Anda di halaman 1dari 4

Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua)

belut pulang ke lumpur

haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)

api dalam sekam

gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)

membuka pekung di dada

menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)

sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)

lain padang lain belalang

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
lain dulang lain kakinya
rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)

bagai isi dengan kuku

bagai aur dengan tebing
bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)

hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)

masuk telinga kiri keluar telinga kanan

mencurah air ke daun keladi
mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)

genggam bara api biar sampai jadi arang

alang-alang mandi biar basah
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

burung terbang dipipiskan lada
belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)

telur dihujung tanduk

retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)

embun dihujung rumput

abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)

menangguk di air keruh

menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)

bagai pinang di belah dua

bagai cincin dengan permata
seperti cincin terlekat dijari
tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)

sarang tebuan jangan dijolok

lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)
PERIBAHASA MELAYU YANG POPULAR DALAM SOALAN SPM

NO PERIBAHASA MAKSUD

1 bagai kaca terhempas ke batu sangat sedih

2 bagai menatang minyak yang penuh menjaga dengan penuh kasih sayang
sama-sama menghadapi kesusahan dan
3 berat sama dipikul, ringan sama dijinjing kesenangan

4 ingat sebelum kena, jimat sebelum habis berjimat cermat sementara ada wang

5 kais pagi makan pagi, kais petang makan petang hidup miskin dan melarat

6 kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan berterima kasih atas bantuan orang
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan
7 binasa kerana salah cakap, imej diri tercemar
kuman di seberang laut nampak, gajah di depan kesalahan orang lain yang kecil nampak, kesalahan
8 mata tak nampak sendiri yang ketara tak nampak
mengambil peluang atau kesempatan sewaktu
9 menangguk di air keruh orang lain menghadapi masalah

10 mendapat durian runtuh mendapat bonus

11 menjaga tepi kain orang suka mencampuri urusan orang lain

12 pisang tidak akan berbuah dua kali tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama
membuat persediaan rapi untuk menghadapi
13 sediakan payung sebelum hujan sesuatu

14 sekali jalan sesat, dua kali jalan tahu tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama

15 seperti cacing menjadi naga tidak berkuasa dan berpura-pura berkuasa

16 seperti pahat dengan penukul hanya membuat kerja apabila dipaksa atau disuruh
sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya seseorang yang berpura-pura ingin tahu sesuatu
17 pula perkara walaupun dia sudah mengetahuinya

yang baik dijadikan teladan, yang buruk perkara yang baik dijadikan contoh dan perkara
18 dijadikan sempadan yang tidak baik dijauhi