Anda di halaman 1dari 2

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

1.0 Pengenalan
Lawatan sambil belajar merupakan satu daripada aktiviti di mana peserta
dapat mempraktikkan segala kemahiran luar yang mereka miliki. Aktiviti-aktiviti yang
dilakukan dapat memberi ruang yang lebih kepada guru-guru dan murid untuk
mendalami ilmu mereka dan menimba seberapa banyak pengalaman.
Program ini merupakan subjek yang menarik, malah amat berguna untuk
mengembangkan minda di samping menjadi asas untuk membina keyakinan diri
apabila menghadapi tekanan dan masalah. Pengalaman pendidikan yang berlaku di
luar bilik darjah juga kadang-kadang merupakan pengetahuan yang diperlukan
dalam situasi harian. Oleh itu, kemantapan fizikal, mental dan pengukuhan nilai-nilai
murni dapat membantu perkembangan individu.
Bagi memenuhi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Matematik serta Sains
Sosial dan Alam Sekitar tempat lawatan yang dipilih ialah ke Kuala Lumpur.

2.0 Rasional

Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan


berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi
pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui
aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan
dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial
yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar
untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0 Objektif
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk :
1. Melahirkan keyakinan diri di kalangan guru-guru dan murid berkeperluan
khas (MBK) PPKI untuk diaplikasikan di sekolah nanti.
2. Menjana idea kreatif dan sikap positif di kalangan guru-guru PPKI dan
MBK
3. Melahirkan amalan-amalan nilai-nilai murni, mencintai alam sekitar, flora
dan fauna, mencintai hidupan air dan mempunyai rasa tanggungjawab
untuk memelihara dan mengekalkan alam sekitar.
4. Memberi peluang kepada murid menggunakan kemudahan pengangkutan
awam disamping melatih mereka memahami serta mematuhi peraturan
dan arahan di tempat-tempat awam serta menghargai kemudahan yang
disediakan
5. Mengeratkan kerjasama dikalangan murid dan guru.
6. Memberikan pengalaman untuk murid menginap di tempat penginapan
sekaligus menanamkan nilai-nilai murni seperti menjaga kebersihan, rajin,
bersyukur dan lain-lain

4.0 Matlamat
Aktiviti ini diharap bukan sahaja dapat melahirkan murid yang
berpengetahuan dan berkemahiran malah dapat mewujudkan sikap murni seperti
tolong-menolong, bekerjasama, berketrampilan, menyayangi dan mensyukuri alam
ciptaan Tuhan, bertanggungjawab dan dapat menambahkan ilmu dan pengalaman.

5.0 Kumpulan Sasaran


Lawatan ini disertai oleh 19 orang murid Bermasalah Pembelajaran, 6 orang
guru, dan seorang Pembantu Pengurusan Murid.

6.0 Tarikh Lawatan


Tarikh lawatan yang dicadangkan ialah pada 13 dan 14 November 2017.

7.0 Jawatankuasa Induk Lawatan Ke Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai