Anda di halaman 1dari 9

Penulisan Akademik

Masalah/ Fokus PdPc

Tugasan ke 5 bagi kursus PRKA3012 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran


memerlukan pelajar untuk mereka cipta aktivti pengajaran dan pemudahcara yang berkesan
dengan menggunakan strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) berbantukan
pelbagai sumber. Dengan kata lain, pelajar perlu menggunakan tips yang diperolehi sewaktu
pelaksanaan PLC bersama guru di sekolah pada minggu PBS yang lalu dan menghasilkan
sebuah aktiviti PdPc bagi mata pelajaran sains yang menarik dan kreatif serta mengandungi
unsur KBAT.

Barisan guru pada abad ke 21 mengalami cabaran dalam mendidik generasi murid yang
hidup pada zaman yang penuh dengan kecanggihan dan kemodenan teknologi maklumat.
Kanak-kanak telah berupaya memperolehi pengetahuan dan maklumat yang lebih tinggi pada
peringkat umur yang lebih rendah. Oleh itu, guru perlu menyediakan aktiviti PdPc yang lebih
menarik dalam konteks menarik perhatian murid dan mengandungi unsur-unsur kemahiran
berfikir aras tinggi (James H. S., Thomas J. W. and Leslie W. G., 2011). Dengan itu, guru
perlu meningkatkan aras kesukaran cara PdPc itu dengan menggantikan gaya mengajar
tradisional yang hanya menggunakan kaedah chalk and talk ataupun eksperimen yang
menggunakan bahan yang sama setiap tahun ataupun yang terdapat di dalam buku teks.

Kini, guru perlu menyertakan pelbagai sumber dan bahan bantu mengajar yang menarik
pada satu sesi PdPc yang singkat. Hal ini kerana murid generasi kini sudah diberikan akses
kepada gadget yang canggih seperti telefon pintar yang membolehkan mereka untuk
berinteraksi dengan pelbagai aplikasi yang berwarna-warni serta bersuara dan bergerak. Oleh
itu, mereka akan cepat berasa bosan sekiranya aktiviti PdPc yang disediakan oleh guru tidak
mempunyai bahan-bahan bantu mengajar yang lebih menarik berbanding dengan telefon
pintar mereka di rumah.

Namun, dalam situasi kelas yang sebenar, kadang kala guru pelatih mempunyai masalah
kerana situasi yang dihadapi tidak sama dengan teori-teori yang dipelajari daripada kelas dan
buku. Hal ini kerana murid lebih seronok mendapat guru pelatih yang baru dan muda dan
meletakkan harapan yang tinggi supaya guru itu berupaya untuk mempersembahkan sesuatu
aktiviti PdPc yang menarik dan menguji minda mereka. Oleh itu, apabila guru pelatih itu gagal
untuk memenuhi apa yang diinginkan oleh murid, murid akan berasa bosan dan tidak berminat
untuk belajar ketika sesuatu sesi PdPc itu. Sebaliknya, mereka akan membuat bising dan
bermain-main sehingga tiada pembelajaran yang berlaku pada hari itu.
Hasil dapatan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

Justeru, adalah penting bagi guru pelatih untuk melaksanakan strategi PLC dengan guru
yang lebih berpengalaman di sesuatu sekolah yang ditempatkan itu untuk mempelajari
kaedah mengawal kelas dalam efektif dan seterusnya berupaya untuk melaksanakan PdPc
yang telah dirancang dengan berkesan. Salah satu tujuan PLC juga adalah untuk
meningkatkan keberkesanan sesuatu aktviti PdPc yang telah dirancang supaya memudahan
guru pelatih untuk menimba pengalaman dalam mendidik murid dalm satu sesi tertentu.

Berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi daripada guru Sains yang telah mengajar
di sekolah rendah selama lebih daripada empat tahun, Encik Shaharuddin, Penyelaras Sains
SK Bagan Serai bagi murid tahun 4, banyak menggunakan bahan bantu mengajar yang
maujud seperti model dan arca dalam melaksanakan pdp Sains yang berkesan di dalam
kelas. Menurut beliau, murid kebanyakannya lebih menyukai aktiviti melibatkan objek yang
maujud sewaktu belajar kerana mereka dapat merasai dan membuat tafsiran sebenar
terhadap objek tersebut berbanding dengan hanya menonton video atau gambar di dalam
telefon pintar mereka. Perkara ini juga disokong oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh Lois
Hetland (2013) dalam buku beliau yang bertajuk Studio Thinking menyatakan bahawa kanak-
kanak menyukai pembelajaran yang mempunyai unsur visual yang realistik. Beliau
menyatakan bahawa kanak-kanak yang berumur lima hingga sembilan tahun, lebih
cenderung untuk belajar dengan adanya objek maujud kerana tahap pemikiran yang sukar
memikir secara abstrak (Haywood, H. C. & Brooks, P. H., 2013). Sebagai contoh, guru
menggunakan model diorama gerhana matahari, gunung berapi meletus, kehidupan di hutan
dan lain-lain lagi untuk digunakan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) untuk menunjukkan
sesuatu proses yang tidak dapat dilihat di persekitaran murid. Selain daripada itu, objek
maujud yang digunakan dalam penyiasatan atau eksperimen turut dapat membantu murid-
murid dalam memahami sesuatu konsep dengan lebih mudah seperti organ-organ yang
terlibat dalam proses pernafasan dengan menggunakan model plastik organ yang terdapat di
makmal atau bilik sains bagi sekolah yang tertentu.
Seterusnya, Encik Shaharuddin memberikan cadangan untuk meningkatkan
keberkesanan dalam PdPc Sains adalah dengan melibatkan semua murid secara aktif di
dalam kelas. Menurut Haichun S., Ang C., Xihe Z., & Ennis, C. D. (2012), murid-murid yang
terlibat dalam pembelajaran secara aktif akan meningkatkan keberkesanan dan kefahaman
mereka tentang sesuatu pembelajaran itu. Oleh yang demikian, guru-guru perlu merangka
satu atau beberapa aktiviti yang dapat melibatkan semua murid di dalam kelas secara hands
on dan mind on supaya murid sentiasa berfikir dengan aktif membina pengetahuan sendiri
sewaktu sesi pembelajaran yang dijalankan. Sebagai contoh, sebelum memulakan aktiviti
tertentu, guru telah menetapkan tanggungjawab murid-murid yang masing-masing perlu
laksanakan dalam aktiviti atau kerja kumpulan yang dijalankan. Selain daripada itu, dalam
usaha menggalakkan murid untuk terlibat aktif dalam sesi PdPc, aktiviti berkumpulan
merupakan medium yang paling baik (Han, Y. S. & Gwo, J. H., 2012). Oleh yang demikian,
guru perlu merangka satu aktiviti yang melibatkan murid untuk bekerja di dalam kumpulan
supaya penglibatan murid adalah secara aktif di dalam bilik darjah. Guru juga boleh melantik
seorang ketua bagi setiap kumpulan supaya setiap tugasan ahli kumpulan dipantau oleh ketua
dan dilaporkan kepada guru.
Perancangan Aktiviti

Tema : Sains Hayat

Tajuk : Proses Hidup Manusia

Standard Kandungan :

3.3 Memahami manusia bergerak balas terhadap rangsangan.

Standard Pembelajaran :

3.3.1 Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria menerima


rangsangan dengan menjalankan aktiviti.

3.3.2 Memberi contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan dalam


kehidupan harian.

3.3.3 Membuat inferens tentang kepentingan gerak balas manusia terhadap


rangsangan.

Objektif Pembelajaran:

Di akhir pengajaran dan pembelajaran,

1. Murid dapat menyatakan dua daripada lima jenis rangsangan dan organ gerak balas
yang bertindakbalas terhadap rangsangan.

2. Murid dapat memberi tiga contoh daripada lima jenis gerak balas yang berlaku dan
organ deria yang bertindakbalas terhadap rangsangan.

3. Murid dapat dapat membuat inferens tentang kepentingan gerak balas manusia
terhadap rangsangan
Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah Justifikasi Catatan
1. Murid dibahagikan Murid perlu dibahagikan
kepada 5 kumpulan kepada kumpulan yang
kecil supaya dapat
memudahkan perjalanan
aktiviti PdPc. Dengan ini,
murid dapat bergerak
dalam kumpulan masing-
masing yang ditetapkan
dari stesen ke stesen yang
lain dalam keadaan yang
teratur. Oleh itu, guru dapat
melaksanakan aktiviti PdPc
dengan teratur sambil
mengambil kira kawalan
kelas ketika sesi
pembelajaran.
2. Murid mendengar arahan Setiap stesen 5 Perhentian
daripada guru dengan jelas mengandungi beberapa Perhentian 1
sebelum memulakan aktiviti. bahan tertentu untuk murid Arahkan cahaya lampu suluh
Guru menunjukkan contoh melakukan sesuatu kearah rakan kamu.
terlebih dahulu kepada tindakan tertentu untuk sesi Perhentian 2
murid tentang aktiviti yang PdPc yang dilakukan. Minta rakan merasa bahan
perlu dilakukan pada setiap Berdasarkan tips PLC, yang terdapat di atas meja
perhentian. murid lebih seronok belajar iaitu gula dan garam tanpa
jika mereka berpeluang pengetahuannya
berinteraksi dengan Perhentian 3
pelbagai bahan sewaktu Buka penutup pewangi dan
membina pengetahuan. hidu beberapa ketika
Oleh itu, sewaktu berada di Perhentian 4
suatu stesen tertentu, Dekatkan tangan pada
murid dapat permukaan botol yang suam.
memanipulasikan objek Perhentian 5
yang disediakan di situ Meniup wisel dengan kuat.
agar pembelajaran berlaku.
Hal ini membolehkan guru
membantu muridnya
membentuk pengetahuan
murid melalui bahan bantu
mengajar yang disediakan
dan guru hanya bertindak
sebagai fasilitator sahaja
(James H. S., Thomas J.
W. and Leslie W. G.,
2011).
3. Murid secara Setiap perhentian hanya
berkumpulan bergerak ke diberikan masa selama 3
setiap perhentian secara minit dan murid perlu
bergilir-gilir. melengkapkan jadual
pemerhatian yang
disediakan.

Nilai: mematuhi masa


4. Wakil daripada setiap Berdasarkan tips PLC, Pembentangan murid boleh
kumpulan diminta untuk murid terlibat secara dilakukan secara lisan atau
membentangkan hasil hands on dan mind on apa jua cara yang ingin
mereka. Murid yang lain supaya sesuatu dilaksanakan oleh murid
diminta mendengar dan pembelajaran itu berkesan. mengikut kreativiti kumpulan
menyemak jawapan yang Oleh itu, setelah membuat masing-masing.
diberikan. aktiviti dari stesen ke
stesen dan belajar secara Penerapan elemen 4C
hands on, murid dalam pengajaran abad ke-
dikehendaki untuk 21 iaitu elemen
membentangkan hasil berkomunikasi.
pemerhatian yang
dilakukan supaya murid
terlibat secara mind on.
Selain itu juga, murid
diminta untuk
mempersembahkan hasil
pemerhatian mereka
supaya mereka
berkomunikasi untuk
menekankan salah satu
elemen 4C dalam
pengajaran abad ke-21.
5. Murid ditanyakan soalan Soalan KBAT ini penting 1) Melindungi diri daripada
KBAT untuk menguji bagi menguji kefahaman bahaya.
pemahaman dan pemikiran murid tentang topik 2) Memastikan tubuh badan
murid. pembelajaran pada hari itu. kembali kepada keadaan
Soalan guru: Dalam Selain itu, soalan ini juga yang normal.
kehidupan seharian, kita bertujuan untuk mengukur
akan bergerakbalas dan menguji sejauh mana Jawapan KBAT
terhadap rangsangan. tahap pemikiran 1) Tidak dapat merasai
Berdasarkan gerak balas berdasarkan setiap individu kehidupan di dunia
yang yang telah yang ada dalam sebuah dengan sempurna
dikenalpasti, apakah kelas. 2) Terdedah dengan
kepentingan gerak balas bahaya di sekeliling
tersebut? dan risiko
Soalan KBAT: Terdapat mencederakan diri
insan istimewa seperti: sendiri
1) Tidak dapat merasa 3) Kurang keyakinan
panas, sejuk dan dan merasa rendah
sakit melalui diri akibat
sentuhan kekurangan pada diri.
2) Tidak dapat 4) Tidak berupaya
mendengar melaksanakan
menggunakan pelbagai aktiviti yang
telinga melibatkan anggota
3) Tidak dapat melihat tertentu.
menggunakan mata
4) Tidak dapat merasa Cara penyelesaian:
kesedapan makanan 1) Untuk pekak,
melalui lidah terdapat alat bantuan
pendengaran
Apakah kesan kepada
individu yang mengalami
salah satu situasi di atas? Nilai: Mensyukuri nikmat
Fikirkan cara untuk Tuhan
membantu atau mengatasi
mereka.
6. Guru membimbing murid Soalan guru:
membuat rumusan 1) Apakah cara yang untuk
pembelajaran dengan kita memanfaatkan deria
mengajukan beberapa yang diberikan supaya dapat
soalan terbuka kepada menghargai dan merasa
semua murid. syukur?

PENUTUP
Melalui PLC ini, seseorang guru pelatih dapat meningkatkan keberkesanan
pengajarannya melalui tips yang diperolehi olehnya dari guru-guru yang sudah
berpengalaman mengajar dalam subjek tertentu. Oleh yang demikian, penting sebagai
seorang guru untuk memanfaatkan semaksimumnya peluang dalam meningkatkan PdPc.
RUJUKAN

James H. S., Thomas J. W. and Leslie W. G. (2011). What makes good teachers good? A
cross-case analysis of the connection between teacher effectiveness and student
achievement. Journal of Teacher Education, 62, 339.

Haichun S., Ang C., Xihe Z., & Ennis, C. D. (2012). Learning science-based fitness
knowledge in constructivist physical education. The Elementary School Journal, 113
(2).

Han, Y. S. & Gwo, J. H.. (2012). A collaborative game-based learning approach to improving
students learning performance in science courses. Computers & Education An
International Journal, 63, 4351.

Haywood, H. C. & Brooks, P. H. (2013). Bright start: a cognitive curriculum for young
children. Journal of Clinical Psychology & Special Education, 3, 1-37.

Lois Hetland (2013). Studio thinking 2: the real benefits of visual arts education. New York:
Teachers College Press.