Anda di halaman 1dari 13

Keunikan Seni Bina Rumah Melayu Tradisional

Rumah melayu tradisional merupakan suatu aset yang berharga untuk dipelihara
senibinanya untuk generasi akan datang.Ini kerana rumah melayu tradisional
mempunyai banyak keistimewaan yang belum tentu terdapat pada rumah moden
masa kini. Masyarakat melayu yang terkenal dengan sifat kreatif, telah membina
rumah melayu dengan mengaitkan rekabentuk senibina dengan faktor alam sekitar.

Halaman rumah dipenuhi dengan tanaman seperti pokok kelapa, pokok serai, pokok kunyit serta
beberapa jenis tanaman lain yang memberi sumber makanan kepada penghuni memberi suatu
panorama yang menarik pada rumah melayu traditional.

Ruang dalaman rumah dipisahkan dengan beberapa bahagian mengikut keperluan dan
kepengunaanya serta menitikberatkan agama dalam susunatur ruang tersebut seperti rumah ibu
tempat melayan tetamu lelaki dan ruang tengah untuk tetamu perempuan.

Hiasan pada setiap rumah melayu tradisional pula banyak melambangkan identiti
rumah itu sendiri. seni ukiran yang menarik yang di ilhamkan dari motif flora
mengambarkan rumah melayu traditional ini tidak dapat dipisahkan dengan alam.

Keunikan dan keindahan ukiran kayu pada bahagian-bahagian tertentu rumah


Melayu Tradisoinal menambah lagi nilai estetik senibinanya. Kebanyakkan
masyarakat Melayu dahulu kala sedikit sebanyak berkemahiran mengukir yang
diwarisi turun temurun. Kelebihan itu digunakan dalam menghias senibina rumah
melayu ini.

Ukiran Kayu
Salah satu profesion tertua yang masih diamalkan di sini adalah ukiran kayu dan
pertukangan. Tukang kayu Terengganu bukan sahaja terkenal dengan kemahirannya
dalam menghasilkan ukiran kayu, bahkan kepakaran mereka untuk membina bot dan
rumah tradisional tanpa menggunakan paku. Bagi sebahagian rumah tradisional, panel
di atas tingkap atau pintu turut menampilkan ukiran kayu, bukan sa haja untuk tujuan
estetik, tetapi juga untuk tujuan pengudaraan.

Ukiran kayu pada hari ini mengambil inspirasi daripada rekabentuk Islamik, tumbuhan
dan semulajadi, yang seterusnya diterjemahkan ke dalam bentuk ukiran halus
bermotifkan bunga, ayat Al-Quran dan bentuk geometrik Islam. Seni ukiran pada hari
ini tidak lagi menampilkan motif berunsurkan haiwan ataupun manusia. Walau
bagaimanapun, ia telah wujud sejak sebelum zaman kedatangan Islam dan
sebahagiannya menceritakan tentang dongeng dan legenda. Selepas kedatangan Islam,
motif ukiran kayu telah disesuaikan, selari dengan ajaran Islam.

Salah satu destinasi yang wajib dikunjungi oleh penggemar kebudayaan ialah Desa
Ukiran Kayu di Kampung Raja, Besut. Bengkel dan kelas yang pada awalnya disertai
oleh mereka yang meminati seni ukiran kayu, kini sedang berkembang untuk menjadi
pusat kecemerlangan vokasional. Pusat ini perlu dikunjungi bukan sahaja untuk
menyaksikan tukang kayu menghasilkan karya, bahkan untuk menghayati keindahan
binaan di desa ini; yang diwujudkan untuk mengetengahkan senibina Melayu
tradisional Terengganu.

Ruang rumah Melayu pada zaman dahulu biasanya tidak berbilik kerana masyarakat Melayu pada
masa itu mementingkan perjumpaan atau berkumpul secara beramai-ramai untuk majlis keramaian
dan juga upacara keagamaan.Secara terperinci, ruang-ruang yang terdapat pada rumah Melayu
tradisional ialah anjung atau sorong serambi, selasar, rumah ibu, bilik, serambi dalam, dapur,
pelantar atau lambur dan jemuran serta ruang bawah rumah.

Dari sudut rekabentuk, rumah Melayu boleh dikatakan amat canggih dan memuatkan ciri- ciri
bestari, lagi kena dengan gaya hidup selesa mengikut adat dan alam.Ciri-ciri pintar ini
termasuklah penyejukan atau pengudaraan semulajadi (natural ventilation), peneduhan (shading),
keselamatan dan keamanan (safety and security) serta kepersendirian (privacy).Contohnya sifat
paling ketara pada rumah tradisi Melayu ialah ianya didirikan atas tiang. Pelbagai kelebihan
muncul dari keterapungan ini; termasuklah mengelakkan dari mudah masuknya binatang liar,
serta terangkat dari aras banjir.

Rumah juga lebih sejuk akibat pengudaraan pada semua bahagian (dari atas, tepi-tepi dan bawah).
Selain itu, ruang kosong di bawah rumah ada juga menyebut polong iaitu menjadi tempat yang
sesuai untuk menyimpan segala macam barang perkakas.Rumah tradisi yang memang terangkat
atas tiang bagi menambah pengudaraan itu juga ada pelbagai gaya tingkap, termasuk jenis tingkap
sependiri seperti French window, guna untuk masuk angin dan cahaya.

Dengan adanya berbagai keping ukiran berlubang di dinding bukan saja sebagai perhiasan, tapi
juga bagi menggalakkan udara dan cahaya masuk menceriakan rumah. Ukiran-ukiran pada rumah
Melayu berunsur corak geometrik atau tumbuhan (tiada corak fauna hidupan kerana larangan
agama), dan banyak yang amat halus pengukirannya.

Terdapat pelbagai variasi tingkap rumah Melayu mengikut citarasa dan kepandaian tukang-
tukang rumah dahulu.Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah
dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah.

Tingkap dan kekisi rumah Melayu


Kebanyakan tingkap adalah dari jenis yang bukaannya ke luar dan mempunyai kayu kekisi di
bahagian bawah tingkap sebagai peredaran udara keluar dan masuk dan juga berfungsi sebagai
palang keselamatan bagi anak- anak kecil. Selain itu bahagian tingkap juga tidak terlepas dari
hasil kerja tangan yang halus dengan adanya ukiran-ukiran dari jenis tebuk timbul yang
mempunyai motif flora dan geometri yang pelbagai.Semua negeri di Malaysia terdiri dari rumah
bumbung tetapi selepas kedatagan penjajah ia berubah bentuk kepada bentuk limas dan bumbung
Belanda.

Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong untuk kesesuaian cuaca hujan panas tropika.
Bagi bahan penutup bumbung tradisi, yakni anyaman pelepah daun seperti nipah ataupun bumbung
genting tanah liat seperti yang dipanggil genting Senggora di Pantai Timur Semenanjung Melayu,
juga memainkan peranan menyejukkan rumah. Malangnya sekarang ini kepingan zink lebih disukai-
ramai kerana ianya murah dan senang dipasang, tapi menyebabkan rumah lebih berbahang dan
bising pula semasa hujan.Bahan yang digunakan untuk menghasilkan bumbung juga sesuai dengan
cuaca dan keadaan pada masa tersebut.

Ada dua kategori utama bumbung iaitu: gaya bumbung panjang (atap pelana) dan keduanya
bumbung lima atau limas (atap perisai). Bumbung panjang ialah jenis yang lebih mudah, yakni
hanya satu perabung membentuk bukaan segitiga di kedua- dua hujung yang membenarkan
pemasangan penutup tebar layar.
Bumbung lima ialah jenis yang ada lima perabung (atau juga empat perabung bagai piramid untuk
struktur ringkas seperti pondok wakaf). Lebih canggih lagi, bumbung lima ini ditambah struktur
segitiga di atasnya lalu dipanggil limas (dari lima emas karena suatu masa dulu hanya rumah
orang berada atau pembesar yang berbumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa
Kesultanan Johor- Riau).

Dua-dua jenis bumbung ini boleh melahirkan apa jua kombinasi bentuk bumbung yang boleh
difikirkan, dan ada tempat yang mempunyai corak bumbung tersendiri seperti bumbung rumah
Minangkabau Negeri Sembilan (sejenis bezaan bumbung panjang). Bumbung rumah tradisi juga
pasti ada unjuran (emper/overhangs) untuk teduh dari panas dan hujan lebat.Sepanjang tepian
hujung bumbung pula selalu dipasang cucur atap atau papan cantik berukir menandakan kehalusan
seni masyarakat Melayu.

Sesetengah rumah pula ada bilik di dalam rongga bumbung iaitu seperti attic, kadangkala
dipanggil loteng atau lenting, manakala membuat rumah yang sedia terangkat atas tiang itu
menjadi rumah tiga tingkat. Malahan telah ada istana kayu lama yang dibina setinggi lima atau
enam tingkat, dengan struktur tanpa sebarang paku pun. Satu contoh indah ialah Istana Seri
Menanti di Negeri Sembilan, Malaysia selain juga di Sumatera, Borneo dan Tanah Bugis,
Sulawesi.Reka bentuk rumah Melayu sememangnya unik dan mempunyai nilai indentitinya yang
tersendiri.

Anjung
Ruang Anjung biasa digunakan oleh kaum lelaki untuk menjalankan kerja rumah seperti mengayam
pukat, jaring dan sebagainya.Anjung adalah tempat untuk berehat dan berbincang bagi kaum
lelaki. Ruang ini juga ada disebut sebagai serambi.Penggunaan anjung dihadapan rumah sebagai
penyambut tetamu dan halaman ruang tamu yang terang-terangan dikhususkan buat para
tetamu.Selain dari memperuntukkan halaman yang luas di bahagian hadapan rumah, hiasan yang
menarik sebagai daya tarikan tetamu, halaman rumah masyarakat Melayu juga lazimnya
mempunyai ruang di salah satu bahagian sisi rumah sebagai tempat berkumpul atau beraktiviti.
Ruangan ini berfungsi sebagai kawasan sekiranya hendak melaksanakan sesuatu majlis seperti
kenduri, berpersatuan dan sebagainya.

Ibu
Rumah Ibu merupakan salah sebuah ruang dalam reka bentuk rumah Melayu yang utama.
Ruang utama ini dipanggil Rumah Ibu kerana bersempena menghormati peranan ibu sebagai
pengurus rumah dan penyeri keluarga.Ibu juga dianggap mempunyai kedudukan yang mulia dan
harus dihormati.
Sesuai dengan nama dan fungsinya sebagai tempat ahli keluarga beristirehat dan bersantai
bersama.
Ini jelas menunjukkan masyarakat Melayu amat mementingkan ikatan silaturahim antara ahli
kelurga agar bahagia dan harmoni.

Dapur
Rumah Dapur pula berfungsi sebagai tempat untuk kaum perempuan memasak dan tempat khas
untuk tetamu perempuan mlambangkan peranan perempuan dibelakang lelaki sesuai kedudukan
dapur selepas rumah ibu.Ruang ini juga berperanan sabagai tempat khas untuk ahli keluarga
berkumpul semasa makan.
Orang luar tidak dibenarkan masuk sesuka hati ke ruang dapur untuk mengelakkan unsur- unsur
fitnah dalam masyarakat.Ia juga sebagai tempat ibubapa menyampaikan pesanan, pandangan dana
nasihat kepada ahli keluarganya.Falsafahnya adalah untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan
silaturahim antara ahli keluarga dan masyarakat Melayu yang tetap memelihara hubungan
kekeluargaan.

Elemen
Dalam mengenal pasti elemen-elemen yang terdapat dalam landskap melayu, kita perlulah merujuk
kepada pengaruh budaya terhadap sebina landskap. Dengan itu kita akan dapat gambaran asas
elemen-elemen senibina landskap tersendiri. Landskap tradisi Melayu merupakan senibina
landskap yang kompleks. Ini kerana ia tertakluk kepada kepercayaan, alam fikir, dan budaya fikir
Melayu. Merujuk kepada tiga perkara tersebut ia berkait rapat dengan adat dan cara hidup
masayarakat Melayu dahulu kala.

Cara hidup masyarakat Melayu bagi mengimbangi dan membentuk seni landskap Melayu Melayu
iaitu unsur simbolisme (budaya, kepercayaan, metafizikal) dan fungsi. Dua unsur ini mempunyai
perkaitan rapat antara satu dengan yang lain. Ini adalah kerana wujudnya sesuatu elemen
landskap Melayu adalah berdasarkan kepada simbolisme yang hendak diketengahkan.

Oleh yang demikian, unsur-unsur ini berkemungkinan mempengaruhi elemen-elemen yang terdapat
pada senibina landskap Melayu dan membentuk identiti dan karektor tersendiri. Imej dan identiti
yang merujuk kepada elemen-elemen penting dalam senibina landskap.

Elemen-elemen ini membentuk karektor-karektor dalam senibina landskap Melayu boleh


dibahagikan seperti berikut:
a) budaya (prinsip)
b) elemen landskap
- fleksibel
-fungsi
-estetika

Fleksibel
Laman rumah atau halaman depan rumah merupakan ruang pertama dalam penyusunan landskap
Melayu. Ruang hadapan ruang kebiasaaannya mempunyai kawasan laman yang lapang. Keadaannya
berpasir dan bersih dari sampah serta rumput. Laman hadapan rumah dibiarkan lapang kerana
fungsi sebagai kawasan upacara dan aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti-aktiviti yang biasa
dijalankan adalah upacara perkahwinan dan permainan tradisi seperti gasing,galah panjang ,silat
dan sebagainya.Pokok bunga yang ditanam di dalam pasu di susun di sekitar halaman hadapan.
Penanaman pokok bunga dalam pasu adalah untuk pengalihan tanaman. Keadaan ini berbentuk
mudah ubah dari segi perletakkannya bagi membolehkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti di halaman.

Fungsi
Tumbuh-tumbuhan tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat melayu. Ia mempunyai perkaitan
rapat dengan kehidupan iaitu dari segi adat dan cara hidup masyarakat melayu.(tamadun melayu;
Ismail Hussien et. Al., 1995)
Peranan tumbuh-tumbuhan dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
1. Kegunaan langsung
a) sumber makanan utama
b) keperluan dan peralatan rumah
c) ubat tradisi
d) tumbuhan kosmetik
e) senjata dan bahan racun
2. kegunaan tak langsung
a) memperkaya khazanah sastera
- pantun-peribahasa-nyanyian- istilah- upacara adat- mempunyai kekuatan mistik

Estetika
Merupakan sebahagian daripada seni rupa Melayu. Dalam aspek ini, estetika merujuk kepada nilai
dan perasaan terhadap sesuatu yang indah, terasing daripada fungsinya dan penekanannya lebih
kepada aspek seni. Seni rupa Melayu dapat dinyatakan dalam segala bentuk seni seperti seni ukir,
seni logam, pantun dan lain- lain kegiatan yang berseni.

Pernyataan ini dilakukan dalam keadaan yang sederhana dan bersesuaian dengan sifat masyarakat
Melayu yang bersifat rendah diri. Hal ini dibuktikan dalam Hikayat Melayu, Syair Burung Pungguk.
Selain itu, pantun juga menggunakan gambaran alam secara kiasan kiasan sebagai bahan
pembayang seperti pohon, bunga, haiwan, laut dan sungai. Penggunaan gambaran dalam pantun
membuktikan gambaran estetika dalam masyarakat Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa ada
perkaitan antara alam dan manusia. Bersesuaian dengan kenyataan dalam kosmologi Melayu iaitu
berhubung dengan tuhan, alam dan manusia.

Warna
Peranan warna dalam landskap melayu traadisi sangat penting bagi menghiasi ruang laman depan
rumah. Penggunaan warna dalam hiasan landskap laman adalah untuk menarik perhatian dan
menaikkkan seri rumah. Ini dibuktikan dengan penggunaan pokok pudding sebagai hiasan. Pokok
Pudding digunakan sebagai hiasan kerana daunnya mempunyai aneka warna dan ia tidak berubah
mengikut musim. Pokok ini senang diperolehi dan senang dijaga. Pokok- pokok lain yang digunakan
adalah seperti pokok siantan, pokok kemboja, kenanga, cempaka, melati dan lain-lain.

Skala
Skala dan saiz pokok adalah penting dalam landskap melayu tradisi. Poko-pokok akan diletakkan
mengikut saiz dan ini mempengaruhi tatatur serta penyusunan pasu. Penggunanan pasu adalah
sebahagian daripada elemen landskap Melayu dan ini membuktikan adanya pengaruh saiz dalam
seni landskap tradisi.
Kebiasaannya pokok-pokok besar akan diletaakkan di pingiran laman supaya tidak menutupi ruang
dan pokok-pokok yang lebih kecil.

Susun Atur
Berdasarkan kepada skala dan saiz, lanskap Melayu menggambarkan bahawa terdapatnya susun
atur dalam perletakan pokok. Selain itu, susun atur tanaman di pengaruhi oleh fungsi-fungsi
tanaman bagi keperluan kawasan dan manusia.

Masyarakat Melayu banyak menggunakan alam sekitar sebagai alatan, bahan memasak, perubatan,
alat budaya, makanan dan sebagainya. Oleh itu, pokok-pokok yang berkaitan akan ditanam
dipersekitaran rumah supaya ia mudah di gunakan. Dalam masyarakat Melayu, kawasan
persekitaran rumah boleh di bahagikan kepada beberapa kawasan iaitu laman hadapan, laman sisi,
dan laman belakang.

Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dgn sifat kreatif masyarakat Melayu serta
hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar.Kesan pengaruh agama Islam
menyebabkan rumah Melayu didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan
kaum perempuan dipisahkan.Falsafah yang hendak diketengahkan dalam masyarakat Melayu
adalah untuk membataskan dan membezakan tempat antara kaum lelaki dan perempuan.

Ini kerana kaum perempuan lebih diperlukan dibahagian dalam rumah manakala lelaki berada di
luar sesuai dengan sifat lelaki sebagai pelindung.Hal ini menunjukkan masyarakat Melayu amat
mementingkan adat dan tatatertib masyarakat sehingga menjadikan orang Melayu dipandang
tinggi dengan kehalusan budi pekerti.Ia juga dapat mengelakkan fitnah kerana tetamu lelaki
selalunya hanya dipelawa naik hingga ke anjung sahaja.Masyarakat Melayu mempunyai pandangan
yang jauh dan meneliti setiap perkara dengan pertimbangan yang sewajarnya.

Dari sudut laman pula, bahagian laman di hadapan dibiarkan lapang dan bersifat terbuka untuk
memudahkan melakukan sebarang aktiviti kenduri kendara atau majlis-majlis keramaian dan juga
sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu ke rumah.Faktor iklim pula menyebabkan
sebahagian besar rumah Melayu tradisional bertiang atau berpanggung dengan lantainya tinggi
daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah.Fungsi pokok-pokok besar
yang ditanam disekitar rumah seperti pokok kelapa pula memberi fungsi peneduhan selain
berfungsi sebagai penanda kawasan rumah.

Falsafah hidup masyarakat Melayu dan pegangan agama Islam yang utuh terpancar dalam asas
pembinaan rumah ini. Fungsi ruang, nilai estetika pada ciri rekaan binaan dan motif ukiran adalah
perlambangan cerminan jatidiri masyarakat Melayu tradisi mementingkan kerja tangan yang halus
dan teliti.

Pengurusan rekaan ruang luar dan dalam landskap Melayu sedemikian rupa adalah berfungsi
sebagai memenuhi kehendak penghuni dan masyarakat berdasarkan sosio budaya, ekonomi dan
agama sehingga kini.

Alam
Bahan binaan yang digunakan dalam landskap Melayu adalah seperti kayu, rotan, akar, buluh, dan
dedaun dari sumber hutan terdekat. Binaan seperti wakaf dan pagar banyak menggunakan bahan-
bahan yang ringkas dan boleh di ganti berulang kali.

Bagi pembinaaan rumah,kayu menjadi tunjang utama kepada struktur bangunan, manakala rotan
dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah
menjadi dinding dan atap.Bagi kegunaan seharian pula,kebanyakan rumah- rumah Melayu menanam
pokok-pokok yang boleh membantu mereka dalam kehidupan seharian.Ianya seperti pokok-pokok
besar seperti pokok kelapa,pokok mangga,pokok rambutan yang ditanam dihalaman rumah
berfungsi sebagai peneduhan manakala pokok-pokok kecil disisi rumah banyak ditanam dengan
tumbuhan- tumbuhan herba seperti pokok misai kucing,kunyit, dan lain-lain sekaligus menjadi
sumber makanan dan ubatan bagi masyarakat Melayu.

Cuaca
Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujan
mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan
cuaca juga menyumbang kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang
banyak, beranda dan tiang itu sendiri memberi laluan angin dibahagian bawah rumah.

Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka
untuk keselesaan secara maksima.Bentuk wakaf dalam landskap Melayu juga turut berbeza
dengan rekaan wakaf tema landskap lain. Biasanya bentuk wakaf Melayu lebih berbentuk rendah
yang menunjukkan pemiliknya sentiasa merendah diri terutamanya kepada Pencipta Alam ini.Cucur
atapnya di labuhkan untuk memberi kesan peneduhan yang maksimum, manakala penyusunan
pokok-pokok yang menghiasi sekitarnya berfungsi sebagai penyejuk dan memberi suasa yang
damai.

Budaya
Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah
Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke
kiblat.Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang,
kenduri dan aktiviti keluarga.

Dari sudut hiasan landskap,masyarakat Melayu selalunya menggunakan pokok-pokok yang memberi
makna mampu memainkan perasaan kepada sipemiliknya.Contohnya penggunaan pokok-pokok
berupa nama- nama berbentuk fizikal manusia seperti pokok Janda Merana (Salix Babylonica)
yang mempunyai bentuk daun berjuntaian seakan-akan menggambarkan kesuraman yang tiada
kesudahan.Begitu juga dengan pokok Janda Kaya yang berbentuk anggun dengan bunga merah
jambu seperti gambaran barang kemas orang perempuan yang sarat bertindih-
tindih.Sememangnya orang Melayu pandai memanipulasikan sumber alam dengan cara kehidupan
mereka melalui maksud-maksud yang tersirat.

Hiasan
Dari sudut perhiasan pula,landskap Melayu sememangnya tidak dapt lari dari budaya dan agama
mereka sendiri. Penggunaan ukiran kayu sebagai elemen hiasan adalah suatu aset mereka yang
tidak ternilai.
Ini adalah,seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat
Melayu sejak sekian lama.Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah
seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah
Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu.

Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni
ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu
memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga
kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran- ukiran yang
diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu
orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan
Negeri Sembilan.

Teknik dan Gaya


Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai- bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik
itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di
dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga
ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang

Bentuk Bujang
Bentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung.
Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntuk bunga ataupun putik
buah.

Bentuk Pemidang
Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak berbelit-
berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang.

Ukiran patung kayu


Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang
petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain- lain. Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk
jala-jala rumah serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan
dulang kayu.

Bentuk Lengkap
Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini
menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun, putik dan
sulurnya.

Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis ;


Motif makhluk halus, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang
petang)
Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti bintang, matahari,
bulan dan bukit bukau.Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang
disusun berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan.
Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih dan barang-
barang tembaga.
Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Quran dan tulisan
Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat
keagamaan seperti rehal.
Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi
penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya,
surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot
seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata,
peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda
dan kereta lembu. Karya ukiran Melayu yang dihasilkan banyak mendedahkan nilai dan falsafah
dalam pemikiran orang Melayu yang dalam masyarakatnya penuh dengan pernyataan simbolik
apabila mereka mencipta sesuatu motif, corak dan bentuk dalam sesuatu karya ukiran.

LAMAN
Laman berfungsi sebagai pelengkap kediaman dan menjadi perlambangan gaya hidup
pemiliknya.Keindahan laman yang dicipta menerusi pelbagai konsep pilihan memberi peluang
kepada keluarga untuk bersantai sambil menghirup udara segar.Pembentukan sebuah laman
sememangnya mencerminkan identiti sesuatu masyarakat tersebut.Ianya boleh dizahirkan dalam
pelbagai konsep laman mengikut fungsi dan corak kesinambungan reka bentuknya.Idea penataan
laman serba ringkas yang berkonsepkan taman,tampil menarik dengan konsep hiasan semula jadi
digunakan sebagai pelengkap laman.

Binaan ruang santai seperti gazebo atau wakaf berasaskan kayu amat penting dalam mewujudkan
suasana tenang.Keluasan ruang bagaikan kelebihan kerana laman boleh dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu laman hadapan atau utama dan laman sisi.Laman sisi biasanya menjadi ruang
peribadi keluarga untuk bersantai atau menjamu selera di hujung minggu.Keunikan kayu dalam
seni taman dan pertukangan penuh dengan nilai estetikanya tersendiri dan meliputi pelbagai
lapisan masyarakat.

HADAPAN
Ruang halaman depan terletak dibahagian hadapan rumah adalah ruang yang luas dan mempunyai
unsur- unsur estetika. Di ruang halaman depan, kanak- kanak boleh bermain dengan gembira dan
selesa.
Ruang ini, bebas daripada laluan kenderaan dan hanya dibenarkan pejalan kaki (penduduk
kampung) sebagai laluan. Ruang halaman depan juga sering dijadikan ruang untuk meraikan tetamu
ketika upacara kenduri kendara seperti berkahwin, bersunat, khatam Quran dan lain-lain lagi.
Ianya adalah ruang yang menggambarkan suasana kegembiraan dan tanda mengalu-alukan
kedatangan tetamu.

landskap lembut
Di bahagian ruang hadapan, landskap lembut berperanan sebagai penyejuk laman.Landskap lembut
adalah elemen- elemen yang diistilah sebagai elemen landskap yang bersifat semulajadi. Ia
terdiri daripada kepelbagaian spesis tanaman daripada pelbagai kategori atau jenis.

Elemen landskap lembut yang lazimnya mempunyai kecenderungan yang tinggi digunakan sebagai
hiasan laman bagi masyarakat Melayu. Ianya terdiri daripada tanaman hiasan, tanaman herba,
tanaman teduhan serta tanaman palma.Disamping itu, tanaman- tanaman lain yang turut tidak
diketepikan adalah seperti tanaman air, tanaman memanjat, tanaman orkid , tanaman exotic serta
tanaman bermusim.

Dalam konteks tanaman hiasan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah meliputi tanaman-
tanaman yang terdiri daripada tanaman renek, semak perdu juga tanaman- tanaman
exotic.Tanaman hiasan diistilahkan sebagai tanaman yang mempunyai keistimewaan baik dari segi
warna, bau, bentuk, saiz serta bunganya. Tanaman hiasan ini juga merangkumi tanaman yang
ditanam di atas tanah, tanaman didalam pasu, tanaman gantung serta juga tanaman air.

Selain itu, tanaman teduhan pula adalah tanaman yang terdiri daripada pokok- pokok besar baik
dari kategori pokok overstory trees mahupun dari kategori pokok sederhana understory trees .
Pokok- pokok ini berfungsi sebagai peneduh serta membekalkan sistem akar bagi memberi
sokongan kepada sesuatu kawasan. Antara lain, pokok-pokok besar ini lazimnya merupakan pokok
buah- buahan seperti pokok durian, pokok rambutan, pokok mangga, selain beringin, ketapang,
serta hujan-hujan turut berkecenderungan tinggi ditanam oleh masyarakat Melayu.

Mereka seterusnya akan merekabentuk kawasan rehat seperti bangku, pangkin, buaian dan
khemah rehat sebagai tempat rehat serta semasa menjalankan aktiviti berkumpulan dan
sebagainya. Tanaman palma sememangnya sudah sinonim terhadap kehidupan masyarakat kampung
ini. Tanaman palma adalah spesis tanaman yang paling mudah dikategori mengikut kumpulan
palmae.

Adat masyarakat dahulu mencerminkan kelapa sebagai penanda kawasan selain sebagai penanda
bagi setiap kelahiran dimana setiap bayi yang baru dilahirkan akan ditanam dengan sebatang
pohon kelapa.Sementara itu kegunaan palma lain seperti pinang makan yang digunakan dalam adat
memakan sirih juga membuktikan bahawa pokok palma ini berperanan dalam masyarakat Melayu
sejak berzaman dahulu. Justeru, tanaman ini lebih mudah diadaptasikan dalam sesuatu
rekabentuk perlandskapan masyarakat Melayu.

Landskap kejur
Landskap kejur merupakan hasil rekaan buatan manusia yang diambil dari idea persekitaran. Ia
adalah rekabentuk bagi sesuatu elemen tambahan yang menjadi pelengkap dalam sesebuah rekaan
seni taman.
Pada masakini, masyarakat semakin cenderung menggunakan pendekatan landskap kejur ini
sebagai daya penarik terhadap landskap mereka.

Landskap kejur terdiri daripada wakaf/gazebo yang direka bentuk untuk memberi teduhan
kepada pengguna. Pengguna juga boleh solat dan beristirehat di wakaf/gazebor yang
dibina.Kehadiran pergola, wakaf atau gazebo berunsurkan ukiran kayu menunjukkan keupayaan
seni ukiran itu sendiri yang dihasilkan menerusi kemahiran terbaik.

Reka bentuk landskap Melayu atau tradisional banyak mengetengahkan ukiran kayu bermotifkan
flora khususnya kangkung, kacang, bayam dan bunga-bungaan.Bagi pegola pula ianya direka bentuk
sebagai laluan kepada pengguna di samping memberi sokongan kepada tumbuh- tumbuhan
menjalar di atasnya. Biasanya pergola diperbuat daripada tiang konkrit column dan kayu yang
telah direka bentuk dengan menarik.

Bagi bollard pula ia merupakan tiang kecil yang direka bentuk bagi menghalang kenderaan melalui
kawasan tersebut. Penggunaan bollard hanya terhad kepada pejalan kaki sahaja. Bollard boleh
diperbuat daripada konkrit ataupun kayu permukaan keras seperti konkrit, jubin dan sebagainya.
Selain dari itu, salah satu unsur dalam landskap kejur ialah arca. Arca biasanya direka bentuk
untuk memperkenalkan sesuatu tempat seperti budayanya atau asal-usul nama tempat tersebut.
Arca boleh diperbuat daripada konkrit ataupun kayu.

Secara keseluruhannya,Landskap kejur berfungsi untuk memberi kemudahan dan keselesaan


kepada pengguna. Struktur-struktur landskap kejur ini direka bentuk supaya dapat berharmoni
dengan alam semulajadi.

SISI
Ruang sisi terletak di kiri dan kanan rumah tradisional Melayu.Ruang ini berfungsi sebagai ruang
laluan yang menghubungkan halaman depan dan halaman belakang.
Bergantung kepada saiz keseluruhan tanah tuan rumah, ruang halaman tepi ini juga menjadi
kawasan permainan bagi kanak- kanak.

BELAKANG
Ruang halaman belakang rumah tradisional Melayu adalah ruang yang menyambung aktiviti ruang
dapur rumah tradisional Melayu seperti mandi, membasuh dan memasak. Ruang ini adalah ruang
aktiviti basahan dilakukan. Kadangkala, ruang halaman belakang menjadi ruang berkumpul bagi
kaum wanita ketika kenduri- kendara dan juga aktiviti sosial yang lain.Bahagian dapur juga adalah
bahagian yang bersifat peribadi dan tidak terlalu diberi perhatian dalam masyarakat Melayu
umumnya.

Ini dapat dilihat pada perletakan tanaman dapur dibahagian belakang rumah. Tanaman yang selalu
ditanam dibahagian dapur pula di kelompokkan bagi tanaman- tanaman yangmempunyai
kepentingan lain selain dari tujuan hiasan serta makanan. Tanaman ini lazimnya ditanaman
berdasarkan petua- petua golongan terdahulu seperti penanaman daun sirih, pokok dukung anak,
pokok gelenggang,seperi serai, pandan, halia, cekur, lengkuas, pokok kari, limau purut, kantan,
senohong, selum, pegaga,serta lain-lain lagi.

Tanaman ini juga antara lain meliputi tanaman yang ditanam untuk tujuan memasak atau sumber
makanan seperti sayuran, buah-buahan serta ulam- ulaman yang dikenali sebagai tanaman dapur.
Tanaman dapur ini lazimnya ditanam berhampiran dengan pintu dapur sesebuah rumah masyarakat
Melayu.
Sungguhpun tanaman berkenaan diperlukan dalam pemasakan seharian namun, ianya disimpan
untuk pandangan sendiri sahaja dalam ruang yang lazimnya lebih kecil berbanding dengan ruang
halaman hiasan hadapan rumah.

PANGKIN
Masyarakat Melayu kebiasaanya akan melakukan aktiviti-aktiviti di luar daripada rumah. Aktiviti-
aktiviti ini akan dijalankan sama ada di bawah rumah atau atau di persekitaran rumah. Bagi
aktiviti di dalam rumah, kebiasaanya berkaitan dengan tetamu dan juga tempat tidur. Pangkin
biasa digunakan untuk berehat dan juga melakukan aktiviti harian bagi suri rumah seperti
mengayam tikar, mengayam ketupat dan lain-lain.

Hal ini sesuai dengan budaya masyarakat Melayu yang mengamalkan budaya Melayu sebagai
identiti masyarakatnya. Perbuatan masyarakat Melayu yang berehat diatas pangkin adalah
berkaitan dengan budaya Melayu. Di pangkin juga merupakan tempat untuk masyarakat Melayu
berbual-bual sambil menunggu masa untuk membersihkan diri setelah pulang dari kerja bendang.
Hal ini sesuai dengan konsep Islam yang diamalkan oleh masyarakat Melayu iaitu menjaga
kebersihan dan mencari rezeki.

TEMPAYAN
Tempayan digunakan penakung air untuk minum dan masak. Selepas itu, guri pula digunakan di
kawasan hadapan dan bahagian tangga yang menaiki rumah. Keadaan ini bertujuan untuk mencuci
kaki sebelum melangkah masuk kedalam rumah. Aspek kebersihan sangat di tekankan dalam
masyarakat Melayu kerana masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang patuh pada ajaran
Islam.

Reban
Reban ayam dan sangkar burung adalah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat
Melayu. Masyarakat Melayu dahulu kebiasaanya mempunyai keperluan rumah yang cukup dan
bersesuaian dengan sifat orang Melayu yang berjimat cermat dan bersederhana. Pemeliharaan
yang dilakukan adalah untuk memenuhi kehendak makanan serta mengisi masa lapang daripada
melakukan perkara yang tidak berfaedah. Ayam dan burung yang dipelihara akan dijadikan
sumber makanan kerana masyarakat Melayu masing-masing mengamalkan prinsip kais pagi makan
pagi, kais petang makan petang .

Bangsal
Dahulunya pondok bangsal di gunakan untuk menyimpan kayu api. Sekarang ini, penggunaan bangsal
dibesarkan lagi iaitu sebagai stor simpanan barang dan juga bangsal untuk membaiki peralatan
rumah.

RUMAH TRADISIONAL
Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai.
Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh tukang- tukang yang mahir dan kreatifnya mereka
dalam bidang seni bina.Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang
mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.

Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri.
Secara amnya, rumah Melayu banyak diperbuat daripada kayu yang tahan lama dan dibina
bertiang. Dinding rumah Melayu diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan
daun rumbia atau daun nipah serta kayu.Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan
mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima.

Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi
rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat.Seni bina rumah
Melayu tradisional dikaitkan dgn sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang
sangat erat dengan alam sekitar.Falsafah agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut
arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum perempuan dipisahkan.

Faktor iklim pula menyebabkan sebahagian besar rumah Melayu tradisional bertiang atau
berpanggung dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan
tanah.
Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang
Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak- anak Melayu yang tidak lagi mengenal
apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional?

Sebetulnya, lama sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu
dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain
di Borneo dan bagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik
dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.

Manakala orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung, Sumatera dan pulau-pulau lain biasanya
membina rumah seakan sesebuah banglo yang didiami oleh sekeluarga besar; sesetengah suku-
kaum di Borneo lebih gemar kepada konsep rumah panjang yang boleh memuatkan seluruh
kampung.Pada peringkat awalnya, kebanyakan rumah Melayu lama berbentuk rumah asas yang
dikenali rumah pisang sesikat.Bentuk rumah ini berubah mengikut arus perubahan yang juga
mempunyai falsafah jiwa sezaman dengannya.Bahan-bahan binaan yang digunakan boleh diambil
dari sumber alam yang boleh diperbaharui seperti pelbagai jenis kayu-kayan, juga buluh dan rotan
hinggalah kepada daun-daun pelepah.

Kerangka atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk-tembus dan pasak yang tidak
memerlukan paku.Ini bermakna pembinaan rumah papan Melayu sebenarnya ialah suatu sistem
pasang- siap. Maka rumah itu boleh ditanggal- buka dan di pasang semula di tempat lain, persis
yang dibuat oleh Badan Warisan Malaysia untuk Rumah Penghulu Abu Seman, yang dipindahkan
dari negeri Kedah ke Kuala Lumpur.

Gambar menunjukkan sebuah rumah Melayu sedang diangkat dan dipindahkan ke tapak yang baru.
Selain itu, cara binaan tanpa paku juga membuatkan rumah lebih anjal (flexible), sehingga ianya
boleh diangkat melalui gotong- royong orang ramai dan dialih tempat.Walaupun rumah yang
benar-benar tradisional tidak menggunakan sebatang paku pun, namun diakui bahawa bagi rumah
kayu yang lebih baru, ada juga elemen bukan struktur seperti isian dinding yang memakai
paku.Terdapat tiga ruang utama iaitu ruang formal, ruang aktif dan ruang pasif.

Ruang formal merupakan ruang bagi tuan rumah menerima kunjungan tetamu iaitu seperti di
serambi, selasar dan dapur. Ruang aktif pula merupakan ruang bahagian belakang di mana aktiviti
harian keluarga berlaku.
Manakala ruang pasif ialah bahagian ibu rumah dan bilik-bilik tidur yang terletak di antara ruang
aktif dan ruang formal. Terdapat juga ruang yang dikhaskan untuk kaum lelaki dan ruang untuk
kaum perempuan. Mengikut adat resam orang Melayu, orang lelaki tidak dibenarkan memasuki
ruang orang perempuan tanpa izin kecuali anggota keluarga sendiri. Walau bagaimana pun
terdapat ruang yang digunakan oleh kedua jantina ini seperti perigi dan dapur.