Anda di halaman 1dari 6

TEMA

Apakah tema novel Tingkatan 1 yang anda kaji?

Novel Hikmah bertemakan kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan
berubah tingkah laku. Amri merupakan anak yang baik dan bertanggungjawab, namun sikap ayahnya
yang tidak bertanggungjawab dan kejam menyebabkan dia berubah tingkah laku dan memberontak
dengan membuli dan memeras ugut murid sekolah yang lain. Amri melepaskan tekanan kepada
murid lain akibat sikap ayahnya.

Apakah tema novel Tingkatan 2 yang anda kaji?

Novel ini bertemakan kasih sayang. Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Setelah
mereka bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Namun,
hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua
ibu bapanya dapat bersatu semula.

Apakah tema novel Tingkatan 3 yang anda kaji?

Novel 6:20 bertemakan perjuangan golongan muda dalam menentang pengaruh-pengaruh barat
yang mempengaruhi jiwa mereka seperti kumpulan black metal. Sukma, Rafiq dan Teja berusaha
gigih untuk menyelamatkan rakan mereka iaitu Jerry dan Iskandar serta golongan remaja yang lain
daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup.

PERSOALAN

Nyatakan 3 persoalan yang terdapat dalam novel Tingkatan 1 yang anda kaji.

Antara persoalan yang terdapat dalam Novel Hikmah Tanggungjawab seorang rakan contohnya
Sapura bertanggungjawab melaporkan kes salah laku Amri kepada guru disiplin. Selain itu, kasih
sayang anak terhadap kedua-dua orang tuanya contohnya walaupun Amri hidup dalam kesusahan
namun dia amat menyayangi ibunya dan telah memaafkan kesalahan bapanya. Persoalan seterusnya
ialah prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan contohnya Sapura dan ayahnya
bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Amri

Nyatakan 3 persoalan yang terdapat dalam novel Tingkatan 2 yang anda kaji.

Antara persoalan yang terdapat dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah Ketegasan dalam
menyatakan pendirian contohnya Iman Zulaikha tetap dengan pendiriannya untuk menyertai
pertandingan pidato walaupun diugut ole Linda. Selain itu, persoalan kasih sayang dalam keluarga
contohnya Iman Zulaikha amat menyayangi ibu dan ayahnya dan berhasrat menyatukan mereka
kembali. Akhir sekali persoalan sikap pemaaf menjernihkan keadaan contohnya Iman tetap
memaafkan Linda walaupun terbukti Linda telah mencuri diari dan teks pidatonya.

Nyatakan 3 persoalan yang terdapat dalam novel Tingkatan 3 yang anda kaji.
Antara persoalan yang diwujudkan dalam novel 6:20 ialah Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak
contohnya ibu Sukma bimbang apabila Sukma membuka pintu pagar untuk melihat tetamu yang
datang ke rumah mereka pada jam 6:20 pagi kerana dia berasakan tindakan Sukma itu mengundang
bahaya kepada diri dan keluarga mereka. Selain itu,konflik dalam keluarga contohnya ibu Sukma
beranggapan bahawa Sukma mengalami tekanan perasaan manakala Sukma pula mempunyai
anggapan yang sama terhadap ibunya. Di samping itu, tanggungjawab seorang rakan contohnya
Sukma rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan Jerry dan Iskandar daripada terus hanyut
dengan fahaman yang salah.

WATAK DAN PERWATAKAN

Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam novel Tingkatan 1 yang anda kaji.

Watak utama novel Hikmah ialah Amri. Amri seorang anak yang taat dan bertanggungjawab. Amri
taat dengan perintah ibunya. Misalnya, emak Amri menasihati Amri agar bersabar dengan sikap
ayahnya. Dia menuruti nasihat emaknya. Amri juga bertanggungjawab membeli ubat untuk emaknya
walaupun terpaksa mengayuh basikal sejauh 10 kilometer untuk ke pekan. Amri juga seorang
pendendam Amri berdendam dengan ayahnya kerana sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab
dan selalu memukul emaknya. Amri akan berdendam dan melepaskan tekanan dengan membuli dan
memeras ugut murid lain.

Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam novel Tingkatan 2 yang anda kaji.

Watak utama novel ialah Iman Zulaikha Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu.
Setelah bapa dan ibunya bercerai, Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di
kampung. Iman menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan
bapanya. Iman dan Pei Wen bersahabat yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah. Setiap hari
man akan membaca dan menghantar e-mel kepada ibunya yang berada di New Zealand. Di sekolah,
Iman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sering dikagumi oleh pelajar-pelajar yang lain.
Iman aktif berpidato.Berkat kegigihan dan ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara dan
bakal mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat daerah. Iman membantah
perhubungan antara ayahnya dengan Puan Sofia kerana berhasrat menyatukan semula ibu bapanya.

Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam novel Tingkatan 3 yang anda kaji.

Watak utama novel 6:20 ialah Nur Sukma. Sukma merupakan anak tunggal kepada pasangan Hj.
Shaqir dan Pn.Delia dan berusia 19 tahun. Sukma merupakan penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di
sebuah IPTA. Dia menjadi guru tarian zapin di kawasan perumahannya. Sukma mudah bersimpati
terhadap orang lain. (Sukma berasa simpati terhadap wanita tua (nenek) yang berada di luar pagar
rumahnya) Dia juga seorang yang taat kepada perintah Tuhan.(Sukma tetap menunaikan solat
walaupun dia sibuk) Sukma seorang yang berani (Sukma berani pergi menyiasat tentang pergerakan
kelab WX2) Dia juga seorang yang mempunyai sifat setiakawan ( Sukma berusaha gigih untuk
membawa Jerry dan Iskandar ke pangkal jalan walaupun dia diancam bahaya)serta gigih berusaha
(Sukma berusaha gigih mencari bukti berkaitan kelab WX2) 4
NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI

Nyatakan nilai yang terdapat dalam novel Tingkatan 1.

Antara nilai yang terdapat dalam novel Hikmah ialah bertanggungjawab contohnya Sapura
bertanggungjawab melaporkan kes salah laku Amri kepada guru disiplin. Selain itu, nilai kasih sayang
contohnya walaupun Amri hidup dalam kesusahan namun dia amat menyayangi ibunya. Di samping
itu terdapat nilai prihatin contohnya Sapura dan ayahnya prihatin dan bersimpati dengan nasib yang
menimpa keluarga Amri. Akhir sekali nilai kemaafan contohnya Sapura bersedia memaafkan Amri
walaupun Amri pernah menyakitinya dan Amri pula bersedia memaafkan ayahnya.

Nyatakan nilai yang terdapat dalam novel Tingkatan 2.

Nilai yang terdapat dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah ketegasan contohnya Iman Zulaikha
tetap tegas dengan pendiriannya untuk menyertai pertandingan pidato walaupun diugut ole Linda.
Selain itu nilai kasih sayang contohnya Iman Zulaikha amat menyayangi ibu dan ayahnya dan
berhasrat menyatukan mereka kembali. Di samping itu terdapat nilai pemaaf contohnya Iman tetap
memaafkan Linda walaupun terbukti Linda telah mencuri diari dan teks pidatonya. Akhir sekali, nilai
ketabahan contohnya Iman Zulaikha tetap tabah mengharungi pelbagai ujian setelah perceraian ibu
dan bapanya. .

Nyatakan nilai yang terdapat dalam novel Tingkatan 3.

Antara nilai yang terdapat dalam novel 6:20 ialah Kasih sayang contohnya ibu Sukma sayang akan
keluarganya. Dia bimbang apabila Sukma membuka pintu pagar untuk melihat tetamu yang datang
ke rumah mereka pada jam 6:20 pagi kerana dia berasakan tindakan Sukma itu mengundang bahaya
kepada diri dan keluarga mereka. Selain itu, nilai ambil berat contohnya ibu Sukma mengambil berat
terhadap perubahan sikap Sukma dan beranggapan bahawa Sukma mengalami tekanan perasaan
dan berusaha memulihkannya. Di samping itu, nilai tanggungjawab contohnya Sukma rasa
bertanggungjawab untuk menyelamatkan Jerry dan Iskandar daripada terus hanyut dengan fahaman
yang salah.

PENGAJARAN

Huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel Tingkatan 1

Antara pengajaran yang terdapat dalam novel Hikmah ialah Kita hendaklah bertanggungjawab
contohnya Sapura bertanggungjawab melaporkan kes salah laku Amri kepada guru disiplin. Selain
itu, Kita perlulah mempunyai sikap kasih sayang contohnya walaupun Amri hidup dalam kesusahan
namun dia amat menyayangi ibunya. Kita hendaklah prihatin contohnya Sapura dan ayahnya
prihatin dan bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Amri Kita hendaklah saling memaafi
contohnya Sapura bersedia memaafkan Amri walaupun Amri pernah menyakitinya dan Amri pula
bersedia memaafkan ayahnya.
Huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel Tingkatan 2..

Antara pengajaran yang terdapat dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah kita hendaklah
mempunyai ketegasan dalam menyatakan pendirian contohnya Iman Zulaikha tetap dengan
pendiriannya untuk menyertai pertandingan pidato walaupun diugut ole Linda. Kita perlulah
mempunyai sikap kasih sayang dalam keluarga contohnya Iman Zulaikha amat menyayangi ibu dan
ayahnya dan berhasrat menyatukan mereka kembali. Kita perlu mempunyai sikap pemaaf contohnya
Iman tetap memaafkan Linda walaupun terbukti Linda telah mencuri diari dan teks pidatonya. Kita
perlu tabah menghadapi ujian contohnya Iman Zulaikha tetap tabah mengharungi pelbagai ujian
setelah perceraian ibu dan bapanya.

Huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel Tingkatan 3

Antara pengajaran yang terdapat dalam novel 6:20 ialah Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih
sayang contohnya ibu Sukma sayang akan keluarganya. Dia bimbang apabila Sukma membuka pintu
pagar untuk melihat tetamu yang datang ke rumah mereka pada jam 6:20 pagi kerana dia berasakan
tindakan Sukma itu mengundang bahaya kepada diri dan keluarga mereka. Kita perlu mengambil
berat antara satu sama lain contohnya ibu Sukma mengambil berat terhadap perubahan sikap
Sukma dan beranggapan bahawa Sukma mengalami tekanan perasaan dan berusaha
memulihkannya. Kita mesti mempunyai sikap tanggungjawab contohnya Sukma rasa
bertanggungjawab untuk menyelamatkan Jerry dan Iskandar daripada terus hanyut dengan fahaman
yang salah.

Huraikan latar tempat yang terdapat dalam novel Tingkatan 1.

Latar tempat novel Hikmah ialah di dalam kelas/sekolah. Contohnya murid-murid lain tidak berani
mengangkat muka apabila Amri masuk ke dalam kelas selepas dia dirotan oleh Cikgu Salman kecuali
Siva seorang sahaja yang berani berbual-bual dengannya. Seterusnya di rumah Amri, selepas
kepulangan Amri dari sekolah. Amri juga terserempak dengan Sapura semasa ingin menyisihkan diri
di hujung padang, walaupun telah ditegur Sapura. Selanjutnya di tempat letak basikal, contohnya
Amri menunggu Sapura dan berpura-pura baik sebelum balik bersama-sama dan mengenakan
Sapura. Seterusnya di farmasi, contohnya Amri membeli ubat demam dan luka untuk ibunya.
Akhirnya di hospital, contohnya keluarga Sapura membawa emak Amri ke hospital selain Amri yang
telah diselamatkan oleh Sapura.

Huraikan latar tempat yang terdapat dalam novel Tingkatan 2.

Latar tempat novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah di rumah datuk nenek Iman ruang dapur: Iman
bersama-sama Pei Wen makan nasi bersama-sama. Di bilik Iman: Iman meletak gambar ibu dan
ayahnya yang sudah berpisah / tempat Iman menyiapkan tugasan sekolah / tempat Iman membalas
e-mel ibunya dengan menggunakan komputer riba. Di pangkin / bawah pokok: Pei Wen bercerita
tentang tekanan perasaan akibat sikap ibu tirinya Selain itu, latar tempat seterusnya ialah di sekolah
bilik darjah tingkatan 1 Dinamik: Cikgu Julia memperkenalkan Adif Danial ruang tandas: Pei Wen
ternampak Iman menangis selepas dituduh mempengaruhi rakan sekelas oleh Linda. Pei Wen
berusaha menenangkan rakan karibnya itu.
Huraikan latar tempat yang terdapat dalam novel Tingkatan 3.

Latar tempat novel ialah di pintu pagar rumah Contohnya perempuan tua duduk bersila dan bakul
buah-buahan diletakkan di sisinya. Selain itu, di rumah Tuk Siak . Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu
dengan Abang Aim di rumah Tuk Siak. Di samping itu, di kawasan tanah perkuburan Contoh: Nenek
mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya iaitu bapa kepada Aim yang telah meninggal dunia
dua tahun lepas.

Huraikan latar masa yang terdapat dalam novel Tingkatan 1

Latar masa yang terdapat dalam novel Hikmah ialah pada waktu siang/tengah hari, contohnya
semasa Amri dan Sapura pulang dari sekolah bersama-sama sebelum Amri mengenakan Sapura.
Seterusnya pada waktu malam, yakni pada pukul 11.00 malam apabila ayah Amri pulang untuk
meminta wang daripada isterinya, kain yang baru dilipat bertaburan apabila ayahnya menyelongkar
gerobok baju dan seterusnya apabila wang yang diperoleh agak sedikit, ayahnya telah meragut
rantai yang dipakai oleh ibunya.

Huraikan latar masa yang terdapat dalam novel Tingkatan 2

Latar masa yang terdapat dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah pada pagi Sabtu: Iman
menerima panggilan telefon daripada ayahnya / membantu datuknya membersihkan reban ayam /
kawan-kawan Iman datang ke rumah menjemput Iman membuat latihan pidato di sekolah. Selain
itu, pada waktu rehat di sekolah: Iman memberitahu Zulkarnain tentang cadangan ayahnya hendak
berkahwin dengan ibu Adif Danial. Akhir sekali pada waktu tengah hari: majlis kenduri kesyukuran di
rumah datuk Iman atas kejayaan Iman dalam pertandingan pidato dan pelajaran

Huraikan latar masa yang terdapat dalam novel Tingkatan 3

Latar masa yang terdapat dalam novel ialah 6:20 pagi .Contoh: Sukma melihat seorang wanita tua,
kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak dikenali di hadapan pagar rumahnya. Selain itu, pada
waktu petang Contoh: Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang dan dia
mahu pulang ke rumah kerana risau neneknya bimbang akan keselamatan dirinya.Akhir sekali pada
waktu senja Contoh: Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh.

Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Tingkatan 1

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Hikmah ialah masyarakat yang mengalami tekanan
hidup, Contohnya Amri mengalami tekanan hidup kerana keadaan keluarganya yang porak-peranda,
ayahnya hanya tahu pulang meminta duit dan berjudi. Seterusnya masyarakat yang mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya ayah Amri yang terlibat dengan kegiatan perjudian
dan penyalahgunaan dadah. Seterusnya masyarakat yang suka membantu. Contohnya Sapura telah
membantu Amri semasa diperas ugut di sebuah lorong semasa hendak pulang daripada membeli
ubat di farmasi selain Pak Dolah, peruncit yang sentiasa memberikan hutang kepada emak Amri.
Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Tingkatan 2

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah masyarakat yang tegas.
Iman enggan menarik diri daripada pertandingan pidato walaupun disesak oleh Linda. Kejadian dia
ditolak jatuh oleh Linda tidak melemahkan semangatnya untuk menyerah kalah. Selain itu terdapat
masyarakat yang berterus terang. Pei Wen berkongsi masalah hubungannya dengan ibu tiri kepada
Iman Zulaikha, malah bersetuju mendapatkan nasikat datuk Iman supaya hubungan dipulihkan.

Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Tingkatan 3

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel 6:20 ialah Masyarakat mahasiswa. Contoh: Sukma,
Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut universiti dalam Jurusan Sains dan Falsafah. Selain
itu, masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda. Contoh: ibu Sukma iaitu Puan Delia
menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan
tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut. Di samping itu,masyarakat yang beriman
kepada Tuhan. Contoh: Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja walaupun
penat.