Anda di halaman 1dari 12

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300

kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh
tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya
sekali dalam seumur hidup.
.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas
bin Muththalib. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: Jika kamu
mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka
lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali
atau seumur hidup sekali . ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
.
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa,
dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun
besar, nampak maupun tersembunyi.
.
Daripada Ibnu Abbas r.a.; Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah
bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; Wahai al-
Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan
kepadamu sepuluh kelebihan jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan
mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang
baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang
tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat
empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah
dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan
surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu;
( Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu
Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu
membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu
angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri
Itidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10
kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian
kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat
kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat
berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu
lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu
pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah
sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan.
Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga,
lakukanlah sekali seumur hidup. (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan
Ibnu Khuzaimah).
.
.
Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih
.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya
solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4
rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama
(lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah
tasbihnya 75 kali, maka jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75
tasbih X 4 rakaat = 300 kali.
.
Caranya;
.
1. Niat Solat Sunat Tasbih:
a) Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,

U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa-laa.


(Daku Solat Sunat Tasbih dua rakaat, kerana Allah Taala.)
.
b) Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,

U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-a rok-a-tin lil-laa-hi ta-aa-laa.


(Daku Solat Sunat Tasbih empat rakaat, kerana Allah Taala.)
.
.
2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
1. Rakaat 1: Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
2. Rakaat 2: Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
3. Rakaat 3: Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
4. Rakaat 4: Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
.
.
3. Bacaan Tasbihnya ialah:

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan
Allah, dan Allah Maha Besar; Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan
kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan
pertama sahaja.
.
.
4. Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi
tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah
kepergerakan seterusnya.
.
.
5. Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
Rukuk 10 kali tasbih
Iktidal 10 kali tasbih
Sujud pertama 10 kali tasbih
Duduk antara 2 sujud 10 kali tasbih
Sujud kedua 10 kali tasbih
Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud,
10 kali tasbih.
.
.
6. Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama
pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah
semuanya 300 tasbih.
.
.
7. Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di
tempat berikutnya.
.
.
8. Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari)
setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi
salam.
.
.
9. Membaca doa solat tasbih;
12 Konstruk Dalam Saringan Literasi dan Numerasi

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan
dan ayat mudah.
TAHUN 2 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan
dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan
dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik
yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
kehidupan harian.
12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI

KONSTRUK 1
1. Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
2. Pra nombor melibatkan bentuk dan warna
3. Keupayaan menyebut dan menulis angka
4. Memadankan bentuk, warna dan angka
KONSTRUK 2
1. Keupayaan membilang
2. Keupayaan menyatakan bilangan objek secara lisan
3. Menulis kedudukan objek yang dibilang atau menulis bilangan objek keseluruhan
4. Menentukan nombor yang mewakili bilangan objek keseluruhan
KONSTRUK 3
1. Keupayaan memahami nilai nombor
2. Memadankan nombor dengan bilangan objek yang diberi
3. Menulis nombor mengikut urutan
KONSTRUK 4
1. Keupayaan membuat seriasi
2. Keupayaan menyusun objek mengikut kriteria berikut:
Banyak ke sedikit
Kecil ke besar
Pendek ke panjang
Rendah ke tinggi
Nipis ke tebal
dan sebaliknya
KONSTRUK 5
1. Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
2. Keupayaan mengenal duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang
kertas RM1, RM5, RM10
KONSTRUK 6
1. Keupayaan menyatakan waktu
2. Keupayaan menyatakan pagi, petang, malam berdasarkan situasi yang diberi
3. Keupayaan menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan
4. Keupayaan menyatakan nama bulan dalam setahun mengikut urutan
KONSTRUK 7
1. Keupayaan mengendalikan operasi asas
2. Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi
3. Pengendalian operasi tidak melibatkan pengumpulan semula
4. Stimulus boleh dalam bentuk nombor atau objek
5. Hasil tambah tidak melebihi 20
6. Hasil tolak tidak melebihi 50
7. Operasi darab dan bahagi melibatkan sifir 2, 5, 10

KONSTRUK 8
1. Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
2. Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah dan tolak yang melibatkan duit
syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas RM1, RM5, RM10
3. Pengendalian operasi hanya melibatkan dua mata wang
KONSTRUK 9
1. Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu
2. Keupayaan membuat anggaran ukuran menggunakan UNIT BUKAN
STANDARD dan UNIT STANDARD
3. Membuat perbandingan panjang, jisim dan isi padu
KONSTRUK 10
1. Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
2. Keupayaan menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tambah dan
tolak
3. Menulis ayat matematik dengan menggunakan angka, simbol tambah (+), simbol
tolak () dan simbol sama (=)
4. Menceritakan situasi yang melibatkan operasi tambah dan operasi tolak dalam
bahasa harian
KONSTRUK 11
1. Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian
terhad kepada nombor bulat
2. Menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak menggunakan objek maujud
3. Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan dua nombor sahaja dan
menggunakan sama ada operasi tambah atau tolak
KONSTRUK 12
1. Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian
melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang
2. Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan mata wang
3. Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan masa
4. Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan ukuran panjang
12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

KONSTRUK 1
Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. ( Contoh:
a,e,i,o,u,b,c,d,f ,dll.)

KONSTRUK 2
Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. ( Contoh: sa,bu,ca dll.)

KONSTRUK 3
Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka. contoh:
paya,buku,bulu,petola,kereta, dll.)

KONSTRUK 4
Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. (contoh: pan,dol,kon, dll.)

KONSTRUK 5
Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
( contoh: ikat,ulas,kantin,talam, dll.)

KONSTRUK 6
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata
tertutupng. ( contoh: arang,kompang,longgok, dll.)

KONSTRUK 7
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong. ( contoh:
garau,kilau,pandai,dll.)

KONSTRUK 8
Keupayaan membaca dan menulis perkataan mengandungi vokal berganding. contoh:
kait,maaf,kuat,niat, dll.)

KONSTRUK 9
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
digraf dan konsonan bergabung. ( contoh: klinik,troli,stadium,nyaring,dll.)

KONSTRUK 10
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. (
contoh: terlupa,bersenam,membantu,layanan, dll.)
KONSTRUK 11
Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. ( contoh: Emak rebus jagung. Saya
ada kakak. dll.)

KONSTRUK 12
Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan. (
contoh: Membaca petikan dan kemudian menjawab soalan secara lisan dan tulisan
yang dikemukakan berdasarkan petikan yang telah dibaca.).
doa surah al-
waqiah

Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqiah


dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan
rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan
makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari
langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik
pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah
rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami
tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada
kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan
karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai
sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.

Anda mungkin juga menyukai