Anda di halaman 1dari 14

TAJUK 9.

2 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan:

Huraikan kemasukan imigran atau buruh asing di Tanah Melayu dari awal abad ke-19
hingga awal abad ke-20 dan implikasinya kepada negara kita.

Peringatan;
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.

Markah
Format Aspek Perincian
Penuh

Pengenalan Memahami 1. Pengenalan


sebab-sebab 5
kedatangan Jelaskan secara ringkas faktor-faktor markah
imigran atau kedatangan imigran atau buruh asing
buruh asing ke ke
Tanah Melayu. Tanah Melayu.

Memahami cara- 2. Cara-cara kemasukan buruh asing


Isi cara kemasukan ke
dan buruh dari China Tanah Melayu
Huraian dan India ke
Tanah Melayu. Huraikan cara-cara kemasukan buruh 30
asing markah
ke Tanah Melayu.

(i) Buruh dari Cina (15 M)

(ii) Buruh dari India (15 M)

Menganalisis 3. Kesan/ akibat kehadiran buruh asing


kesan ke 15
kemasukan Tanah Melayu. Markah
imigran China
dan India ke Jelaskan kesan kemasukan buruh Cina
Tanah Melayu. dan
India ke Tanah Melayu.

Mengaplikasikan: 4. Cara memupuk semangat perpaduan


perpaduan kaum kaum 15
dipupuk demi di negara kita. markah
menjamin
keharmonian dan Sebagai masyarakat yang berbilang
keamanan kaum di
negara. Malaysia, bagaimanakah anda
berusaha
untuk memupuk perpaduan kaum?
Markah
Format Aspek Perincian
Penuh

Menilai hasil 5. Keberkesanan hasil daripada


perpaduan kaum kewujudan 10
yang terbentuk di perpaduan kaum di Malaysia. markah
negara kita.
Berdasarkan tinjauan anda, jelaskan
kebaikan
yang diperolehi negara Malaysia ekoran
daripada wujudnya perpaduan kaum.

Mencipta/ 6. Cabaran memupuk perpaduan dalam


Menjana idea masyarakat majmuk di Malaysia.
10
a) Jelaskan cabaran memupuk markah
semangat
perpaduan dalam kalangan
masyarakat
majmuk di Malaysia. (5 M)

b) Nyatakan usaha-usaha untuk


mengatasi
cabaran dalam memupuk semangat
perpaduan di Malaysia. (5 M)

Menghayati nilai- 7. Iktibar daripada kesan semangat


nilai murni/ perpaduan dalam kalangan
iktibar/ masyarakat 10
patriotisme majmuk di Malaysia. markah
daripada
Nyatakan iktibar yang boleh diperolehi
daripada kesan semangat perpaduan
dalam
kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia.
TAJUK 9.2 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan:

Huraikan kemasukan imigran atau buruh asing di Tanah Melayu dari awal abad ke-19
hingga awal abad ke-20 dan implikasinya kepada negara kita.

Soalan Isi dan Huraian Markah

1 Pengenalan
Jelaskan secara ringkas faktor-faktor kedatangan imigran atau buruh asing 5
ke Tanah Melayu.

1 Kepesatan sektor pertanian komersil


2 Kepesatan sektor perlombongan
3 Keperluan tenaga buruh di Tanah Melayu.
4 Galakan daripada pihak British
5 Buruh India dibawa masuk untuk bekerja di ladang getah
6 Buruh Cina dibawa untuk bekerja di lombong bijih timah
7 Faktor-faktor negara asal menjadi pendorong ke Tanah Melayu
8 Kedatangan buruh Cina dan India tidak dihalang oleh orang Melayu
9 Wujudnya hubungan tradisi antara India dan China dengan Tanah
Melayu.
10 Kemakmuran Tanah Melayu
11 Perusahaan getah/bijih timah pesat membangun
12 Peluang pekerjaan yang banyak
13 Kestabilan politik di Tanah Melayu

2 Huraikan cara-cara kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu.

(i) Buruh dari Cina (15 M)

A1 Sistem Tiket Kredit 30


A2 bakal imigran dikumpul oleh Kheh tau (ketua)
A3 Imigran (sinkheh) diawasi oelh nakhoda kapal atau agensi buruh
A4 Agensi buruh telah menerima bayaran daripada bakal majikan
A5 Golongan Sin Kheh membuat perjanjian akan menjelaskan hutang
secara bekerja dengan majikan dalam tempoh tertentu
A6 Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju
A7 Apabila tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh
A8 Pemborong buruh akan mendapatkan majikan untuk imigran.
A9 Sistem Pengambilan kakitangan
A10 Majikan menhantar wakilnya ke China untuk mendapatkan buruh.
A11 Perbelanjaan dan tambang buruh dibiayai oleh majikan
A12 Pegawai yang dihantar mengiringi buruh hingga tempat majikan.
A13 Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
A14 Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di Negara China.
A15 Pegawai ini dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
A16 Perbelanjaan dibiayai oleh pegawai sehingga sampai di rumah
kongsi
A17 Buruh akan diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi

(ii) Buruh dari India (15 M)

B1 Sistem Buruh Bebas


B2 Buruh India datang sendiri dengan biayaan masing-masing
B3 Kedatangan mereka diaturkan oleh orang/kumpulan tertentu
B4 Mereka bebas memilih tempat dan jenis pekerjaan
B5 Sistem Kontrak
B6 Tambang ke Tanah Melayu dibiayai oleh majikan
B7 Buruh bekerja dengan majikan dalam jangka masa tertentu.
B8 Antara 1 hingga 3 tahun
B9 Mereka dibayar dengan bayaran minimum
B10 Antara 4 hingga 13 sen sehari
B11 Sering berlaku pemerasan/penindasan
B12 Disifatkan sebagai satu bentuk perhambaan

B13 Sistem Kangani


B14 Kangani diberi lesen untuk mendapatkan buruh di India
B15 Kangani dihantar pulang ke India untuk mencari buruh
B16 Kangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan
buruh ke Tanah Melayu.
B17 Seseorang kangani dijadikan agensi yang membawa masuk pekerja
asing.

3 Jelaskan kesan kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu.


15
1 Pembentukan masyarakat pelbagai kaum.
2 Penempatan yang berbeza
3 Orang Melayu tinggal di kampong / di luar Bandar.
4 Orang India di estet / ladang
5 Orang Cina di lombong / bandar
6 Pekerjaan yang berbeza mengikut fungsi ekonomi.
7 Orang melayu bertani / miskin.
8 Orang India menjadi buruh
9 Orang Cina menjadi peniaga / berkeja di lombong.
10 Bahasa pertuturan yang berbeza.
11 Tidak terdapat kesepaduan di kalangan penduduk.
12 Interaksi / hubungan social tidak meluas.
13 Menyulitkan proses perpaduan nasional.
14 Sistem pendidikn yang berbeza / sistem vernacular.
15 Meningkatkan / mengembangkan ekonomi.
16 Wujud perbezaan / jurang sosial.
17 Memajukan sektor perladangan / perlombongan.
18 Pertambahan penduduk.
19 Perkahwinan campur.
20 Wujud kepelbagaian kebudayaan
15
4 Sebagai masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, bagaimanakah anda
berusaha untuk memupuk perpaduan kaum?

1 Sukatan pelajaran sekolah yang sama.


2 Penubuhan sekolah wawasan.
3 Sekolah satu aliran / aliran kebangsaan.
4 Pengamalan kebudayaan.
5 Amalan budaya dan agama yang berbeza dihormati
6 Menggalakkan budaya rumah terbuka / perayaan raya bersama.
7 Sukan untuk semua.
8 Program Latihan Khidmat Negara / PLKN.
9 Amalan gotong-royong dan Rukun Tetangga.
10 Melalui subjek Sejarah / Pendidikan Moral / Pendidikan Sivik dan
kewarganegaraan.
11 Perkahwinan antara kaum digalakkan.
12 Menggunakan bahasa kebangsaan semasa berkomunikasi.
13 Mengamalkan budaya yang baik.
14 Menghormati kebudayaan kaum lain.
15 Mengadakan aktiviti perkhemahan yang melibatkan pelbagai kaum.
16 Merancang aktiviti yang boleh disertai pelbagai kaum.
17 Menyertai pelbagai aktiviti anjuran sekolah.
18 Menganjur aktiviti sukan yang tidak berteraskan kaum.

( Mana-mana yang munasabah )

5 Berdasarkan tinjauan anda, jelaskan kebaikan yang diperolehi negara


Malaysia ekoran daripada wujudnya perpaduan kaum. 10

1 Memastikan keamanan negara berkekalan


2 Wujud kehidupan/suasana harmoni dalam kalangan rakyat
3 Dapat membangkitkan rasa cinta akan negara
4 Mengelak daripada penjajahan kuasa asing
5 Memastikan ekonomi negara terus berkembang
6 Dapat menarik kedatangan pelabur asing
7 Akan dihormati oleh negara luar
8 Kemajuan negara akan berterusan/berkembang pesat
9 Wujud kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum
10 Sebarang pertikaian akan dapat diatasi secara rundingan dan tolak
ansur kaum
11 Menghindarkan perbalahan atau pergaduhan kaum
12 mewujudkan kestabilan politik
13 memakmurkan ekonomi
14 menanam semangat patriotisme
15 mempertahankan negara daripada sebarang ancaman musuh

6 a) Jelaskan cabaran memupuk semangat perpaduan dalam kalangan


masyarakat majmuk di Malaysia. (5 M) 10
A1 Sikap mementingkan diri sendiri
A2 Kurang kesedaran
A3 Kurang kerjasama
A4 Pengaruh media massa
A5 Tidak bersikap terbuka sesama kaum
A6 Semangat perkauman yang kuat
A7 Kurang semangat patriotisme
A8 Kurang komunikasi antara kaum
A9 Tidak menghormati budaya dan agama kaum lain
A10 Kurang semangat kejiranan

( mana-mana munasabah)

b) Nyatakan usaha-usaha untuk mengatasi cabaran dalam memupuk


semangat perpaduan di Malaysia. (5 M)

B1 Bersama-sama berganding bahu memajukan negara


B2 Berusaha gigih demi masa depan negara
B3 Menekankan kemajuan dari sudut dunia/akhirat
B4 Memajukan ekonomi/politik/sosial
B5 Menjadi modal insan terbilang/memiliki personaliti unggul
B6 Mendapatkan pendidikan berkualiti/berprestasi tinggi
B7 Mempunyai sikap positif untuk membangunkan bangsa
B8 Berfikiran kritis/kreatif dalam memajukan bangsa
B9 Mencipta inovasi/nilai baru/ciptaan baru
B10 Mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran
B11 Sentiasa mengamalkan sahsiah/sikap/moral yang baik
B12 Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan minda
B13 Mematuhi ajaran agama
B14 Memelihara jati diri
B15 Mengamalkan budaya hidup sihat
B16 Perbezaan warna kulit/agama/bangsa diketepikan
B17 Bertoleransi dalam kalangan masyarakat
B18 Mengekalkan keamanan
B19 Bertolenrasi dalam kalangan masyarakat
B20 Setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka

( Mana-mana yang munasabah )

7 Nyatakan iktibar yang boleh diperolehi daripada kesan semangat perpaduan 10


dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

1. Mengetepikan perbezaan bangsa dan agama


2. Mengamalkan sikap berkerjasama
3. Bertolak ansur/tolenrasi
4. Sanggup berkorban
5. Mematuhi undang-undang
6. Menjaga keamanan
7. Kebijaksanaan dalam kepimpinan
8. Permuafakatan anatar kaum
9. Kesungguhan dalam perjuangan
10. Menepati janji
11. Amalan bersaudara
12. Memberi bantuan kepada mereka yang mememerlukan
13. Berakhlak mulia
14. Tidak mudah berputus asa

(mana-mana munasabah)

8 Rumusan

1 Kemajuan dan kemakmuran tanah Melayu telah berjaya menarik minat


imigran untuk datang ke Tanah melayu
2 Berbangga dengan negara kita yang menjadi tumpuan pendatang asing
3 Masyarakat tempatan lebih bergiat, berinisiatif dan bersedia
mengusahakan sendiri kekayaan negara
4 Pengetahuan yang diperolehi.
5 Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
6 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.
30) Kemasukan imigran/ buruh asing di Tanah Melayu dari abad 19-20

a) Kemasukan buruh China

Sistem tiket Bakal buruh asing ke Tanah Melayu dikumpulkan dari kampung-
kredit kampung oleh kheh-thau (ketua). Ketua dibayar sejumlah wang bagi
setiap imigran China yang dibawa. Bakal imigran dikenali Sin Kheh

Sin Kheh tidak mampu biaya perbelanjaan mereka ke Tanah


Melayu. Mereka diletakkan di bawah pengawasan agensi buruh yang
menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan

Sin Kheh perlu buat perjanjian secara lisan atau bertulis bagi
menjelaskan hutang mereka dengan cara bekerja dengan majikan
tertentu dalam tempoh tertentu

Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan


pelabuhan yang mereka tujui serta keterangan sama ada mereka bebas
atau tidak

Apabila sampai ke pelabuhan, mereka akan diambil oleh


pemborong buruh yang bertindak sebagai orang tengah yang akan
mendapatkan majikan mereka dengan bayaran tertentu
Sistem Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya
pengambilan ke negara China untuk dapatkan buruh
kakitangan
Segala tambang dan perbelanjaan buruh dibiayai majikan

Pegawai berkenaan bertanggungjawab mengiringi buruh tersebut


hingga sampai ke tempat majikan
Sistem Pengambilan buruh akan dilakukan oleh pegawai di China yang
pengambilan dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
rumah kongsi
Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh
tersebut sehingga sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu

Apabila buruh diserah kepada tuan punya rumah kongsi,


pembawa buruh dibauyar kadar tertentu seperti yang dipersetujui
b) Kemasukan buruh India

Sistem buruh Buruh India memasuki Tanah Melayu atas pembiayaan masing-
bebas masing

Kedatangan mereka diatur oleh orang atau kumpulan tertentu


kerana kepentingan ekonomi

Apabila tiba di Tanah Melayu, mereka bebas pilih tempat atau


pekerjaan yang dikehendaki
Sistem kontrak Majikan akan membiayai tambang ke Tanah Melayu dan sebagai
balasan, buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa
tertentu (1 atau 3 tahun)dengan bayaran minimum antara 9 atau 13
sen sehari
Sistem Seorang kangani (ketua/mandur/tandil) diberi kepercayaan oleh
kangani majikan dan dihantar pulag ke India untuk cari tenaga buruh

Kangani diberi wang pendahuluan untuk biayai perbelanjaan


buruh sehingga mereka tiba di Tanah Melayu

Kangani merupakan pengurus agensi yang membawa masuk


buruh2 India ke Tanah Melayu
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus ditangani untuk
membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak kerajaan mempunyai peranan
dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah
Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia
amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat
dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah
terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi
komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan
mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang.
Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara
kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan
kaum seperti kata pepatah bersatu teguh, bercerai roboh.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang


memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu
sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam
jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat
yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja
sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk
diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti
gotong royongyang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti
tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti
kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat
perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara
untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa
mahupun agama.

Seiring dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas
untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain
itu, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga
mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang
dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain
itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa
perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum
berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya,
memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi
pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.
Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan
salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita
dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum
yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum
mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan
kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang
memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-
kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum
yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini
dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan
lagi perpaduan kaum dalam negara.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan
dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal
pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum
berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan
dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN.
Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan
dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah


negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak
harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan
perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar
Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan
menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam
pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasan 2020
Langkah yang akan anda ambil untuk membina kekuatan negara dalam
masyarakat berbilang kaum

Langkah yang akan diambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarakat
berbilang kaum ialah dengan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum. Hal ini penting kerana perpaduan menjamin keamanan sesebuah
negara. Seterusnya, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan semua kaum
seperti aktiviti gotong-royong yang dapat memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia.
Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain
melalui perbualan dan berinteraksi. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah
menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Ini
membuktikan bahawa perpaduan merupakan kekuatan negara.

Selain itu, dengan menyeru masyarakat mengamalkan amalan kunjung-


mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan
untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di
Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus
dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati.
Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat
Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang
keruh, ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan
yang tersedia utuh.

Selanjutnya, pihak kerajaan mestilah sentiasa membuat anjakan paradigma demi


memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada
peringkat taman-taman perumahan yang penduduknya terdiri daripada masyarakat
berbilang kaum. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan
oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara
pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat,
pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Masyarakat yang
berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan
saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan
pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, kekuatan negara dapat dibina dengan menggalakkan ibu bapa
menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan . Dengan cara ini, negara dapat
melahirkan anak-anak yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan
antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin
ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia
patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di
Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah untuk mengelak kekangan dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi antara kaum dengan mudah.

Anda mungkin juga menyukai