Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

IBADIBA BAKEHOUSE ENTERPRISE


NO.12,JALAN ROTAN BATU,TAMAN SRI JAYA
83000 BATU PAHAT,
JOHOR DARUL TAKZIM

Disediakan Oleh :

Nama : MUHAMMAD SYAHMI AKMAL B.ABDUL


HALIM
No Matrik : CB 140207
Kursus : SMPV (KATERING)
Tempoh Kursus/Sesi : 19 JUN 25 OGOS 2017
Nama Penyelia : DR.NORMAH BINTI ZAKARIA
BUKU LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
OLEH

MUHAMMAD SYAHMI AKMAL BIN ABDUL HALIM

DB 140207

Di

IBADIBA BAKEHOUSE ENTERPRISE


NO 12,JALAN ROTAN BATU,TAMAN SRI JAYA,
83000 BATU PAHAT,
JOHOR DARUL TAKZIM

Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Sebagai memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering)

JUN 2017
DEDIKASI

Dedikasi istimewa ini saya tujukan untuk ayah dan bonda tercinta serta keluarga yang di
sayangi,Pengurus Ibadiba Bakehouse Enterprise,Puan Adibah dan Encik Solahudin serta
tenaga kerja Ibadiba Bakehouse Enterprise.Penghargaan ini juda didedikasikan kepada
rakan rakan seperjuangan yang turut sama menjalani latihan industri, serta saudara mara
terdekat yang sentiasa memberi galakan, sokongan dan dorongan positif kepada saya
sepanjang menjalani latihan industri.

Tidak lupa juga saya tujukan dedikasi ini kepada pensyarah pensyarah Fakulti
Pendidikan Teknikal & Vokasional, penyelia Fakulti yang melawat dan menyelia
saya,Dr.Normah binti Zakaria . Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah
banyak membantu dalam penulisan laporan ini dan diatas segala ilmu yang telah di kongsi
bersama.

Dengan Hikmah Kita Meneroka

iv
PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi pengharagaan dan jutaan


terima kasih kepada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kerana
menganjurkan latihan industri bagi para pelajar. Secara tidak langsung dapat memberi
peluang kepada para pelajar untuk belajar sambil menimba sedikit sebanyak
pengalaman berkerja di syarikat tempatan. Program ini sangat baik dan perlu
diteruskan bagi melaksanakan pendedahan kepada para pelajar akan bidang pekerjaan
yang bakal mereka ceburi sejurus selepas tamat pengajian nanti.Selain itu, saya juga
ingin merakamkan jutaan terima kasih dan berbesar hati kerana diterima oleh Ibadiba
BakeHouse Enterprise untuk mengadakan latihan industri di syarikat mereka. Bekerja
dengan pengurus dan staf mereka adalah sangat menarik kerana segala latihan dan
tunjuk ajar diberikan adalah secara professional bagi memenuhi objektif latihan
industri. Oleh itu, ia amat memudahkan bagi saya untuk menimba ilmu dan
pengalaman disini secara tidak terbatas. Layanan daripada mereka sangat mesra tanpa
mengira pangkat atau jawatan di dalam organisasi ini. Mereka sudi berkongsi
pengalaman berharga bersama saya selama bekerja di tempat ini. Sedikit sebanyak
menambahkan lagi pengetahuan saya dalam perkhidmatan makanan dan ianya amat

iv
penting sebagai persediaan saya apabila saya berada di dalam bidang ini nanti setelah
tamat belajar. Saya juga ingin berterima kasih kepada Puan Noor Adibah binti A.Latif
dan suami beliau Encik Solahudin merangkap pemilik dan pengurus kepada Ibadiba
Bakehouse Enterprise kerana memberikan bimbingan yang bernilai dan bermakna
sepanjang saya menjalani latihan industri. Beliau mengajar saya tanpa jemu dan
seringkali berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkerja di dalam bidang ini. Tidak
lupa juga saya ingin berterima kasih kepada kakitangan Ibadiba Bakehouse Enterprise
yang lain kerana banyak memberi tunjuk ajar sepanjang saya menjalani latihan industri
di tempat tersebut. Disamping itu juga, saya ingin berterima kasih kepada Dr Normah
Binti Zakaria kerana sudi datang melawat saya dan menilai prestasi saya disini. Saya
dinilai dengan baik dan mesra oleh beliau sepanjang lawatan dilaksanakan

iv
iv

Anda mungkin juga menyukai