Anda di halaman 1dari 26

Penghargaan

Terlebih dahulu, saya bersyukur dan ingin memberi penghargaan dan


mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Mohamad Termizi Rafie kerana beliau
memberi bimbingan kepada kami semasa membuat kerja kursus ini. Beliau telah
berusaha menjelaskan tentang cara menyiapkan tugasan ini. Dengan adanya penjelasan
dan sokongan, saya telah menyiapkan tugasan tersebut dengan sedaya upayanya dan
sempat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.
Di samping itu, saya juga ingin memberi penghargaan kepada mereka yang telah
membantu saya menyiapkan tugasan ini. Mereka menghulurkan bantuan kepada saya
tanpa jemu dan ikhlas. Terutamanya bagi rakan-rakan sekalian, kami saling bantu-
membantu dan berkongsi idea untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada ahli keluarga saya kerana
banyak memberi sokongan dan dorongan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Segala
kesalahan dijadikan pengajaran dan pengalaman kepada saya untuk menghadapi
cabaran pada masa akan datang.
Segala sokongan dan dorongan semua pihak saya hargai dan jasa diberi tidak
akan dilupakan. Saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.Terima kasih.

[Type text] Page 1


HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ______________________
Nama Penulis :
Tarikh : 19/03/2014

[Type text] Page 2


ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN...1
HALAMAN PENGAKUAN.2
ISI KANDUNGAN...3
1.1 Objektif kajian4
1.2 Ulasan Kritis..
1.3 Penulisan Akademik
REFLEKSI
RUJUKAN

[Type text] Page 3


1. Ulasan Kritis:
3.7 NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN : UMUM DAN KHUSUS
( contoh merangkumi Melayu, Cina, India dan Peribumi )
a) Berlandaskan Idea Keagamaan dan Kerohanian

i. Melayu Tamadun bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid. Ini


( Islam ) bermaksud bahawa tauhid merupakan intipati dalam kehidupan
bertamadun masyarakat Islam.
Asas dalam Tamadun Islam adalah akidah, syariah dan akhlak yang
merupakan komponen dalam agama Islam itu sendiri.
Sumber dalam Tamadun Islam adalah sumber naqli ( sumber wahyu )
menjadi sumber asas, manakala sumber aqli ( akal ) merupakan sumber
sekunder yang mana ketetapannya mestilah tidak bercanggah
dengan sumber asas ( naqli ).
Aspek kerohanian amat dipentingkan. Kerohanian ( spiritual ) dan
kebendaan ( material ) mestilah seimbang dan bersepadu.
Matlamat utamanya ialah mencapai keredhaan Allah, manakala
material berfungsi sebagai wasilah/alat penghubung dalam mencapai
matlamat utama tersebut.
ii Cina Percaya kepada konsep ketuhanan.
Terdapat banyak agama yang dianuti dalam masyarakat Cina. Antaranya
ialah seperti Penyembahan Nenek Moyang, Konfusius, Daoisme/
Taoisme dan Buddhisme. Kesemua agama ini menekankan konsep
ketuhanan ( kecuali Buddhisme ) dan kerohanian yang menjanjikan
balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya.
Dalam kosmologi Cina terdapat konsep tian yang bermaksud langit iaitu
merujuk kepada dewa yang terpenting ( merupakan pembuktian
kewujudan Tuhan ). Dalam Dinasti Chou, tian merujuk kepada makhluk
unggul di langit (supreme being) yang mengatur perjalanan hidup dan
[Type text] Page 4
nasib seseorang, menentukan keamanan dan kesejahteraan serta
memberi balasan baik dan buruk ( ia juga mungkin menyebabkan
kemudaratan sebagai hukuman terhadap insan yang berkelakuan
salah). Kepercayaan terhadap konsep ini, mendorong masyarakat
mereka mengawal tingkahlaku bagi mengelakkan dari mendapat
balasan dari tian.
iii India Hindu - menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian. Antaranya
ialah percaya kepada konsep trimurti - Brahma (Tuhan Pencipta ),
Vishnu ( Tuhan Pemelihara ) dan Siva ( Tuhan Pemusnah ). Namun
begitu kuasa agung bagi mereka adalah Brahma yang bersifat sat kit
ananda.
Buddha tidak menekankan konsep ketuhanan kerana ia lahir kerana tidak
puas hati terhadap sistem kasta. Andai ditekankan mereka takut akan
muncul golongan Brahmin sebagai perantara Tuhan. Justeru itu ia
hanya menekankan konsep kerohanian.
Kedua agama ini - percaya kepada konsep karma dan kelahiran semula,
di mana seseorang akan hidup semula mengikut balasan perlakuan
mereka. Justeru itu mereka perlu sentiasa berbuat baik untuk mendapat
karma yang baik di dalam kelahiran yang baru.
iv Peribumi Secara umumnya bersifat animisme dan bercampur denganpengaruh
Hindu-Buddha.
Percaya wujudnya kuasa agung dengan pelbagai gelaran dan
manifestasi. Bagi masyarakat asli percaya menggelarnya moyang,
jenang, tohan dsb. Manakala bagi masyarakat Kadazan/Dusun
menganggap Kinorohingan dan Suminundu sebagai kuasa agung.
Turut mempercayai kuasa-kuasa lain seperti petir, naga dan sebagainya
yang sentiasa mengawasi perlakuan mereka.
Seandainya mereka berbuat sesuatu yang menyalahi kepercayaan
dan adat mereka, dipercayai kuasa ghaib ini akan memberi balasan
seperti banjir dsb.
Turut mempercayai adanya hari pembalasan terhadapkelaukuan
ketika hidup di dunia
Kepercayaan kepada wujudnya kuasa ghaib ini mendorongmereka
menjaga perlakuan mereka.
Selain itu, kelakuan mereka turut dipengaruhi dengan adat dan pantang

[Type text] Page 5


larang.
Sistem kepercayaan dan adat ini - menekankan perilaku yang baik antara
manusia dengan tuhan, sesama manusia, binatangdan alam nyata dan
ghaib akan berlaku keharmonian hidup.

b) Menekankan Aspek Kemanusiaan.

i. Melayu Terdapat hubungan yang baik dengan Allah ( hablu minaLlah ),


( Islam ) dan hubungan yang baik sesama manusia ( Hablu minannas ).
Diikat dengan ukhwah Islamiah yang bermaksud umat Islam, semua
manusia adalah sama di sisiAllah kecuali orang yang bertaqwa.
Islam menetapkan agar sentiasa menjaga akhlak antara sesama
manusia yang merangkumi akhlak dengan ibubapa, guru, kawan, jiran,
sesama Islam dan bukan Islam, malah akhlak terhadap musuh Islam
juga perlu dijaga.
Diikat dengan ikatan hak dan tanggungjawab sesama manusia, juga
diikat dengan perasaan kasih saying dan rasa hormat.
Hubungan yang baik sesama manusia perlu dijaga, malah
seandainya seorang Islam tidak mempunyai hubungan yang baik dengan
manusia yang lain walaupun mempunyai hubungan yang baik dengan
Allah, dia tidak dikira sebagai ahli syurga. Antaranya bagaimana
Rasulullah menyatakan seorang yang menyakiti jiran walaupun
banyak ibadatnya kepada Allah sebagai ahli neraka.
Mafhum hadis : perlunya berkasih sayang sesama makhluk di dunia
untuk mendapat kasih sayang di langit.
Dalam konteks pergaulan juga, syariat Islam diturunkan agar
kepentingan 5 hak asasi manusia terlaksana ( hak beragama, menjaga
kewarasan akal, menjaga nyawa, harta benda dan maruah diri ) -
memperlihatkan Islam menekankan nilai kemanusiaan.

ii Cina Konfusius - menekankan konsep ren/jen iaitu kasih saying dan juga
sifat perikemanusiaan. Ia merangkumi kasih saying terhadap diri sendiri
dan juga kepada orang lain.
Nilai dalam ren ini membezakan antara manusia dan haiwan. Dengan
nilai ini manusia didorong untuk melakukan kebaikan, baik hati dan
pemurah sehingga wujud keharmonian masyarakat. Konsep ini juga

[Type text] Page 6


mendidik masyarakat Cina agar memperbaiki diri terlebih dahulu

Justeru itu untuk asas konsep ini ialah chung ( buat perkara
positif terhadap orang lain apa yang kita suka orang buat kepada kita )
dan shu ( jangan buat perkara negatif sebagaimana kita tidak suka
orang lain buat perkara tersebut kepada kita ).

Moisme - Percaya kepada cinta sejagat (universal love) tanpa


mengendahkan hubungan keluarga dan kedudukan. Manusia harus
mencintai orang lain seperti menyayangi diri sendiri. Perbuatan
menyayangi boleh mengelakkan perselisihan dan jenayah serta
menjadikan dunia aman.

iii India Pentingkan aspek kemanusiaan


Kepercayaan kepada konsep karma ( undang-undang balasan ) dan
kelahiran semula - mendorong mereka berbuat baik sesama manusia. Ini
adalah kerana andai mereka berbuat tidak baik, mereka akan dihidupkan
semula dengan penuh kehinaan dalam kelahiran baru mereka.
Konsep Ahimsa - tidak boleh membunuh sesuatu yang bernyawa
walaupun binatang untuk mengisi perut - melahirkan konsep
kasih sayang sesama manusia dan mengelakan penindasan dan
kekejaman berlaku.

iv Peribumi Perhubungan sesama manusia agar bersifat jujur dan amanah dikawal
dengan konsep tenghaak iaitu balasan buruk yang akan menimpa
ketika di dunia lagi.
Terdapat pelbagai adat dan pantang larang yang antara lain bertujuan
agar terjalin hubungan baik dan harmoni sesama manusia.
Kaya dengan nilai-nilai murni seperti amalan perkongsian,
menghormati orang tua dan sentiasa jujur.

[Type text] Page 7


c) Mementingkan Institusi Kekeluargaan.

i. Melayu Pentingkan institusi perkahwinan, berkahwin ikut sunnah nabi kerana ia


( Islam ) akan meramaikan generasi Islam.
Perlu membina keluarga yang sakinah kerana di situ lahirlah individu
yang berjati diri mukmin sebenar sebagai generasi pembina tamadun.
Terdapat syariat - munakahat dalam mengatur undang-undang, hak dan
tanggungjawab di dalam institusi keluarga seperti hak dan
tanggungjawab suami terhadap isteri dan sebaliknya, hak dan
tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak dan sebaliknya.
Tanggungjawab anak mentaati kedua ibu bapa diletakkan selepas
taatkan Allah dan rasul.
Mafhum hadis : Janganlah kamu campakkan diri dan keluargamu
dalam api neraka - penekanan terhadap tanggungjawab bersama
keluarga.

ii Cina Masyarakat tradisional Cina mementingkan konsep kekeluargaan.


Mereka menekankan konsep wu lun atau lima hubungan yang
merupakan lima hubungan asas manusia yang harus dikekalkan bagi
membentuk kestabilan masyarakat dan kesejahteraan negara. Antara 3
bentuk hubungan dalam ini adalah berkait dengan institusi kekeluargaan
iaitu :
* Antara suami dan isteri
* Antara bapa dan anak (keluarga dan anak-anak)
* Antara adik beradik
Hubungan ini bersifat dua hala iaitu golongan tertinggi ( ibu bapa)
mempunyai tanggungjawab dan menjaga orang bawahnya (anak-
anak). Golongan bawah pula harus menurut perintah. Konsep ketaatan
anak ini atau hsiao (filial piety) amat dipentingkan dalam masyarakat
mereka. Ia merujuk kepada tanggungjawab anak kepada ibu bapa
antaranya ialah seorang itu harus mempunyai anak yang dapat
mengekalkan keturunan keluarga. Justeru itu dalam ajaran

[Type text] Page 8


Konfucius institusi perkahwinan ditekankan kerana ia mempunyai tujuan
utama dalam melahirkan generasi akan datang. Kesalahan

terbesar seorang anak ialah tidak melahirkan generasi akan


datang kerana beliau akan memutuskan atau memupuskan
keturunan generasi orang tuanya.
Kesetiaan kepada ibu bapa melahirkan amalan penyembahan nenek
moyang.

iii India Unit penting dalam tamadun.


Matlamat - bentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan
kerohanian di samping menjadi penerus zuriat keturunan.
Dalam asramadharma ( peringkat hidup ) - peringkat kedua ialah
grhastra iaitu peringkat berumahtangga.
* Sebelum berkahwin, diharapkan dapat menghasilkan kekayaan
yang secukupnya.
* Memelihara keharmonian keluarga merupaka tanggungjawab
utama dalam tahap ini
Ikatan kasih sayang penting dalam keluarga.
Orang yang berumahtangga dianggap sebagai teras masyarakat kerana
golongan inilah yang akan bertanggungjawab melindungi serta
menyara golongan manusia yang lain.

iv Peribumi Wujud pelbagai adat dalam pemilihan jodoh dan perkahwinan mengikut
sesuatu kaum - menunjukkan institusi keluarga amat penting.
Perlunya anak mentaati dan tidak derhaka kepada orang tua - dikawal
dengan konsep tulah. Konsep ini percaya bahawa seorang yang
derhaka akan mendapat balasan ketika di dunia lagi.
Dalam masyarakat Iban misalnya amat menekan konsep
tanggungjawab dan keberanian seorang lelaki sebagai syarat untuk
berkahwin agar dapat melindungi anak gadis. Tradisinya amalan ngayau
menjadi kayu pengukur kriteria ini.

[Type text] Page 9


d) Menekankan Tatacara dan Etika Dalam Kehidupan.

i. Melayu Syariat diutuskan Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan
( Islam ) dan mengatur kehidupan agar harmoni.
Ianya mengatur hubungan manusia dengan Allah melalui pengamalan
ibadat dan hubungan manusia sesama manusia melalui pelaksanaan
muamalat, munakahat dan jinayat.
Akhlak iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika
Akhlak Islam bersifat syumul iaitu meliputi akhlak dengan Allah SWT,
Rasulullah SAW, sesama manusia terutamanya ibu, bapa, guru, jiran
dan termasuk sesama manusia walaupun dengan bukan Islam
Akhlak Islam juga termasuk dengan alam persekitaran seperti haiwan
dan tumbuh-tumbuhan.
Rasulullah merupakan model akhlak yang terbaik kepada umat Islam
dan manusia seluruhnya.

ii Cina Amat menekankan konsep moral dan etika yang perlu dipatuhi
masyarakat.
Konfusius - menekankan konsep li iaitu peraturan akhlak dan
peraturan kehidupan iaitu:
i. Peraturan perhubungan manusia dengan tuhan.
ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia.
iii. Peraturan perhubungan politik
Konfusius menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan,
segala perlakuan manusia perlulah bersederhana dan tidak setuju
kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

iii India Pentingkan etika yang mereka gelar sebagai dharma iaitu peraturan
moral bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang.
Terdapat tiga jenis dharma, antaranya Sadharna dharma
menekankan sifat-sifat am yang perlu bagi semua manusia seperti
kebenaran, kesabaran, memaafkan, kawalan minda, tidak mencuri,
kebersihan, tidak melakukan kekejaman, kawalan deria, pengetahuan,

[Type text] Page 10


ikhlas dll.

Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan


barunya lebih baik dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa.

iv Peribumi Terdapat pelbagai adat dan pantang larang yang perlu dipatuhi.
Mereka percaya Tuhan akan turunkan bala kalau tidak patuhinya.
Kepatuhan mereka terhadap adat ibarat kepatuhan kepada sistem
kepercayaan.
Juga terdapat denda atau balasan seperti sogit dalam
masyarakat Kadazan / Dusun.
Contoh lain hukuman ke atas pesalah sumbangmahram - pelabai
( Kenyah ) , hukuman bunuh ( Semai ) dan penggal kepala ( Murut ).

e) Mementingkan Kebijaksanaan Dalam Kepimpinan.

i. Melayu Politik Islam menggariskan sistem dan corak pemerintahan Islam


( Islam ) seperti asas dalam berpolitik konsep tauhid, risalah dan khilafah
Prinsip politik Islam adalah keadilan, persamaan, syura,
akauntabiliti.
Sumber dalam politik Islam ialah kitabuLlah dan sunnah rasul-Nya, di
samping ijtihad dan ijmak ulama.

ii Cina Dalam Tamadun China, Konfucius menekankan ajaran moral kepada


manusia, antaranya membantu pemerintah yang baik dan sifat baik
merupakan satu harta yang paling penting untuk dimiliki oleh setiap
pegawai.

Raja-raja Chou mengaitkan diri mereka dengan konsep anak syurga


dan mandat dari syurga . Ini merujuk kepada maksud raja wakil
Tuhan di bumi.

[Type text] Page 11


Mereka perlu memerintah dengan adil dan jika gagal, mandat akan
ditarik semula. Konsep ini memberi pengajaran moral :
i. Pemimpin perlu berkelakuan baik. Jika tidak adil atau tidak jujur
dalam pemerintahan ia akan disingkir dari jawatan dengan
berlakunya penarikan mandat tersebut.
ii. Rakyat perlu patuh pada pemimpin.
Menekankan konsep wu lun atau lima hubungan yang mana satu
bentuk hubungan di dalamnya berkaitan dengan etika di dalam
pemerintahan iaitu antara pemerintah dan rakyat. Hubungan di sini
bersifat dua hala di mana pihak pemerintah perlu bertanggungjawab ke
atas rakyat bawahannya manakala golongan rakyat perlu mematuhi
perintah pemerintah.
Konfucius menegaskan bahawa politik merupakan pengurusan tentang
kebenaran dan perlu memerintah berdasarkan akhlak
Ajaran Konfucius juga menekankan pemerintahan yang berdasarkan
zheng ming iaitu nama yang betul untuk menjelaskan di antara
perkara yang benar dan salah. Ia bermaksud, peranan dan
tanggungjawab adalah mengikut nama yang disandang. Tujuannya
adalah untuk membezakan antara perkara yang betul dan salah.
Pemerintah juga perlu memperbaiki diri sendiri atau zheng ji .

iii India Pentingkan pemimpin yang adil dan bertanggungjawab


sebagaimana termaktub dalam dharma yang dinamakan
raja dharma.
Rajadharma - meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan
bagi seorang pemerintah dalam melindungi undang-undang sosial.
Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan rakyat dan
raja dharma memerlukan seorang pemerintah menganggap
kebahagiaan rakyat sebagai kebahagiaannya dan kebajikan rakyat sebagai
tugas utamanya.

iv Peribumi Pemimpin yang diutamakan ialah orang yang berumur dan

[Type text] Page 12


matang kerana golongan ini berpengalaman, bijak dan tidak emosi.
Contoh dalam perlantikan penghulu atau batin dalam mayarakat orang
asli.
Masyarakat Iban - tambahan syarat keupayaan dan keberanian melindungi
komuniti rumahpanjang sebagai syarat tuai bilek dan tuai rumah.
Amalkan perkongsian kuasa - saling bermesyuarat sebelum
menetapkan sesuatu keputusan.

f) Menghargai Alam Sekitar.

i. Melayu Islam menekankan hubungan yang harmonis dengan alam dan melarang
( Islam ) sebarang tingkah laku dan perbuatan yang bersifat fasad
Penggunaan alam sekitar dikawal oleh hukum Islam terutamanya konsep
Halal dan Haram.

Alam sekitar merupakan anugerah Allah SWT yang diamanahkan


kepada manusia untuk dimanfaatkan sebaik mungkin.
Ada adab dan akhlak dengan alam termasuk yang ghaib.
Hubungan dengan alam perlu dijaga di samping hubungan dengan
Allah untuk mendapat syurga.
Maksud Firman Allah : Janganlah kamu berjalan di muka bumi
mendabik dada.
Selain itu, alam merupakan tanda kekuasaan dan kehebatan Allah SWT.
Allah telah menentukan adab dan akhlak manusia dengan alam
termasuk makhluk ghaib.

ii Cina Dalam ajaran Tao, alam di anggap sebagai ibu atau Dao. Ini
menunjukkan bumi sebagai entiti yang perlu dimuliakan.

[Type text] Page 13


Dalam Buddhism dan Shinto pula, hubungan harmonis manusia dengan
alam ditekankan melalui konsep Esho Fui, iaitu manusia dan alam saling
memerlukan.

Menegaskan perlunya menjaga dengan alam sekitar, malah


menganggap bintang di langit sebagai nenek-moyang mereka yang
menjadi shen/dewa di langit setelah meninggal dunia.

iii India Hargai alam malah menganggap ada kuasa di dalamya.


Alam sekeliling ada dewa seperti Indra ( Tuhan Cuaca ), Surya ( Tuhan
Matahari ) Varuna ( Tuhan Langit ) dsb.
Konsep ahimsa - mengajar mereka sayangkan binatang hingga hargai
nyawa mereka.
Konsep totemisme - penyembahan kepada lembu, anggap zat Tuhan
ada di dalamnya.

iv Peribumi Perlu menjaga alam sekitar malah menganggap terdapat kuasa ghaib di
dalamnya.
Percaya tuhan harimau atau petir sebagai penjaga haiwan dan
tumbuhan.
Justeru itu dilarang menebang pokok tanpa niat untuk digunakan
atau membunuh binatang tanpa niat makan.
Perbuatan ini akan mengundang kemarahan tuhan dan akan
diturunkan bala bukan sahaja ke atas pesalah malah seluruh komuniti
mereka.
Kepercayaan ini mendorong mereka menjaga alam sekitar agar berada
dalam ekologi yang seimbang.

2) Penulisan Akademik

Perbincangan yang melibatkan perkaitan sesuatu peristiwa dan kesannya pada hari
ini dengan memberikan bukti-bukti yang jelas.
[Type text] Page 14
SENI BINA DARI SUDUT TAMADUN ISLAM

1.0 Pengenalan

Senibina Islam dibangunkan bertujuan menempatkan manusia di hadapan Tuhan


dengan cara memperlihatkan ruang yang dibentuk, diatur, dan disesuaikan dengan
pelbagai teknik senibina (Nasr 1987 : 58). Menurut M. A. J. Beg, senibina bukan sahaja
dilihat pada bentuk- bentuk bangunan dan tugu- tugu peringatan, malahan ia turut
membayangkan tamadun yang dilahirkan (Romzah 1994 : 4).

Keutuhan senibina Islam bukan sahaja berhubungkait dengan kesatuan aspek


kosmologi, malahan ia juga berhubungkait dengan kesatuan hidup individu dengan
masyarakat yang diatur oleh hukum Ilahi ataupun al-Syariah (Nasr 1987 : 73).

Seni itu memainkan suatu fungsi spiritual apabila ia dihubungkan dengan bentuk
dan kandungan wahyu Islam. Seni Islam bukan hanya kerana diciptakan oleh seorang
Muslim, tetapi juga dilandasi oleh wahyu Ilahi (Nasr 1987 : 17 ). Sejarah perkembangan
senibina Islam di Tanah Melayu bermula setelah kedatangan para pendakwah Islam
seawal abad ke 12M.

2.0 Senibina dalam al- Quran dan al- Hadith

Dalam konteks senibina, ianya adalah seni membuat bangunan. Seni mempunyai
erti yang merangkumi konsep, rupa, bentuk, gerak, dan masa. Manakala perkataan bina
tidak khusus kepada rangka bangunan ataupun sesuatu bentuk fizikal tetapi meliputi
tindakan dan juga konsep (Romzah 1994 : 2).

Menurut Yaacob Yusuf, senibina Islam merupakan gabungan konsep- konsep


Tauhid, Perundangan, dan Kemasyarakatan yang terdapat dalam kepercayaan dan ajaran
Islam merupakan faktor penyatu yang mencantumkan berbagai bentuk bangunan dalam
menghasilkan satu corak yang menggambarkan semangat kesatuan dalam kepelbagaian,
keharmonian dan keseimbangan (Yaacob 1983 : 40).

Al- Quran banyak menjelaskan kepada kita tentang senibina. Penerangan dari
wahyu Allah S.W.T telah dijadikan sumber rujukan bagi para sarjana. Al- Quran telah

[Type text] Page 15


memberitahu bahawa Allah S.W.T adalah Maha Mencipta, dan segala ciptaannya adalah
sempurna. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam banyak surah, antaranya pada surah
an- Naba, ayat 12 dan 13 yang memberitahu kepada manusia bahawa Allah S.W.T telah
membinakan tujuh langit yang kukuh di atas manusia. Allah S.W.T juga telah menjelaskan
bahawa rumah ibadat yang pertama didirikan ialah Kabah, penerangan ini terdapat dalam
beberapa surah seperti pada ayat 96, surah Ali- Imran.

Firman Allah S.W.T dalam surah al- Isra ayat 1 turut memberitahu kepada manusia
tentang binaan (rumah ibadat) yang diberkati Allah S.W.T adalah Masjid al- Haram dan
Masjid al- Aqsa.

Allah S.W.T turut menceritakan peristiwa sejarah tentang kebinasaan negeri- negeri
orang yang zalim dan keruntuhan bangunan- bangunan dan istana, kesan ini dapat dilihat
sehingga kini. Peristiwa ini diceritakan dalam surah al- Hajj, ayat 45.

Allah S.W.T telah memberi ilham kepada Ashab al-Kahfi, supaya mendirikan
bangunan (tempat ibadat) di atas gua, peristiwa ini telah diceritakan oleh Allah S.W.T
dalam surah al- Kahfi, ayat 21.

Allah S.W.T telah mengajar manusia tentang bagaimana membuat dinding


pertahanan yang hebat, yang tidak mampu dimusnahkan oleh manusia, kecuali hanya
kuasa Allah S.W.T sahaja yang boleh menghancurkannya dalam sekelip mata.

Al- Quran yang merupakan petunjuk dan wahyu dari Allah S.W.T, bukan sahaja
dijadikan sebagai sumber hukum, malahan menceritakan perkara ghaib dan peristiwa
sejarah, serta mengajar manusia cara- cara membuat pelbagai jenis senibina.
Penjelasan oleh Rasulallah s.a.w berkaitan senibina juga terdapat dalam al-
Hadith. Antaranya adalah seperti berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a, meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda:

Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal
kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus

[Type text] Page 16


disebarkannya, anak- anak yang soleh yang ditinggalkan, al- Quran yang diwariskan atau
masjid- masjid yang dibinanya atau rumah- rumah musafir di perjalanan yang didirikannya
atau anak- anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya
ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya (ini merupakan waqaf
yang berkekalan untuknya). (Riwayat Ibnu Majah, bab tsawab muallim al-nas al-khair, no.
242)

Daripada Abu Hurairah r.a, meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda:

Tempat yang paling dicintai Allah S.W.T di atas muka bumi ialah masjid dan tempat yang
paling dibenci ialah pasar- pasar. (Riwayat Muslim, babfadl al-jalus fi muslah no.1528)

Daripada Umar ibn al-Khatab r.a, meriwayatkan katanya:

Aku mendengar bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: Barangsiapa membina rumah- rumah
Allah S.W.T, yang memasukkan di dalamnya nama Allah (berdzikir kepada Allah), Allah
S.W.T akan binakan baginya rumah di dalam syurga. (Riwayat Ibnu Hibban, qala al-
mulhaq: isnaduhu sahih)
Daripada Aisyah r.a, meriwayatkan bahawa baginda Rasulallah s.a.w bersabda:

Baginda memerintahkan orang ramai di kampung- kampung supaya membina masjid-


masjid, menjaga kebersihan masjid, dan memasang bau- bauan masjid. (Riwayat Abu
Daud, bab ittakhazu al-masjid fi al-duar, no.455)

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh al- Quran dan al- Hadith, jelaslah
bahawa kepentingan senibina Islam kepada manusia khususnya umat Islam tidak dapat
dinafikan lagi. Tuntutan agama ini telah dijadikan satu kewajipan oleh para pendakwah
yang datang ke Tanah Melayu. Mereka bukan sahaja menyumbangkan ilmu, malahan
menjadi perintis terhadap perkembangan senibina Islam di Malaysia pada masa kini.

3.0 Perkembangan senibina berunsur Islam di Malaysia

Senibina Islam membentuk satu kesatuan sekaligus kepelbagaian, keselarasan,


dan naungan, di seluruh kota dan desa. Antara senibina Islam yang terawal adalah Masjid
al- Haram, Masjid al- Aqsa dan Masjid al- Nabawi. Menurut catatan Ibnu Hisham, 4
dinding asas Kabah pada zaman nabi Muhammad s.a.w, adalah hanya beberapa
sentimeter lebih tinggi dari saiz ketinggian manusia. Masjid al- Aqsa telah dibina selepas
40 tahun pembinaan Kabah (Omer 2005 : 235).

[Type text] Page 17


Berdasarkan catatan sejarah tamadun Islam terdahulu, senibina Islam tidak lahir
serentak dengan kelahiran Islam itu sendiri. Senibina Islam lahir kerana pengaruh dari
negeri- negeri asing, hasil dari peperangan dan pembukaan negeri. Senibina Islam
berkembang dalam masyarakat Islam itu sendiri secara beransur- ansur selari dengan
perkembangan tamadun (Desai 1971 : 12).

Senibina Islam ini muncul selaras dengan perkembangan Islam di Tanah Melayu
pada kurun ke-12M. Senibina berunsur Islam ini dibangunkan oleh kelompok pendatang
yang berperanan menyebarkan dakwah di Tanah Melayu. Binaan yang dibangunkan oleh
golongan tersebut mempamerkan kebudayaan tempat asal mereka.
Antara negeri terawal yang menerima pengaruh senibina Islam adalah :
Kedah pada abad ke-10M
Terengganu abad ke-13M
Sabah abad ke-14M
Negeri Sembilan abad ke-14M
Kelantan abad ke-17M dan
Melaka abad ke-17M.

Antara binaan yang dianggap mempunyai ciri senibina Islam adalah seperti masjid
dan ciri yang terdapat padanya, istana, batu nisan, batu bersurat, dan bangunan atau kota
pentadbiran.

4.0 Kesan peninggalan sejarah dalam aspek senibina Islam

4.1 Masjid

Kedatangan Islam ke alam Melayu selain membawa ajaran Islam berupa aqidah, ia
juga telah mengembangkan konsep Islam iaitu ad- Din .Di antara cara hidup yang
terpenting yang berhubung rapat dengan ad-Din ialah masjid (Abdul Rahman 1981 : 67).
Senibina masjid termasuk di dalam senibina bangunan yang penting di Malaysia. Selain
menjadi lambang keagungan syiar Islam, masjid juga menjadi pusat pengembangan
ajaran Islam. Perkataan Masjid berasal dari bahasa Arab. Secara harfiah ia bererti
tempat sujud, iaitu posisi ketiga dalam solat (namaz), ketika dahi orang yang solat
menyentuh tanah dalam kepatuhan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T
(Nasr 1987 : 51).

[Type text] Page 18


Antara fungsi-fungsi masjid ialah sebagai tempat menunaikan solat Jumaat, tempat
ahli jemaah bermesyuarat sebelum menjalankan sesuatu kegiatan kebajikan, tempat
mengajar pelbagai ilmu keagamaan. Antaranya pengajaran ilmu tauhid (ilmu berkenaan
keesaan Allah), fekah (pengetahuan berkenaan hukum agama Islam), sejarah Islam, tafsir
(keterangan dan penjelasan berkenaan ayat-ayat Al-Quran), kursus menguruskan mayat,
kursus haji, dan sebagainya. Di masjid juga sering diadakan majlis syarahan agama dan
lain-lain majlis sosial seperti maulidur rasul, bacaan tahlil, dan sebagainya.

Terdapat seni tertentu didakwa berasal dari Masjid, contohnya seni kaligrafi khat
Kufi, dan tilawah al- Quran (seni suara). Masjid memainkan peranan penting dalam
penciptaan atau penghasilan seni Islam yang baru ( Nasr 1987 : 23). Ciri-ciri yang nyata
pada sesebuah masjid ialah kubah, menara, bumbung, pintu besar, tiang-tiang utama,
mimbar masjid, mihrab, hiasan di ruang-ruang sebelah dalam masjid seperti seni ukir dan
seni khat.

Senibina masjid yang terawal adalah mempunyai ciri senibina rumah Melayu
tradisional. Gabungan dan percantuman unsur-unsur seni bina Islam dari negara Turki,
Arab, Maghribi, Parsi, India, dan China telah membentuk dasar seni bina bagi sebahagian
daripada masjid di Malaysia.

Hampir semua bentuk masjid yang terawal mempunyai tiang. Lantai masjid
biasanya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air daripada memasuki masjid
ketika banjir contohnya Masjid Kampung Laut, Kelantan. . Bumbung masjid dibina
bertingkat-tingkat, tinggi, dan curam untuk memudahkan pengaliran air apabila hujan lebat
, contohnya Masjid Kampung Keling, Melaka.

Masjid Melayu lama biasanya diperbuat daripada kayu dan bumbungnya berbentuk
atap tumpang atau 'meru'. Dinding, jendela, dan jejala untuk menepati fungsinya
mempunyai nilai-nilai estetika (Abdul Rahman 1981 : 67).
Reka bentuk senibina masjid berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain
disebabkan oleh faktor iklim, topografi, persekitaran dan cara hidup masyarakat tempatan.
Masjid-masjid yang terkemudian mempunyai kubah berbentuk bawang. Kubah jenis ini
muncul selepas negara dijajah oleh Inggeris. Gaya pembinaan ini diilhamkan daripada
senibina Timur Tengah dan India.

[Type text] Page 19


Struktur pembinaan seperti ini hanya muncul di Tanah Melayu pada kurun ke-20
dan masih terus diaplikasikan dalam pembinaan masjid- masjid baru di Malaysia. Antara
masjid terawal di Malaysia yang bermula pada abad ke-17M sehingga abad ke-19M
adalah seperti berikut :

1) Masjid Kampung Laut, Kelantan (abad ke-17M)


Kesan peninggalan sejarah terawal dalam aspek senibina Islam adalah senibina
Masjid Kampung Laut yang terdapat di Kelantan. Ia merupakan masjid yang tertua di
Malaysia yang dibina oleh sekumpulan pendakwah dari Tanah Jawa. Bentuk seni binanya
hampir sama dengan Masjid Agung Demak di Jawa, Indonesia, Masjid Kono di Champa
dan Masjid Nat Tanjun di Thailand. Selain Masjid Kampung Laut, terdapat juga masjid
bersejarah yang lain di Kelantan iaitu Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Ia dibina pada
tahun 1284H/1867M iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II menggunakan
duit zakat (Asad 1962 : 74).

2) Masjid Kampung Hulu, Melaka (1728M)


Masjid Kampung Hulu adalah masjid yang tertua sekali di negeri Melaka. Masjid ini
didirikan pada tahun 1728 (bersamaan dengan 1141 Hijrah), iaitu sewaktu Melaka di
bawah pemerintahan Belanda. Bangunan asalnya adalah diperbuat daripada kayu. Wazir
AI-Sheikh Omar bin Husain AI-Attas telah memperbaharui masjid ini dengan
menggantikannya dengan binaan batu. Struktur bumbung dan tiang seri yang diperbuat
daripada kayu jenis belian (diimport dari Kalimantan) adalah terus dikekalkan. Pengaruh
Cina jelas kelihatan pada bahagian puncak yang berbentuk pagoda (Mohamad Tajuddin
2000 : 61).

3) Masjid Tengkere, Melaka (1728M)


Masjid ini merupakan masjid yang kedua tertua di negeri Melaka selepas Masjid
Peringgit dan telah disenaraikan antara masjid bersejarah yang pertama di Melaka. Masjid
ini telah dibina pada tahun 1728M, iaitu pada zaman pemerintahan Belanda. Seni bina
masjid ini menyamai seni bina Masjid Kampung Laut, di Kelantan. Pada asalnya,
bangunan masjid ini diperbuat daripada kayu manakala atapnya daripada daun nipah dan
tiangnya pula daripada kayu belian atau ulin yang diimport dari Kalimantan. Masjid ini
telah diperbaharui sebanyak beberapa kali, iaitu pada tahun 1890 dan 1910.

4) Masjid Kampung Keling, Melaka (1748M)

[Type text] Page 20


Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kampung Balik Pali atau Masjid Kampung
Kapur. Masjid ini dibina pada tahun 1748M, iaitu pada zaman pemerintahan Belanda.
Seni bina masjid ini dipengaruhi oleh seni bina daripada Sumatera. Pada tahun 1872M,
bangunan masjid ini yang asalnya diperbuat daripada bahan kayu telah digantikan
dengan batu bata. Pada tahun 1908M, masjid ini diubah suai sekali lagi, tetapi
struktumya masih dikekalkan. Sebuah menara yang berbentuk 'pagoda' batu telah dibina
di sudut sebelah barat bangunan masjid (Mohamad Tajuddin 2000 : 71). Seni bina
menara memperlihatkan pengaruh timur dan barat.

5) Masjid Abidin, Kuala Terengganu (1808M)


Masjid ini dikenal juga sebagai Masjid Besar atau Masjid Putih. Merupakan masjid
negeri Terengganu serta masjid yang terbesar di Terengganu. Masjid Abidin didirikan pada
tahun 1808 pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin yang kedua. Masjid
yang asal diperbuat daripada kayu dan bumbungnya mengambil unsur bumbung Limas
Bungkus. Masjid ini telah dibina semula ketika pemerintahan Sultan Umar dengan
menggunakan bahan konkrit. Beberapa menara dan kubah yang berbentuk bawang
dibina di sisi bumbung induknya. Bumbung ini merupakan sebahagian daripada bumbung
asal. Binaan masjid ini merupakan yang tertua sekali di Terengganu. Masjid ini
mempunyai sebuah mimbar yang diukir dengan ukiran tradisional yang cantik. Dinding
dan tiang-tiangnya dihiasi dengan ukiran tulisan khat dan ragam hias bercorak Islam yang
unik dan halus.

6) Masjid Abu Bakar, Johor Bahru (1892M)


Merupakan masjid bentuk moden yang terawal dibina di Malaysia. Masjid ini
menjadi lambang kebesaran Kerajaan Johor Moden. Bangunan masjid yang terletak di
atas sebuah bukit dan menghala ke Selat Tebrau ini dibina pada tahun 1892. Masjid ini
digunakan pada tahun 1900. Unsur-unsur seni bina masjid dari Asia Barat jelas
kelihatan pada struktur binaan masjid ini. Ukiran dan hiasan serta alat-alat lain pada
keseluruhannya hamptr menyerupai bahagian dalam masjid-masjid utama Mesir dan
Turki. Ukiran masjid mempunyai ciri-ciri kebudayaan Johor.

7) Masjid Jamek, Kuala Lumpur (1909M)


Masjid yang tertua di Bandar raya Kuala Lumpur. Masjid ini dibina pada tahun
1909, di bawah penyeliaan A.B. Hubbock. Seni bina masjid ini dipengaruhi oleh bentuk
masjid Timur Tengah dan India Utara.

[Type text] Page 21


8) Masjid Zahir, Kedah (1912M)
Pembinaan masjid ini adalah hasil ilham al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa
Zainal Abidin II manakala pembinaannya bermula pada Mac 1912. Masjid Zahir dibina
pada hari Isnin, 11 Mac 1912 bersamaan dengan 22 Rabiul Awal 130 di atas daya usaha
Almarhum Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. .
Masjid Zahir adalah masjid rasmi di Negeri Kedah. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja.
Masjid Zahir mempunyai senibina Moorish dan mempunyai lima kubah yang bermaksud
Rukun Islam yang kelima. Ia menandakan kemuncak lambang senibina asli rakyat Moor
dan mempunyai lima kubah yang mencerminkan keunggulan Lima Rukun Islam
(Mohamed 1998 : 25).

9) Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar (1913M)


Masjid ini dianggap sebagai salah sebuah masjid yang tercantik di Malaysia.
Masjid ini menjadi kebanggaan umat Islam di negeri Perak. Pembinaan masjid ini
dimulakan pada tahun 1913, iaitu pada masa pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Azam
Shah (1877 - 1916). Baginda telah menitahkan pelukis pelan kerajaan negeri- negeri
Melayu, A.B. Hubback melukiskan bentuk masjid mengikut idea baginda ( Mohamed
1998: 29). Pembinaan masjid ini menggunakan marmar hitarn dan putih yang diimport
dari Itali dan London. Seni bina masjid ini berdasarkan seni bina Moor, Timur Tengah,
dan India Muslim( Mohamed 1998: 29).

10) Masjid Kapitan Kling, Pulau Pinang 1916M.


Pembinaan masjid ini diilhamkan oleh seorang penganut Islam yang berasal dari
India iaitu Chauder Mohuddin Beliau telah dilantik menjadi kapitan keeling atau penghulu
orang- orang India Muslim (Mohamed 1998 : 21). Masjid Kapitan Kling ini dibina pada
tahun 1916. Seni bina masjid ini adalah berdasarkan reka bentuk masjid-masjid yang
terdapat di India Utara. Orang Melayu telah membina masjid dengan coraknya yang unik.
Bangunan ini menggambarkan konsep falsafah ketuhanan dan amalan untuk disesuaikan
dengan iklim tropika Alam Melayu yang mempunyai musim panas dan musim hujan.
Keagungan masjid di Alam Melayu terletak pada falsafah dan seninya yang sangat dalam
bagi konsep falsafah ketuhanan dan kejadian alam (Abdullah 1987: 5).

4.2 Istana

[Type text] Page 22


Pengaruh agama Islam bukan sahaja dapat dilihat pada binaan masjid, malahan
istana turut mempamerkan ciri yang berunsurkan senibina Islam yang paling ketara iaitu
kubah dan menara.

Senibina istana yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu pada zaman awal
kedatangan Islam adalah kebanyakannya berkonsepkan tradisional tempatan dan mirip
senibina yang terdapat di Sumatera. Setelah kemasukan Islam ke alam Melayu,
masyarakat tempatan mula memasukkan unsur senibina Islam pada bangunan istana
seperti kubah, menara, binaan menghadap kiblat, serta hiasan pada istana. Antara yang
terawal mengaplikasikan konsep senibina Islam adalah Istana Balai Besar di Kedah. Ia
dibina semasa pemerintahan Sultan Muhamad Jiwa (1710-1778M).

Di Selangor, Istana Alam Shah telah dibina pada tahun 1905, sewaktu
pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor ke-5. Binaan asal istana
ini mempunyai unsur senibina Islam iaitu menara dan 3 buah kubah yang merupakan
lambang pengaruh Islam dari India dan Parsi.

Binaan istana terawal yang terdapat di negeri- negeri lain di Malaysia lebih
mengaplikasikan konsep Melayu tradisional berbumbungkan bentuk Minangkabau dari
Sumatera. Hal ini berbeza dengan bangunan moden masa kini yang banyak menonjolkan
bangunan berkonsepkan senibina Islam.
5.0 Pengaruh senibina Dinasti Islam pada senibina moden di Malaysia

Sebagai sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam,


kebanyakan arkitek di Malaysia cuba menerapkan ciri senibina Islam pada bangunan-
bangunan tertentu bagi menunjukkan simbol agama Islam dan mengingati zaman
kegemilangannya di Asia Barat dan Eropah serta India. Antara bangunan moden di
Malaysia yang mempunyai ciri yang sama dengan binaan klasik di zaman kegemilangan
Islam adalah masjid. Contohnya :
Masjid Kristal di Terengganu.
Masjid Putrajaya
Masjid Negara
Masjid Wilayah Persekutuan
Masjid Bukhari
Masjid Jamek di Kuala Lumpur

[Type text] Page 23


Masjid Jubli Perak di Kelantan

Bangunan bersejarah di Malaysia turut menerima pengaruh dari senibina Islam.


Antaranya ialah :
Bangunan Sultan Abdul Samad ( senibina bangunan itu menyerupai Masjid
Jami al-Far di India )
Bangunan Balai Nobat (menara nobat) di Kedah menerima pengaruh Islam.
Contohnya bangunan ini berbentuk seperti menara dan mempunyai kubah
(Mohamed 1998 : 23)
bangunan pentadbiran kerajaan pusat di Putrajaya juga mengaplikasikan
unsur senibina Islam seperti mempunyai kubah selain dari berbentuk seperti
istana moden.
Bangunan MATRADE (Malaysian International Trading Center) mengambil
ilham daripada senibina Char Minar di Hydrabad (1592M).
Menara Berkembar Petronas ( mengambil rekaan daripada menara Qutb
atau The celebrated Qutb Minaret, yang dibina pd 1206 di Delhi.)

6.0 Kesimpulan

Persoalan mengenai senibina Islam adalah berlegar di sekitar hubungan alam


dengan manusia serta hubungan manusia dengan pencipta yang agung iaitu Allah S.W.T.
Hakikatnya, senibina Islam ini sebenarnya tidak wujud di awal kelahiran Islam. Namun ia
menjadi satu aspek kesenian Islam disebabkan ciri- ciri yang terdapat pada senibina
tersebut yang bermotifkan nilai Tauhid dan melambangkan imej kerohanian Islam serta
menjadi pemangkin perkembangan kesenian Islam yang lain seperti seni khat, seni suara
(taranum) dan sebagainya. Senibina berunsurkan Islam ini berkembang seiring dengan
perkembangan tamadun. Di samping itu, penerapan nilai kebudayaan masyarakat Muslim
dari Tanah Arab, benua China, mahupun India serta Sumatera turut diterjemahkan melalui
senibina. Ia kemudiannya menjadi ikon kepada kebanyakan senibina di Malaysia pada
masa kini.

[Type text] Page 24


Masjid Zahir , Kedah

REFLEKSI

Pensyarah kami En.Mohamad Termizi Rafie memberikan kerja kursus Tamadun Islam dan
Tamadun Asia. kepada kami secara individu. Saya membahagikan tajuk dan
membahagikan kerja kami.Kami melakukan beberapa pendekatan yang berkesan seperti
mencari buku-buku yang berkaitan dengan Pendidikan dan Pembangunan Insan di
perpustakaan IPSAH. Pada mulanya susah untuk mendapatkan maklumat yang
berkenaan dengan tajuk berkenaan. Namun,isi yang perolehi tidak mencukupi dan tidak
berapa terperinci. Oleh itu, saya melayari laman web yang berkaitan dengan tajuk
tersebut. Maklumat yang saya diperolehi dari internet, saya mengolahkan dan
menggunakannya sebagai isi dan rujukan. Dengan segala ilmu yang diperolehi daripada
pelbagai sumber, akhirnya saya berjaya menghabiskan kerja kursus dengan berkesan. Ini

[Type text] Page 25


kerana segala ilmu yang saya timba sepanjang tempoh penghasilan kerja kursus ini dapat
saya aplikasikan dalam kerja kursus kami yang lain.Tambahan pula, ilmu ini dapat saya
gunakan pada bila-bila masa sahaja untuk memperolehi faedah. Sebagai guru perlu
mempunyai sifat yang terbaik dan menjadi rolemodel kepada murid-murid agar mereka
dapat menjadi insan yang seimbang dari segi JERIS. Kami berjanji akan menjadi seorang
guru yang berkaliber dan bertangggungjawa bagar dapat memberi jasa dan bakti kepada
keluarga, masyarakat dan juga Negara. Sekian, terima kasih.

[Type text] Page 26

Anda mungkin juga menyukai