Anda di halaman 1dari 9

Arahan: Kertas ini mengandungi 2 bahagian iaitu:

Bahagian A : Soalan Objektif ( 20 Markah)


Bahagian B : Soalan Struktur ( 30 Markah)

Jawab semua soalan.

Bahagian A ( Soalan Objektif)- 20 markah

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Maksud identiti diri ialah


A rupa paras seseorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi.
B gambaran keseluruhan tentang seseorang yang mempunyai cita-cita dalam hidupnya.
C ciri-ciri fizikal seseorang yang mempunyai potensi diri yang positif.
D gambaran tentang masa depan yang akan dicapai oleh seseorang.

2 Potensi diri perlu dikembangkan untuk


A kecemerlangan akademik. B keseimbangan dalam hidup.
C menonjolkan bakat individu. D tingkah laku terkawal.

3 Potensi diri dalam seseorang individu perlu disedari dan dikembangkan pada usia muda lagi kerana
A potensi diri berkaitan dengan keupayaan intelek.
B potensi diri boleh menentukan kebolehan dan kemahiran seseorang.
C potensi diri akan membantu seseorang berfikir dengan baik.
D potensi diri akan menentukan keupayaan fizikal seseorang.

4 Mengapakah kita perlu mengenali dan menghargai kejayaan tokoh-tokoh di negara kita?
A kerana mereka dikenali ramai.
B kerana kita dapat mencontohi mereka.
C kerana kita boleh menjadikan mereka sebagai perangsang.
D kerana mereka banyak menyumbang jasa kepada negara.

5 Kita mestilah bersyukur dengan _______________yang ada pada diri kita dan cuba untuk memperbaiki
______________diri kita.
A kelebihan, kelemahan B keistimewaan, jasmani
C kebaikan, potensi D potensi, cita-cita

1
6 Antara berikut, perlakuan yang manakah berkaitan aspek kerohanian?
A Meningkatkan ilmu pengetahuan. B Mensyukuri pemberian Tuhan.
C Memupuk perasaan kasih sayang. D Menjaga kesihatan tubuh.

7 Rizal sering mewakili sekolahnya dalam pertandingan perbahasan. Dia seorang pelajar yang bijak berhujah.
Penguasaan bahasa Inggerisnya juga amat baik.
Apakah kerjaya yang sesuai untuk Rizal?
A Arkitek. B Doktor.
C Peguam. D Akauntan.

8 Apakah faktor kejayaan seseorang dalam bidang yang diceburinya?


A Minat yang mendalam. B Modal yang mencukupi.
C Saingan daripada orang lain. D Tahap pemikiran yang dimiliki.

9 Potensi diri seseorang individu hendaklah ____________________untuk mencapai kejayaan.


A diasah B diubahsuai
C ditonjolkan D dipamerkan

10 Siapakah yang dimaksudkan dengan rakan sebaya?


A Rakan yang mempunyai perwatakan yang sama.
B Rakan yang mempunyai pandangan dan minat yang sama.
C Rakan yang tinggal di kawasan kediaman yang sama.
D Rakan yang belajar di sekolah yang sama.

11 Mengapakah kita perlu bijak memilih rakan?


A Supaya tidak terpengaruh untuk melakukan perkara negatif.
B Supaya dapat berkongsi masalah peribadi.
C Supaya mudah dipercayai oleh ibu bapa.
D Supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

12 Seseorang rakan yang baik lazimnya akan


A meminta rakannya menyelesaikan masalah peribadi.
B memberikan dorongan untuk melakukan perkara yang baik.
C menghindari rakannya yang sedang menghadapi masalah.
D menolak bantuan rakannya yang ingin membantu.

2
13 Dalam perjalanan pulang dari sekolah, anda terserempak dengan rakan-rakan anda sedang berbual-bual
di perhentian bas. Mereka mengajak anda berbual-bual bersama mereka.
Apakah tindakan yang wajar anda ambil?
A Menerima ajakan rakan dengan senang.
B Menolak ajakan rakan dengan baik.
C Mempertikaikan tindakan rakan.
D Mengugut untuk memberitahu ibu bapa rakan.

14 Remaja yang bijak mempertimbangkan kesan sesuatu tindakan dapat


A menjamin kesejahteraan dalam hidup.
B mengeratkan hubungan dengan rakan sebaya.
C membuat keputusan dengan cepat dan pantas.
D melibatkan diri dalam aktiviti sosial.

15 Ponteng merupakan salah kegiatan negatif yang berlaku dalam kalangan pelajar. Apakah langkah yang
boleh diambil untuk menangani kegiatan tersebut?
A Menghukum ibu bapa pelajar tersebut.
B Memaklumkan kepada ibu bapa tentang ketidakhadiran pelajar tersebut.
C Menggantung persekolahan pelajar tersebut.
D Melarang pelajar daripada menduduki peperiksaan akhir tahun.

16 Kasih sayang terhadap keluarga boleh ditafsirkan sebagai


A perasaan kasih dan sayang atas rasa tanggungjawab.
B perasaan cinta yang wujud apabila bertemu dengan ahli keluarga.
C perasaan cinta dan sayang terhadap ahli keluarga yang lebih muda.
D perasaan cinta yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

17 Kita perlu menghormati ibu bapa kerana


A mereka memberikan kemewahan kepada kita.
B mereka selalu memanjakan kita.
C mereka telah membesarkan dan mendidik kita.
D mereka sentiasa mendampingi kita.

18 Bapa anda telah dinaikkan pangkat oleh majikannya. Apakah tindakan yang wajar anda lakukan?
A Meminta bapa membawa keluarga makan di luar.
B Mengucapkan tahniah kepada bapa.
C Merancang aktiviti bulanan keluarga.
D Menceritakan perkara tersebut kepada rakan-rakan.

3
19 Adik anda telah dimarahi oleh bapa anda kerana memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak
Memuaskan. Apakah tindakan yang harus anda ambil?
A Menyebelahi tindakan bapa memarahi adik.
B Membantu adik untuk membela dirinya.
C Memujuk dan menasihati adik agar belajar bersungguh-sungguh.
D Membiarkan adik menyelesaikan masalahnya itu.

20 Apakah yang dimaksudkan dengan makanan seimbang?


A Makanan yang berkualiti dan mahal.
B Makanan yang mengandungi semua jenis nutrient.
C Makanan yang digemari oleh semua peringkat umur.
D Makanan yang mudah didapati dan disediakan.

4
Bahagian B : Soalan Struktur (30 Markah)

1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.(10 markah)

Penyelesaian Pertimbangan Keyakinan Mengelak Keputusan

a) Semasa menghadapi sesuatu masalah atau konflik, kita tidak seharusnya ____________ daripada
masalah tersebut tetapi mesti cuba menyelesaikan.

b) Setiap masalah atau rintangan yang dihadapi dalam hidup ini pasti ada jalan ___________ yang
terbaik

c) Setelah membuat ____________ terhadap konflik yang dihadapi, kita mesti yakin dengan
keputusan yang telah kita pilih.

d) Seseorang yang mempunyai _________ yang tinggi akan sanggup menghadapi apa jua cabaran
dan mampu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul walaupun bersendirian.

e) Orang yang selalu bergantung kepada orang lain untuk menyelesaikan masalahnya, tidak akan
dapat membuat __________ sendiri apabila menghadapi masalah pada masa akan datang.

2. Tandakan BETUL atau SALAH bagi situasi-situasi yang diberikan( 10 markah)

1. Keluarga yang harmoni akan melahirkan generasi yang mementingkan diri sendiri

2. Kita harus menghormati orang yang lebih tua daripada kita dengan cara mengejek-
gejek nasihat mereka.

3. Datuk Scallie sedang sakit dan dirawat di hospital. Scallie telah melawat datuknya
sambil membawa buah tangan.

4. Setiap anak mesti membalas jasa ibu bapa dengan membiarkan mereka bersendirian
di kampung.

5. Kita dilarang menganiayai anggota keluarga kerana perbuatan tersebut boleh


meregangkan hubungan kekeluargaan.

5
3. Apakah faktor yang mendorong remaja terlibat dalam kegiatan negatif?
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

( 2 markah)

4. Adakah rakan sebaya mampu mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara negatif? Berikan alasan
anda.
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

( 2 markah)
5. Mengapakah anda menyayangi ibu bapa anda?
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

( 2 markah)

6. Bagaimanakah caranya anda memastikan hubungan anda dengan anggota keluarga sentiasa mesra dan
akrab?
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

( 2 markah)

7. Nyatakan kepentingan-kepentingan menjalin hubungan yang mesra dan akrab sesama anggota keluarga.
6
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

( 2 markah)

Kertas soalan tamat.

selamat menjawab selamat menjawab selamat menjawab selamat menjawab selamat menjawab selamat menjawab selamat

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan Oleh

........................................... .......................................... ....................................................


(Pn. Zuraini Binti Yakob) (Pn. Bhevikka @ Bhrita Jayantilal) (Pn. Sarimah Binti Mohd Yusof)
Guru Pendidikan Sivik dan Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Guru Kanan Kemanusiaan
Kewarganegaraan Kewarganegaraan

SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN SATU PEPERIKSAAN


PERTAMA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2014

SOALAN OBJEKTIF ( 30 MARKAH)


1. B 16. D
2. B 17. C

7
3. C 18. B
4. C 19. C
5. A 20. B
6. B
7. C
8. A
9. C
10. B
11. A
12. B
13. B
14. A
15. B

BAHAGIAN B:
1. a) mengelak
b) penyelesaian
c) pertimbangan
d) keyakinan
e) keputusan

2. 1) salah
2) salah
3) betul
4) salah
5) betul

3. pengaruh rakan sebaya, kesibukan ibu bapa ( 2 markah)

4. rakan sebaya amat rapat dengan mereka. Secara tidak langsung, rakan sebaya dapat mempengaruhi
seseorang remaja. (2 markah)

5. kerana ibulah yang telah melahirkan kita, kerana ibu bapalah yang telah mendidik dan membesarkan kita.
(2 markah)

6. sentiasa bertolak ansur dengan ahli keluarga yang lain, selalu menghubungi antara satu sama lain jika
tinggal berjauhan, menuturkan kata-kata yang elok dan sopan, peka terhadap perasaan anggota keluarga
yang lain. ( pilih dua sahaja-2 markah)

7. mewujudkan keluarga bahagia, melahirkan generasi yang penyayang (2 markah)


8
9

Anda mungkin juga menyukai