Anda di halaman 1dari 4

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka
kata Patih Gajah Muda, Hai anakku Kertala pesan bapamu kepada aku, Jangan tiada
dikasihi anakku ini, kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan
sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.

Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun
terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.

Maka sembah Kertala Sari, Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan
Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang
kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun
jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira
jadi penggawa.

Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita,
seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.

Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka
sembah Patih Gajah Mada, Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh Paduka Betara
pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.

(i) Siapakah Kertala Sari?


[2 markah]
(ii) Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam prosa di atas?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah perwatakan Laksamana dalam prosa di atas?
[3 markah]
JAWAPAN

(i) Kertala Sari ialah anak kepada Petala Bumi, berasal dari Majapahit, pandai dalam ilmu kesaktian,
taat akan pemerintah dan pencuri yang tamak dan angkuh

(ii) - Masyarakat feudal; mengamalkan sistem beraja


- Masyarakat yang taat kepada pemerintah
- Masyarakat yang bertanggungjawab

(iii) * Seorang yang berani


* Seorang yang bijaksana, pandai dalam ilmu persilatan, memiliki sifat kepahlawanan
dan taat setia kepada pemerintah
AKU MEMBACA LAGI

Aku mendongak langit


membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu

Aku mendongak lagi


membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur

Aku membaca langit


kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa

Aku mendongak lagi


menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.

(i) Mengapakah bulan,bintang dan langit menangis dalam rangkap keempat dan kelima?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda,apakah usaha yang dapat dilakukan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan?
[3 markah]
(iii) Nyatakan dua persoalan yang terkandung dalam sajak tersebut. [4 markah]

JAWAPAN
(i) Mengapakah bulan,bintang dan langit menangis dalam rangkap keempat dan kelima?
-meratapi nasib anak bangsa yang kehilangan jati diri dan menzahirkan kekecewaan kerana bahasa
kebangsaan dipinggirkan.

(ii) Pada pendapat anda,apakah usaha yang dapat dilakukan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan?

-masyarakat terutama penjawat awam menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya dalam urusan
rasmi
-kerajaan mengadakan kempen secara bersungguh-sungguh dan berterusan
-Sektor swasta meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan
-Pihak media menggunakan bahasa baku dalam media penyiaran mereka

(iii) Nyatakan dua persoalan yang terkandung dalam sajak.


-menghargai dan mensyukuri nikmat Tuhan iaitu alam
- jati diri anak bangsa yang semakin hilang
-kedudukan bahasa Melayu yang terpinggir dan tidak lagi dipentingkan.
KADUK, AYAM DAN RAJA

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim perlu membina sebuah reban ayam tertutup. Dia memulakan segala kerja,
menebang pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah diangkut untuk menambak kawasan
yang memang rendah dan berair itu. Wang simpanannya hampir habis di situ.

Kos pembinaan sebuah reban ayam tertutup dengan sistem penyaman udara dan
peralatan memberi makanan semiautomatik melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim sudah
beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman projek pertanian.
Kertas kerja sudah beberapa kali dipinda sehingga akhirnya pinjaman diluluskan. Pinjaman
sebanyak itu memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain, selain tanah Pak Kaduk
yang baru ditebusnya dengan susah payah. Mujurlah seorang Yang Berhormat sanggup
campur tangan dan memujuk pihak bank untuk meluluskan pinjamannya. Dengan
pertolongan itu terbinalah sebuah reban ayam yang boleh memuatkan sepuluh ribu ekor
ayam.

Hakim menandatangani kontrak dengan pihak RAJA. Maka jadilah dia seorang petani
moden merangkap anak muda yang berjasa kepada nusa dan bangsa dengan menyumbang ke
arah penambahan pengeluaran makanan negara.

Tahniah! Aku mendoakan kau Berjaya. Setahun lagi insya-Allah aku akan pulang.
Kita jumpa di reban ini untuk merayakan ulang tahun kau menjadi penternak, kata Azam
sambil menggenggam tangannya erat-erat tanda memberi semangat. Mereka akan berpisah
buat sementara kerana Azam akan mengikuti kursus selama sepuluh bulan di luar negara.

Dipetik daripada cerpen Kaduk, Ayam dan Raja


Oleh Zurinah Hassan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan bukti-bukti yang menggambarkan kesungguhan Hakim untuk mengusahakan


projek penternakan ayam.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak
kerajaan untuk menarik minat golongan muda menceburi bidang penternakan?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai dalam
keseluruhan cerpen. [4 markah]
JAWAPAN

i) - Hakim menebang pokok dan meratakan tanah untuk menambak kawasan yang
rendah dan berair
- Hakim beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman
projek pertaniannya.

ii) mengadakan seminar di seluruh negara kepada golongan muda yang berhasrat
untuk menceburi bidang penternakan
- Memberikan modal atau insentif untuk mereka memulakan projek penternakan
- Menyediakan pegawai yang boleh memberi khidmat nasihat dan pemantauan
berterusan kepada mereka
- Diperkenalkan dengan penternak yang telah berjaya untuk memberi pendedahan
kepada mereka.

iii) Nilai yang terdapat dalam petikan cerpen:


- Kesungguhan Hakim berusaha turun naik bank untuk berbincang mengenai
pinjamannya
- Bantu- membantu seorang Yang Berhormat telah membantu Hakim dengan
memujuk pihak bank untuk meluluskan pinjaman Hakim

Nilai yang tidak terdapat dalam petikan cerpen:

- Keberanian Hakim yang berani memfailkan tuntutan tanah milik datuknya di


mahkamah
- Kerjasama Azam seorang graduan yang berkelulusan undang-undang telah
membantu Hakim untuk menang dalam kes tuntutan tanah milik datuknya.