Anda di halaman 1dari 7

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 1 Kertas Bahasa Melayu (011) Bahagian B

Latihan 1 - Soalan 23
Baca catatan aktiviti di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat yang lengkap.

Berikut adalah catatan aktiviti yang telah disedikan oleh seorang waris iaitu penjaga kepada
murid semasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-25, Tahun 2017 yang telah diadakan
pada 18 Mac 2017 bersamaan hari Sabtu.

2.00 petang : Memulakan perjalanan untuk pergi ke sekolah.

2.15 petang : Tetamu jemputan, ibu bapa serta penjaga mengambil tempat masing-masing
di dataran arena sekolah tersebut.
2.30 petang : Ketibaan Datuk Pengarah Pendidikan Negeri telah disambut oleh Guru Besar
serta semua Anggota Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
2.40 petang : Ucapan Guru Besar tentang sejarah dan kemajuan sekolah sepanjang tahun.
3.00 petang : Ucapan Datuk Pengarah Pendidikan, JPN Perak dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-25, Tahun 2017.
3.30 petang : Jamuan ringan untuk tetamu khas dan para jemputan.
3.45 petang : Pengerusi mesyuarat mengambil tempat untuk memulakan Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-25, Tahun 2017.
6.00 petang : Cabutan nama bertuah. Sebanyak 12 hadiah berupa hamper telah disediakan
bagi tujuan tersebut. Hadiah yang disediakan menarik hati.
6.15 petang : Merupakan seorang daripada nama yang bertuah. Majlis selesai dan bersurai.

(a) Siapakah yang merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-25, Tahun 2017 itu?
_________________________________________________________________________________________

[2 markah]

(b) Cerita tentang sejarah dan kemajuan sekolah dalam masa setahun telah disampaikan oleh
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Di manakah dan berapa lamakah Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2017 itu berlangsung?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Kem Akademik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2 Kertas Bahasa Melayu (011) Bahagian B

Latihan 2 - Soalan 23
Baca iklan langganan majalah di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya menggunakan ayat yang lengkap.

HANTARKAN LANGGANAN ANDA SEBELUM 15 APRIL 2017

Anda Berhak Memperoleh Penjimatan Sebanyak 30% daripada:
Pengurus Jualan,
Gedung Bestari Berhad,
44, Jalan Laksamana,
50920 Kuala Lumpur.

Nama Majalah Harga Biasa Potongan Harga Harga Promosi

Kanak-kanak (12 keluaran) (30%) (12 keluaran)

Didik Hibur RM24.00 RM07.20 RM16.80

Cakna Bahasa RM30.00 RM09.00 RM21.00
Cerpen Pelajar RM48.00 RM14.40 RM33.60
Asuhan Minda RM54.00 RM16.20 RM37.80
Panduan Kerjaya RM60.00 RM18.00 RM42.00

* Langganan pada atau sebelum 15 April 2017, akan dihadiahkan sebatang pen yang menarik.

(a) Nyatakan penjimatan kos langganan setahun bagi majalah Didik Hibur dan Asuhan Minda.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Majalah paling mahal yang ditawarkan oleh pihak penerbit dalam iklan di atas ialah
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Apakah yang kita akan dapat jika berlanggan setahun bagi semua majalah yang diiklankan?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Kem Akademik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 3 Kertas Bahasa Melayu (011) Bahagian B

Latihan 3 - Soalan 23
Baca jadual perjalanan bas di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya menggunakan ayat yang lengkap.

SYARIKAT BAS EKSPRES ARWANA SENDIRIAN BERHAD

No. 6962, Jalan Lumut, Kampung Pundut, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-6834976 / Faks: 05-6834676
Tambang Baharu Perjalanan Bas Ekspres dari Kuala Lumpur (KL) ke Destinasi Pilihan

DESTINASI TAMBANG TAMBANG KENAIKAN

(STESEN BAS) SEKARANG BAHARU TAMBANG

Kangar RM50.10 RM61.10 RM11.00

Alor Setar RM44.00 RM53.70 RM09.70
Pulau Pinang RM38.50 RM47.00 RM08.50
Ipoh RM20.60 RM25.30 RM04.70
Johor Bahru RM35.00 RM42.70 RM07.70
Kuantan RM24.10 RM29.40 RM05.30
Kuala Terengganu RM44.00 RM53.70 RM09.70
Kota Bharu RM44.20 RM53.80 RM09.60

(a) Kirakan perbezaan tambang baharu dari KL ke Kangar dengan dari KL ke Johor Bahru?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Tambang bas ekspres paling murah dikenakan bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Berapakah desitinasi yang dilalui oleh Bas Ekspres Arwana ke Pantai Timur, nyatakan?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Kem Akademik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 4 Kertas Bahasa Melayu (011) Bahagian B

Latihan 4 - Soalan 23
Baca jadual perjalanan bas di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya menggunakan ayat yang lengkap.

JADUAL PERJALANAN KERETA API ELEKTRIK (ETS) DAN HARGA TIKET

(Jadual Lengkap Waktu Perjalanan Tren ETS Pergi dan Balik serta Harga Tiket)

Gemas Padang Besar Gemas

LALUAN BERLEPAS TIBA HARGA TIKET
Gemas Padang Besar 2:00 petang 9:05 malam RM102.00
Padang Besar Gemas 7:45 pagi 3:00 petang RM102.00

Gemas Butterworth Gemas

LALUAN BERLEPAS TIBA HARGA TIKET
Gemas Butterworth 4:30 petang 10:40 malam RM83.00
Butterworth Gemas 7:00 pagi 1:10 tengah hari RM83.00

Butterworth Padang Besar Butterworth

LALUAN BERLEPAS TIBA HARGA TIKET
Butterworth Padang Besar 12:00 tengah hari 1:33 tengah hari RM29.00
Padang Besar Butterworth 9:45 pagi 11:30 pagi RM29.00

(a) Berapakah tambang ETS bagi perjalanan dua hala (pergi balik) dari Gemas ke Butterworth?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Perjalanan kereta api elektrik dari Padang Besar ke Butterworth memakan masa selama
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Berpandukan jadul, berapa buahkah negeri yang dilalui oleh kereta api elektrik, nyatakan?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Kem Akademik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 5 Kertas Bahasa Melayu (011) Bahagian B

Latihan 5 - Soalan 23
Baca catatan tugasan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat yang lengkap.

Cikgu Zaiton, guru Bahasa Melayu Tahun Enam Dedikasi, diarahkan oleh Jabatan Pendidikan
Perak menghadiri kursus pada minggu hadapan bermula pada 6 Mac 2017 hingga 9 Mac 2017.
Sebelum meninggalkan sekolah, Cikgu Zaiton telah berpesan kepada anak didiknya Tahun
Enam Dedikasi supaya melaksanakan tiga tugasan di bawah.

TUGASAN 1
Mulai hari Isnin ini, murid-murid diminta mencari maklumat tentang seorang tokoh negara kita
yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Persembahkan maklumat tersebut dalam
bentuk buku skrap. Hantar tiga minggu dari sekarang.

TUGASAN 2
Siapkan karangan yang bertajuk Sekolah Kesayanganku dan hantar buku Penulisan pada hari
Khamis minggu hadapan, sebelum pukul 12:00 tengah hari. Ketua kelas diminta meletakkan
semua buku di rak buku saya di bilik guru.

TUGASAN 3
Aktiviti berkumpulan, himpunkan maklumat serta gambar-gambar tentang permainan yang
terkenal di dunia, iaitu bola sepak, badminton, hoki, tenis dan bola keranjang. Tugasan tersebut
perlu dihantar tiga minggu selepas menghantar tugasan kedua.

(a) Berapa harikah Cikgu Zaiton akan mengikut kursus anjuran Jabatan Pendidikan Perak itu?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Ketua Kelas Enam Dedikasi mesti menghantar buku Penulisan pada hari Khamis sebelum
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Berpandukan catatan di atas, bilakan tugasan tiga perlu dihantar oleh murid-murid tersebut?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Kem Akademik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 6 Kertas Bahasa Melayu (011) Bahagian B

Latihan 6 - Soalan 23
Baca catatan dan maklumat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
menggunakan ayat yang lengkap.

Kereta proton mudah untuk dirawat dan kos penyelanggaran tidaklah terlalu mahal. Fitur yang
dibawa kereta proton juga sangat lengkap. Misalnya, parkir sensor, tingkap automatik, pendingin
hawa, lampu kabut (fog lamp) dan sebagainya. Anda boleh juga memandu kenderaan ini dengan
selesa dan stabil. Kuasa enjin yang baik di samping reka bentuk yang menarik. Jika anda ingin
membeli kereta proton, anda boleh datang ke mana-mana pengedar terdekat dan anda boleh
menanyakan spesifikasi dan harga lengkapnya. Kereta ini juga mempunyai banyak varian dan
anda boleh memilih yang terbaik serta sesuai dengan budget dan keinginan anda.

HARGA HARGA
JENAMA KERETA MEMO
TERENDAH TERTINGGI
Proton Saga (Manual) RM32 115.37 - Model 2016
Proton Saga (CVT) RM34 890.13 - Model 2016
Proton Iriz RM39 702.00 RM59 731.00
Proton Persona RM43 166.00 RM50 983.00 Model 2016
Proton Preve RM55 837.00 RM69 322.00
Proton Suprima S RM66 967.00 RM76 756.00
Proton Inspira RM75 384.00 RM88 763.00
Proton Exora RM53 797.00 RM78 107.00

(a) Apakah tiga ciri utama bagi semua jenis model kereta yang dikeluarkan oleh Proton?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Perbezaan harga tertinggi dengan harga terendah bagi sebuah Proton Excora ialah
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Berpandukan catatan, kenapakah kita memilih kereta mengikut kesesuaian budget sendiri?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Kem Akademik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 7 Kertas Bahasa Melayu (011) Bahagian B

Latihan 7 - Soalan 23
Baca catatan dan maklumat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
menggunakan ayat yang lengkap.

Kalau sudah makan, jawabnya boleh naikkan kalori. Ada beberapa jenis buah-buahan yang
memang tinggi kalori seperti pisang. Sebab itulah ada atlet sukan yang ambil pisang sebelum
perlawanan. Rafael Nadal pernah makan pisang semasa rehat, ini semua nak tambah tenaga
untuk menghadapi perlawanan tenis yang sengit. Jadi kalau nak diet, kena panda mengira kalori
dan ambil kalori yang rendah. Paling baik ambil banyak serat, bak kata Kevin Zahri, serat buat
kita rasa kenyang malahan serat pula mengandungi kalori yang rendah. Di bawah ini beberapa
jenis makanan dan kandungan kalori di dalam makanan sebagai panduan dan rujukan.

JENIS MAKANAN KADAR / SUKATAN JUMLAH KALORI

Kasui Berkelapa Parut sepotong 160 kalori
Kuih Lapis Tepung Gandum sepotong 130 kalori
Nasi Lemak Kukus sepinggan 075 kalori
Bubur Kacang Hijau semangkuk 100 kalori
Ikan Kembong Kari Berkuah seekor 085 kalori
Ikan Kembong Goreng Tepung seekor 150 kalori
Sambal Udang Masak Merah semangkuk 150 kalori
Sambal Sotong Masak Merah semangkuk 120 kalori

(a) Apakah pendapat kamu tentang ikan kembong yang dimasak kari dengan yang digoreng?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Jika kamu makan semangkuk bubur kacang dan sepotong kuih lapis, jumlah kalori ialah
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Berapakah jumlah kalori? Jika emak bersarapan sepinggan nasik lemak kukus sambal udang
dan ayah pula makan nasi lemak kukus sambal sotong serta seekor ikan kembong.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara Kem Akademik Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) Format Baharu 2016

Anda mungkin juga menyukai