang sangat mementingkan aktiviti
perdagangan internasional dengan tujuan untuk memperbanyakkan modal serta aset yang
dimiliki oleh sesebuah negara. Dasar merkantilisme ini juga menggalakkan aktiviti eksport
tetapi mengurangkan atau menghadkan aktiviti import. Antara negara yang menggunakan serta
mengamalkan konsep atau dasar merkantilisme ini adalah Portugis, Sepanyol, Inggeris,
Perancis dan Belanda. Negara-negara ini kemudiannya telah memperluaskan tanah jajahan
mereka sekaligus membawa masuk pengaruh serta fahaman yang telah diguna pakai ke tanah
jajahan terutamanya ke negara-negara Asia Tenggara.

Dasar merkantilisme sangat kuat pengaruhnya sehingga pada abad ke-18, ideologi ini telah
berkembang menjadi politik ekonomi di negara-negara Eropah Barat khasnya dan
kemudiannya telah meresap masuk ke Asia Tenggara ekoran daripada perluasan kuasa. Dasar
merkantilisme ini bertujuan untuk melindungi perkembangan industri perdagangan disamping
melindungi kekayaan negara masing-masing. Hasil daripada pengamalan dasar merkantilisme
ini, negara serta pemerintah iaitu individu yang merupakan penguasa ekonomi akan
memperoleh kekayaan yang banyak bagi membiayai negara mereka.

Sekian, Terima Kasih.