Anda di halaman 1dari 1

PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BALING SIK

CADANGAN TEKS KATA ALU-ALUAN UNTUK MAJALAH SEKOLAH

Assalamualaikum ,Warahmatullahi Wabarakahtuh dan salam Sejahtera

Alhamdulillah ,bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana limpah kurnia-Nya,saya diberi ruang
dan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.Tahniah diucapkan
kepada sidang redaksi majalah Al-Mumtazah yang telah berusaha dengan gigih untuk merealisasikan
penerbitan majalah sekolah tahun 2015 ini.

Sekolah sebagai institusi pendidikan berperanan untuk membangunkan dan mengembangan


potensi pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran yamng berkesan.Setiap pelajar memiliki
potensi yang tersendiri dan sepatutnya dikembangkan kepada tahap maksimum melaluiprogram-
program kurikulum dan kokurikulum yang disediakan oleh pihak sekolah.Di samping itu,dengan
sokongan dan komitmen daripada semua pihak yang berkepentingan,warga pendidik sebagai agen
pelaksana dan agen perubahan diharapkan akan dapat memainkan peranan dengan jujur dan ikhlas
pada semua peringkat demi memastikan keperibadian pelajar dapat dibentuk mengikut acuan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Saya penuh yakin komuniti sekolah sedar dan sanggup melaksanakan tiga gelombang
perubahan dalam PPPM.Perubahan secara berstruktur,sistematik dan komprehensif mestilah dilihat
secara menyeluruh dan dalam kontks yang lebih luas ,iaitu meliputi peningkatan kualiti pengurusan
dan kepimpinan ,system penyampaian,pengajaran dan pembelajaran,serta persekitaran budaya
pelajar yang kondusif.

Akhir kata saya mendoakan semua warga pendidik dan para pelajar dapat menguatkan azam
untuk bersama-sama melonjakkan bidang pendidikan di daerah Baling Sik kepada satu tahap yang
lebih tinggi.Marcapada ini,komitmen dari semua pihak amat diperlukan dalam menyahut seruan
negara untuk merealisasikan pendidikan bertaraf dunia.

Sekian, terima kasih.

ABD RAZAK BIN MAT NOH

Pegawai Pendidikan,

Daerah Baling Sik.

Anda mungkin juga menyukai