Anda di halaman 1dari 6

Bab 27: Qurban : Pengertian Qurban

1. Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wataala.
2. Dari sudut syara, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepad
Allah subhanahu wataala.

PENSYARIATAN DAN HIKMAHNYA

Qurban telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.

Firman Allah subhanahu wataala:

{ }

Maksudnya:
Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)
(Surah Al-Kauthar 108:2)

Hikmah disyariatkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wataaladi atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga
atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.

Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab
kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang la

Qurban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperl
golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih qurban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nila
harganya.

HUKUM MELAKUKAN QURBAN

o Hukum melakukan qurban ialah sunnah muakkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.
o Sabda Nabi Muhammad sallallahu alayhi wasallam yang bermaksud:

Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu


(Riwayat Tirmizi)

PEMBAHAGIAN IBADAH QURBAN

Terdapat dua jenis qurban iaitu qurban wajib dan qurban sunat.

Qurban Wajib

Qurban Nazar.

Contohnya apabila seseorang menyebut, Kerana Allah wajib ke atasku berqurban seekor kambing atau seekor unta
ini ataupun dengan menyebut,Aku jadikan kambing ini sebagai qurban

Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya ataupun seorang fakir.

o Binatang yang dibelikan untuk tujuan qurban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir membeli seekor kambing dengan niat untuk
diqurbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana membeli dengan tujuan berqurban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya di
wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.

Qurban Sunat

Qurban sunat ialah qurban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan melakukannya sama ada miskin ataupun yang
bermusafir, yang tidak berniat nazar atau membeli dengan tujuan qurban.

SYARAT-SYARAT QURBAN

Syarat qurban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1. Syarat Wajib/Sunat Qurban.


2. Syarat Sah Qurban.

3. Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban.

Syarat Wajib/Sunat Qurban

1. Untuk dijadikan ibadah qurban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.

2. Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang qurban yang lebih daripada keperluannya d
keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan harihari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan qu
tersebut.

3. Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada
keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.

Syarat Sah Qurban

Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabk
kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.

4. Hendaklah qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbena
matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.

5. Hendaklah disembelih oleh orang Islam.

6. Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masingmasing menyumbang 1/7 bahagi

Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban

o Islam.
o Merdeka.

o Aqil Baligh.

o Bermukim atau Musafir.

o Berkemampuan.
WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

o Waktu bagi menyembelih qurban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik mataha
sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada har
tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra bin Azib :

Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan qurban.
Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupa
daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (qurban) ini sedikit pun.

BINATANG QURBAN

Perbincangan tentang binatang qurban ini meliputi empat perkara :

1. Jenis binatang yang diqurban.


2. Umur binatang qurban.

3. Kadar binatang yang disembelih.

4. Sifatsifat binatang qurban.

1. Jenis Binatang Yang Diqurban

Para ulama sependapat bahawa ibadah qurban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang anam, iaitu binatang jinak yang be
empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biribiri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Ole
tidak sah berqurban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang anam ini seperti kerbau liar dan kijang.

o Firman Allah subhanahu wataala:

}
{
Maksudnya:
Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syariatkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebag
bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.
(Surah Al-Hajj 22:34)

o Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada Rasulullah sallallahu alayhi wasallam atau sahabat yang menunju
mereka berqurban dengan binatang selain daripada binatang-binatang ternakan (anam) ini. Oleh kerana qurban merupakan satu iba
yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatanganam sahaja sama seperti ibadah zakat.

o Adapun binatang yang lebih afdhal diqurban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini
memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.

o Nabi sallallahu alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berqurb
seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berqurban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi p
saat ketiga maka dia seolah-olah berqurban dengan seekor kibasy yang bertanduk.

2. Umur Binatang Qurban

Umur binatang yang hendak diqurbankan berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu:

1. Unta disyaratkan telah berumur lima tahun dan masuk ke umur enam tahun.
2. Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur dua tahun dan masuk ke umur tiga tahun.

3. Kibasy disyaratkan telah memasuki umur dua tahun.

4. Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur dua tahun lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan
qurban.

3. Kadar Binatang Yang Disembelih

Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy hanya mencukupi sebagai qurban untuk seorang sahaja.
Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi qurban bagi tujuh orang. Ini berdasarkan hadith Jabir:

Kami berqurban bersama Rasulullah sallallahu alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu un
tujuh orang.

o Dalam riwayat Muslim pula menyebut :

Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu alayhi wasallam te
memerintahkan kami supaya berkongsi mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta

4. SifatSifat Binatang Qurban

Sifatsifat binatang qurban sama ada betina atau jantan yang digariskan oleh syara adalah seperti berikut:

o Terang penglihatannya iaitu tidak buta.


o Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya.

o Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.

o Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang qurban itu:

o Gemuk pada keseluruhan anggotanya.

o Bertanduk.

o Putih warna bulunya (pada kibasy).

o Jantan.

Sifat yang makruh pada binatang qurban:

o Rabit telinganya.
o Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.

o Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.

o Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.

o Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh.

o Kabur penglihatannya.
PERKARA SUNAT KETIKA BERQURBAN

1. Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.

2. Digantung tanda pada binatang yang hendak diqurbankan.

3. Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.

4. Disunatkan juga orang yang berqurban menyembelihnya.

5. Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih qurban.

6. Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan qurban.

7. Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.

8. Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lag

9. Sunat bagi mereka yang mahu melakukan qurban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga
selesai berqurban.

10. Binatang qurban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.

11. Sunat ketika sembelihan qurban dilakukan adalah seperti berikut:

o Membaca basmalah.

o Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.

o Binatang diarahkan ke arah qiblat.

o Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.

o Berdoa.

12. Orang yang berqurban hendaklah membaca doa seperti berikut :

Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.

13. Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:

Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu. Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....

PERKARA MAKRUH KETIKA BERQURBAN

o Berlaku kasar kepada binatang yang hendak diqurbankan seperti mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembeliha
atau seumpamanya.

o Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan qurban.

o Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan


.
o Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan qurban selesai dijalankan.

o Binatang yang telah dibeli untuk tujuan qurban adalah makruh dijual kerana ia telah ditentukan untuk qurban.

HUKUM DAGING QURBAN

o Qurban yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama ada dengan menyebut, Ini adalah qurban, maka orang ya
berqurban tidak boleh memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.

o Anak kepada binatang qurban yang ditentukan juga, perlu disembelih seperti ibunya, tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya o
tuan yang mengurbankannya kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya harus meminum susu binatang qurban yang
selebih daripada anaknya walaupun perbuatan itu makruh.

o Bagi qurban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia hendaklah memakannya beberapa suap sebagai
mengambil berkat. Ini bersesuaian dengan firman Allah subhanahu wataala:

{ }

:Maksudnya
Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan
.kepada orang yang susah, yang fakir miskin
(Surah Al-Hajj, 22:28 )

o Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut bahawa Rasulullahsallallahu alayhi wasallam telah memakan sebahag
daripada hati binatang qurbannya. Hukum memakan daging qurban pula tidak wajib, ini berdasarkan firman Allah subhanahu wataal

}
{
Maksudnya:
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih
yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.
(Surah Al-Hajj, 22:36)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita. Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi piliha
sama ada mahu memakannya atau tidak.

o Orang yang berqurban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya, tetapi tidak boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh c
dihantar kepada mereka sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau sebagainya
.
o Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berqurban boleh memakan sebahagian daripada qurbannya. Mengikut qawl qadim
harus memakan sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.

o Sebahagian ulama berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan me
1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berqurban.

o Pendapat yang asah pula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging qurban walaupun sedikit kepada orang Isla
yang fakir walaupun seorang. Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya
beberapa suap untuk mengambil keberkatan seperti yang telah dijelaskan.

o Bagi qurban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada bersedekah dengan kulit binatang tersebut atau menggunakan send
seperti mana dia harus mengambil faedah daripada binatang itu semasa hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih afdhal. Bagi qurb
yang wajib pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.

o Qurban juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang ditetapkan dalam masalah membawa keluar zakat.
Jabatan Mufti Negeri Melaka

Anda mungkin juga menyukai