Anda di halaman 1dari 12

1

Pemakanan Sihat Mengikut Amalan Diet Rasulullah SAW

Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet


Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan
kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik
buat semua umat manusia. Rasulullah SAW merupakan
seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan
yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan
manfaat daripadanya.

Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama


makanan berprotein dan melarang memakan campuran
pelbagai jenis daging. Baginda SAW lebih banyak
mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana
corak pemakanan sebegini adalah sihat dan berkhasiat
seperti juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari
ini.

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran


mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru,
pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan
dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin
mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga
mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk
kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem
pertahanan badan seseorang.

Rasulullah SAW tak pernah sakit perut sepanjang


hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-
hari. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar
sentiasa sihat dan tidak mengalami sakit perut ataupun
keracunan makanan.
2

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda


memakan daging, ayam ataupun
ikan.

Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat


daripada makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan
cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dalam badan ayam ion positif (Positive Ions)
sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-negatif
(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini
bercampur maka akan terjadinya tindak balas biokimia
(Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekali gus
mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan
teruk.

2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama


cuka.


kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protein
susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui
tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan
gastrik.
3

3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.

Contohnya koktel, kerana gabungan dua bahan ini


boleh meningkatkan kadar keasidannya perut yang
menyebabkan sebu dan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging,


telur atau daun salad.

Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk


makan makanan darat bercampur makanan laut
misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk
kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas
ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus
dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang
penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih


dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum
atau roti.

Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan


nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan
nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi.
4

Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara


automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita
tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti


Habbatus Sawda, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: Al-Habbah
Al-Sawda mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali
mati.

Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya


berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients.
Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa
tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan
badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit
kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta
juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata: Adapun Rasulullah SAW
tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda
memakan Habbatus Sawda dan madu. Begitulah jua
amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan
dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat


daripada gandum asli.

Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai


perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia
mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi
yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan
merendahkan kadar kolesterol.
5

Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap


individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat
setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga
mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat
untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin
Abdullah bin Salam r.a meriwayatkan, Aku melihat
Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan
diletakkan tamar di atasnya dan memakannya.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah
berkata, Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan
memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada
hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan
tamar.

8. Buah tamar sememangnya sinonim dalam kehidupan


Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan
yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat
yang diperlukan untuk kesihatan manusia.

Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah


serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di
dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat
dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting
bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula
mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein,
serat, lemak serta zat logam yang lain untuk
melengkapkan lagi hidangan tersebut.
6

Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah


berkata, Ada ketikanya dapur rumah kami tidak
berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan
makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan
kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti


tembikai.

Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi


meriwayatkan bahawa Aisyah pernah
berkata, Rasulullah pernah memakan buah tembikai
bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai
mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta
mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang
mampu mencegah daripada pelbagai penyakit
terutamanya kanser.

10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga menggemari


sayuran dari jenis mentimun (cucumber).

Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan


badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi
vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan
juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting
yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf
yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh
kerana mentimun mengandungi banyak air, maka
pengambilannya dengan makanan yang berserat
merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan
7

memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan


tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan pengambilan madu.

Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang


bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia menghindar
daripada segala penyakit.
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang
bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat
yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
(kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan (An-
Nahl: 68-69).

12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum


air dengan meneguk perlahan-perlahan sambil
memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang
bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini
kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu
mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang
merbahaya kepada kesihatan.

Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk


air ketika sesi menjamah makanan, minum lah air jika
tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam
sesudah makan, hal ini akan melancarkan selera makan
serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air.
Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah
makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada
8

kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian


wajah dan awet muda.

13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan


dengan banyak dan melampau.

Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari


Rasulullah SAW:

Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan
bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar
dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta
seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya
dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya
dengan ruang kosong (udara).

14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam juga


menyuruh menjamah secubit garamsebelum makan
untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek
lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah


makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas
makan.

Doa sebelum makan;


9


Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan
kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW
bersabda, Sesiapa yang selesai makan, kemudian
menyebut, Alhamdulillah- illazi athamani haaza, wa
razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin, akan
diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)

16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan


tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari
Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jangan
engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya
syaitan itu makan dan minum dengan (tangan)
kirinya.(HR Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli
saintis telah menemukan bahawa enzim banyak
terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat
dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan
tanpanya makanan tidak hadam).

Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan


mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana
seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang
mana yang mengandungi berkat untuknya,
sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk
merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di
tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat
shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya
dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir
makanan itu mengandung berkat. (Kitab Silsilah hadits-
hadits shahih no. 1404).
10

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat Pada


makanannya yang mana yang diberkahi.Ia berkata:
Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk
manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak
mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia
makan atau pada sisa makanan yang melekat di
tangannya atau pada sisa makanan di
dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian
hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat
berkat. (Fathul Bari 9/578).

17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan


makanan yang menunggu kita. Makan dan minum
perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali
makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah
lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal
kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan
senak perut.

18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya


dan Rasulullah SAW bersbda; Wahai Rasulullah, kami ini
setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka
Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan
sendiri-sendiri. Orang itu menjawab: Benar, Ya
Rasulullah! Rasulullah berkata: Berjamaahlah dalam
menyantap makananmu.
11

19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan


malam.

Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan


mempercepatkan tua sebelum masanya kerana
keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan
badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi
perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma
untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-
gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa
tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap
kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik
tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita
dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun
tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud berpendapat makan malam mampu
memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur kerana ia


berperangai seperti Firaun di samping mudah
dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi Yahya a.s.
berbual dengan iblis; Berkata iblis: Ya ada, kadang-
kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa
berat untuk bersolat dan berzikir.

Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan


sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan
kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan.
12

Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas


makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambil lah
hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam
sebelum masuk tidur.

21. Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan


dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh
menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas
air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10
minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi
menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa.
Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib,
perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau
manisan dan segelas air terlebih dahulu.

22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak,

memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang


dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya.
Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi
dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik
lagi beracun. Oleh itu, pengambilan diet dan
menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan
oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk
mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan
kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru,
amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah
SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua
peringkat umur demi kesihatan yang mantap,
kelangsungan hidup dan penyempurnaan ibadah yang
bermutu.

Anda mungkin juga menyukai