Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN
Pendekatan modular merupakan modul yang bertujuan memastikan murid
mendapat asas dan landasan yang betul untuk menguasai kemahiran berbahasa
merangkumi kemahiran mendengar, menulis, membaca dan bertutur dalam
Bahasa Melayu dengan baik. Pendekatan modular ini mula diperkenalkan pada
tahun 2009 dan telah dilaksanakan pada tahun 2012 sebagai salah satu strategi
pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia.

2.0 PENDEKATAN MODULAR


Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina dengan menyepadukan pendekatan
modular bagi memastikan murid mampu menguasai kecekapan berbahasa yang
baik. Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit
kecil yang dikenali sebagai modul (KSSR 2013). Melalui pendekatan modular ini,
kurikulum digubal dan disampaikan mengikut bahagian dan unit lengkap dengan
gabungan pengetahuan, kemahiran dan nilai bersepadu yang seimbang serta
holistik (Haili Dolhan dalam Berita Harian 2009). Dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia terdapat lima modul kesemuanya iaitu Modul Mendengar dan Bertutur,
Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa.

Menulis
Seni
Membaca
Bahasa

Mendengar Pendekatan
Modular Tatabahasa
& bertutur BM

Modul Mendengar dan bertutur, Modul Membaca dan Modul Menulis merupakan
kemahiran asas dalam mempelajari mata pelajaran Bahasa Malaysia manakala

1
Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa pula menyokong modul-modul
tersebut bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid-murid.

2.1 MODUL KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


Kemahiran mendengar bermaksud keupayaan murid mendengar dengan
teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar
dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respon (KSSR
2017). Sebagai contoh, murid mendengar arahan daripada guru dan murid
memahami arahan tersebut dengan melaksanakan arahan daripada guru
itu. Aktiviti mendengar penting dikuasai kerana penggunaannya yang
begitu meluas dalam kehidupan (Yahya Othman, 2005). Kemahiran
bertutur pula merujuk kemampuan murid berkomunikasi untuk menjalin
hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea
yang kreatif dan kritis. Kemahiran bertutur juga menekankan penggunaan
ayat yang mempunyai sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan
bertatasusila.
2.2 MODUL KEMAHIRAN MEMBACA
Modul Kemahiran Membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan
sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. (KSSR 2017).
Kemahiran membaca juga dikatakan sebagai satu tindakan yang sangat
kompleks yang melibatkan persepsi, makna, perasaan dan pemikiran
(Morrow dalam Naimah Yusof 2014). Oleh yang demikian, murid harus
menguasai pelbagai aspek penting yang terdapat dalam Modul Kemahiran
Membaca iaitu aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara
kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Melalui Modul ini
juga, murid mampu menghayati teks yang dibaca sekali gus dapat
mengenal pasti nilai-nilai murni yang terkandung dalam teks tersebut.
2.3 MODUL KEMAHIRAN MENULIS
Menurut KSSR (2017), Modul Kemahiran Menulis merujuk keupayaan
murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang telah dilalui. Maksudnya, modul ini membolehkan murid
untuk menzahirkan idea-idea mereka melalui penulisan dengan

2
mengaitkan ilmu pengetahuan serta pengalaman peribadi. Kemahiran
menulis merupakan bahagian utama dalam pendidikan formal yang
menuntut kecekapan mental dan kemahiran kendiri untuk mencari,
mengumpul, mencanai dan menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan
pendapat (Sulaiman Masri 2006). Dalam hal ini, murid harus diberi
penekanan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan
yang betul, serta tulisan yang kemas dan jelas.

2.4 MODUL SENI BAHASA


Modul Seni Bahasa memfokuskan aspek kebahasaan, keindahan, dan
kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh
murid (KSSR 2017). Penguasaan aspek seni bahasa merangkumi
kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah.
Melalui pembelajaran modul ini, murid dapat menghasilkan karya kreatif
pelbagai genre secara lisan mahupun bertulis melalui variasi teknik yang
menarik. Guru perlu menggunakan teknik didik hibur dalam pengajaran
aspek seni bahasa kerana aspek pengajaran ini lebih kepada pengajaran
santai dan berhibur. Hal ini bertepatan dengan kenyataan Abdullah dalam
Mazlan Ismail (2016) iaitu bermain menjadi aktiviti utama, dan keseronokan
kanak-kanak dan akan memberikan kesan terhadap perkembangan
mereka.
Bagi melaksanakan pengajaran seni bahasa, guru haruslah mengetahui
prinsip-prinsip yang terdapat dalam pelaksanaan seni bahasa. Antaranya
ialah

Pengajaran yang santai

Pemilihan bahan yang sesuai

Pengajaran dan pembelajaran yang mudah

Guru hanya sebagai pembimbing

berpusatkan murid

3
Melalui prinsip inilah guru dapat melaksanakan teknik pengajaran seni
bahasa dengan betul supaya murid memperoleh isi pelajaran yang diajar
oleh guru.
Dalam hal ini juga, guru harus mengenal pasti apa isi pelajaran yang
ingin diajar pada murid. Jika guru ingin mengajar pengajaran yang
melibatkan unsur nyanyian, iaitu murid dapat menyebut dan memahami
nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu (SP 4.4), maka guru
harus mengetahui apa unsur-unsur seni yang terdapat dalam pengajaran
tersebut. Unsur seni dalam nyanyian melibatkan penggunaan diksi, melodi
serta intonasi lagu tersebut. Unsur-unsur ini amat berperanan bagi menarik
perhatian murid.
Semasa pelaksanaan pengajaran seni bahasa ini, guru haruslah
memilih standard pembelajaran yang sesuai serta menyatakan objektif
pembelajaran. Sebagai contoh
Standard pembelajaran: Menyebut dan memahami unsur seni dalam
lagu melalui nyanyian secara didik hibur
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat mengenal diksi yang terdapat
dalam lirik lagu yang dinyanyikan secara
didik hibur

Kemudian, guru dapat melaksanakan pengajaran ini melalui didik hibur


terlebih dahulu iaitu dengan memperdengarkan nyanyian kepada murid
melalui komputer riba (TMK). Kemudian, guru memaparkan lirik lagu di
hadapan kelas menggunakan pemancar LCD. Setiap murid perlu membaca
lirik lagu tersebut secara beramai-ramai, kemudian dibaca secara individu.
Seterusnya, murid menyanyikan lagu yang dibaca itu tanpa iringan
muzik. Murid sekali lagi diminta membaca setiap kosa kata yang terdapat
dalam lirik lagu tersebut sambil menggariskan lirik lagu yang disebut oleh
guru. Bagi mencapai objektif, guru menjelaskan unsur seni yang terdapat
dalam lagu tersebut iaitu diksi yang terdapat dalam lirik lagu itu. Akhir
sekali, murid menyanyi mengikut kumpulan sambil melakukan pergerakan
kreatif berdasarkan lirik lagu tersebut.

4
2.5 MODUL TATABAHASA
Tatabahasa boleh diistilahkan dengan perkataan-perkataan yang terbina
secara semula jadi sebagai perkataan, atau dibina dengan mencantumkan
imbuhan kepada perkataan lain, atau dengan menggabungkan dua
perkataan berlainan menjadi sebuah perkataan baharu (Abdullah Hasan
2008). Menurut KSSR (2017), Modul tatabahasa merujuk aspek morfologi
dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami serta dikuasai oleh murid.
Aspek ini perlu diajarkan melalui pengajaran yang terancang dan teknik
yang sesuai dan berkesan agar murid dapat memahami dan menggunakan
tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan
mahupun bertulis.
Pengajaran tatabahasa di bilik darjah melibatkan pemilihan aktiviti yang
sesuai dan menarik. Guru juga perlu menyediakan bahan yang sesuai
dengan kognitif murid mengikut tahap umur mereka. Sebagai contoh guru
boleh memanfaatkan pelbagai bahan seperti prosa, puisi dan bahan grafik
yang sesuai dengan konteks penggunaan tatabahasa. Bahan hendaklah
meliputi pelbagai bidang ilmu dan mempunyai unsur nilai dan pengajaran.
Bagi aktiviti yang ingin dijalankan pula, guru melaksanakan aktiviti
permainan bahasa dengan meminta murid berteka-teki, menjawab kuiz,
melekapkan peta minda, memadankan unsur bahasa seperti subjek-
predikat dan sebagainya. Pendekatan deduktif yang dilaksanakan dalam
bentuk penerangan rumus.

3.0 KEPENTINGAN DIDIK HIBUR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Didik hibur merupakan salah satu teknik yang sangat efektif dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Guru masa kini haruslah
bergerak selari dengan peredaran zaman iaitu dengan mempelbagaikan teknik
pengajaran yang mempunyai unsur hiburan supaya tidak memberi tekanan
kepada murid. Oleh yang demikian, guru harus mendalami aspek-aspek penting
yang terdapat dalam didik hibur dan juga kaitannya dengan kecerdasan pelbagai
murid.
Kamus Dewan edisi keempat mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan
hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau

5
menggirangkan hati. Maksudnya di sini, didik hibur merupakan satu pendekatan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur
melalui aktiviti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara
sistematik dan terancang. Manakala kecerdasan pelbagai pula adalah sebuah
teori yang telah diperkenalkan oleh Howard Gardner yang berkisar kepada lapan
kecerdasan (Adenan Ayob, 2012). Howard Gardner telah melakukan kajian
terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa,
dan beliau telah menemukan suatu kesimpulan iaitu kecerdasan seseorang itu
bukan semata-mata diwarisi, tetapi ia juga disebabkan pengaruh persekitaran.
Bagi melaksanakan teknik didik hibur dalam pengajaran, seseorang guru itu
perlu terlebih dahulu mengenal pasti ciri-ciri kecerdasan yang terdapat pada
murid-muridnya. Sesetengah murid mungkin mempunyai kecerdasan dari segi
kinestetik, interpersonal, intrapersonal, verbal-linguistik, visual-ruang, naturalis,
muzik dan logik-matematik. Setiap kecerdasan ini akan menimbulkan rasa dan
minat yang berbeza bagi setiap murid. Oleh itu, guru perlu mengenal pasti terlebih
dahulu ciri-ciri murid sebelum melaksanakan teknik didik hibur. Sebagai contoh,
jika murid di dalam kelas itu kebanyakannya gemar kepada nyanyian, suka bersiul
atau dengan kata lain, mempunyai kecerdasan dari segi muzik, maka guru boleh
mengaplikasikan teknik didik hibur secara nyanyian. Pastikan lirik lagunya
mempunyai isi pengajaran, dan juga diselitkan dengan nilai moral yang tinggi.
Melalui teknik ini, murid akan merasa lebih selesa dan dapat mengurangkan tahap
kebimbangan dan ketakutan terhadap guru. Hal ini bertepatan dengan kenyataan
Ali dalam Mazlan Ismail (2016) iaitu proses pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan berupaya membolehkan murid memperoleh pelbagai perkara,
seperti pengetahuan baharu, memperkaya korpus bahasa, ilmu dan pengetahuan
daripada pelbagai disiplin, membentuk jati diri dan memahami sosiobudaya
penutur natif, serta dapat menggunakan kemahiran bahasa yang dipelajari. Murid
juga akan berada dalam keadaan positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk
melalui sesi pembelajaran hari ini dan berikutnya.

4.0 RUMUSAN
Secara ringkasnya, guru perlu mendalami serta menguasai kelima-lima modul
kemahiran bahasa yang terdapat dalam DSKP. Kemahiran bahasa yang terdapat
dalam DSKP itu sangat penting untuk diajarkan kepada murid supaya murid dapat

6
mengaplikasikannya dalam kehidupan. Antara kemahiran yang terdapat dalam
DSKP tersebut ialah kemahiran mendengar bertutur, kemahiran membaca,
kemahiran menulis, aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Bagi memberi
keseronokan kepada murid ketika belajar, guru juga boleh melaksanakan kaedah
didik hibur dalam pengajaran. Didik hibur bersifat santai dan tidak memberi
tekanan kepada murid sebaliknya memberi ketenangan.