Anda di halaman 1dari 2

TITAS : SEKSYEN 4

PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD ADIB MOHAMAD SALIH

NAMA : MUHAMMAD NAQIB BIN BASIR

NO.MATRIX : CF150037

TUGASAN 1

Sejak akhir ini, kita, sering dikejutkan dengan berita-berita yang tidak enak didengar
oleh masyarakat, baik dari masalah budak kecil sehingga ke dewasa ada sahaja perkara yang
tidak elok terjadi dimanakah silapnya.

Baru-baru ini, telah berlaku satu kes yang melibatkan sebuah sekolah Maahad Tahfiz
atau lebih tepat lagi Tragedi Maahad Tahfiz yang telah dibakar dan mengakibatkan lebih
dari 20 orang terbunuh dan suspek yang disyaki adalah dari sekumpulan budak remaja yang
berumur dari 16 hingga 18 tahun. Pada pendapat saya, kejadian ini sangat buruk, kerana
melibatkan nyawa dan pelakunya pula adalah dari kalangan budak remaja. Kejadian
dikatakan berpunca daripada sikap tidak puas hati mereka keatas pelajar sekolah Maahad
Tahfiz tersebut yang menegur mereka(suspek) ketika melakukan gejala yang tidak bermoral
di belakang kawasan sekolah tersebut iaitu menghisap dadah selain itu ada sumber yang
mengatakan mereka(suspek) juga membakar mercun yang mengganggu murid sekolah
tersebut.

Ramai yang berpendapat, kurangnya didikan sama ada dari sekolah mahupun dirumah
adalah punca kenapa suspek ini sanggup atau tergamak untuk melakukan perkara yang tidak
bermoral atau tidak bertamadun ini kerana menurut laporan mengenai latar belakang suspek,
mereka tidak mempunyai latar pendidikan yang kuat bermakna tahap pendedahan mereka
terhadap pendidikan adalah kurang justeru menyebabkan mereka tidak mampu untuk berfikir
secara lebih berilmiah baik dari segi akhlak mahupun agama. Jika mereka diberikan
pendidikan yang sepatutnya, adakah perkara begini tidak akan terjadi? Bagi saya sistem
pendidikan kita yang hanya memfokuskan pembangunan ilmiah sahaja tanpa mementingkan
pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, tingkah laku, pemikiran, perasaan,
sosial dan rohani individu juga adalah salah satu kelemahan dalam sistem pendidikan kita.

Disamping itu, sikap para pendidik kita yang tidak beretika atau menjalankan
tanggungjawab tanpa penuh rasa amanah atau hanya mengejar kecemerlangan pelajar dari
segi sudut ilmiah tanpa menerapkan nilai-nilai yang sepatutnya kepada pelajar juga
merupakan salah satu punca kepada hilangnya nilai-nilai kemanusiaan dalam diri setiap
pelajar, kerana akhlak remaja sebagai perintis generasi ulama dan umara, kedua, remaja
generasi pewaris ilmu ulama dan umara, ketiga, remaja sebagai model dan rujukan
masyarakat dan keempat, remaja sebagai pembina ketamadunan.

Akhir sekali, dapatlah saya katakan bahawa ilmu dari segi ilmiah atau sahsiah
sangatlah penting dalam melahirkan para generasi yang mampu untuk menggalas tugas
sebagai pengganti pemimpin yang ada pada masa sekarang. Oleh itu, saya juga menyarankan
agar semua pihak haruslah terlibat secara langsung dan bersifat pro aktif dalam melahirkan
generasi yang berkualiti dari semua aspek kehidupan ini tidak kira dari pihak ibu-bapa, pihak
belia, badan-badan bukan kerajaan dan juga badan-badan kerajaan.

Sekian dari saya, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai