Anda di halaman 1dari 1

UPA20102 30 Mac 2017

Tugasan Individu Merasai Kreativiti (10%)

Objektif tugasan:
Memahami seorang individu yang kreatif.

Arahan:
Secara individu, anda dikehendaki menemubual dan bersama meneliti aktiviti
seorang pelajar yang telah berjaya menjana pendapatan melebihi RM1,000 sebulan
semasa masih belajar di universiti. Anda perlu membentangkan maklumat yang
diperolehi berkaitan:
Latar belakang diri
Prinsip diri yang dipegang dan faktor penolak atau faktor penarik
Persoalan yang selalu bermain difikirannya
Apakah kreativiti dan inovasi yang digunapakai
Maklumat terperinci aktiviti penjanaan pendapatan (aktiviti, masa, kos,
siapa, bagaimana) yang dijalankannya.
Analisis Six Thinking Hat (Edward De Bono) terhadap aktivitinya (1
mukasurat).
Pemikiran anda terhadapnya.
Lampiran bukti bergambar.

Teknikal tugasan:
Tugasan yang dibuat mestilah menggunakan panduan yang diberikan. Gambar
foto yang dilampirkan mestilah mengandungi gambar anda bersama dengan
usahawan sebagai bukti pertemuan. Laporan tugasan tidak boleh melebihi 10
muka surat.

Semua tugasan mesti dihantar melalui Edmodo di dalam bahagian Assignment


sahaja. Setiap pelajar perlu menghasilkan satu poster bersaiz A3 berwarna
berkaitan tugasan yang diberikan.

Tempoh dan tarikh hantar tugasan:


30 hari. Tarikh akhir tugasan: 30 April 2017 (5.00pm)

Anda mungkin juga menyukai