Anda di halaman 1dari 2

PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT MANIPULATIF

Ruang dalam bilik darjah prasekolah seharusnya dibahagikan kepada pusat-pusat


pembelajaran tertentu, Misalnya:

Pusat Bahasa
Pusat manipulatif
Pusat drama ataupun main masak-masak
Pusat seni dan kraf
Pusat kognitif
Pusat teknologi
Pusat kerohanian dan moral
Pusat perbualan awal

Pusat manipulatif memerlukan satu kawasan yang luas kerana kanak-kanak akan
sibuk bergerak dan berinteraksi ketika menjalankan aktiviti. Di pusat manipulatif,
banyak peralatan yang diuperlukan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk menjalankan pelbagai aktiviti manipulatif. Antaranya ialah:

Blok yang pelbagai bentuk


Lego dan puzzle
Model-model seperti manusia, haiwan, ikan, kenderaan dan pokok
Papan aktiviti
Manik
Mainan kereta, lori, kereta api, kapal terbang
Rak menyimpan barang
Peralatan dapur mainan
Kad menjahit

Pusat Manipulatif penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran motor halus


kanak-kanak. Kanak-kanak bermain blok atau manik untuk meningkatkan koordinasi
mata-tangan dengan penggunaan jari yang maksimum. Selain itu, kanak-kanak
dapat meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan diri. Melalui permainan
seperti main masak-masak, main olok-olok, main peranan, kanak-kanak
memperoleh pengalaman yang berbagai-bagai dalam kehidupan seharian. Secara
tidak langsung, kanak-kanak mengetahui cara menjaga keselamatan diri dalam
pelbagai situasi. Di samping itu, pusat manuipulatif juga dapat meningkatkan daya
tumpuan dan ketekunan kanak-kanak. Melalui permainan seperti jual beli, kanak-
kanak seronok bermain. Apabila kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan yang
menarik, mereka dapat menumpukan perhatian dan lebih tekun untuk mempelajari
sesuatu seperti nilai wang, konsep nombor. Selain itu, pusat manipulatif dapat
menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan. Misalnya, kanak-kanak
sama-sama bermain, belajar sesuatu, menyelesaikan tugasan, mengemaskan alat
permainan dalam kumpulan di pusat manipulatif.

Contoh Gambar Manipulatif: