Anda di halaman 1dari 6

Pertolangan Cemas

Bantuan atau rawatan pertama yang diberi kepada mangsa kecederaan atau kemalangan atau
diserang oleh penyakit secara tiba-tiba.
Tujuan Pertolongan Cemas
1. Menyelamatkan nyawa sebelum rawatan perubatan tiba
2. Mencegah mangsa daripada menjadi lebih teruk .
3. Membantu mangsa untuk menjadi pulih jika boleh.

Merawat Luka
Kecederaan

Luka terhiris, melecer , luka bergerigi, luka tertikam, luka lebam, luka terkena peluru
1. Bersihkan luka dan membasuh luka dengan air yang mengalir.
2. Bersihkan kawasan sekeliling luka dengan menggunakan kapas letak dressing /
pelapik / pembalut yang bersih.
3. Angkat bahagia yang luka.
4. Jumpa doktor jika perlu.

Luka di tapak tangan


1. Letakan dresing dan kapas bersih di atas luka dan tekan untuk menghentikan darah.
2. Angkat tangan yang cedera ke aras tinggi daripada jantung.
3. Bengkokkan jari seakan-akan mahu bergenggam untuk memastikan tekanan yang
kuat.
4. Balut di luar jari
5. Lakukan anduh dab hantar ke hospital.

Luka yang menembusi dada


1. Tutup luka dengan tangan untuk menenangkan nafas mangsa.
2. Baringkan mangsa dalam keadaan separuh duduk, pusingkan badan supaya bahagian
yang cedera berada di atas. Beri sokongan kepada kepala dan bahu.
3. Tutup luka dengan dresing bersih. Tutup di atasnya dengan plastic / kepingan logam
dan letak pita di keliling supaya udara tidak masuk.
4. Periksa tanda-tanda renjatan dan rawat jika perlu.
5. Periksa kadar pernafasan, nadi dan tahap kesedaran setiap 10 minit.
6. Jika mangsatidak sedar diri, lakukan CPR .

Luka atau cedera pada abdomen


1. Baringkan mangsa dan bengkokkan lutut. Letakkan sesuatu ,bantal / selimut di bawah
lutut untuk mengendurkan tempat luka
2. Tutup luka dengan dresing dan kapas dan balut dengan rapi supaya darah berhenti
keluar.
3. Beri perhatian terhadap tanda-tanda renjatan.
4. Periksa pernafasan, nadi dan tahap kesedaran setiap 10 minit. Melakukan CPR jika
perlu.
5. Jika mangsa batuk atau muntah, tekan bahagian luka perlahan-lahan untuk mencegah
organ dalam daripada keluar
6. Hantar mangsa ke hospital secepat mungkin dan elakkan daripada menggerakkan
mangsa .

Keracunan
Racun Jenis Korosif
1. Berikan mangsa air/ susu yang banyak untuk mencairkan racun. Berikan sedikit-
sedikit secara perlahan
2. Bersihkan mulut jika ada racun, keluarkan pakaian yang terkena racun
3. Letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan walaupun ia sedar / dapat bernafas
seperti biasa untuk mencegah muntah.

Terseliuh
Kecederaan ini berlaku apabila ligamen atau otot yang mengelilingi sendi terputus atau
teregang .
1. Rehatkan sendi dan sokong dalam kedudukan yang paling selesa. Jika sendi
pergelangan kaki terlibat, buka kasut dan sarung kaki sebelum kaki mula bengkak.
2. Jika terseliuh baru berlaku , lekapkan pek ais atau demahan sejuk ( kain yang
direndam dalam air sejuk) selama sekurang-kurangnya 30 minit.
3. Letak kapas tebal di keliling sendi dan balut dengan bendej crepe.
4. Angkat bahagian yang cedera. Rehat selama 1 hari / sehingga denyutan berhenti.

Melecur
Kecederaan yang disebabkan oleh haba basah seperti cecair panas atau wap.
1. Letakkan bahagian terbakar di bawah air paip yang mengalir perlahan / rendamkan
dalam air sejuk selama 10 minit, jangan gunakan ais.
2. Keluarkan cincin, gelang atau pakaian ketatdaripada bahagian terbakar sebelum
bahagian ini mula bengkak.
3. Jangan pecahkan bisul air atau keluarkan kulit terkupas
4. Keringkan dan letak dresing yang keringdan tidak berbulu. Jangan letak losyen, krim
ubat sapu atau lemak.
5. Angat bahagian terbakar untuk mengurangkan bengkak.

Pitam
Pitam berlaku apabila seseorang tidak sedar diri akibat kekurangan bekalan darah ke otak.
1. Jika mangsa mahu pitam, suruh mangsa duduk dan tundukkan muka ke bawah dan
nasihatkan supaya bernafas dalam-dalam.
2. Jika dia terpaksa berdiri, suruh dia angkat kaki supaya lebih banyak darah dapat
mengalir ke otak .
3. Jika mangsa sudah pitam, baringkannya dan angkat kedua-dua kakinya.
4. Longgarkan pakaian dan memastikan mangsa dapat udara yang segar, kipaskan
mukanya.
5. Apabila sedar, rehatkan dengan selesa dan kemudian suruh dia duduk.
6. Periksa sama ada mangsa cedera semasa jatuh
7. Berikan mangsa minum air tetapi jangan berikan apa-apa sebelum sedar sepenuhnya.
8. Jika mangsa terus tidak sedar diri, hantar ke hospital.
Patah
1. Periksa seluruh tubuh mangsa : pernafasan, nadi denyutan jantung dan juga
perdarahan . jika berlaku perdarahan, berikan rawatan sewajar dahulu.
2. Luruskan dan sokong bahagian yang patah. Letakan sebelah tangan atas pada dan
sebelah lagi bawah tempat patah .
3. Bahagian patah perlu ditampung :
Patah tulang bahagian atas anggota-tampungkan ke badan mangsa,letakkan pad, kapas
dan anduh .
Patah tulang bahgian bawah anggota-tampungkan ke anggota sebelah lagi yang tidak
patah.
4. Jangan gerakkkan sendi yang berada di atas dan di bawah tempat patah
5. Jangan membalut terlalu dan kuat sehingga menjejaskan peredaran darah .

Balutan
1. Duduk di hadapan mangsa dan suruh mangsa memegang sikunya dalam keadaan yang
paling selesa .
2. Letak hujung bendej di bahagian dalam siku dan balut sekeliling hujung siku .
3. Balut sekeliling lengan atas , dengan menutupi setengah daripada balitan pertama ,
kemudian balut ke lengan bawah . Pastikan bendej menyentuh pusingan pertama dan
kedua tadi supaya kulit tidak terdedah.
4. Teruskan balutan lengan atas dan bawah berselang-selang, ke atas dan ke bawah.

Anduh
Digunakan untuk kecederaan anggota atas dan kecederaan dada
1. Dakapkan tangan ke dada, beri sokongan di lengan bawah dan pastikan tangan dan
pergelangan tangan tinggi sikit daripada siku .
2. Masukkan bendej tiga segi di antara lengan dengan dada supaya puncaknya boleh
menutupi siku.
3. Letak hujung bendej di atas bahu sebelah yang tidak cedera dan belitkan di belakang
leher sehingga ke hadapan sebelah yang cedera.
4. Lipatkan bendej dari bawah tangan dan ikut hujung dengan bahagian yang di atas
bahu. Gunakan simpul reef . hanya biarkanhujung jari yang terdedah
5. Bawa hujung puncak ke hadapan dan sematkan bahagian hadapan bendej dengan pin/
masukkan ke bahagian antara lengan dengan bendej
6. Periksa peredaran darah.

Merawat Gigitan
a) Sengatan serangga :
Bawa mangsa ke hospital segera jika menjadi bengkak-bengkak & mengalami
kesukaran untuk bernafas
Jika disengat dalam mulut -Suruh mangsa menghisap ais / membasuh mulut dengan
air sejuk dan membalut leher dengan tuala sejuk
b) Gigitan haiwan :
Untuk gigitan di permukaaan
1. Basuh luka dengan sabun dan air selama 5 minit dan keringkan .
2. Letak iodin (ubat kuning) dan balut.
3. Mendapatkan rawatan yang selanjutnya di hospital jika perlu.

Untuk gigitan yang dalam


1. Kawal dan berhentikan perdarahan jika berlaku.
2. Basuh dengan teliti dan tutup dengan dresing kering.
3. Bawa mangsa ke hospital untuk suntikan anti-tetanus .

c) Gigitan Kala atau Lipan


1. Mengeluarkan darah yang beracun
2. Sapu iodin dan tutupkan dengan kain yang telah direndam dalam air sejuk untuk
mengurangkan rasa sakit.
3. Memberi krim antihistamia untuk mengurangkan rasa gatal dan menawar bisa
racun.

CPR
CPR atau Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation) adalah teknik
pertolongan cemas yang boleh digunakan sekiranya seseorang tidak bernafas dengan baik
atau degupan jantung mereka telah terhenti.Mampatan dada dan pernafasan penyelamatan
memastikan darah dan oksigen beredar dalam tubuh mangsa.

Langkah-langkah Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)


1. POSISIKAN TANGAN ANDA
Pastikan mangsa berbaring pada permukaan yang kukuh. Duduk bersimpuh di sisi mangsa
dan letakkan tapak tangan anda pada tengah-tengah dada mangsa.
2. SELANG-SELIKAN JARI.
Dengan memastikan lengan anda lurus, tekup tangan anda tadi dengan tangan tapak tangan
anda yang sebelah lagi dan selang-selikan genggaman jari.
3. BUAT MAMPATAN DADA.
Bangun dan condong sedikit ke depan dengan bahu anda berada tegak dengan dada mangsa
dan tekan ke bawah lebih kurang 4 hingga 5 cm. Lepaskan tekanan (tangan masih pada dada
mangsa) dan biar dadanya kembali naik ke atas. Ulang sebanyak 30 kali dengan kadar 100
kali seminit.
4. BUKA LALUAN UDARA.
Bergerak sedikit kepada kepala mangsa. Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagunya
untuk membuka laluan udara semula. Biarkan mulut mangsa ternganga sedikit.
5. BERI PERNAFASAN PENYELAMATAN.
Picit hidung mangsa agar lubang hidungnya tertutup dengan yang pada dahi mangsa dan
pegang dagu mangsa dengan tangan anda sebelah lagi. Tarik nafas seperti biasa, letakkan
mulut anda pada mulut mangsa dan hembuskan sehingga anda nampak dadanya ternaik.
6. LIHAT DADA MANGSA TURUN.
Alihkan mulut anda dari mulut mangsa dan lihat dada mangsa turun. Ulang pernafasan
penyelamatan ini (iaitu langkah 5 dan 6) sebanyak 2 kali.
7. ULANG MAMPATAN DADA DAN PERNAFASAN PENYELAMATAN.
Letakkan tangan anda pada dada semula dan ulang buat mampatan dada. Buat 30 mampatan
dada diikuti 2 pernafasan penyelamatan. Ulang kitar ini sehingga bantuan tiba.

Anda mungkin juga menyukai