Anda di halaman 1dari 9

Monsieur Amierul

Mengumumkan ketibaan Timbalan Penyelaras Unit Perakaunan, PN AZZAH BINTI ZAKARIA serta
para pensyarah unit perakaunan.

-pastikan semua pelajar dan hadirin mengambil tempat duduk masing-masing.-

Yang berusaha Timbalan Penyelaras Unit Perakaunan , PN AZZAH BINTI ZAKARIA , yang dihormati
barisan pensyarah, para pelajar jurusan pengurusan teknologi perakaunan dan pelajar jurusan
diploma perbankan islam.

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua,

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat pagi dan selamat datang ke MAJLIS PEMBUKAAN
AKADEMIK DAN ANNUAL GRAND MEETING AMASS SESI 2017/18.

Hadirin yang di hormati, marilah sama-sama kita membuka majlis kita dengan Ummul kitab Al-
fatihah.
MADAME NADHIRAH

Kalau pergi ke tanjung keramat,

Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama sama menadah tangan memohon
berkat agar segala urusan mendapat rahmat.untuk itu,majlis dengan sukacitanya ingin
mempersilakan saudara Muhammad Syarif Bin Kamarul,majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Syarif diatas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya , bagi memuliakan lagi majlis kita pada pagi ini,marilah kita sama sama mendengar
alunan ayat suci al-quran yang akan dibacakan oleh saudara

pelajar jurusan .

Semester .,majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara

Diatas bacaan itu tadi.


Monsieur Amierul

UCAPAN TIM.PENYELARAS

Seterusnya, marilah kita mendengar pula amanat yang akan di sampaikan oleh Timbalan Penyelaras
Unit Perakaunan, PN.AZZAH BINTI ZAKARIA sekaligus menyempurnakan perasmian majlis.

Kalau tuan pikat kenari,

Jangan patahkan batang jerami,

Kepada tuan sembah di beri,

Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.


NADHIRAH

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan perasmian oleh PN AZZAH BINTI ZAKARIA,
sebentar tadi. Semoga apa yang disampaikan oleh beliau akan menyuntik semangat para pelajar
untuk terus mengembleng usaha serta tenaga menggenggam kejayaan yang lebih gemilang pada
masa hadapan.

Tirai ucapan pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil pelajar, iaitu saudara Mohd
Mukhlis Bin Eisa selaku President AMASS. Majlis dengan ini mempersilakan saudara Mohd Mukhlis
bagi menyampaikan ucapan beliau.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Mukhlis Bin Eisa di atas ucapan yang cukup
bermakna itu tadi. Semoga kata-kata perangsang yang dituturkan dapat menjadi pemangkin
semangat pelajar-pelajar lain untuk turut sama menggapai kecemerlangan di masa hadapan.
Amierul

Majlis diteruskan lagi,dengan pembentangan akademik oleh Setiausaha Amass iaitu saudara
,Majlis menjemput dan mempersilakan.

Terima kasih diucapkan oleh saudari ..diatas ucapan


itu tadi.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan pembentangan oleh Bendahari Amass iaitu saudari Fatin
Aqila binti ..,Majlis menjemput dan mempersilakan.

Terima kasih diucapkan oleh saudari ..diatas ucapan


itu tadi.

Majlis diteruskan lagi, dengan pembentangan akademik oleh Ketua Jawatan Kuasa Akademik iaitu
Saudara Muhammad Fahmi Bin Ismail. Majlis menjemput dan mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad fahmi bin ismail diatas pembentangan itu tadi.

Majlis diteruskan pula dengan pembentangan oleh biro ekonomi .majlis menjemput saudara
,majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara . Diatas pembentangan itu


tadi.
NADIRAH

PEMBAHAGIAN SIJIL

Kini tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan , iaitu sesi penyampaian sijil kecemerlangan kepada
pelajar yang mendapat dekan dan cemerlang pada semester lepas. Majlis dengan suka citanya
menjemput dan mempersilakan Timbalan Ketua Penyelaras Unit Perakaunan, PN AZZAH BINTI
ZAKARIA diiringi oleh Pn AZZYATI BINTI MOHD UTAMA.untuk naik ke atas pentas bagi
menyampaikan sijil penghargaan. Dipersilakan.

Acara penyampaian sijil akan di mulakan dengan penerima anugerah dekan semester 5

(RUJUK SENARAI NAMA )

AMIRUL

Terima kasih di ucapkan kepada Pn Azzah binti Zakaria dan Pn Azzyatie binti Mohd Utama di atas
penyampaian sijil penghargaan sebentar tadi. Seterusnya, majlis menjemput Encik Sulaiman
mengiringi Puan Aisyah bagi mewakili pensyarah akaun menyampaikan sijil penghargaan kepada
penerima anugerah dekan dan cemerlang semester 4

Acara di teruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada penerima anugerah dekan
semester 4

(rujuk senarai nama )


Terima kasih diucapkan kepada En Sulaiman dan Puan aISYAH diatas kesudian menyampaikan sijil
penghargaan kepada para pelajar yang mendapat anugerah dekan dan cemerlang sebentar tadi.

Tahniah dan syabas di ucapkan kepada pelaja-pelajar yang menerima anugerah pada hari ini.
semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk kita terus cemerlang dalam bidang yang di ceburi di
masa hadapan. Renungilah kata-kata seorang cendikiawan:

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit, namun rendahkan hati mu serendah
mutiara di lautan..

Hadirin yang di hormati, Majlis akan diteruskan lagi dengan memberi laluan untuk tayangan video
aktiviti AMASS sepanjang semester lepas. Mari sama-sama kita saksikan.

NADIRAH

AGM

Perlantikan organisasi induk 2017

Pengurusi : En Manzur

Tim.pengurusi : Pn Azzah binti Zakaria

Penasihat Akademik : Pn Aisyah Yusof

Penasihat kewangan : En manzur

Penasihat Kebajikan : Pn Azzyatie

Penasihat projek dan niaga : En sulaiman


AMIERUL

Demikian tadi rangkuman aktiviti dan program-program yang telah di jayakan pada semester lalu.
Dengan izin Allah azza wa jalla akan ada lebih banyak program dan aktiviti yang akan menyusul pada
semester ini.

Hadirin sekali lagi diminta untuk berdiri bagi menyanyikan lagu tema AMMAS untuk kesekian
kalinya.

-nyanyian lagu Amass lagiii..-

Terima kasih di ucapkan kepada semua di atas nyanyian yang penuh bersemangat sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati, kita telahpun tiba di penghujung majlis.

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin
di atas kerjasama yang telah di berikan.

Bunga melur di atas para,

Anak dusun pasang pelita,

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari di susun maaf dipinta.

NADIRAH
Kami selaku pengacara majlis, mewakili jawatankuasa kerja MAJLIS PEMBUKAAN AKADEMIK DAN
ANNUAL GRAN MEETING AMASS SESI 2017/18 ingin memohon maaf di atas segala kekurangan,
tersalah kata mahupun tersilap bicara sepanjang majlis berlangsung. Semoga kita berjumpa lagi di
masa hadapan. Wabillahi taufiq wal hidayah. Majlis di tangguh dengan bacaan tasbih kafarah dan
suratul Asr. Assalamualaikum w.b.t