Anda di halaman 1dari 1

Yang Dipertua PIBG, SMK Seksyen 4 Kota Damansara

Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah pada kali ini. Terima kasih juga
kerana memberikan kesempatan untuk saya melakarkan kata alu-aluan . Tahniah diucapkan kepada
AJK Sidang Redaksi DFOURIANS 2016.

Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung selama ini dan memberikan
pengertian yang besar kerana menerusi DFOURIANS , kita dapat merakamkan peristiwa suka duka
dan pahit manis yang mewarnai pengalaman kita. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga
sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek akademik maupun sahsiah.

Pemuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting melahirkan kejayaan anak-
anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing akan menyediakan landasan yang kukuh untuk
anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka melakar kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang
jitu ini akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak
sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Jelaslah di sini, komitmen semua pihak mampu
menjayakan wawasan negara.

Justeru, saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaik pencapaian diri dan
berpegang teguh pada akujanji yang dilafazkan, ketahanan mental, kegigihan serta ketabahan
pelajar mampu membentuk modal insan yang cemerlang dalam apa sahaja bidang yang diceburi.

Akhirul kalam, saya mendoakan SMK Seksyen 4 Kota Damansara sentiasa beroleh kejayaan dan
segala usaha akan diberkati Allah SWT. Semoga terus berjaya dalam segala bidang.

Sekian,. terima kasih.

EN. ISZAHAR BIN ABDULLAH

Anda mungkin juga menyukai