Anda di halaman 1dari 4

MAKING ICE-CREAM PROJECT (PROJEK

INOVASI SAINS)
Making ice-cream project
Projek menghasilkan ais krim dalam masa 15 min merupakan salah satu cara yang diyakini
mampu menarik minat pelajar terhadap sains. Di bawah adalah gambar semasa projek ini
dilaksanakan.

ketulan ais

air susu tepung penuh krim, air sirap, garam, getah, dan plastik ais krim
Isikan ais separuh penuh ke dalam plastik bersaiz satu gelen dan kemudian masukkan 4 sudu garam ke
dalam plastik yg berisi ais itu. Air susu tepung dimasukkan ke dlm plastik ais krim. Pastikan udara
dibuang dan seterusnya plastik ais krim diikat kemas. Kemudian, dimasukkan plastik ais krim yg
mengandungi air susu tepung itu ke dalam plastik yg mengandungi ais dan garam. Balut plastik itu
dengan tuala. Seterusnya goncangkan. Sekiranya ingin mempelbagaikan ais krim, masukkan air sirap ke
dalam plastik ais krim dan ulang langkah 3 hingga 7

Ais krim terbentuk setelah digoncang selama 15min


ais krim susu dan ais krim sirap sudah terhasil.
Bahan dan anggaran kos perbelanjaan
1) Ais = (Rm 5.00)
2) 1 bungkus Garam = (Rm1.00)
3) 2 kotak susu tepung penuh krim = (Rm11.60)
4) Air sirap = (Rm5.00)
5) Tuala bersih yang bersaiz besar (murid bawa)
6) Plastik (Rm3.40)
7) Sudu (bawa dari rumah)
8) Getah (Rm 3.00)
9) Plastik ais krim (Rm 2.50)
Jumlah kos = Rm 31.50

Bagaimana untuk membekukan air dalam masa 10-15 min???


1) Semua bahan yang dinyatakan di sediakan.
2) Masukkan susu dutch lady ke dalam plastik ais krim dan buang udara dlm plastik
itu. Bermaksud air susu tepung itu akan berada dlm keadaan leper setelah udara ditolak
keluar drp plastik ais krim.
3) Masukkan ketulan ais ke dalam plastik yang bersaiz satu gelen sehingga separuh
penuh.
4) Letakkan plastik ais cream yang berisi susu dutch lady ke dalam plastik yang berisi
ais .
5) Tambahkan 4 sudu garam ke dalam plastik gelen yang berisi ketulan ais dan ice
cream . Ikat plastik itu dengan kemas.
6) Seterusnya, plastik gelen itu dibalut dengan tuala bersih mengikut gaya murid.
Goncangkan plastik itu selama 15 minit sehingga kandungan ais krim membeku .
7) Buka plastik gelen dan perhatikan pembentukan ais krim. Sekiranya pertandingan
dibuat, maka kemenangan murid boleh dinilai berdasarkan tahap kemenjadian
membentuk ais.
8) Sekiranya ingin mempelbagaikan ais krim, masukkan air sirap ke dalam plastik
ais krim dan ulang langkah 3 hingga 7

Projek ini telah dilaksanakan di sekolah kami dan sambutannya sangat menggalakkan.
Keputusan keseluruhannya adalah semua kumpulan telah berjaya menghasilkan ais krim susu
dalam masa 15 minit. Manakala separuh daripada kumpulan pelajar telah berjaya
menghasilkan ais krim sirap. Maka, jika guru-guru ingin melaksanakan projek ini, saya
menyarankan guna air susu tepung penuh krim (xkira la jenama ape), kerana air susu tepung
ini mudah membeku. Tetapi tiada masalah, jika ingin mencuba menghasilkan ais krim sirap @
mengguna air manis berperasa lain. Insyaallah berjaya...