Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia kepada semua warga SMK Seksyen 4

Kota Damansara. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kurnia dan peluang untuk membaiki
diri menjadi lebih baik. Tidak lupa kepada siding redaksi yang berusaha dalam menjayakan majalah
D`fourians edisi ke-11 dan sekalung tahniah diucapkan.

Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kepada semua guru dan juga warga SMK Seksyen 4 Kota
Damansara sepanjang saya menjadi ketua pelajar ini, jika saya telah mengguris hati dan perasaan
sesiapa sahaja tanpa disedari atau disedari. Sepanjang saya menuntut ilmu disekolah ini, saya tidak
menyangka bahawa saya akan dilantik sebagai ketua pemimpin pelajar, walaubagaimanapun, saya
menyahut cabaran ini dan berusaha untuk mengasah bakat kemimpinan saya dan menjadi lebih
berdisiplin. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang memberi tunjuk ajar dan juga semua ahli
majlis pemimpin pelajar yang telah memberi kerjasama yang jitu.

Saya berharap SMKS4KD semakin hari menjadi sekolah yang disegani dan saya berharap, pelajar di
SMKS4KD menjadi lebih berdisiplin dan berdedikasi.Saya telah banyak menempuh cabaran di sekolah ini
dari aspek mental mahupun fizikal.

Akhir kata,semoga SMKS4KD melahirkan lebih banyak modal insan yang akan berbakti kepada
Negara. Saya juga harap, kita dapat mencotohi sikap Rasul utusan Allah, supaya berjaya di dunia dan di
akhirat.

#FouriansTheBest!

Mohamad Aiman Hafizhan b. Mohd Zuki


5 Amanah

Anda mungkin juga menyukai