Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program : Program Khidmat Masyarakat Tingkatan 3

2. Tarikh / Hari : 11 Mac 2017 / Sabtu

3. Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang

4. Tempat : SMK. Taman Kluang Barat

5. Objektif :

i. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar


bilik darjah.
ii. Memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara.
iii. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap sekolah,
masyarakat dan negara.
iv. Melahirkan individu yang proaktif dalam mengatasi masalah yang berlaku dalam
masyarakat.
v. Memupuk sifat bekerjasama dan bergotong-royong dalam membersihkan kawasan
sekolah.
vi. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen pelajar terhadap kebersihan, keindahan dan
keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

6. Sasaram : 30 orang murid Tingkatan 3 yang terdiri daripada kelas 3


Cemerlang, 3 Dinamik dan 3 Gemilang.

7. Butiran Aktiviti :
i. Penyelaras program memberikan taklimat berkaitan dengan perjalanan progam.
ii. Pelajar yang terlibat dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil yang bertanggungjawab
membersihkan dan menceriakan singgahsana pelajar lelaki dan singgahsana pelajar
perempuan.
iii. Setiap kumpulan diberikan peralatan yang diperlukan bagi membersihkan serta
menceriakan singgahsana.
iv. Pelajar mula membersihkan serta menceriakan singgahsana yang telah
dipertanggungjawabkan.

8. Penilaian Program :
8.1 Kekuatan program :
i. Program yang dirancang telah dapat berjalan dengan lancar.
ii. Pelajar dapat dilatih dengan sikap bertanggungjawab serta menghargai terhadap
kemudahan yang disediakan di sekolah.
iii. Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan
kewarganegaraan yang dipelajari di dalam bilik darjah.
8.2 Kelemahan program :
i. Kekangan masa menyebabkan pelajar terpaksa bergegas menyiapakan kerja-kerja
mengecat singgahsana.

8.3 Cadangan Penambaikan :


i. Program ini pelru dilaksanakan dalam tempoh masa yang lebih panjang bagi
membolehkan kerja-kerja menceriakan singgahsana seperti mengecat dapat dilakukan
dengan lebih kemas dan sistematik.

9. Dokumentasi Bergambar :

Pelajar-pelajar yang terlibat


membersihkan singgahsana sebelum
kerja-kerja menceriakan seperti
mengecat serta melukis mural
dilakukan
Pelajar-pelajar mengecat
singgahsana dengan warna-warna
seperti merah, kuning, biru dan hijau
mengikut kreativiti masing-masing.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

.. ..
(Hasimah binti Mohammad Ali)
Ketua Panitia PSK