Anda di halaman 1dari 9

1.

Secara umumnya, apakah yang anda faham tentang maksud akauntabiliti dalam konteks pendidikan
yang cuba hendak dibincangkan?

Menurut sumber Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam talian yang dipetik daripada Kamus Pelajar Edisi
Kedua, akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu (keputusan,
tindakan dsb) serta bersedia memberikan penjelasan atau kewajaran yg diperlukan. Perkara utama yang biasa
diperkatakan dalam Pendidikan di mana-mana negara adalah amanah dan akauntabiliti yang dipikul oleh
seseorang pendidik. Dalam aspek pendidikan, akauntabiliti merujuk kepada kebertanggungjawaban pihak
sekolah atas segala tindakan yang dilakukan melalui sistem pendidikan bagi menghasilkan pelajar yang
berprestasi tinggi dan berkualiti dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Tanggungjawab yang dipikul inilah yang diterapkan dalam Standard Guru Malaysia (SGM) dalam domain
profesion iaitu ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam
menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini
adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif,
kreatif dan inovatif.

Akauntabiliti inilah yang menjadi keutamaan dalam profesion keguruan kerana segala tindakan yang
dilaksanakan oleh pendidik adalah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan mengikut Standard of
Procedure (SOP) berlandaskan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI). Misalnya segala perkara yang meliatkan hal
seperti pengurusan kewangan, disiplin pelajar, kenaikan pangkat guru, peperiksaan, keselamatan pelajar,
biasiswa dan sebagainya hendaklah diuruskan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan tidak
boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Oleh itu, tugas yang diamanahkan pula hendaklah dilaksanakan mengikut prosedur, arahan dan peraturan
yang telah ditetapkan bagi menjamin keselarasan tindakan kita bagi mencapai hasrat negara untuk menghasilkan
modal insan yang berkualiti yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

2. Apakah komen-komen Prof. Golstein terhadapan pentaksiran yang dijalakan di Queensland?

Professor Harvey Goldstein, critiqued the MySchool website when he stated: in comparing the performance of
schools, it is important to take into account differences in their student intakes comparisons of schools that
are not statistically similar can lead to misleading conclusions about their performance (Goldstein, 2010). The
approach to identify a set of variables that best predicted student performance on the combined

Dalam kenyataan yang diperkatakan oleh Prof Harvey Goldstein, beliau menyatakan bahawa perbandingan
prestasi pelajar yang tidak statistik boleh membawa kepada masalah kekeliruan kepada prestasi murid. Oleh itu,
set pemboleh ubah yang terbaik perlulah digunakan untuk menjangkakan pencapaian pelajar tepat.

Gabungan kumpulan sekolah-sekolah yang sama akan membawa kepada keputusan yang sama.

Professor Goldstein also raised concerns about the current prediction formula that combines:
parental background information, occupation and education, post code. That is a derived socioeconomic
variable. The reliability of the measures for cross-school comparisons were questioned and so public
confidence regarding the certainty of the published results and what they represent could not be assured. As an
example, parents and the wider community find the identification of like schools that are located in regions or
even in different states to be irrelevant if indeed the intention is to inform choice of school and the quality of
performance.

Selain itu, Professor Goldstein turut menimbulkan kebimbangan tentang arus 'ramalan' formula yang
menggabungkan beberapa perkara iaitu berkaitan maklumat latar belakang ibu bapa, pekerjaan dan pendidikan,
poskod. Itu satu pemboleh ubah sosioekonomi terbitan. Kebolehpercayaan antara perbandingan sekolah-sekolah
ini telah dipersoal. Oleh itu, keyakinan orang awam mengenai kepastian keputusan-keputusan yang diterbitkan
dalam laman sesawang tersebut dan segala apa-apa yang mereka wakili dalam data tidak boleh terjamin.
Sebagai satu contoh, ibu bapa dan masyarakat tidak mementingkan kawasan/lokasi sekolah tetapi menyatakan
bahawa mereka memilih sekolah dari sudut kualiti prestasi.

Berdasarkan artikel yang telah saya kaji, perkara yang dituntut dalam pentaksiran di Queenslan adalah
melibatkan perkara kebertanggungjawaban kerajaan pusat di Australia terhadap agenda berdasarkan kepada
model-model luar negeri yang gagal perlu diperbetulkan. Dasar-dasar tersebut menyerupai di England (Stobart,
2008; Broadfoot, 2007) dan di Amerika Syarikat seperti dasar No Child Left Behind yang menerajui bagi
pendekatan-pendekatan reduksionis bagi tafsiran penilaian besar-besaran skor.

Masalah yang telah muncul dalam Pendidikan di Queensland melibatkan kepada pengajaran berasaskan ujian.
Ianya merupakan satu budaya yang membawa kepada ketakutan dan kehilangan kerja, penutupan sekolah dan
penurunan dalam bahasa Native di Amerika Syarikat dan ajaran budaya responsif (McCarty, 2009; Patrick,
2008).

Oleh yang demikian, penekanan ujian di peringkat kebangsaan adalah melibatkan terhadap pengenalan piawaian
untuk melaporkan maklumat data dan tanggungjawab perlu ada. Sebarang kemungkinan boleh membawa kesan
negatif yang tidak disengajakan ini akan amanah menyebabkan profesionalisme guru akan hilang.

Perkara yang berkaitan itu adalah meliputi aspek penjajaran antara piawaian dan penilaian, antara piawaian dan
mengajar, antara piawaian dan kurikulum dan antara mengajar dan taksiran pelajar yang lebih baik mencapai
(Zepke et. al, 2005). Sekiranya taksiran-taksiran salah jajaran dan kurikulum digunakan salah
akan menimbulkan ancaman kepada pengajaran dan pembelajaran (Dll bos, 2001). Antaranya adalah berkaitan
penjajaran yang lemah antara apa-apa yang diajar dan cara ianya ditaksir atau antara kandungan kurikulum dan
apa-apa sahaja yang diuji juga akan menjejaskan pencapaian pelajar (Supovitz, 2001).

Dengan tekanan tuntutan ini akan menyebabkkan tanggungjawab yang meningkat ia penting untuk pihak
berkuasa membina dan mengekalkan keupayaan penilaian guru dan celik huruf penilaian mereka. Guru terbaik
diletakkan untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dan menentukan pencapaian kualiti pelajar sepanjang masa
(Wyatt Smith, Klenowski & Gunn, 2010). Oleh itu, para puru dengan itu memerlukan pembangunan kemahiran-
kemahiran dan guru perlu memahami amalan penilaian terlebih dahulu.

Selain itu, guru juga perlulah menyedari konsep kebertanggungjawaban di mana mereka dapat
berkerja dan menghargai cara-cara atau amalan yang mereka dapat melibatkan diri dalam struktur yang
dikawal oleh mereka seperti dasar negara yang berkaitan bagi menilai segala yang termaktub di dalamnya
dan melaporkannya.

Walaupun begitu, sangatlah penting untuk guru mengekalkan tanggungjawabnya dengan memajukan
profesionalisme mereka melalui pembinaan penilaian celik huruf dan amalan. Penggunaan standard pencapaian
menilai pembelajaran pelajar, seperti dirancang untuk dalam

Kurikulum Australia, ialah satu fenomena baru untuk guru di Australia. Oleh yang demikian, guru di situ
diterapkan penggunaan piawaian yang baharu bagi penggunaan pencapaian standard sebagai dasar asas
untuk mempertimbangkan pembelajaran pelajar iaitu aspek ( tahap kedalaman
pemahaman, takat pengetahuan dan tahap kepuasan kemahiran) dengan tujuannya adalah
untuk memberitahu bahawa pengajaran dan pembelajaran merupakan proses untuk melaporkan
dan menjejaki perkembangan pelajar.

4. Setakat manakah pengalaman di Queensland boleh dikaitkan dengan pelaksanaan PBS di sekolah.

Di Queensland mempunyai satu tradisi menghormati dan mempercayai kredebiliti guru melalui amalan dan
komitmen berdasarksn kepada amalan kesederhanaan. Berasaskan penilaian berasaskan sekolah, ianya telah
menjadi satu ciri di sekolah-sekolah yang terdapat di Queensland sejak tahun 1972 . Berdasarkan sejarah 40
tahun yang lalu, kurikulum berasaskan sekolah dan secara luarannya adalah menyederhanakan penilaian asas
yang berpiawaian dalam fasa pertama persekolahan iaitu (Tahun 11 dan 12). Secara luarannya, penilaian
berasaskan sekolah di tahap yang sederhana berdasarkan persekolahan fasa pertama yang pernah ditubuhkan
pada ketika dahulu melalui penilaian yang telah kembali semula ke tahun 1970-an dan melalui ujian diagnostik
tahun 2. Di Malaysia pula KSSR semakan yang bermula tahun 2017 telah digunakan bagi memastikan
pelaksanaan KSSR dimurnikan dengan lebih terperinci. Sudah pastinya pihak KPM mempercayai kewibawaan
pendidik di sekolah untuk mentaksir pencapaian murid.

Di Queensland, kesederhanaan sosiolisasi telah membantu guru untuk menghubungkan antara penilaian bilik
darjah dan kebertanggungjawaban peringkat sistem yang termasuk sistem tahap akauntabiliti yang
berkecenderungan hasil persekolahan. Baru-baru ini pembelajaran sepenuhnya di Queensland telah mencuba
kesederhanaan yang merujuk piawaian Kurikulum Queensland bagi tahun 1 sehingga 9. Di Malaysia pula,
Dokumen Standard Kurikulum (DSKP) digunakan dalam dasar KSSR ini yang perlu diikuti oleh warga
pendidik bagi menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Rangka kerja bagi Kurikulum Queensland, Penilaian dan Reporting telah dibangunkan dari 2005,
pelaksanaannya bermula pada 2008 dan satu kajian semula dijalankan untuk dibincangkan secara menyeluruh
dan ianya dijalankan sebelum pelaksanaan penuh pada 2009. Rangka kerja mengandungi ELs (Essential
Learnings) yang bertujuan untuk mengenal pasti perkara yang pelajar perlu tahu, faham dan dapat
melakukannya. Di Malaysia pula, murid ditaksir melalui tahap pengeuasaan (TP) dalam setiap kandungan
DSKP mengikut tahap band-ban tertentu bermula band 1 sehingga 6.

Kualiti pelajar diukur untuk menentukan kejayaan mereka bedasarkan lima skala yang secara berperingkat dari
A hingga ke E. Seterusnya, bank/ soalan penilaian dapat diberikan kepada murid berdasarkan koleksi penilaian
secara dalam talian dan sumber yang berkaitan tentang ELs dan piawaian yang ditetapkan. Dalam PT# di
MAlaysia, guru diamanahkan untuk mentaksir murid berdasarkan soalan-soalan yang telah diperuntukkan oleh
KPM mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Queensland Comparable Assessment Tasks (QCATs) adalah ditaksir secara tulen berdasarkan tugasan
berasaskan pencapaian murid dan mengikut garis panduan yang ditetapkan bagi pelaporan untuk sekolah
menyediakan maklumat berkaitan pembelajaran murid. QCATs direka bentuk untuk menilai salah satu
daripada pemilihan ELs dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi tahun 4, 6 dan 9. Queensland telah
mengkonsepsikan rangka kerja dari pandangan penilaian dan merupakan bahagian penting dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.

Bagi membantu guru memahami nilai data penilaian dan bagaimana ia boleh gunakan untuk mengubah suai
pengajaran dan pembelajaran terhadap Queensland Studies Authority (QSA) dan memberikan satu laporan ke
sekolah-sekolah melalui pelaksanaan QCATs yakni berdasarkan semua analisis data yang dikumpulkan. QSA
mengutip satu sampel rawak dari Sekolah-sekolah Queensland bagi guru mempertimbangkan penilaian melalui
gred piawaian A kepada E untuk dianalisis.

Pendekatan inilah yang dapat menjaga ekuiti (kesaksamaan) dengan membuat penilaian yang lebih adil
dan mengurangkan pergantungan mengenai prestasi terhadap sesuatu peperiksaan yang memberikan tekanan.
Ianya sebagai satu-satunya cara untuk memnetukan pencapaian pelajar dan dapat memberi peluang kepada
individu untuk menunjukkan pencapaiannya sepanjang masa mengikut sesuatu konteks. Penilaian jenis ini lebih
tepat , dan mencerminkan seseorang individu yang belajar dan pembangunan diri, dengan mengenal pasti
kemahiran dan keupayaan yang diseliakan oleh guru. Hal Ini membantu murid dan guru untuk menilai
keupayaan yang meluas dan memudahkan pencapaian murid dilihat dan ditafsir. Sekian, terima kasih. :)

Rujukan:

Maklumat Standard Guru Malaysia diakses


daripada https://www.ipgkti.edu.my/bahan/jaminankualiti/SGM/Maklumat%20SGM.pdf

Maklumat Standard Guru Malaysia diakses daripada http://www.moe.gov.my/sgm/

Artikel akauntabiliti di Quensland menurut pandangan Prof. Harvey Goldstein diakses


daripada https://eric.ed.gov/?q=Assessment+for+learning+in+the+accountability+era%3a+Queensland%2c+Au
stralia&id=EJ925779

1. Secara umumnya, apakah yang anda faham tentang maksud


akauntabiliti dalam konteks pendidikan yang cuba hendak
dibincangkan?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), akauntabiliti didefinisikan


sebagai sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap
sesuatu tindakan. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai kesediaan
seseorang untuk memberikan penerangan, justifikasi yang diperlukan.
Manakala menurut Junior Dictionary 5th Edition (2003), akauntabiliti
merujuk kepada bertanggungjawab. Secara keseluruhannya, dapat
disimpulkan bahawa akauntabiliti adalah amanah dan tanggungjawab
seseorang mengenai sesuatu. Seseorang yang mempunyai akauntabiliti
akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dengan
berpandukan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Akauntabiliti memainkan peranan penting dalam menyediakan


pendidikan yang berkualiti dan meminimumkan kemungkinan amalan
yang salah. Akauntabiliti perlulah dilaksanakan secara dua hala, iaitu
antara pelajar dengan guru. Sebagai contoh, sekiranya pelajar
bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka berdasarkan standard
yang ditentukan, maka guru dan sekolah juga perlu melaksanakan
tanggungjawab dalam menyediakan sumber pembelajaran yang sesuai
dan berkesan. Bagi mempertingkatkan keberkesanan akauntabiliti, pihak
sekolah memainkan peranan untuk memastikan sekolah mempunyai
guru yang berkelayakan serta sumber yang mencukupi bagi menyokong
pembelajaran pelajar. Akauntabiliti juga harus berfokus untuk
meningkatkan pencapaian pelajar dan juga bagaimana perkembangan
pelajar diukur.

Akauntabiliti akademik mengukur keberkesanan perlakasanaan program


akademik yang dirangcangkan. Tuntutan kepada akauntabiliti
pendidikan bergantung kepada 1) Standard, 2) Pentaksiran dan 3)
Kesan/Akibat. Standard akademik menjelaskan apa yang pelajar patut
tahu dan boleh lakukan dalam mata pelajaran teras di sepanjang
pembelajaran mereka. Akaunbiliti ini juga menerangkan hasil yang
dikehendaki daripada persekolahan dan menjelaskan tentang apa yang
pelajar patut tahu serta boleh lakukan semasa mereka menamatkan
persekolahan.

Pentaksiran akademik bertujuan untuk menghasilkan maklumat tentang


prestasi pelajar, guru dan sekolah yang boleh dipercayai melalui
standard akademik yang ditentukan. Kesan dan akibat akauntabiliti
adalah pelajar akan dinaikkan ke tahap atau gred yang seterusnya
apabila mereka telah memenuhi standard akademik yang dikehendaki.
Sekolah yang berterusan gagal dalam memenuhi standard perlu diberi
intervensi atau pun mungkin penalti. Guru yang pelajarnya berterusan
gagal memenuhi standard perlu diberi latihan semula dan kemungkinan
diberhentikan. Pelajar, guru dan sekolah perlu menerima ganjaran
kerana menunjukkan prestasi cemerlang.

2. Apakah komen-komen Prof. Goldstein terhadap pentaksiran


yang dijalankan di Queensland?

Menurut Prof. Goldstein, beliau mengkritik laman


sesawang MySchool dengan mengatakan: untuk membandingkan
pencapaian sesama sekolah, adalah penting untuk melihat terhadap
perbezaan murid. Hal ini disebabkan sekiranya sekolah-sekolah yang
dibandingkan tidak mempunyai persamaan secara statistik, maka
keputusan yang diperoleh bagi pencapaian murid mungkin tidak tepat
dan mengelirukan. Prof. Goldstein mengatakan pendekatan untuk
mengenal pasti satu set penilaian untuk mentafsir pencapaian murid
secara efisien di mana menggabungkan ujian NAPLAN dalam membaca
dan numerasi, dan menggunakannya dalam menghasilkan satu indeks
bagi mengkategorikan sekolah adalah bermasalah. Situasi ini
menunjukkan bahawa sekiranya sesuatu pentaksiran itu adalah bagus
berdasarkan ujian skor min yang sama, maka hanya sekolah-sekolah
yang mempunyai pencapaian yang sama dibandingkan sahaja.

Prof. Goldstein juga membangkitkan isu bahawa formula untuk


penilaian adalah diperoleh melalui faktor-faktor sosioekonomi yang
menggabungkan latar belakang keluarga, pekerjaan dan pendidikan.
Kebolehpercayaan penilaian untuk perbandingan antara sekolah
dipersoalkan serta tidak terjamin, dan hasil dapatan yang dipamerkan
tidak mendapat keyakinan orang ramai.

Kritikan-kritikan daripada Prof. Goldstein merupakan amaran


kepada akauntabiliti penilaian dimana ini mungkin membawa pelbagai
kesan major yang tidak diingini berpotensi berlaku. Seperti yang
dilaporkan oleh Stobart (2008), ujian tinggi boleh memberi kesan buruk
dan tidak senonoh terhadap pengajaran, kurikulum dan pembelajaran.
Justeru, adalah perlu untuk memastikan bahawa pendekatan yang
seimbang dalam penilaian bukan sahaja dari segi teknikal dan saintifik,
tetapi juga untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
baik kepada semua murid.

3. Apakah tuntutan akauntabiliti dalam konteks pentaksiran di


Queensland?

Tuntutan Pertama: Dengan tekanan akauntabiliti yang tinggi, adalah


penting bagi pihak berkuasa untuk membina dan mengekalkan
keupayaan penilaian guru dan literasi penilaian mereka. Guru
merupakan tempat yang terbaik untuk meningkatkan pembelajaran
murid dan menentukan kualiti pencapaian murid dari semasa ke semasa
(Wyatt-Smith, Klenowski & Gunn, 2010). Oleh itu, para guru perlu
memperkembangkan kemahiran dan kefahaman dalam pentaksiran.

Tuntutan Kedua: Kurikulum dan pentaksiran perlu diperbaharui dimana


ia melibatkan penggunaan standard pencapaian akauntabiliti, ini
merupakan syarat penting dalam memahami system pendidikan
(Klenowski & Wyatt-Smith, 2010). Guru-guru perlu sedar akan konteks
akauntabiliti yang wujud di tempat kerja dan menghargai bagaimana
amalan yang mereka amalkan diurus oleh struktur di luar kawalan
mereka seperti dasar kebangsaan mengenai apa yang sepatutnya
mereka menilai dan bagaimana ia akan direkodkan dan dilaporkan.
Dalam konteks seperti ini, isu penting yang timbul adalah untuk guru
mengekalkan rasa tanggungjawab yang kuat dengan membangun
profesionalisme mereka melalui pembinaan literasi dan amalan
penilaian mereka.

Tuntutan Ketiga: Literasi penilaian adalah isu asas untuk guru dan
ditakrifkan, bukan dari pandangan kemahiran tradisional, pengetahuan
dan kognisi yang berada dalam diri individu, tetapi pandangan ke atas
celik huruf sebagai amalan sosial yang kelihatan dengan bahasa, teks
dan wacana (Gee, 2003). Untuk meningkatkan literasi penilaian guru,
guru perlu memahami dan mengamalkan prinsip asas reka bentuk
penilaian. Ini termasuk: fitness for purpose' dan langkah-langkah
penilaian harus memberi kesan positif kepada pengajaran dan
pembelajaran (Gipps, 1994)

4. Setakat manakah pengalaman di Queensland boleh dikaitkan


dengan pelaksanaan PBS di sekolah?

Pertama, Queensland mempunyai tradisi dalam menghormati dan


mempercayai penilaian guru melalui amalan dan komitmen dasar
terhadap amalan kesederhanaan. Dengan mengaitkan dengan
pelaksanaan PBS di sekolah, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
juga mewujudkan tradisi dimana guru-guru diberi kuasa untuk menilai
dan menghakim prestasi murid berdasarkan enam band yang ditetapkan
dalam PBS. Dengan ini, kita boleh melihat bahawa KPM menghormati
dan mempercayai akan penilaian guru seperti yang dialami di
Queensland.

Kedua, kesederhanaan sosial melibatkan pertemuan guru untuk


berbincang dan berunding tentang penggredan kerja murid untuk
mencapai penilaian yang sah dan boleh dipercayai. Di Queensland,
kesederhanaan sosial membantu dalam mencapai kesesuaian antara
penilaian bilik darjah dan akauntabiliti peringkat sistem yang
merangkumi kepentingan sistem dalam ketelusan hasil persekolahan.
Dengan mengaitkan dengan pelaksanaan PBS di sekolah, guru-guru
juga mengambil masa untuk berbincang bagi melaksanakan penilaian-
penilaian yang standard bagi sesebuah sekolah itu agar proses
penilaian yang dilaksanakan tersebut adalah sah dan boleh dipercayai.
Lembaran kerja atau projek yang ditetapkan adalah berasaskan
perundingan dan perbincangan sesama guru yang mengajar mata
pelajaran yang sama bagi sesuatu darjah murid. Maka, dapatan
penilaian yang diperoleh mempunyai ketelusan yang tinggi dimana ia
melibatkan sistem penilaian dan penggredan yang sistematik.

Ketiga, Queensland telah mengkaji kerangka kerja dari pandangan


bahawa penilaian harus menjadi bahagian penting dalam pengajaran
dan pembelajaran. Dengan mengaitkan dengan pelaksanaan PBS di
sekolah, KPM juga berpendapat pentaksiran guru memainkan peranan
penting dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran murid. Oleh
itu, pihak kementerian pendidikan mengubah sistem Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru
serta murid. Dengan ini, adalah dipercayai bahawa KPM juga
berpandangan penilaian harus menjadi bahagian penting dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Keempat, guru menunjukkan nilai pertemuan sebagai komuniti pelajar


pada mesyuarat sederhana untuk berkongsi pemahaman dan
penggunaan piawaian mereka (Klenowski & Adie, 2009). Di
Queensland, ini adalah melalui proses perbincangan, kritikan dan
analisis respon murid bahawa guru mempunyai peluang untuk
mengesahkan atau menyesuaikan tafsiran mereka terhadap piawaian
berhubung dengan penghakiman yang mereka buat. Dengan
mengaitkan dengan pelaksanaan PBS di sekolah, guru-guru mempunyai
kuasa untuk melaksanakan pentaksiran mengikut kesesuaian murid
masing-masing berdasarkan keupayaan dan penguasaan murid dalam
sesuatu mata pelajaran. Bagi guru-guru yang mengajar tahun atau
darjah yang sama (contoh, darjah tiga), mereka boleh menggunakan
lembaran kerja yang berlainan dalam mentaksir murid-murid mereka
asalkan band-band untuk sesuatu penguasaan topik itu adalah sama
dan bersesuaian mengikut standard yang ditetapkan.

Kelima, untuk membantu guru memahami nilai data penilaian dan


bagaimana ia boleh digunakan untuk mengubahsuai pengajaran dan
pembelajaran, Queensland Studies Authority (QSA) menyediakan
laporan kepada sekolah mengenai pelaksanaan QCAT berdasarkan
analisis semua data yang dikumpul. Dengan mengaitkan dengan
pelaksanaan PBS di sekolah, KPM juga menyediakan latihan dan
kursus kepada guru-guru supaya dapat mempelajari dan memahami
nilai data penilaian PBS. Selain itu, KPM juga membuat soal selidik
kepada guru-guru bagi mendapatkan pandangan daripada mereka
terhadap pelaksanaan PBS di sekolah masing-masing. Respons-
respons yang diperoleh daripada guru-guru dikumpul bagi
mengenalpasti masalah-masalah yang wujud semasa pelaksanaan
PBS. Pihak kerajaan amat mementingkan pendidikan Malaysia dengan
meningkatkan kualiti sistem pendidikan dari semasa ke semasa. Seperti
di Queensland, walaupun PBS mendapat kritikan daripada pihak
sekolah dan guru-guru, namun KPM tidak akan berputus asa dalam
memperbaharui dan memperbaiki sistem PBS agar dapat meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran guru serta murid.

Attachment : No File Attach...


| Reply to This Message | Print Message |

Anda mungkin juga menyukai