Anda di halaman 1dari 3

Bencana alam seperti gempa bumi, banjir, dan tsunami banyak melanda negara jiran kita.

Sebagai sebuah negara yang


mementingkan semangat muhibah serantau, Malaysia harus bersedia menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana
alam tersebut.
Berikan cadangan anda tentang bentuk-bentuk bantuan dan sumbangan yang dapat disumbangkan oleh rakyat kita kepada
mangsa-mangsa bencana alam tersebut.

Rantau Asia Tenggara merupakan kawasan yang tidak sunyi daripada kejadian bencana alam yang besar.
Bencana alam seperti gempa bumi, kebakaran hutan, tsunami dan ribut taufan serta letupan gunung berapi menjadi
sesuatu yang biasa pula di rantau ini terutama di Indonesia, Filipina dan Vietnam. Kekerapan kejadian ini
menyebabkan banyak nyawa melayang dan tidak kurang juga kemusnahan harga benda berlaku dengan tinggi. Oleh
itu, sebagai sebuah negara jiran yang bertanggungjawab, Malaysia telah banyak menghulurkan pelbagai sumbangan
bantuan yang mampu untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh negara jiran itu.

Sumbangan yang paling mudah dan efektif ialah bantuan kewangan terutama dalam memenuhi keperluan
asas seperti makanan dan minuman. Malaysia sudah beberapa kali menghulurkan bantuan kewangan baik dalam
bentuk pinjaman mahupun wang tunai ke Indonesia dan Filipina ketika negara itu dilanda bencana alam. Bantuan ini
berupaya memudahkan rakyat kedua-dua negara itu untuk meneruskan kehidupan setelah kehilangan rumah dan
pekerjaan mereka akibat kejadian fenomena alam itu. Justeru, bantuan kewangan menjadi bantuan yang paling
penting dihulurkan oleh Malaysia kepada negara jirannya yang mengalami bencana alam.

Selain itu, negara kita juga ada menghantar pakar-pakar yang boleh membuat penilaian dan memberikan
idea untuk membangunkan semula kawasan yang dilanda bencana alam itu. Kejadian gempa bumi dan tsunami
mampu memusnahkan kawasan rumah dan bangunan yang memerlukan kemahiran pakar-pakar untuk membinanya
semula dengan segera. Kehadiran pakar-pakar ini juga memberikan suntikan keyakinan kepada mangsa-mangsa
bencana alam itu untuk membina semula rumah mereka yang sudah tiada tersebut. Lantaran itu, penghantaran
pakar-pakar ke negara yang dilanda bencana berupaya memastikan proses pembangunan semula berjalan lancar.

Pada masa yang sama bekalan perubatan juga menjadi sumbangan penting dari Malaysia ke negara jiran
yang dilanda bencana alam itu. Banyak pertubuhan sukarela negara ini yang menghantar pasukan perubatan
mereka dengan segera ke tempat bencana alam untuk memastikan tahap kesihatan di sana terjamin untuk
memastikan penularan wabak penyakit seperti taun dan demam tidak berlaku pula. Mangsa-mangsa yang
mengalami kecederaan juga boleh dirawat oleh pasukan perubatan yang dihantar oleh pertubuhan bukan kerajaan
itu. Jelaslah, sumbangan dalam bentuk perubatan memberikan satu harapan baru kepada negara-negara jiran kita
yang dilanda musibah alam itu.

Malah, Malaysia juga membuat kerjasama yang lebih luas dengan bersetuju untuk membuat pengawasan
dan memperkenalkan dasar-dasar mencegah bencana alam. Kejadian tsunami beberapa tahun lalu telah
menyebabkan Malaysia dan negara-negara jiran memasang sistem pengesan amaran awal tsunami di kawasan
perairan masing-masing yang kemudiannya boleh dikongsi maklumat itu ke seluruh negara pula. Konsep kerjasama
sebegini memastikan sebarang kejadian tsunami atau gempa bumi bawah laut boleh diketahui dengan lebih cepat
dan teratur oleh negara-negara di rantau ini lalu mengurangkan risiko kematian pula. Maka, negara kita telah
memberikan kerjasama yang jitu dan jujur dalam usaha untuk menangani kejadian bencana alam ini.

Konklusinya, semua sumbangan yang diberikan oleh negara itu telah dilakukan, sedang dan akan terus
dilaksanakan pada masa hadapan. Sikap sebeginilah yang telah menyebabkan imej negara terus dihormati oleh
negara-negara jiran kerana sanggup berkorban demi kebajikan rakyat negara lain. Walaupun Malaysia jarang
dilanda bencana alam yang mengorbankan ribuan rakyatnya tetapi kita menyedari kesengsaraan yang dialami itu.
Semoga sikap positif sebegini akan berterusan selama-lamanya.
Bencana alam yang berlaku di dunia ini banyak mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda. Nyatakan
pendapat anda tentang bantuan yang dapat diberikan untuk membantu negara-negara yang dilanda bencana ini.

Pendahuluan:

Banyak negara di dunia dilanda bencana alam bencana alam sering melanda dan menunjukkan belang satu
fenomena yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah, geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau - banjir,
gempa bumi, letupan guunung berapi bencana alam menyebabkan pelbagai kesulitan yang dihadapi sebagai
masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan, kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada
mereka yang memerlukan bantuan ibarat hulurkan tangan, ringankan beban bantuan segera perlu diberikan
kepada negara-negara yang terlibat

Isi-isi:

(a) Memberikan sumbangan kewangan kita boleh menyalurkan bantuan dengan kutipan derma derma yang
dihulurkan akan disalurkan kepada mangsa bencana alam yang amat memerlukan dan mendambakannya bagi
meneruskan kehidupan di bumi ciptaan Tuhan ini tidak hanya berfokuskan wang ringgit, tetapi bantuan lain seperti
ubat-ubatan, pakaian dan makanan juga diperlukan - setelah bencana berlaku, pastinya mangsa bencana tidak
memiliki kelengkapan yang sempurna untuk hidup kerana semua harta mereka telah dimusnahkan oleh bencana
alam yang di luar jangka ini - pelbagai peringkat kutipan derma telah dijalankan oleh pihak berwajib sama ada pihak
swasta ataupun pihak kerajaan yang berasa bertanggungjawab untuk membantu sesama manusia - meringankan
beban berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kita tidak harus lokek dalam menghulurkan
sumbangan kerana cubit paha kiri, paha kanan pun sakit juga agar mangsa dapat hidup sempurna seperti kita

(b) Sumbangan dalam bentuk tenaga dan kepakaran mencari mangsa-mangsa yang tertimbus atau hilang
pasukan sukarela atau badan-badan bukan kerajaan turut memberikan bantuan pasukan yang terdiri daripada
Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART di samping pasukan bomba sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal
untuk turut sama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa membantu atas dasar kemanusiaan demi
menginsafi diri bahawa mereka perlu bersyukur dengan segala keselesaan dan telah terselamat daripada bencana
alam ini sudah terang lagi bersuluh bahawa menyumbangkan tenaga boleh menjadi satu platform untuk
menyalurkan bantuan dalam melaksanakan usaha murni ini lantaran kita berpegang pada kata pepatah, hari tidak
selamanya panas.

(c) Memberikan rawatan kesihatan dan kecemasan pelbagai jenis penyakit akan merebak selepas bencana akam
bekalan air bersih akan terjejas keadaan persekitaran akan kotor dan tercemar - doktor-doktor pakar dihantar untuk
memberi rawatan terbaik kepada mangsa-mangsa bencana dan mendirikan pusar rawatan atau hospital sementara -
memastikan lebih banyak nyawa mampu diselamatkan

(d) Bantuan psikologi bimbingan dan kaunseling kepada mangsa bencana alam mereka menjadi trauma
memberikan semangat baru untuk meneruskan kehidupan Sokongan yang dihulurkan, sedikit sebanyak dapat
meringankan beban mereka di samping dapat memberikan sinar kehidupan yang baharu kepada mereka selepas
diuji dengan musibah yang tidak diduga itu.

(e) Bantuan membina prasarana dan infrastruktur yang rosak semula sekolah, hospital, klinik, jalan raya
membantu menggerakkan sektor ekonomi yang lumpuh semula - Kerajaan menghantar pegawai-pegawai perancang
ekonomi bersama-sama ahli perniagaan tempatan untuk menghidupkan semula aktiviti ekonomi yang sudah lumpuh
di kawasan bencana itu. Hubungan ekonomi ini memastikan masa depan penduduk terbabit bertambah baik.

Semua orang seharusnya melupakan batasan geografi dalam menghulurkan bantuan dan tidak menjadi enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing peka dengan permasalahan yang dihadapi oleh negara jiran
walau di mana-mana jua kita berada, kita harus sedar bahawa manusia semuanya sama iaitu menginginkan
kehidupan yang sempurna amat wajar membudayakan sikap saling membantu selagi kita termampu lantaran buat
baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, malah buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali - Semua
pihak haruslah bersama-sama menghulurkan bantuan dengan apa-apa cara sekalipun kerana ada pepatah
mengatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih perasaan muhibah dapat dipupuk melahirkan dunia
aman dan sejahtera