Anda di halaman 1dari 1

Peraturan Penyertaan Permainan Bola Sepak

1. Pengurus mestilah mendaftarkan 10 pemain utama dan 5 pemain simpanan.


2. Pemain mestilah berumur 11 tahun ke bawah (tahun 5 ke bawah).
3. Semasa perlawanan, pemain WAJIB terdiri daripada tahun 5 EMPAT orang, tahun 4 EMPAT
orang, dan tahun 3 DUA orang. Sekiranya ingin menukar pemain semasa perlawanan,
pengurus/jurulatih perlu memastikan pemain yang sama tahun menggantikan pemain yang
ditukar.
4. Sekiranya mana-mana pasukan tidak mengikuti peraturan pertukaran pemain, pasukan
tersebut boleh DIBATALKAN.
5. Pengurus/Jurulatih BOLEH menukar pemain melebihi 3 kali pertukaran.
6. Semua peraturan permainan tertakluk oleh FIFA.
7. Segala keputusan pengadil adalah muktamad.

Peraturan Penyertaan Permainan Bola Jaring

1. Pengurus mestilah mendaftarkan 7 pemain utama dan 6 pemain simpanan.


2. Pemain mestilah berumur 11 tahun ke bawah (tahun 5 ke bawah).
3. Semasa perlawanan, pemain WAJIB terdiri daripada tahun 5 TIGA orang, tahun 4 TIGA
orang, dan tahun 3 SATU orang. Sekiranya ingin menukar pemain semasa perlawanan,
pengurus/jurulatih perlu memastikan pemain yang sama tahun menggantikan pemain yang
ditukar.
4. Sekiranya mana-mana pasukan tidak mengikuti peraturan pertukaran pemain, pasukan
tersebut boleh DIBATALKAN.
5. Semua peraturan permainan tertakluk oleh IFNA.
6. Segala keputusan pengadil adalah muktamad.

Peraturan Penyertaan Permainan Bola Baling

1. Pengurus mestilah mendaftarkan 7 pemain utama dan 6 pemain simpanan.


2. Pemain mestilah berumur 11 tahun ke bawah (tahun 5 ke bawah).
3. Semasa perlawanan, pemain WAJIB terdiri daripada tahun 5 TIGA orang, tahun 4 TIGA
orang, dan tahun 3 SATU orang. Sekiranya ingin menukar pemain semasa perlawanan,
pengurus/jurulatih perlu memastikan pemain yang sama tahun menggantikan pemain yang
ditukar.
4. Sekiranya mana-mana pasukan tidak mengikuti peraturan pertukaran pemain, pasukan
tersebut boleh DIBATALKAN.
5. Semua peraturan permainan tertakluk oleh IHF.
6. Segala keputusan pengadil adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai