Anda di halaman 1dari 4

MALAYSIAKU GEMILANG

Jual Beli
Ulam ulaman seperti petai,
Digemari pemuda dan juga tua,
Sukan antarabangsa banyak
disertai,
Gemilangkah Malaysia di pentas
benua?

Mari disambung terputus tali,


Tali panjang jangan dikerat;
Sejarah bangsa diangkat kembali,
Terbelakah maruah negara
dikhianat?

Memanjat kelapa badan cedera,


Salah panjat usah dicela;
Ekonomi maju negara sejahtera,
Rakyat kecil sudahkah terbela?

Bersiar-siar pergi ke pekan,


Berjalan dengan lima bersaudara,
Muafakat rakyat amat diperlukan,
Apakah dapat gemilangkan
negara?
PANTUN GAYA HIDUP SIHAT

Jual Beli
Buah Pala ranumnya mengkal,
Isinya putih untuk juadah,
Anda ada banyak basikal,
Kenapa masih malas beriadah?

Tuah gusar membunuh Jebat,


Namun terpaksa demi tauladan,
Nafsu besar selera hebat,
Bagaimana mengawal berat
badan?

Tajam berbisa si mata pedang,


Untuk menyiang si anak ikan,
Kami semua bermain di padang,
Ke mana menghilang anda dan
rakan?

Wang membazir bukan sedikit,


Belanja harian semakin kendur,
Merokok itu memanggil penyakit.
Mengapa payah untuk
mengundur?
PANTUN KESELAMATAN JALAN RAYA

Jual Beli
Berjalan-jalan di Tasik Chini,
Mencari akar di tepi paya,
Jalan berlubang di sana sini,
Selamatkah kita di jalan raya?

Dahan jatuh di tengah jalan,


Terkena kereta tiada laba,
Jalan raya tempat lalauan,
Mengapa terjadi gelanggang
berlumba?

Pandu perlahan jangan diganda,


Nyawa satu sukar dibeli,
Had laju sudah ada ditanda,
Mengapa payah untuk dipeduli?
PANTUN KEBERSIHAN DIRI

JUAL BELI
Pak Abu memetik longan,
Berbakul-bakul bertambah kian,
Sebelum makan bersihkan tangan,
Apakah faedah berbuat demikian?

Mencari rezeki bersama Pak itam,


Di pantai berdua mencari lokan,
Kuku panjang dan juga hitam,
Tidak gelikah ketika makan?

Pelajar baharu bernama Adi,


Duduk sendirian mencatat nota,
Sabun diguna ketika mandi,
Dapatkah ia bersihkan kita?